Siapa Anwar yang tidak pernah selesai dengan masalah- P Pasir perlu berubah !

August 24, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif

Tidak sangka kali ini PAS menjadi begitu terdesak sehingga  terpaksa menggunakan  serangan  peribadi terhadap calon BN  dan Anwar juga terpaksa  membuat tawaran  sekiranya  PAS menang , Pas akan dilantik menjadi ketua kepada  MAIPP setelah beliau berbincang dengan Ketua Menteri  Pulau Pinang , Lim Guan  Eng .  Lagu yang dialunkan oleh  PKR  di Permatang Pauh  juga nampak sayu dan mendayu lesu. Tiba tiba  subuh  awal Ramadhan  di pagi minggu , tercetus pula cerita ADUN PKR di Lunas  dan  PKR Bahagian  Serai dibubarkan.

Anwar hanya  mengurut leher dan menelan air lior sahaja. Tak habis – habis masalah kita ni , kata beliau kepada isteri nya, Angin  tidak bertiup kencang, tiba tiba  taufan melanda. Puas  kita cuba  tutup penyelewengan  calon PAS  sebanyak RM 600 ribu  ketika pilihan raya yang lalu , keluar pula cerita lain , Yang kita serang tidak sempat sangkut , kita pula diserang  sendiri dari belakang, Ini semua bahana , lompat parti yang kita sendiri mulakan dahulu.

Walaupun angin tidak menampakkan bertiup kencang tetapi ianya cukup mencemaskan  PAS Permatang Pasir kali ini. Cukup dengan gelagat fitnah , memburukkan calon  secara peribadi , menafikan   penyokong UMNO  masuk  Syurga jika menyokong UMNO . Cukup pada kali ini , kempen mereka menghentam  UMNO  secara  maximum . Di sini  juga  berlaku dan tercatat  satu sejarah apabila calon paria memberani menempeleng penguat kuasa  yang menjalankan tugas  di kawasan Melayu , tanah melayu di hadapan orang Melayu.

Inilah kejayaan  yang  diperolehi dan dipupuk  oleh pemimpin pembangkang.Inilah kejayaan yang diperolehi oleh mereka dan inilah kesan kepada bangsa Melayu hanya kerana  mahu menobatkan Anwar  sebagai Perdana Menteri. Siapa  sebenarnya Anwar Ibrahim ini. Tunjang  dan tiang agama yang perlu disembah. Siapa Anwar Ibrahim ini ketika  menjadi Timbalan  Perdana Menteri dahulu .  Ulamak yang alim .ulamak yang banyak mendokong membangun kan  Islam . Sehingga kan  Nik Aziz juga  terpaksa tunduk kepada Anwar Ibrahim dan sekiranya  PR dapat menjadi Kerajaan. Anwar  Ibrahim (alim ulamak ) tersohor ini akan menjadi  Perdana Menteri .

Mungkin  Allah SWT tidak akan mengizinkan perkara  sebegini akan  berlaku, Jika Allah SWT mengizinkan , tentu Anwar  sekarang sudah  berada di kerusi Perdana Menteri kerana usaha untuk sampai ke situ hanya  senafas sahaja lagi tetapi Allah SWT menarik ianya kembali dan sehingga hari ini Anwar masih terkial kial  mencari  jalan  sehingga sanggup menjadi Pengkhianat Bangsa untuk menjadi Perdana Menteri.

Kali ini , Permatang Pasir akan melakarkan  sejarah, Permatang Pasir ini akan berubah, Jika  permatang Pasir ini tidak akan  berubah juga , nasib mereka , bBangsa Melayu , Penang yang akan berubah,

Comments

2 Responses to “Siapa Anwar yang tidak pernah selesai dengan masalah- P Pasir perlu berubah !”
  1. Singkang says:

    Anwar ….terus saja berharap.

  2. nizamnz says:

    Kepada sang penulis
    1. Jangan lupa di P.Pasir – BN sebenarnya pembangkang!!! bukan PR.
    2. Mungkin juga tujuan Allah SWT tak jadikan Anwar sbg PM dengan mudah (senafas?)untuk menyedarkan rakyat Malaysia keseluruhannya akan kebiadapan pemimpin kita sendiri. Mungkin Allah SWT hendak Anwar naik sebagai PM dengan cara menghapuskan kronisma, nepotisma, rasuah, politik wang, hipokrasi, buat rumah berjuta-juta, masalah SPRM, SPR, Polis, bla bla bla. Fikir-fikirkan…..
    3. Semangat 1Malaysia perlu dihayati bersama.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.