Segala berkemungkinan – jangan ganggu siasatan polis !
Kematian Setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang misteri adalah satu kerugian dan kehilangan bagi SPRM kerana terhapusnya dan terpadam nya saksi penting dan beliau adalah merupakan bahan bukti bagi SPRM. Agak ganjil dan mustahil sekiranya ada perbuatan dan percubaan membunuh oleh mana -mana pihak dalam SPRM melainkan ada pakatan yang sengaja mahukan bahan bukti dan saksi penting ini dihapuskan.
Apa juga penyebab kematian ini perlu disiasat dan didedahkan dengan segera bagi mengelakkan pra sangka rakyat dan sebaik baiknya satu badan penyiasat bebas perlu ditubuh kan bagi menyiasat kes kematian luar biasa ini. Pembangkang diharap tidak membuat kesimpulan sendiri dan menghasut rakyat untuk melakukan kekecohan.Kematian ini juga seharusnya memberikan satu pengajaran kepada SPRM untuk meningkat kan lagi sistem dan mutu keselamatan dan kawalan di pejabat berkenaan agar peristiwa sebegini tidak akan berulang kembali.
SPRM yang sedang menyiasat kes 5 EXCO Selangor diharap tidak akan mengambil kes kematian ini sebagai satu tekanan dan menghenti kan siasatan terhadap 5 EXCO kerajaan negeri Selangor ini. Ini adalah merupakan dua perkara yang berbeza yang mana rakyat mahukan penyelewengan dalam kerajaan dibenteras kan secara total, Terlalu banyak teori yang telah di spekulasi kan oleh pembangkang sekarang bagi membakar hati rakyat untuk membenci kerajaan khususnya kaum Cina dan India.
Sementara itu . Menteri Besar Selangor juga turut menyalahkan SPRM dengan berkata, “Ini bukan kali pertama pegawai kerajaan dipaksa untuk melalui siasatan yang berlanjutan oleh SPRM, namun kali ini, SPRM jelas telah melampaui batasan sehingga berlakunya kematian saksi,” sementara beberapa laman web pembangkang menyiarkan berita yang mirip menyalahkan SPRM dan membakar semangat penyokong mereka.
Rakyat perlu bersabar dan menyerahkan perkara ini kepada yang berkuasa bagi mencari punca sebenarnya kematian Ean Yong Hian Wah , tidak mustahil beliau membunuh diri dan banyak kemungkinan yang kita sendiri tidak tahu tanpa bukti yang sahih. Siasatan ini perlu dijalan kan mengikut prosidur dan undang-undang dan bukan dengan perarakan.





Apapun cerita di sebaliknya, mana-mana parti politik harus menahan diri daripada menangguk di air yang keruh. Perbuatan mencurah minyak ke dalam api bukan saja membakar minyak berkenaan malah mungkin membakar diri sendiri akhirnya. Justeru, hanya dengan menggunakan akal yang waras, bebas dari apa jua sentimen, emosi dan dendam yang tidak bersebab, yang akan membolehkan semua pihak akur dengan fakta dan kebenaran hakiki yang mungkin mengambil masa untuk muncul. Bersabarlah.
bagi aku badan seperti SPRM PERLU MEMPUNYAI PELBAGAI KAEDAH UNTUK MENCAPAI MATLAMAT SIASATAN… INI ANDAIAN AKU: KALAU TEO BERSALAH… MAKA SELAMATLAH EXCO DAN LAIN LAIN YB. TEO SEBENARNYA JADI KAMBING HITAMLAH…
APA YANG PATUT KITA BUAT ,, BERDOA MOGA ROH DIA TIDAK MENGGANGGU KITA SEMUA.. BIAR DIA PI DENGAN AMAN….
KEPADA PEMBANGKANG: AKU TERASA PELIK SANGAT.. BILA MENGGUNAKAN ISU INI SEBAGAI ALAT MENEKAN KOMUNITI, ADALAH KAEDAH SANGAT TIDAK WAJAR.. SALURAN RUNDINGAN MASIH ADA, X PYH DEMO.
buat disiasat telus dan kalau boleh lagi baik buat suruhanjayadiraja habis cerita
berani kerana benar dan sebaliknya,perkara akan jadi besar oleh pembangkang walaupun tiada dalam arus perdanaa yang war war oleh pembangkang.
Tengok siapa yang kena ? sekiranya kena pada ahli kita Apa perasaan anda lu pikir
lah sendiri…
Lim Kit Siang nak cabar hak Melayu and MACC? Bolehkah kita tangkap dia di bawah ISA?