Untuk Perhatian Khairy Jamaluddin Unit Media akan jadi musuh dalam selimut

Jika kita membaca tulisan di Unit Media Baru milik Tun Faizal kita akan melihat cara penyampaian blog berkenaan sebiji seperti cara penyampaian blog Parpukari dan ianya hampir menyerupai Fotokopi kepada Blog Parpukari yang mana blog ini sendiri adalah blog Fotocopy. Jelas Tun Fasal gagal sekali lagi menyempurnakan tanggung jawab yang diberikan oleh Ketua Pemuda UMNO kepada beliau seperti mana beliau gagal untuk mengemudikan Siber Tropper ketika Hishamuddin menjadi Ketua Pemuda yang lalu.
Tun Faisal perlu mengakui hakikat ini bahawa siber Trooper yang di amanah kan oleh Hishamuddin kepada Faisal dahulu gagal di jalankan oleh Tun Faisal kerana Tun sebenar nya kurang pengalaman dalam peperangan IT dan beliau juga tidak berpengalaman dalam bidang IT tetapi hanya mahu menonjolkan diri dalam bidang ini bagi melonjakkan nama beliau sebagai EXCO Pemuda UMNO. Lihat sahaja kali ini beliau gagal mendidik atau mengenal pasti bloggers sebenar tetap beliau menggunakan peruntukan UMNO untuk membela bloggers yang tidak berkualiti dan sekali gus menjadikan blog pemuda sebagai blog yang tidak ada kualiti langsung, Disamping itu Tun Fassal mengambil kesempatan membaling batu dan menyorok tangan melaksana kan dendam beliau terhadap bos beliau KJ.
Tun Faisal adalah meriupakan fanatik Mukhriz ketika pemilihan UMNO yang lalu dan dendam terhadap KJ masih membara kerana jangkaan mereka bahawa Mukhriz akan menang meleset dan kerana terlalu yakin mereka kini kecewa yang teramat sehingga tidak boleh menerima kekalahan, Mereka pada mulanya menyangka dengan pertolongan Tun , Mukhriz akan menang mudah , Malangnya mereka lupa Tun juga sering membuat kesalahan dan kesilapan . Tun juga sering kecundang dengan keputusan beliau.
sumber : 1-mal.blogspot.com





Bai’ah tidak dibenarkan dalam syarak
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Bai’ah yang mentaklikkan isteri dengan talak tiga atas sebab politik seperti yang dilakukan oleh Pas tidak dibenarkan dalam syarak.
Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, bai’ah seumpama itu amat tidak munasabah selain melanggar etika dan moral kehidupan seorang Islam.
Ujarnya, setiap perkara berkaitan taklik atau talak sepatutnya hanya menyentuh soal kekeluargaan dan ia tidak seharusnya dikaitkan dengan perkara lain termasuk politik.
”Syarak tidak membenarkan kita berbai’ah dengan cara begini kerana perbuatan ini amat bertentangan dengan moral dan etika,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khamis lalu, Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad telah mengesahkan wujudnya amalan bai’ah di kalangan calon wakil rakyat Pas bahawa akan jatuh talak tiga kepada isteri masing-masing jika mereka keluar parti.
Pendedahan itu mendapat tentangan ilmuwan Islam antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa amalan bai’ah untuk kepentingan politik seperti dilaksanakan oleh pemimpin Pas adalah perbuatan yang menganiaya isteri sendiri.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula menyifatkan bai’ah seperti itu sebagai tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam.
Mengulas isu sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan segera bermuzakarah dan membincangkan isu bai’ah talak tiga Pas.
Dalam pada itu, Ismail yang juga penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim sekali lagi menegaskan adalah tidak adil taklik dijadikan alat untuk berpolitik.
”Kebenaran untuk bertaklik hanya berkisar tentang hidup berkeluarga dan bukannya ada sebab lain,” katanya lagi.