RM100 juta, Wan Azizah tolong tutup mulut…

February 26, 2010 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Oleh : Jebat

Senario politik negara jelas sudah menemui persimpangan. Fitnah maha dahsyat dekad ini, alaf baru tahun 2010, tahun siber.

SATU sikap yang merosakkan persaudaraan dan perpaduan umat Islam ialah ‘suka membawa mulut’, mereka-reka serta menambah cerita buruk, malah melaga-lagakan orang sehingga kisah yang pendek menjadi panjang.

Ia juga disebut menabur fitnah atau ‘namimah’ iaitu memburukan orang kepada khalayak melalui saluran media massa (cetak atau elektronik) dengan tujuan menimbulkan kebencian dan permusuhan terhadapnya.

Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel yang disiarkan oleh akhbar bulanan parti itu, Suara Keadilan.

Zambry menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, timbalan presiden Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd, dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata edisi akhbar itu bertarikh 29 Dis 2009 hingga 5 Jan 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas – Gagal masuk ke Amerika Syarikat” mengandungi perkataan berunsur fitnah yang palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan berniat jahat.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah sebenarnya dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Katanya lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja.

Zambry berkata perkataan berunsur fitnah itu telah melukakan perasaannya dengan begitu mendalam, mencemarkan dengan teruk reputasi awam, peribadi dan politiknya serta membawa kepada skandal awam, kebencian dan penghinaan.

Katanya perkataan berunsur fitnah itu juga dirancang bagi mempersendakan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak dan disiarkan dalam halaman utama di belakang akhbar itu untuk lebih menarik perhatian pembaca serta mengakibatkan kerosakan maksimum dan aib kepada dirinya.

Perkataan berunsur fitnah itu difahami bertujuan membawa maksud bahawa beliau seorang yang disyaki sebagai pengganas, terbabit dalam kegiatan keganasan dan disenaraikan dalam pangkalan data pengganas serta tidak layak menjadi Menteri Besar Perak dan menjawat jawatan awam, katanya.

Beliau menuntut gantirugi RM100 juta, termasuk gantirugi teruk dan gantirugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.

Segala cakap-cakap yang berbaur iri hati dan fitnah itu jika di teliti di keluarkan oleh puak pembangkang jelas menunjukkan mereka hanya menabur fitnah tanpa ada data atau maklumat yang tepat bagi menyokong hujah-hujah mereka itu.

 
Jangan nak membuat fitnah ? Tunjukkan pada umum bagaimana mereka tahu mengenai hal ini. Jika cakap kosong siapa pun boleh cakap! RM 100 juta, tolong tutup mulut sikit….
 
http://jebat2010.blogspot.com/

Comments

2 Responses to “RM100 juta, Wan Azizah tolong tutup mulut…”
  1. wansalman says:

    Rakyat tahu siapa yang yang suka membuat fitnah & adu domba.Sejarah orang2 Musyrikin memang menceritakan bagaimana manusia seperti ini terus2an menzalimi orang lain.Ini lah yang di amalkan Umno.

    Umno akan di hukum kelak.

  2. imuc says:

    utusan malaysia, tv3 buat fitnah secara melampau2 didiamkan sahaja… 1malaysia..

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.