Tak kan orang dah mati nak jatuhkan Nik Aziz ??

November 30, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Pengakuan  Kickdefela mengenai Kolonel Ma

Saya menerima banyak email yang bertanya saya sama ada saya tahu dan kenali Kolonel Mat?

Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengakui bahawa memang saya kenal Kolonel Mat. Saya pernah dibesarkan dan dilatih soal disiplin, integriti dan kepimpinan oleh Kolonel Mat. Bahkan Kolonel Mat pernah melatih saya untuk menembak menggunakan peluru hidup.

Kolonel Mat ialah anak kepada Arwah Abid Razak yang pernah menjadi Dresser di Hospital Besar Kota Bharu. Kolonel Mat sewaktu di sekolah dikenali ramai dengan panggilan ‘Aziz Punjab’ kerana tubuhnya yang tegap dan ketinggiannya yang mencecah lebih 6 kaki. Beliau pernah menjadi penjaga gol untuk Kelab Suara Muda.

Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah perlantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang bernama Tuan Bidah Binti Tuan Long. Waktu itu Nik Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata, dua lelaki dan 4 orang perempuan. Salah seorang daripada anak lelakinya turut menyertai Angkatan Tentera dan bersara dengan pangkat Kapten.

Itulah serba sedikit latar belakang Kolonel Mat yang saya kenali.

Tetapi Kolonel Mat yang saya kenali itu telah meninggal dunia pada jam 7.40 petang pada 7 Oktober 2003 di Hospital Pakar Subang Jaya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keenam-enam anaknya.

Jenazah Kolonel Mat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam. Kapten (B) Syed Ahmad dan saya menurunkan jenazah Arwah ke liang lahat.

Kolonel Mat yang saya kenali ialah arwah ayah saya.

Sewaktu lahir, beliau diberi nama Syed Abdul Aziz tetapi dikalangan saudara mara terutama sekali dikalangan keluarga sebelah ibu saya yang dari keturunan Raja Jembal, Syed Abdul Aziz dikenali dengan nama Syed Amat. Mungkin sebab beliau anak lelaki sulong, jadi dikampung yang sulong dipanggil Mat, kalau peringkat dewasa akan dipanggil Ayah Mat. Sama juga panggilan yang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Asri Haji Muda, bekas Presiden PAS, yang dikenali oleh orang parti sebagai Ayah Mat.

Pangkat tertingginya di dalam Angkatan Tentera ialah sebagai Leftenan Kolonel. Walaupun beliau tidak pernah diangkat ke pangkat Kolonel penuh, tetapi menjadi lumrah Lt. Colonel akan dipanggil Colonel sahaja. Jadi di kampung, bagi orang yang kurang mesra dengannya, Syed Amat tadi disebut sebagai Kolonel Mat.

Jawatan terakhirnya di dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah sebagai Pegawai Pemerintah Satu Renjer yang terkenal dengan slogan, ‘Agi Idup Agi Ngelaban!’.

Sekian terima kasih.

Comments

14 Responses to “Tak kan orang dah mati nak jatuhkan Nik Aziz ??”
  1. wansalman says:

    “Umno kini busuk hingga ke ususnya” – Mahathir PDF | Print | E-mail
    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana “Umno busuk hingga ke ususnya.”

    “Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi,” kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

    “Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

    ” Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga,” tulis Mahathir lagi.

    Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

    1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata “UMNO is rotten to the core” (UMNO busuk hingga ke ususnya).

    2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

    3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

    4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

    5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

    6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

    7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

    8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

    9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

    10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

    11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

    12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

    13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

  2. garunggang says:

    Anda sibuk memburukan kerajaan BN, tapi bagaimana dengan pemerintahan PR dinegeri yang mereka perintah. Contoh diSelangor kandang babi haram makin menjadi-jadi.

  3. wansalman says:

    Garunggang..

    Awak tak layak untuk masuk komen nota saya dalam ni sebab awak tidak berpengetahuan.Kandang babi tu wujud dari zaman pemerintahan siapa ?

    Awak belajar lah dulu dari kaki-kaki ampu Umno sebelum komen orang punya artikel.

  4. garunggang says:

    KUALA LUMPUR 30 Nov. – Penganalisis politik menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan berikutan tindak-tanduk politik beliau yang semakin menyeleweng daripada ideologi parti sehingga mencetuskan kegelisahan umat Islam.

    Menurut mereka, jika Menteri Besar Kelantan itu tidak berundur, dikhuatiri parti itu semakin lemah dan bakal berkubur khasnya di Kelantan.

    Kata mereka, Pas ‘hilang maruah’ apabila Nik Abdul Aziz sanggup membiarkan diri menjadi ‘kuda tunggangan’ orang bukan Islam khasnya pemimpin DAP demi kelangsungan hayat politiknya.

    Prof. Datuk Zainal Kling berkata, Mursyidul Am Pas itu sudah mula memesongkan ahli Pas supaya turut mengikut telunjuk orang bukan Islam demi menjaga hati mereka.

    Sambil memberi contoh beberapa isu berkaitan kepentingan orang Islam di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Nik Abdul Aziz tidak membela Islam tetapi sebaliknya mencari helah mempertahan pemimpin DAP yang menghina Islam dengan alasan ‘mereka tidak faham Islam’.

    “Sudah wajar beliau (Nik Abdul Aziz) meletakkan jawatan dalam politik dan sebagai Menteri Besar kerana tindakannya semakin menggusarkan orang Islam.

    “Beliau tidak lagi dapat mempertahankan prinsip-prinsip persaudaraan Islam dalam menghadapi serangan dan ejekan orang bukan Islam demi kepentingan politiknya.

    “Beliau membiarkan orang bukan Islam meremehkan al-Quran dan menghina pemimpin Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Serentak dengan itu, beliau yang juga Penyandang Kursi Tun Ghafar Baba Universiti Sultan Idris (UPSI) meminta ahli Pas meneliti secara mendalam perkembangan kepimpinan parti tersebut yang sudah tersasar daripada perjuangan asal untuk memartabatkan Islam.

    Pendapat itu disokong oleh Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mustafa Ishak yang menyatakan tempoh 18 tahun sudah terlalu lama untuk Nik Abdul Aziz berkuasa dan wajar bersara daripada politik.

    “Beliau mengorbankan banyak prinsip perjuangan Islam demi keutuhan dirinya dan bukan parti. Sikap ini sungguh mengecewakan ahli Pas.

    “Jika beliau tidak melepaskan jawatan, Pas akan semakin lemah kerana terlalu mengikut telunjuk DAP dan PKR,” katanya.

    Beliau berkata, makin lama Nik Abdul Aziz berkuasa, Pas akan semakin tidak dihormati dan boleh berkubur khususnya di Kelantan.

    Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, tindakan Nik Abdul Aziz mendoakan orang lain ditimpa bala sudah membuktikan bahawa beliau bukan lagi ulama atau pemimpin Islam tulen.

    “Beliau patut letak jawatan. Beliau sudah tidak layak menjadi pemimpin yang mendakwa parti Islam.

    “Nik Abdul Aziz sudah terkeluar daripada ajaran agama Islam dan juga pemikirannya sudah gila,” tegasnya.

    Beliau berkata, tidak ada seseorang beragama Islam dan berfikiran waras mendoakan orang lain ditimpa bala.

    “Terbukti beliau bukan lagi ulama. Tindak-tanduknya memalukan umat Islam Malaysia di seluruh dunia. Nik Abdul Aziz patut bertaubat dan meminta keampunan pada Allah atas perbuatan itu,” ujarnya.

    Pensyarah Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata, isu ‘menantu dan penajaan haji’ telah mencalarkan imej tok guru itu.

    “Beliau sudah lama menjadi pemimpin Pas. Keadaan kesihatannya juga tidak menentu. Lama atau cepat pengganti Nik Abdul Aziz perlu dicari jika Pas mahu terus hidup,” katanya.

    Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu, Asri Salleh berkata, Nik Abdul Aziz memperalatkan agama untuk kepentingan politik.

    “Sudah patut sangat beliau mengundur diri kerana integriti sudah makin tercalar.

    “Cara politik beliau yang memperalatkan agama juga sangat mendukacitakan umat Islam dan tidak sihat,” katanya.

    yang keluarkan kenyataan ini semuanya dari orang yang berkecuali

  5. wansalman says:

    Golongan profesional setuju ‘Umno busuk hingga ke usus’

    Mahathir juga berkata, akibat dari pendapat sebegini, hanya mereka yang KURANG CERDIK seperi si ” Garunggang ” sahaja menyertai Umno manakala yang cerdik dan profesional menyertai PAS.

  6. nik mot says:

    garunggang

    Awak tak layak bari komen di sini . itulah ayat wansalman . Inilah bila terlalu rasa diri terlalu hebat . Terlalu benar . Hingga kan apa yang TGNA buat semuanya betul dan benar . Ini di perakui oleh Wansalman .

    Tapi saya hendak tanya satu soalan mudah kepada wansalman , ayat mana yang menayatakan boleh kita berdoa macam TGNA ? Ayat dari Al Quran atau ayat bisikan syaitan .

  7. mrsnurul says:

    Rasulullah pernah mendoakan kekalahan musuh semasa perang khandak dan perang badar. Doa Rasulullah SAW itu adalah:
    Allaahumma munzila al-kitaab, sarii’a al-hisaab, ahzimi al-ahzaab, Allaahumma ahzimhum wa zalzilhum
    “Ya Allah yang menurunkan Al-Kitab dan yang cepat hisab-Nya, kalahkanlah pasukan musuh. Ya Allah, kalahkanlah dan guncangkanlah mereka.”
    Apakah ayat ‘goncang dan kalahkanlah’ musuh ini tidak sama dengan niat TGNA menurunkan BALA kepada musuh?
    walaupun bukan dalam peperangan fizikal, tetapi perbuatan menyekat dan menafikan hak rakyat kelantan mendapatkan royalti adalah suatu bentuk perang secara dalaman untuk memastikan pentadbiran PAS di kelantan menghadapi kesulitan. TGNA bukan meminta sedekah, tapi itu adalah hak yg cuba dinafikan oleh UMNO. senarionya sama jika kita bekerja tapi akhirnya tidak dibayar gaji, adakah tindakan kita meminta gaji kita itu adalah salah?
    Najib tidak perlu takut kalau dia dipihak yang benar, tidak perlu takut kalau benar beliau tidak zalim..sama-sama kita tengok sama ada doa itu makbul atau tidak..kerana doa org yg dizalimi adalah doa2 yang insyaAllah akan dimakbulkan Allah. Amin.

  8. imuc says:

    ustad nik mot… hahaha… mcm tu la org umno, belajar x nak, buat penilaian seme melalui akal logik sndri jer….

    aku tanya ko satu jer la nik mot heh… arak tu haram kan? tapi naper kerajaan “islam BN” halalkan penjualan? dlm Quran ada ckp arak haram.. agama lain pon setuju ckp arak tu x bagus.. tapi naper dibenarkan? jwb ustad nik mot jwb…

  9. nik mot says:

    nik mot bukan ustaz macam imuc yang berserban besar . nik mot hanya insan kerdil dalam dunia ini .

    Wahai lebai imuc , ayat mana yang menyatakan Islam BN menghalalkan arak ? Mungkin imuc tak faham atau tak tahu atau buat tak tahu .. Malaysia terdiri dari beberapa bangsa . Melayu India dan Cina (majoriti besar) dan imuc mestinya tahu bahawa ramai yang bukan beragama Islam Dari kalangan Cina dan India . Dan kepada yang bukan Islam Ini arak itu minuman mereka , dalam Islam sendiri pun tidak menghalang bukan Islam untuk mabuk .

    Rasanya jika Orang Islam yang minum arak Majlis agama akan ambil tindakkan bukan . lantaran itu jangan lah Lebai haji bukan imuc menjatuhkan hukuman bahawa ISLAM BN semata . di Kelantan pun yang di kuasai Pas dah 19 tahun tak mengharamkan arah kepada bukan Islam pun .

    Imuc .. orang utara kata sebelum nak tengok punggung orang cermin dulu punggung sendiri kerana imuc hanya nampak punggong orang punggung sendiri ???

  10. hajjie says:

    Wan salman tu nak bodek tok guru ganti tempat menantunya.Takbir.

  11. hajjie says:

    bila aku tengok dalam berita dalam tv3 demonstrasi supayaTGNA letak jawatan dan pohon maaf kepada PM oleh NGO,tak nampak satu batang hidung pun pemimpin UMNO Kelantan,apa pasal ni,takut kena doa ke tok guru jugak ke?Bukankah najib tu presiden UMNO dan PM Malaysia.Inilah kekurangan dalam UMNO,tak sama dengan pemimpin PKR,Pas dan DAP yang sanggup turun padang untuk berjuang bila ada isu yang berbangkit.Aku nasihatkan supaya pemimpin UMNO Kelantan ni letak jawatan la,tak payah la suruh TGNA letak jawatan.Takbir.

  12. imuc says:

    mot, apahal plk yang islam pon ramai minum arak, dh jadi macam minuman depa? kat kelantan ada ker jualan arak secara terbuka? kalo ada ambik gambar heh..

    x abis2 nak bolehkan jgk benda yang x boleh… umno mcm tu la, maksiat

  13. wansalman says:

    BTN sudah lama terpesong- Bekas Pengarah PDF | Print | E-mail
    Salmah Mat Husain
    KOTA BHARU, 3 Dis: Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.

    Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

    “Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

    Katanya, tindakan pemimpin kerajaan Selangor yang menghalang kakitangannya menghadiri kursus dalam BTN sebenarnya satu langkah yang baik memandangkan setiap peserta akan diasak sedemikian rupa untuk memenuhi impinan kerajaan Umno dan BN.

    Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.

    “Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.

    “Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.

    Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.

    Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.

    Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.

    “Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.

    Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.

    Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.

    Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

    Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.

    Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.

    Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.

    “Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. JAIME says:


    CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.Best quality drugs.No prescription online pharmacy.Special Internet Prices. Low price pills. Buy drugs online

    Buy:Aricept.Lasix.Advair.Buspar.Cozaar.Female Cialis.Ventolin.Lipothin.Benicar.Zetia.Seroquel.Wellbutrin SR.Prozac.Lipitor.Zocor.SleepWell.Nymphomax.Acomplia.Amoxicillin.Female Pink Viagra….



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.