Saiful dimaki penyokong Anwar

February 5, 2010 by admin  
Filed under Keratan Akhbar

Mohd. Saiful Bukhari Azlan dimaki hamun oleh sekumpulan lapan wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun ketika semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi lokasi kejadian hari ini.

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an turut dilihat berjaya membolosi kawalan polis sehingga berada di sebelah kereta yang membawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu sebelum memaki Mohd. Saiful Bukhari.

Warga emas itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh pihak berkuasa dan diminta pergi ke bahagian luar pos pengawal Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini.

Sewaktu dihamburkan dengan makian tersebut, Mohd. Saiful Bukhari dilihat ditenangkan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim.

Reaksi wanita-wanita dan lelaki yang dipercayai penyokong Anwar bagaimanapun berbeza apabila mereka terlihat kenderaan yang membawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Mereka turut bersorak `Reformasi!’ apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh itu meninggalkan tempat kejadian.

Semasa sesi lawatan ke tempat kejadian tersebut, hakim, barisan peguam bela dan pendakwa dilihat menuju ke blok-blok bangunan kondominium yang terletak di atas bukit.

Comments

5 Responses to “Saiful dimaki penyokong Anwar”
  1. garunggang says:

    Bayangkan sekiranya anak kita diperlakukan oleh Anwar sebegitu dan kemudiannya anak kita mengadu kat kita,adakah kita akan diamkan perkara ini.Ada 2 pilihan samada terima tawaran berbentuk apajua sumber bagi menutup kes tersebut atau melaporkan kepada pihak polis.
    Tapi pihak Saiful mengambil tindakan melaporkan nya kepada pihak polis, maka kes pun bermula untuk dibicarakan.
    Kes Guru liwat anak murid, bapa liwat anak kandung,datuk liwat cucu dan bermacam contoh lagi telah diadili dimahkamah kenapa tiada orang yang bising. Kini kes Anwar liwat Saiful apa yang perlu dikecohkan gunakanlah prosedur biasa iaitu melalui perbicaraan dimahkamah.
    Atau mungkin Anwar adalah bekas TPM maka mustahil beliau melakukannya.Sekiranya Anwar adalah orang biasa mungkin orang tak kisah.

  2. zulhasrul says:

    biasa lah garunggang.. bila dah tertutup mata hati, dh x nampak dah semua 2. percaya serta taat buta2. sekurangnya penyokong mereka tenang serta menunggu penghakiman dilaksanakan, bkn memaki hamun serta mencaci. tp dh adat dr dulu lagi modal pembangkang adalah memaki hamun kerajaan, tp dlm masa yang sama mendabik dada menyatakan mereka menurut serta berlandaskan islam. ini memburukkan lagi imej islam.
    mcm2 lagi alasan mereka, jika bukti yang ada cukup untuk menyalahkan anuar ibrahim, mereka akan berkata ” sistem kehakiman negara ini x adil, kerajaan pengaruhi lah serta byak lagi alasan mereka”.. namun jika menyebelahi mereka, berkata mereka” sistem kehakiman kita adil serta saksama” manusia nie memang x dapat terima andai kata keputusan xmenyebelahi mereka.
    mcm sebelum nie, tentang lompat parti.. “i have number..” kata DSAI. ada org bising2 untuk bubar parlimen andai jadi? x dgr pun! tup!! perak jatuh kembali ke tgn BN, wah!! berteriak mereka untuk bubarkan dun.. org yg berfikir akan merasa bertapa munafik org2 pembangkang nie. tp seperti biasa lah, mereka lebih islam dr kerajaan… mereka betul, kerajaan salah..
    pe2 pun, kita lihat kesudahan penghakiman ini.. sy pun nk lihat kebenaran nya.
    dan berharap Anuar x akan menangguhkan lagi kes ini. andai dia tul2 x bersalah, tp bukti tunjuk dia bersalah, Silalh bersumpah laknat. dan biar Allah, Hakim yang maha agung mengadili, serta memberi pembalasan.. jika x didunia, diakhirat nanti..

    wslm

    zul hasrul
    radiographer hospital sultanah bahiyah

  3. wansalman says:

    Will Altantuya help Nasir to wriggle out from racism charge | Print | E-mail
    Wong Choon Mei
    KUALA LUMPUR, Feb 6: Civil society groups and political leaders have urged Prime Minister Najib Razak not to let his special officer Nasir Safar off with just a resignation and a police probe that leads nowhere, as that would be “adding salt to the wound” of the Chinese and Indian communities that Nasir insulted earlier this week.

    “We have seen too many times the police publicly announcing their investigations and then passing the file to the Attorney-General,” N Gobalakrishnan, PKR supreme council member, told Harakahdaily.

    “But it always seems to stop there. Mysteriously the file will stay there until almost everyone forgets about it, like the Lingam tape. And then they will say not enough evidence!”

    The Altantuya link

    Indeed, speculation is rife that the PM will not dare to charge Nasir under the Sedition Act even if there was a waterproof case because of their alleged links in the Altantuya Shaariibuu murder case.

    The buzz in cyberspace and the electronic media is that Nasir had helped Najib to check up on Altantuya the night she went missing. The 28-year old Mongolian translator was murdered in Malaysia in 2006 by two former bodyguards of Najib and his wife Rosmah Mansor. Both Najib and Rosmah have denied they ever knew Altantuya.

    “This is a test case for Najib. He has to show his resolve and that he is ready to protect the rights of all racial groups in the country and not just the Malays,” Dr Syed Azman, head of PAS’s international bureau, told Harakahdaily.

    “At the micro level, this really shows up the PM in a very negative light. After all, if his special aide thinks and talks this way, the citizenry will be right in doubting the sincerity of his 1Malaysia unity efforts. They will think this is also the way Najib thinks and talks in private!”

    Police probe

    Nasir incurred infamy at an official 1Malaysia forum held in Malacca earlier this week when he allegedly said that “Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies”. He also threatened to revoke their citizenship if they caused trouble.

    Since then he has made a public apology and resigned from his long-held job. Meanwhile, Malacca police chief Mohd Rodwan Mohd Yusof said police would call Nasir to lodge his statement soon, probably next Monday or Tuesday.

    “So far, the investigation is 85 per cent completed and only waiting for his statement to fully complete the probe,” Rodwan told reporters.

    However, Rodwan’s own credibility is also in doubt.

    Corruption and conspiracy

    The police chief, who was formerly based in Bukit Aman, has been accused of helping former premier Mahathir Mohamad fabricate evidence against Opposition Leader Anwar Ibrahim during the latter’s sodomy trial in 1998.

    According to a popular news portal, Rodwan was also the police officer that Saiful Bukhari Azlan went to meet in 2008, two days before lodging a complaint against Anwar for the latest round of sodomy charges.

    Indeed, so disenchanted by the web of conspiracy and rampant corruption in the country, a group of Indian NGOs led by Hindu Sangam Malaysia has announced plans to initiate legal action against Nasir.

    They are demanding that his citizenship be revoked and are also seeking RM100 million as compensation for his recent inflammatory remarks.

    “If the government fails to act, we will call on all parliamentarians and state assemblypersons representing the Indian community to leave all assembly sittings and if there is still inaction, then they should proceed to resign,” the NGOs said in a statement obtained by Harakahdaily.

  4. garunggang says:

    Cakap kosong bukti tarak. Kenapa RPK tak berani balik Malaysia? Itu bermakna fitnah sengaja diadakan. Kalau boleh ada pihak yang tak mahu RPK pulang ke Malaysia kerana takut RPK akan mengaku membuat keterangan palsu terhadap Rosmah.

  5. wansalman says:

    Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar | Print | E-mail
    M Faqih
    MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998,” kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

    “Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

    Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.

    Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

    Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

    “Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.

    Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.

    “Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.

    “Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.