WAK JENGKOL:PAS Mula Bimbang dah..
Biarpun masih terlalu awal untuk menilai, PAS tetap melahirkan kebimbangan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, Tan Sri Ismail Omar.
Kebimbangan yang maksudkan adalah berhubung kemampuan Ismail membebaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dirinya sendiri dari cengkaman dan penguasaan politik Umno BN.
“Mampukah Tan Sri Ismail Omar membebaskan diri dia dan PDRM dari kongkongan Umno BN?
“Kebimbangan saya, kerajaan Umno BN akan turut memperalat beliau walaupun saya percaya beliau seorang yang sangat punya prinsip dan integriti yang tinggi,”
“Nama sahaja Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong, tapi hakikatnya dikuasai politik Umno BN,” katanya.
“Sepatutnya, dengan jasa begitu besar melindungi politik Umno BN, Tan Sri Musa Hassan wajar dikekalkan sebagai ketua polis negara seumur hidup,” Pretikan dari HAPRAK DAILY..
BEAN IS BACK!!..Petikan di atas wak cedok dari Haparak Daily, anda baca dan nilaikan lah sendiri berapa rendah IQ yang dimiliki oleh ahli parlemen tersebut, Tahap bawah lutut atau paras buku lali?. Memang tak sia-sia apabila diberikan gelaran “Mr Bean PAS”. Setiap kali kenyataan yang terkeluar dari mulut beliau pasti kita akan ketawa bila mebacanya…KAH..KAH..KAH..KAH..
Belum lagi ketua polis negara yang baru dilantik secara rasmi, Mr Bean Pas ni dah mula risau tak tentu pasal. Kenapa? Takut-takut ketua polis negara yang baru ni jadi boneka UMNO kelak setelah memegang jawatan nanti. Apa yang PAS nak risaukan, kenapa PAS ada banyak buat salah atau langgar undang-undang ka? Biasanya manusia yang gelabah atau bimbang tak tentu pasal bila jumpa polis ni terdiri dari kalangan penyamun, perogol dan penjahat sahaja. Puak Pakatan macam tu ka!
Sempat juga dia menyindir Yang diPertuan Agong dengan mengatakan kuasa polis bukan di bawah Agong tapi sebaliknya dipegang oleh Umno BN. Macam ini punya orang pun ada.
Tan Sri Musa Hassan bukan seperti wali terompah Nik Ajis yang menjadi pujaan setiap ahli PAS, Kalau boleh ingin memegang jawatan sehingga ke liang lahad, dah tua nyayuk pun masih tak sedar diri. Apabila sudah lama berkhidmat dan sampai masanya untuk berundur, seeloknya beliau berundur. Itu lah cara yang lebih baik buat Musa Hassan, bagi peluang kepada orang lain pula untuk mencurahkan khidmat bakti kepada negara. Jasa anda tetap dikenang sampai bila-bila.
Kalau dulu bukan main takut lagi dengan Musa Hassan. Antara Insan yang paling takut sekali bila berdepan dengan Musa Hassan ini ialah Anuar Al Juburi (Mat Sabu yang kata). Mungkin lepas 13hb Sepetember ni Bang Nuar boleh la rasa lega-lega sikit setelah beberapa tahun dihantui oleh Musa Hassan berhubung kes liwat jantan sama jantan yang sedang dalam proses perbicaraan sekarang ini
Malas wak nak ulas panjang lebar statment yang keluar dari mulut si dungu @ Mr Bean PAS. Dari gaya dan lagak bercakap macam orang pandai, tapi inputnya hampeh!..
TELOR..ZERO..hanya jadi bahan ketawa je. Macam mana la Parlemen Pokok Sena boleh pilih orang yg sebegini untuk mewakili suara mereka. Kalau ada sepuluh orang yang sama perangai macam Mahfuz dekat Malaysia..Boleh lungkup dibuatnya. Hentam saja lah Mahfuz asal elaun tiap-tiap bulan masuk..Layanzzzz




Haram berihsan dengan wang orang lain
Harakahdaily
KOTA BHARU, 6 Sept: Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang.
“Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenytaan sebagai merujuk kepada kenyataan Datuk Dr. Awang Adek dalam akhbar Sinar Harian semalam.
Katanya, pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang.
Menurutnya, ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.
Jelasnya lagi, pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan.
Beliau berkata, amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut:
a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar.
Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar.
Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun. Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang.
Kerajaan Negeri berhak mengaudit dan mengetahui jumlahnya sebenar.Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan ‘wang ihsan’.
b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan?
Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini. Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya? Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.
c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik? Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri.
“Itu cara orang ikhlas.
“Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah,” ujarnya.
Wang yang diagihkan, katanya seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Jika Kerajaan Negeri menang, katanya bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.
Justeru, tambahnya, jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai dan gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.
Akhirnya, katanya lagi jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.
“Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.
“Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat,” katanya.