Susah sangat nak letak jawatan

December 7, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri besar Kelantan sebagai pengerusi perbadanan itu harus mengarahkan Abdul Ariffahmi Ab Rahman berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal kewangan atau projek, kata Mahfuz lagi.

“Kedudukan Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta. PMBK, sebagai badan korporat, harus memelihara etika korporat.

“Menteri besar boleh membuat pilihan dengan membayarnya sebulan gaji dan mengarahkannya berhenti serta-merta.

“Beliau tidak harus memanjangkan lagi kontroversi ini,” tambah wakil rakyat Pokok Sena di lobi Parlimen petang ini.

Nota: Apa yang susah sangat nak letak jawatan , sama juga dengan Nik Aziz yang gila kuasa, susah sangat nak letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan . Banyak ke lagi benda yang mahu disorok di Pejabat sehingga terpaksa  letak jawatan selama  tiga bulan.

Jangan risau , SPRM akan dedah  semua dalam masa terdekat ini. Suruh sahaja  Nik Aziz berdoa kecelakaan kepada SPRM agar tidak dapat mendedahkan penyelewengan menantu.

Comments

7 Responses to “Susah sangat nak letak jawatan”
  1. garunggang says:

    KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan di setiap pasaraya di negeri itu susulan kejadian di pasar raya KB Mall petang semalam apabila dua mangsa terkorban dihempap sebuah kereta yang terjatuh daripada tempat letak kereta di tingkat tiga bangunan berkenaan.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi memperhalusi dan membincangkan mengenai aspek keselamatan di setiap pasar raya.

    “Pagi ini Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat ke tempat kejadian dan beliau telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya mengadakan mesyuarat segera hari ini.

    “Kita akan panggil jabatan berkaitan seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak pengurusan pasaraya KB Mall pada mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya selain akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan pasar raya di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini hari ini.

    Mangsa yang maut adalah Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, kedua-duanya dari Kolej Kejururawatan Masterskill Cawangan Kota Baharu manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.

    Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain itu rosak dan ditolak rakan beliau yang dikenali sebagai Sabri dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang bumbung pasar raya itu lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar berkenaan di tingkat bawah pasar raya berkenaan.

    Takiyuddin berkata antara perkara yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat terbabit ialah bagi mendapatkan gambaran jelas daripada pihak polis dan bomba bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah segera yang akan diambil oleh pihak pengurusan pasar raya.

    “Kita akan bincang dan dapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kejadian itu. Kita percaya polis atau bomba sudah mengenalpasti puncanya melalui siasatan awal,” katanya.

    Sehingga pagi ini beliau berkata pasar raya itu masih ditutup kepada orang ramai bagaimanapun keputusan untuk membuka atau menutup pasar raya itu akan ditentukan di dalam mesyuarat terbabit.

    Sementara itu, Nik Abdul Aziz ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata kejadian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku di luar dugaan.

    “Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri,” katanya yang melawat kira-kira setengah jam.

    Tinjauan mendapati orang ramai masih berpusu-pusu di luar pasaraya bagi melihat kejadian semalam selain menunggu arahan sama ada pasar raya itu ditutup atau dibuka untuk urus niaga hari ini.

    Soalan daripada tragedi ini:
    1. Kenapa sekarang baru nak mengkaji semula tahap keselamatan bangunan,dah dekat 20 tahun PAS memerintah mereka buat apa?
    2. Bila jadi kejadian begini mengapa panggil polis,dulu kata polis tak boleh dipercayai?
    3. Mengapa tidak terus meminta polis menahan pemilik KB Mall tersebut?
    4. Siapa yang meluluskan kontrak pembinaan bangunan tersebut?
    5. Mengapa tembok tersebut tidak dibina daripada dinding konkrit?
    6. Mengapa tak siasat kontraktor yang buat bangunan tersebut?
    7. Siapa yang meluluskan CF KB Mall?
    8. Kalau bagi alasan semuanya kuasa Allah lebih baik jangan datang melawat.
    9. Mungkinkah ini balasan Allah kepada pemeritahan NIk Aziz yang mendoakan kemusnahan kepada DS Najib?

    Banyak lagi persoalan yang ingin saya timbulkan tapi saya bagi kawan-kawan yang lain untuk menambah atau menjawab.

  2. imuc says:

    yaaaaaaaaaaaaa sokong be end
    sokong pok jib

    yahhhhhhhhhhhhhhhhhh pewwwit

  3. wansalman says:

    GArunggang,,,

    Yang ko geram dengan Nik Aziz tu napa ? Dia ada usik adik ko ke ? Pasal apa dengki sangat dengan Nik Aziz.Ada ker dia amik harta keluarga kau ? Ko jaga lah parti Umno Musyrikin tu sampai ajal.

  4. garunggang says:

    Macamana aku tak geram, dia adalah pemimpin Parti Islam Semalaysia (PIS)tapi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan ajaran Islam.
    Mana boleh dia kata tuhan(Allah) mencarut.
    Mana boleh doakan orang Islam yang lain di timpa bala.
    Yang aku heran mengapa tiada pemimpin ulama lain didalam PAS yang berani menegur Nik Aziz.
    Nabi sendiri pernah ditegur inikan pula Nik Aziz.

  5. wansalman says:

    Nape pulak nak doa kan yang baik kepada pemimpin Umno yang jahat mengalahkan Israel.Kau yang tak faham bahasa kias Nik Aziz,pegi lah belajar ugama.Sama jugak mengapa ulama2 Umno yang makan gaji tak berani tegur pemimpin2 Umno yang mengeluarkan kenyataan tentang Islam? Dulu Mahathir kata Nabi tak cukur janggut sebab tiada pisau cukur.

    Bila Umno buat kenyataan menghina ugama semua ulama bisu,ulama apa camni.Aku pun tak nak jadikan mereka imam.

  6. hajjie says:

    Bencana dah tiba di Kota Bharu,mula-mula KB Mall,lepas tu bangunan PAS di Jln Dato Pati pulak.Banyakkanlah doa lagi oleh PAS.Takbir.

  7. garunggang says:

    Dahlah wansalman engkau masuk ruangan ini disebabkan UMNO, (inilah dikatakan bahasa kias) lu pikirlah sendiri.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.