Tahniah KJ FAM Rajagopal dan squad muda pasukan Bola sepak Malaysia

December 18, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif

Sekalung tahniah kepada pasukan Bola sepak negara yang berjaya merangkul pingat emas di kejohanan Bola sepak di SEA game. Kemenangan ini menamatkan kemarau pingat emas Malaysia selama 20 tahun.

Tahniah kepada jurulatih yang berjaya melatih pemian sehingga menjadi jaguh dan berjaya menjadi johan sukan SEA. Tahniah Rajagopal dan tahniah kepada pengurusan FAM kepada saudara Khairy Jamaluddin atas kemenangan ini kerana hampir keseluruhan pemain ini adalah dari skuad harimau muda dari cetusan idea Khairy Jamaluddin dan Dato Azzudin setiausaha FAM supaya harimau muda bermain di liga premier Malaysia, supaya mereka dapat beraksi dengan kelab dan negeri senior.

Pemain pemain kita telah menunjukan semangat yang kental dan komitment yang begitu tinggi . Kita telah dapat melihat semangat juang mereka ketika mengalahkan Laos pada peringkat separuh akhir lagi. Setem yang di implimentasikan oleh pengurusan FAN kali ini nampak berkesan.pemain muda kita seperti Aidil dan Azmi Muslim perlu diberikan pujian. Sekali lagi Tahniah buat Khairy Jamaluddin kerana menjadi pencetus idea untuk pasukan harimau muda.

Comments

6 Responses to “Tahniah KJ FAM Rajagopal dan squad muda pasukan Bola sepak Malaysia”
  1. garunggang says:

    Bola boleh menyatukan pemimpin politik samada kerajaan atau pembangkang. Contohnya Ketika ditemuramah semua mahukan Pasukan Malaysia berjaya dan akhirnya menjadi kenyataan.
    Jadi tak salah kalau kerajaan perpaduan diteruskan.

  2. wansalman says:

    Setakat lawan Laos yang susah hidup & serba kekurangan tu.Lain lah layak masuk piala dunia.Zaman Mokhtar sudah berakhir.Sekarang zaman merasuah hidup subur macam cendawan.Kalau tiada habuan semua tak boleh buat.

    Harap jersey jer ….Samapi kiamat pun takkan menandingi negara-negara Asian yang lain.Bangsat punya Umno.

  3. wansalman says:

    Rasuah pun satu pencapaian juga,ucapkan lah tahniah kepada pemerintah.Salam rasuah 1 malaysia.

  4. garunggang says:

    Kes menantu Nik Aziz belum selesai bang oi. Dia sepatutnya letak jawatan secepat mungkin tapi minta tempoh 3 bulan. Anda tau mengapa? Pasal dia nak hapuskan semua dokumen bukti yang SPRM perlukan.

  5. garunggang says:

    Alamak secara langsung wansalman menyatakan Malaysia hidup senang dan serba berlebihan.

  6. wansalman says:

    Rasuah yang besar di senyapkan,inilah Umno yang memperkasakan ugama islam,Islam kerana turun temurun

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.