Wednesday, October 28, 2009 Ada kepimpipinan PAS lebih rela bergabung dengan UMNO dari mengikut Nik Aziz bergabung dengan DAP

October 28, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif

Sedangkan UMNO sedang sibuk membetulkan saf dan memperbaiki liku liku jalanan nya , PAS dan PKR kini menghadapi krisis dalaman yang amat meruncing. PAS dikatakan kini menghadapi kerenah kepimpinan Nik Aziz dan kumpulan Endorgan yang mana menuntut 3 kepimpinan tinggi PAS , Hj Hadi Awang yang merupakan Presiden Parti , Mustafa Ali (setiausaha agung parti) Hassan Ali (adun negeri Selangor ) untuk disingkir kan melalui EGM. Hasrat Nik Aziz ini amat serius kerana ini lah buat pertama kali seorang pemimpin tertinggi meminta Presiden dan pemimpin kanan parti berkenaan di pecat. Malahan sebelum ini ketika pemilihan PAS berlaku Nik Aziz pernah membayangkan agar Hj Hadi disingkir dan digantikan dengan pemimpin lain. Sokongan terbuka Nik Aziz kepada calon calon lain jelas membayangkan bahawa Nik Aziz mahukan Hj Hadi disingkir. Namun keputusan tidak memihak kepada Nik Aziz dan keputusan menunjukkan bahawa ahli akar umbi tidak menerima cadangan Nik Aziz dan mereka menyokong Hj Hadi .

Krisis bermula adalah gara gara PAS yang diketuai oleh Hj Hadi yang berminat dan berhasrat untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan dengan UMNO sedangkan Nik Aziz lebih cenderung PAS berganding dengan kerajaan DAP dan PKR . Jelas dan secara terangan umumnya tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang anti Islam dan yang terus terang menetang sekiranya PAS meneggakan negara Islam sedangkan umum juga tahu bahawa UMNO adalah sebuah parti yang membela orang Melayu dan menjadi tunjang pemerintahan mengikut lunas Islam. Nik Aziz lebih cenderung kepada Husam Musa yang lebih cenderung pula kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

PKR pula pada ini menghadapi krisis bersama Zaid Ibrahim ahli baru PKR dan juga PKR Sabah yang mana kedua dua isu ini dicetuskan oleh blue eyes boys Anwar Ibrahim , Azmin Ali. Zaid Ibrahim dikatakan tidak setuju dengan Azmin Ali dan kini mengambil cuti selama 6 bulan dan Jefry Katinggan dikatakan telah meletakkan jawatan bersama sama dengan pemimpin kanan PKR di Sabah kerana tidak berpuasa hati kerana Azmin dilantik sebagai Pengerusi perhubungan PKR Sabah dan banyak perkara lain yang berbangkit, Sementara itu Anwar pula akan menghadapi perbicaraan kes liwat yang dijangkakan pada 3 Nov ini yang mana kes ini telah lama ditanguh kan atas cubaan Anwar tidak mahu kes ini dibicarakan kerana kemungkinan kali ini ada banyak fakta yang tidak boleh menutup lagi penipuan Anwar dan kemungkinan besar ianya boleh mengaibkan seluruh keluarga Anwar,Kes Anwar dengan Saiful ini adalah satu kes yang membuat Anwar terlalu gelabah dan berbagai cara dilakukan untuk mengelakkan perbicaraan di adaan . Kita tunggu sama sama apakah kesudahan nya kes perbicaraan dan juga EGM atau pun mesyuarat Khas PAS . Apakah Hj Hadi dan geng akan dipecat atau Nik Aziz yang akan diberikan undi tidak percaya.

Comments

6 Responses to “Wednesday, October 28, 2009 Ada kepimpipinan PAS lebih rela bergabung dengan UMNO dari mengikut Nik Aziz bergabung dengan DAP”
  1. wansalman says:

    Pas memegang slogan ” Islam di utamakan ” Umno menjunjung ” Rasuah Di utamakan,kroni di dahulukan..” .Mana sama..? Lagipun Umno tidak jauh beza seperti Israel.Pas tidak pernah buat kenyataan sebegini,hanya penulis2 murahan seperti penyokong Umno yang suka buat usaha kotor buat kenyaan palsu.

    Satu Malaysia,Rasuah Di Utamakan,Suruhanjaya Perasuah di muliakan..

  2. zambris says:

    Campaign pakatan mengatakan UMNO rasuah dan croni lama kelamaan akan pudar dan orang melayu akan meluat membacanya seperti juga kes fitnah Najib dan

    allantuyah.Jika tidak macamana Yb Mat isa dapat 75% mundi melayu.Madal tersebut dah jelik orang melayu dengarnya.Kerajaan Pas dan DAP kena naikkan prestasi jika tidak UMNO akan sapu semua atau 90% yang pas menang sekarang.Kes rasuah dan croni dah lama sangat di canang.Jangan orang Islam kata Pas anjurkan Islam DAP.Buat sesuatu di Kelantan dan Kedah Undang2 Syariah.

  3. nik mot says:

    Pemimpin PAS buat isu , UMNO yang kena bertanggungjawap . Inilah wajah-wajah orang PAS, lebih-lebih yang taksub macam wansalman . Bangun lah dari tido jangan mimpi di waktu senja .

  4. Alpasiku says:

    Kalau bergabung dengan komunis makanya jadi komunislah mereka itu!!

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. CARLOS says:


    CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.No prescription online pharmacy.Best quality drugs. No prescription pills. Buy pills online

    Buy:Synthroid.Zovirax.Arimidex.Nexium.Actos.Prednisolone.Lumigan.Zyban.Retin-A.Prevacid.Valtrex.Mega Hoodia.Petcam (Metacam) Oral Suspension.Accutane.Human Growth Hormone.100% Pure Okinawan Coral Calcium….

  2. SHANNON says:


    NEW FASHION store. Original designers collection at low prices!!! 20 % TO 70 % OFF. END OF SEASON SALE!!!

    BUY FASHION. TOP BRANDS: GUCCI, DOLCE&GABBANA, BURBERRY, DIESEL, ICEBERG, ROBERTO CAVALLI, EMPORIO ARMANI, VERSACE…



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.