Siapa PAS nak tipu ?
“Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi pesanan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata. Seruan ini memang baik dan berguna untuk sebuah parti yang menggunakan ‘perkataan Islam’ di dalam partinya. Kalau asas perjuangan sudah tidak betul bagaimana perjuangan menegakkan agama Islam hendak berjaya.
Sebelum itu adakah PAS akan bertanding secara bersendirian atau atas nama gabungan Pakatan Rakyat? Kalau PAS bertanding secara bersendirian, mungkin berjuang menegakkan agama Islam adalah sesuai. Tetapi PAS tidak lagi menggunakan perjuangan menegakkan hukum hudud dan menegakkan sebauh NEGARA Islam. Mengapa Nik Aziz tidak menyebut berjuang menegakkan sebuah NEGARA Islam? Ini bermakna PAS akan bertanding atas nama Pakatan Rakyat.
Pertandingan di Bagan Pinang akan mempertemukan UMNO daripada BN dan juga PAS daripada Pakatan rakyat. Disebabkan DAP ada di dalam Pakatan Rakyat, PAS perlu berhati-hati apabila menggunakan istilah ‘Islam’ seperti membangun bersama Islam dan penubuhan negara Islam. DAP tidak boleh dengar perkataan ‘Negara Islam’. DAP sangat sensitif dengan Islam kerana bagi DAP Islam adalah musuh kepada bukan Islam. Kalau tidak bagaimana Karpal Singh boleh mengeluarkan ayat ‘ langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan negara Islam di Malaysia’
Anwar sedar Islam menjadi penghalang kepada pakatan politik antara PAS dan DAP. Dalam masa yang sama Anwar sangat memerlukan kedua-dua parti ini di dalam Pakatan. Apa Anwar buat? Gugurkan semua perkataan Islam dalam mana-mana slogan PAS di dalam Pilihanraya Umum ke 12. Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada pengundi bukan Islam bahawa PAS tidak lagi sebuah parti Islam. Sebab itu, ramai undi-undi Cina dan India telah memangkah PAS jika parti itu berhadapan dengan UMNO. Selama ini mereka takut untuk mengundi PAS kerana dasar parti itu memperjuangkan sebuah negara Islam.
Benarkah PAS sudah membuang matlamat utama perjuangan parti itu? Jika sudah tiada perjuangan Islam apa beza PAS dan UMNO? Sebenarnya, Anwar Ibrahim telah menipu pengundi Cina dan India bahawa PAS telah mengubah dasar partinya. Hakikatnya PAS tidak pernah pun berubah, di hadapan penyokong Islam mereka akan berkata PAS akan meneruskan dasar-dasar Islam dan hudud akan dilaksanakan jika PAS mempunyai kerusi majoriti di Parlimen.
Orang Cina dan India tidak perlu undi PAS lagi kerana bukan kerana Islamnya, Islam itu benar dan suci. Tolak PAS kerana ianya parti pembohong. Lihat di Selangor, PAS dan DAP macam anjing dengan kucing. PAS dan DAP sebenarnya tidak boleh duduk sebumbung apatah lagi tidur sebantal kerana prinsip perjuangan yang jauh berbeza. PAS dengan UMNO yang seagama pun tidak boleh pun hendak berbincang apatah lagi DAP yang berlainan agama, bangsa, bahasa, budaya dan dari lain benua?
Kalau orang Cina dan India marah kepada UMNO lebih baik pada hari mengundi pergi Genting Highland ramai-ramai lagi bagus. Tidak payah mengundi. Undi PAS bermakna Cina dan India sokong parti yang menipu orang mereka. Sesiapa memang tidak suka ditipu tetapi hari ini terang-terang Cina dan India sudah ditipu.
Kalau orang Cina dan India menyokong PAS kerana boleh menambah kerusi Pakatan Rakyat di dalam DUN Negeri Sembilan juga tidak membawa apa-apa makna. Kalau Pakatan Rakyat menguasai Negeri Sembilan, Menteri Besarnya tetap orang Melayu walaupun DAP mempunyai kerusi terbanyak. Ianya sudah berlaku di Perak. Kedudukan DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kedah dan Kelantan adalah mantap, tetapi kedudukan di Selangor dan Perak sangat rapuh. Negeri Sembilan lebih mirip kepada Selangor dan Perak. Apabila negeri kucar kacir, kehidupan tidak tenteram dan boleh menganggu bisness orang Cina sendiri.
Orang Cina dan India sudah hidup selesa sekian lama di Negeri Sembilan. Mengapa mahu bertukar kepada parti yang hanya pandai buat bising dan cakap tidak serupa bikin. mampukah pemimpin PAS menyelesaikan masalah orang Cina dan India di Bagan Pinang? Selama ini siapakah yang menyelesaikan masalah mereka? Kalau sudah dapat tempat yang baik jangan gadaikan kebaikan itu sekelip mata. jadilah orang yang sentiasa bersyukur kerana Pakatan Rakyat tidak menjanjikan apa-apa. Sekadar mahu meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.





Hadiah Aidilfitri buat Mahathir!
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Mon | Sep 28, 09 | 10:11:21 am MYT
BERSEMPENA Hari Raya Aidilfitri ini, Islam mengalakkan umatnya kunjung mengunjung di antara satu sama lain, khususnya yang muda menziarahi yang tua sebagai tanda hormat dan berkasih sayang.
Iklan
Ziarah menziarahi merupakan antara budi pekerti mulia yang menjadi amalan tradisi orang-orang Melayu sejak zaman berzaman.
Selain daripada amalan berziarah, umat Islam di Malaysia juga gemar bertukar-tukar hadiah, sama ada berupa kuih raya, hamper atau sebagainya. Bagi anak-anak, merekalah yang paling gembira kerana mendapat duit raya atau ‘angpow’ dari golongan yang lebih berusia.
Justeru elok juga jika anak-anak muda, khususnya dari kelompok pemuda Pakatan Rakyat, berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana, untuk menziarahi dan bertanya khabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kunjungan dibuat bukan untuk memberi duit raya kepada Mahathir, duit tidak perlu baginya kerana wang pencennya sudah cukup menampung kehidupan beliau bersama Tun Dr Siti Hasmah.
Kali ini pemuda Pakatan Rakyat digalakkan menziarahi Mahathir untuk menyampaikan hadiah kepada beliau. Hadiahnya berupa sebuah naskhah buku Anwar on Trial : In the Face of Injustice karya peguam Pawancheek Marican.
Buku ini dilancarkan peguam terkemuka, Raja Aziz Addruce di sebuah hotel di ibu negara 14 September lepas.
Buku ini amat signifikan dan relevan dengan Mahathir. Ia merupakan sebuah hadiah yang amat simbolik buat beliau, kerana ia khusus membicarakan suatu tragedi besar yang berlaku di zaman pemerintahan Mahathir.
ImageRakyat Malaysia, khususnya yang berusia awal 20-an, semestinya mengingati Dr Mahathir, sebagai negarawan ulung, yang menjadi PM serta Presiden Umno yang paling lama dalam sejarah, iaitu lebih 22 tahun.
Jasa-jasa Mahathir cukup besar untuk dicatat dan diperkatakan dalam kolum yang terhad ini. Beliau digelar ‘Bapa Pembangunan Malaysia Moden’.
Di zaman pemerintahannya terlalu banyak ‘event’ yang berlaku. Ada bright side (sisi terang) dan ada dark side (sisi gelap).
Pandangan dari sudut ‘sisi terang’, sudah terlalu banyak diperkatakan oleh media pengampu. Media mengiyakan sahaja semua kata dan tindakan Mahathir, sehingga mereka ‘menjamu’ rakyat, dengan berita-berita yang ‘menghairan’, mengutuskan bahan pembacaan yang ‘meloyakan’ dan melaporkan ‘tiga suku’ berita perdana yang membohongi rakyat.
‘Sisi gelap’ pemerintahan Mahathir ditutup dan digelapkan terus daripada rakyat. Namun itulah bak kata pepatah ‘bangkai nyamuk boleh ditutup, inikan pula bangkai gajah’.
Dalam politik Malaysia nama Mahathir tidak boleh dilupakan kerana tiga TPM jatuh dan dijatuhkan di zamannya. Jika diperhalusi satu persatu, barangkali Mahathir juga ada silapnya.
Walaupun begitu, ada yang beranggapan apabila bekas PM berundur dari jawatan yang dipegangnya selepas lebih 22 tahun ditampuk kuasa, beliau sudah tidak relevan lagi untuk disentuh.
Itulah sifat kita, orang-orang Melayu. Kebanyakannya cuba bersangka baik dan hanya mahu mengingati kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Secara tidak disedari sikap bersangka baik inilah yang membelenggu minda orang-orang Melayu khususnya, juga kalangan rakyat secara umumnya untuk kekal di bawah cengkaman Umno-BN, lebih 50 tahun.
Anggapan ada kebenarannya, beliau sudah tidak berkuasa, buat ‘menghabiskan beras’ sahaja jika kita melayannya. Namun pada penulis, kadangkala kita harus berfikir sebaliknya.
Apatah lagi apabila semasa pemerintahannya Mahathir melakarkan banyak peristiwa bersejarah yang buruk dalam negara.
Justeru buku Anwar on Trial : In the Face of Injustice ini amat wajar diteliti. Ia membongkar bagaimana Mahathir merosakkan sistem keselamatan (polis), memusnahkan integriti kehakiman dan jabatan peguam negara, hanya semata-mata mahu kekal ditampuk kuasa.
Sekurang-kurangnya buku ini menjadi kesinambungan catatan dalam sejarah, bahawa angkara Mahathir, dua kali sistem kehakiman musnah. Pertama, tahun 1988 ketika memecat Tun Salleh Abas; Kedua, ketika memecat Anwar pada tahun 1998.
Buku ini dilancar dan ditatapi rakyat tatkala umat Islam diambang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, ia merupakan hadiah terbaik buat persaraan Mahathir._
SIAPA UMNO NAK TIPU..????
Lagi lubang penipuan undi pos dibongkar
Nazri Abdullah
Fri | Oct 02, 09 | 6:23:02 pm MYT
TELUK KEMANG, 2 Okt: Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos.
Iklan
Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya http://www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini.
Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.
Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.
“Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi,” katanya yang juga ketua penerangan DPP.
ImageMengikut kebiasaan, kesemua anggota yang terlibat yang tidak sempat mengundi pada dua hari yang ditetapkan tersebut, borang mengundi untuk mereka akan dihantar pada 10 Oktober.
Kemudian kesemua kertas undi itu akan dipos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seblum jam 5 petang 11 Oktober.
“Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.
“Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan,” katanya lagi.
Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.
Tarikh 8 dan 9 haribulan pula adalah hari pengundian manakala 10 Oktober adalah hari kertas undi siap untuk di pos kepada SPR.
Kem Sunggala menempatkan anggota yang kedua teramai iaitu seramai 1,130 orang pengundi pos.
“Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?
“Bila dipos ia akan memudahkan penipuan,” ujarnya lagi.
Dalam blognya juga, dia turut mendedahkan jadual kempen Umno BN dalam kem.
Kempen dalam kem mereka bermula hari ini melibatkan Proses Culaan Jentera BN di Institud Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah yang menempatkan seramai 847 pengundi pos.
Pada 5 haribulan pula, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berkempen kepada Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala yang menempatkan sejumlah 1,130 anggota.
Manakala hari berikutnya, Zahid akan berkempen di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa yang menempatkan 407 anggota.
“Suasana ini tidak adil kerana BN dibenarkan untuk berkempen tapi PAS tidak dibenarkan”, katanya._
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TANGAN-TANGAN YANG MENGUNDI BAGI PIHAK TENTERA YANG SENGAJA DI BAWA KELUAR BERLATIH KETIKA HARI MENGUNDI ADA LAH TANGAN-TANGAN YANG PATUT DI POTONG KERNA MENYERUPAI TANGAN YAKJUJ & MAKJUJ.