Buktikan UMNO tidak perjuangkan Islam – TPM

July 7, 2009 by admin  
Filed under Featured, Keratan Akhbar

muhyiddinKUALA KRAI 9 Julai – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pas supaya membuktikan semasa pilihan raya kecil Manik Urai bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam selama parti itu memerintah negara.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata, parti itu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 terlebih dahulu memperjuangkan syiar Islam daripada Pas dengan memperjuangkan kemerdekaan negara yang juga tuntutan fardu kifayah. Read more