Raja Petra (RPK) vs Papa Gomo-Isu Fitnah Kesultanan Perak

October 21, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured

Dari Blogg Raja Petra (RPK) ke Blogg Perisik Rakyat Fitnah terhadap Sultan dan seluruh kerabat DiRajaPerak di jaja……..

Ini Jawapan Gomo buat rakyat yang mungkin terhasut dengan FITNAH dari PAKATAN PEMBANGKANG…..

RPK said….
Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

GOMO said….
Jangan kita lupa apa yang berlaku sebaik sahaja Pakatan Pembangkang menang di Perak. Pas, PKR dan DAP masing-masing bergaduh dan berebut untuk menentukan parti mana yang lebih layak menjajah PERAK. masaalah memilih Menteri Besar dan EXCO juga kelam kabut apabila ketiga-tiga parti bertelagah akan perebutan kuasa ini.

Pakatan Pembangkang tidak SAH secara amnya. Jika dikira kerusi yang di menangi maka UMNO lah paling layak mentadbir PERAK berbanding MCA,MIC,DAP,PKR,PAS dan DAP. Namun atas keperihatinan Sultan Perak yang adil dan telus,,telah memberikan Pakatan Pembangkang PAS,PKR dan DAP berkerjasama dalam mentadbir PERAK. UMNO tidak merajuk malah tidak langsung memprotes titah Sultan Perak berhubung hal berkenaan. walhalkan Pakatan Rakyat itu hanyalah sekadar nama bukan PARTI seperti Barisan Nasional.

Tidak ada langsung sepanjang proses seminggu yang di katakan oleh RPK bahawa kerajaan BN telah memusnahkan bukti-bukti penyelewengan yang di lakukan selama ini. Ini adalah satu tuduhan yang tidak berasas memandangkan setelah tamat pilihanraya para pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang PAS,PKR dan DAP telah mengepung semua pejabat-pejabat dan bangunan-bangunan kerajaan negeri Perak. Tidak di benarkan sama sekali pemimpin BN masuk ke dalam walaupun untuk mengambil Sejadah Sembahyang.

Memang wujud perbincangan antara UMNO dan PAS bagi berkerjasama dalam mentadbir Perak dan Selangor. Namun ianya telah di tolak oleh PAS kerana ugutan dari PKR dan DAP berhubung perpaduan dengan UMNO ini. Berkenaan kerusi Menteri Besar yang akan diberikan kepada PAS tidak ada langsung cerita berkenaan selama mana perbincangan ini. PAS tidak mengendahkan apa yang UMNO nyatakan dalam kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO.

Agenda yang di bawa UMNO hanya dua pekara.
1) Islam
2) Melayu

Namun ianya di tolak oleh PAS mentah-mentah, barangkali ugutan yang diterima dari DAP dan PKR dalam hal perpaduan ini.

UMNO tidak pernah melakukan pekara di sebalik tabir dalam hal berkenaan malah pemimpin UMNO redo dengan keputusan Sultan Perak berhubung kerajaan baru Perak.

RPK said……
Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

GOMO said….
Setelah Pakatan Pembangkang yang di wakili PAS,DAP dan PKR membentuk kerajaan Perak, tidak timbul Sultan Perak meminta bermacam-macam hal. Namun hanya 2 pekara yang Sultan Perak adalah:
1) Islam
2)Melayu

Dalam hal sebegini DAP telah mula menunjukan Taringnya apabila telah bertelagah berhubung isu ISLAM dan MELAYU ini. Dari sini lah DAP telah menyatakan kepada PAS,dan PKR bahawa DAP lah yang layak mentadbir Perak. Malah kerusi Menteri Besar seharusnya di berikan kepada DAP.

Tidak ada langsung isu berkaitan permintaan dari Sultan dan Kerabat Perak yang di katakan oleh RPK secara berlebihan itu. Namun sebaliknya telah berlaku. Amanat Sultan Perak yang mahukan Islam dan Melayu di jaga telah dinodai oleh Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR Perak ini. setelah mula mentadbir Perak maka dengan rakusnya Tanah-Tanah telah di berikan kepada penduduk Kampung Baru Cina sehingga pajakan 999 tahun yang mana 7 keturunan belum tentu habis. Bukan itu sahaja malah tanah rezab kepada sekolah-sekolah cina diberikan sehingga 2 hektar. Sedangkan tanah kepada orang Melayu dan India yang di berikan di kawasan pendalaman dan estet-estet sahaja.

Umum mengetahui tanah-tanah di kampung baru Cina ini semuanya terletak di dalam kawasan bandar besar yang mana harga tanahnya tinggi dan akan melonjak lebih tinggi bila pembangunan berhampiran dilaksanakan. manakala tanah Melayu di pendalaman dan tanah India di estet hanya bernilai sedikit sahaja.

Jika anda semua sedar, Raja Muda Perak telah mengeluarkan kenyataan semasa isu pemberian tanah kampung baru 999 tahun ini di laksanakan oleh kerajaan Pakatan PAS,PKR dan DAP. Dalam kenyataan media, Raja Muda Perak telah mengatakan bahawa;
Raja-Raja pada masa itu Murka dengan Pemberian tanah-tanah kepada orang cina bagi di tempatkan di Kampung Baru semasa zaman komunis lalu.
Dengan kenyataan ini juga seharusnya Rakyat Perak sedar akan apa yang telah Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR telah lakukan terhadap Negeri Perak.

RPK said….
Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

GOMO said…..
Tidak timbul langsung Sultan Perak memikirkan untuk menyingkirkan Pakatan PAS,DAP dan PKR dari mentadbir Perak. Umun mengetahui setelah 3 orang adun dari Pakatan keluar parti dan menjadi Adun bebas maka ketiga-tiga mereka ini telah menyokong kerajaan BN. Nizar MB GILA TALAK telah menghadap Sultan bagi membubarkan DUN Perak, namun Sultan Perak tidak berbuat demikian. Sultan Perak telah memanggil ketiga-tiga Adun bebas itu dan bertanyakan akan sokongan mereka kepada siapa. Dan apabila ternyata ketiga-tiga Adun Bebas itu menyokong BN maka Sultan Perak telah diyakini bahawa Pakatan PAS,DAP dan PKR telah kehilangan MAJORITI bagi mentadbir Perak maka Barisan Nasional berhak membentuk Kerajaan Perak sepertimana termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK!!!

Soal pembubar DUN tidak wujud sama sekali, begitu juga isu siapa Menteri Besar. Maka tidak perlu adanya pembubaran DUN Perak. Nizar meminta pembubaran DUN kerana tahu yang beliau telah kehilangan majoriti dalam Kerajaan Perak. Demi menyelamatkan kerusi Menteri Besar nya itu, Nizar seboleh-bolehnya ingin di bubarkan DUN Perak bagi menyelamatkan periuk nasik nya dalam syer tanah-tanah yang diberikan kepada keroni-keroninya itu. UMNO,MCA dan 3 Adun Bebas telah berjaya menyakinkan Sultan Perak bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti bagi mentadbir Perak.

Mengikut Perlembagaan Negeri Perak, Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam melantik Menteri Besar. Dan harus diingar NIZAR TIDAK DI LANTIK OLEH SIDANG DUN sebagai MENTERI BESAR. Sultan melantik Nizar sebagai Menteri Besar apabila dipersetujui oleh Pakatan PAS,DAP dan PKR yang mencadangkan Nizar sebagai calon MB. Dan apabila Nizar kehilangan Majoriti dalam DUN Perak maka Sultan Perak berhak melucutkan jawatan MENTERI BESAR nya itu.

Hal berkaitan Raja Muda Nazrin hanyalah fitnah semata-mata. usahlah kita termakan tipu daya dari RPK ini. Hal Raja-Raja ini biarlah yang arif menentukan. RPK tidak layak menilai hiraki Raja-Raja Melayu ini, kerana RPK bukanlah RAJA sebaliknya hanyalah JOKER dalam FITNAH dan adu domba semata-mata.

RPK said…..
Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

GOMO said….
Sultan Perak hanya meminta Kerajaan Pakatan PAS,DAP dan PKR terdahulu menjaga:
1) Islam
2) Melayu

Namun ianya telah di lacurkan oleh Pakatan PAS,DAP dan PKR ini demi tamak haloba mereka.
Pakatan PAS,DAP dan PKR tumbang kerana kehilangan MAJORITI dalam mendapat Mandat Rakyat Perak!!!

Tahu pulak si RPK ni Pakatan PAS,DAP dan PKR menemui ajal???
awat Nizar Gila Talak tak sedar-sedar lagi???

RPK said…..
Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

GOMO said….
Tanah mana ni??? Proksi Sultan mana yang hang dok khabar ni RPK??? tidak ada langsung rekod dalam pejabat Tanah yang bernombor lot sedemikian. Isy…isy…jangan lah komen nak reka-reka cipta….

RPK said….
2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan – Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

GOMO said….
Menghadiahkan kepada Sultan??? apo kono ekau ni RPK??? apo kono mongono dongan hadiah pulok??? Konsesi balak tu kono bayar ekau tau??? sapo-sapo dapet pun kono bayar!!! cukai tu…duit tu semua poi kat RAKYAT PERAK. bukan masok poket tu ha. Ekau ni FITNAH lagi…apo nok jadi dongan ekau ni RPK??? yang ekau tahu sebut PROKSI, sikit-sikit PROKSI.Apo bondo lain takdo ko???

Lagi satu RPK, kalau ekau FITNAH tu pun ekau letak lah namo tauke CINO yang dapat tender balak tu dari UMNO. Ini ekau letak nama MELAYU pulak yang UMNO bagi tender. Masa Pakatan PAS, DAP dan PKR semua Projek, Tender, Konsisi, Tanoh,serbo serbilah semua CINO dapat!!! Apo UMNO kasi projek kat Melayu jo ko???

RPK said….
5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

GOMO said….
RPK kato hotel??? takat cakap pakai lubang hidung baik takpayah lah RPK oiii…..ekau kasi dokumen tu dulu. baru boleh RAKYAT percayo. takat cakap macam lembu meragut rumput eden pun boleh!!! rm43 juto…ekau ni kemaruk duit dah ni RPK oiii…

RPK said….
Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

GOMO said….
apo lah kono ekau ni RPK??? Fitnah tu memanjang ajo. Hasil usoha sendiri ekau pertikaikan, ado syarikat ekau marah??? Melayu sonang sikit ekau cemburu buto. Ekau nak jugo Melayu ni lingkup. RPK…RPK…

Ekau cakap projek sano sini, tapi takdo pulok bukti ekau keluarkan. samo jo macam ekau FITNAH Dato Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Bilo dah takut ekau lari lintang pukang….

RPK said….
Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

GOMO said….
Apa yang Gomo cakap bagi menepis FITNAH RPK ni adalah berasas sama sekali. Setiap yang RPK FITNAH merupakan satu Kebiadapan terhadap Sultan Perak dan seluruh Kerabat DiRaja Perak. Malah Seluruh Sultan dan Raja di negeri-negeri orang melayu ini juga RPK telah Derhakai.

Sultan merupakan Istitusi yang Agung dan Terulung dalam Peradaban Malaysia ini. Kita rakyat seharusnya mendukung rasa hormat dan cinta pada Peradapan Tanah Melayu ini. Sultan merupakan ketua dalam sesebuah negeri yang mana sejarahnya dalam mentadbir negeri sudah berabad lamanya.

KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA merupakan RUKUN NEGARA yang kita sentiasa belajar dan seharusnya sedar akan kata-kata yang kita laungkan ini. Tampa Sultan dan Raja maka punahlah ISLAM dan bangsa MELAYU di bumi bertuah ini. Berabad lamanya istitusi Raja ini menjaga dengan kasih dan sayang rakyat jelata dan meyuburkan Tanah Melayu ini. Janganlah kerana terhasut dengan Fitnah yang di lemparkan pada Sultan dan Raja maka kita bertindak tampa akal dan kewarasan menentang Sultan dan Raja yang kita junjung berabad lamanya.

Sultan Perak tidak menyingkirkan Pakatan PAS,DAP dan PKR di Perak. Tetapi Pakatan mereka itulah sendiri yang telah menyingkirkan diri mereka. Kerana Ghairah inginkan kuasa maka apa sahaja di bumi Perak di lacurkan demi kehendak Nafsu Serakah mereka itu. Bila hilang kuasa maka Sultan dan Raja di persalahkan. Walhalkan Negeri Perak itu ketuanya adalah Sultan Perak itu sendiri.

Renungkanlah apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 2004!!!
PAS memerintah Kelantan hanya dengan kelebihan 1 kerusi,yang mana 1 kerusi itu hanya berlebihan 1 undi sahaja. Dan sepanjang pentadbiran PAS Kelantan itu Barisan Nasional tidak pernah melakukan apa-apa pekara bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan!!!

Mengapa UMNO tidak MERAMPAS Kelantan???
Hanya 1 kerusi dan 1 undi sahaja???

Hanya 2 jawapannya…:

ISLAM
MELAYU

Renungkanlah…….

Pssssttttt…..RPK??? bilo nok belanjo den makan nasi ambang??? Lamo eden tunggu ni ha….he he he

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

http://www.papagomo.com/

Comments

9 Responses to “Raja Petra (RPK) vs Papa Gomo-Isu Fitnah Kesultanan Perak”
  1. wansalman says:

    Rabu 21 Oktober 2009 | 2 Dzulka’edah 1430 Hijrah

    Antara Mahsuri dan Altantuya
    H Fansuri
    Tue | Oct 13, 09 | 10:21:51 pm MYT

    Ada beberapa sudut pandang jika kita ingin meneliti kisah Mahsuri. Sosok Mahsuri memang wujud. Keturunannya masih ada. Yang dipertikai orang adalah, beberapa kisah aneh mengenainya, iaitu saat-saat menjelang kelahirannya dan kematiannya.
    Iklan

    Apakah benar, beliau berdarah putih? Apakah benar, Makndak mengandungkan Mahsuri setelah makan kerak nasi yang sebenarnya maya padi?

    Apakah benar, 7 hari selepas makan kerak nasi, seekor ular cinta mani (sejenis ular sakti, berkepala itik) berlegar-legar sekeliling rumah dan ular itu tidur di bawah rumah?

    Apakah benar, Mahsuri cuma mati jikalau ditikam dengan sebilah keris khas yang dibalut dengan kain kuning? Inilah yang dipersembahkan dalam teater bangsawan Mahsuri yang dipentaskan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula 9 – 11 Oktober lalu.

    Kisah Mahsuri, isunya bukan darah putih, ular cinta mani atau keris keramat. Hal itu, tak diketahui tentang letak duduk kebenarannya. Ia boleh disebutkan sebagai dongeng.

    Hal dongeng jika didebatkan, tidak pergi ke mana-mana. Hal yang tidak bersifat dongeng itulah yang terlebih baik untuk kita bahaskan bersama.

    Dalam kisah Mahsuri, ada hal yang nyata, tidak bersifat khayalan. Hal yang nyata dan tak boleh ditolak itu adalah sifat dengki, iri hati, rasa cemburu, dendam serta sakit hati yang akhirnya membawa kepada kematian Mahsuri.

    Kematian Mahsuri lambang kezaliman pemerintah

    Watak-watak Mahura, Deraman dan lain-lain watak yang berkonspirasi untuk membunuh Mahsuri masih wujud sehingga ke hari ini, tetapi ia dilakonkan watak yang lain pula.

    Mereka berkomplot dan oleh kerana komplot ini berlaku dalam kalangan pembesar, maka Mahsuri tidak mendapat sebarang pembelaan.

    Keadaan mungkin berbeza jika kes Mahsuri melibatkan pertikaian orang-orang bawahan, dan pihak penguasa tidak terlibat dalam pertikaian tersebut.

    Oleh kerana kes purba ini berprofil tinggi, maka kepada siapa lagi keluarga Mahsuri ingin mengadu segala permasalahan ketika penguasa yang diharap dapat memberikan keadilan, telah berbuat kezaliman, tidak menghukum manusia secara adil dan tidak membicarakan dakwaan ke atas Mahsuri dengan telus.

    Kita pun tertanya-tanya, apakah wujud golongan ulamak, pendeta dan manusia bijaksana yang menegur perbuatan kejam dan zalim itu?

    Mahsuri dibunuh ketika suaminya berperang demi mempertahan negeri Kedah daripada serangan Thai. Ini bermaksud, memang ada perancangan yang tersusun dan mereka yang berniat jahat itu memang menunggu waktu yang sesuai untuk membunuh Mahsuri.

    Jika suami Mahsuri masih ada di sisi, maka tuduhan tohmahan terhadap Mahsuri tentulah terbatal. Ini kerana, tuduhan itu ialah � Mahsuri berlaku serong dengan lelaki lain, wanita itu menduakan suaminya ketika suaminya pergi berperang.

    Bentuk hukuman ke atas Mahsuri secara tergesa-gesa ini menunjukkan bahawa penguasa pulau lagenda itu telah mengambil keputusan untuk segera membunuh Mahsuri sebelum suami Mahsuri, Wan Derus kembali ke Langkawi.

    Kalau benar Mahsuri berlaku curang dengan lelaki lain, maka hukumannya bukan bunuh, tetapi ia mestilah disesuaikan dengan hukum syarak seperti direjam dengan batu.

    Antara Altantuya dan Mahsuri, siapa lebih dizalimi?

    Tidak boleh diukur kekejaman itu dengan keris yang menikam Mahsuri. Tidak boleh juga kita menyukat kezaliman dengan membandingkan bisanya keris dengan kuatnya ledakan bunyi dentuman bom C4 yang digunakan untuk meletupkan tubuh Altantuya.

    Akal logik tidak boleh membuat hukuman bahawa oleh sebab dentuman C4 itu lebih kuat hingga menghancurkan tubuh Altantuya, maka kes Altantuya dibunuh itu lebih zalim dan kejam berbanding pembunuhan Mahsuri, kerana tubuh Mansuri tidak hancur.

    Tidak betul cara berfikir begitu. Kita mesti ukur kezaliman serta menyukat kekejaman itu bersandarkan cara kes itu dikendalikan dan bukanlah disebabkan faktor keris dan bom C4 tersebut. Akal kita mesti lebih hadhari ketika membuat kesimpulan dalam kes ini.

    Altantuya tidak dihakimi, tidak dibicarakan. Maka adalah satu jenayah untuk membunuh beliau. Sebaliknya, kes Mahsuri itu telah dibicarakan dengan berat sebelah. Dia difitnah, dia diburuk-burukkan, diaibkan oleh sekian banyak tuduhan yang tidak berasas.

    Barangkali, Altantuya lebih dizalimi kerana sosok yang jelita lagi menawan putera Bugis ini dilayani sebagai haiwan, boleh dibunuh sesuka hati tanpa perkiraan dosa, pahala.

    Mungkin ada orang yang mahu menyanggah pendapat ini. Hal itu, bolehlah kita debatkan kemudian jikalau ada pihak yang beranggapan bahawa Mahsuri dibunuh lebih kejam lagi berbanding kes Altantuya. Wallahu alam.

    Bagaimanapun, pendapat bahawa Mahsuri dibunuh lebih zalim berbanding Altantuya itu bukanlah bermaksud bahawa Najib Razak lebih baik berbanding Mahura dan pihak-pihak yang membunuh Mahsuri. Ini kerana, zalim tetaplah zalim.

    Bukan ada neraca yang menetapkan bahawa berat kezaliman ke atas Altantuya itu seberat 1 kg, sementara kezaliman ke atas Mahsuri cuma seberat segantang cuma. Kejam tetaplah kejam. Keadaan mungkin berubah jika watak Mahura disamakan dengan Rosmah.

    Sentimen-sentimen seperti menyamakan Mahura dan Rosmah mungkin mengundang satu pendapat lain pula yang melihat kes pembunuhan Altantuya itu lebih kurang setara kejam dan zalimnya dengan kes pembunuhan Mahsuri. Wallahu alam.

    Oleh kerana perbincangan seperti ini boleh menelan waktu yang panjang, maka ada lebih baik kita khatam dulu bicara di sini.

    Terima kasih kepada pelakon teater Mahmud Jelani yang maklumkan mengenai hal teater percuma baru-baru ini. Juga kepada Kumpulan Bangsawan Sri Kedah yang bergiat cergas mementaskan teater purba, bangsawan yang makin kurang dipentaskan sekarang.

    Semoga kita tidak lagi memandang kes Mahsuri dengan darah putihnya dan keris keramat yang digunakan untuk membunuhnya, tetapi ia dinilai sebagai satu peristiwa gelap dalam lipatan sejarah yang patut dielakkan pada masa depan.

    Hendaknya, kisah purba sebagai pengajaran kepada masyarakat ini janganlah dikapankan dalam ingatan kita, sebaliknya sentiasa dibahas daripada sudut lain pula.

    Persembahan teater Mahsuri sebenarnya menarik. Semoga pemilihan dialognya itu lebih mencapah, menyentuh perihal ketidakadilan penguasa dalam menjatuhkan hukuman. Ini kerana, roh dan semangat asal kisah ini memperihalkan kezaliman penguasa.

    Mungkin, persembahan teater yang memberikan pengajaran ini perlu menggunakan suatu pendekatan seperti teater Menunggu Kata Dari Tuhan, karya Dinsman di mana akhir dari pementasan itu, penonton diajak berdialog, bertukar fikiran dan bertanyakan soalan.

    Mahsuri wanita suci?

    Di sana masih kedengaran pendapat yang menyatakan bahawa ada kemungkinan Mahsuri adalah wanita yang tidak menjaga kehormatannya. Pandangan demikian berangkat daripada persoalan, bagaimanakah Mahsuri boleh tinggal serumah dengan lelaki asing ketika ketiadaan suaminya?

    . Kalau pun Mahsuri itu tidak melakukan perbuatan terkutuk, bagaimana pula dengan sikap isteri orang yang dilihat berdua-duaan dengan lelaki asing sambil bermain bunyi-bunyian di luar rumahnya sehingga menjolok mata masyarakat setempat?

    Jawapan ke atas soalan seperti ini tetap ada. Seperti biasa, kita akan melakukan kesilapan. Tetapi, adakah hukuman ke atas kita itu setimpal?

    Kenapa kita harus meneropong ke atas kesilapan Mahsuri saja tetapi seperti terlupa untuk membahaskan kekejaman penguasa dan hasutan Mahura?

    Sebesar-besar dosa Mahsuri sekali pun dan kalau darahnya tidak putih bagi menunjukkan bahawa dia wanita suci tetapi kita tak boleh menolak kebenaran bahawa dia telah melafaz sumpah bahawa Langkawi akan dilanda musibah 7 keturunan.

    Maka, lafaz sumpah itu adalah doa daripada seorang wanita yang telah dizalimi. Mungkin juga dia berdosa, tapi peruntukan Allah ke atas Mahsuri tetap ada. Iaitu peruntukan untuk berdoa agar dilimpahkan kecelakaan ke atas pihak-pihak yang telah menzaliminya.

    Mungkin, azab yang menimpa Langkawi itu, bukan disebabkan oleh kedudukan Mahsuri sebagai wanita keramat seperti yang difahami orang. Lagi pun, bukankah doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan Tuhan tanpa sebarang hijab?

    Mahsuri itu mungkin berdosa, tapi peruntukan Allah untuk membela orang yang dizalimi itu tidak diperhitungkan melalui dosa Mahsuri sebelum ini. Sabda rasul, takuti doa orang yang dizalimi, kerana doa antara mereka dengan Tuhan tiada hijab.

    Tidak disebut kedudukan orang dizalimi di sini sama ada mereka sendiri pernah berdosa atau tidak. Bermaksud, jika seseorang itu berdosa kepada Tuhan, tetapi dalam masa yang sama, mereka dizalimi pemerintah, maka dosa mereka itu bukan hijab untuk Tuhan kabul doa mereka yang meminta dilimpahkan keburukan ke atas pemerintah yang zalim itu.

    Penduduk Kg Berembang mungkin juga berdosa. Tapi, ketika mereka dizalimi Khir Toyo yang menumbangkan surau, rumah mereka, Allah kabulkan doa, sumpah seranah mereka dengan menjatuhkan Khir Toyo dalam pilihan raya umum ke-12. Alhamdulillah!

    Tuhan tak membuat perkiraan seperti ini � oleh kerana mereka yang dizalimi itu pun ada dosa, maka Dia pun tidak akan mengabulkan doa mereka ke atas pihak yang menzalimi mereka itu. Tuhan tidak berat sebelah. Penzalim lebih awla mendapat hukumanNya.

    Apabila mempertimbang semua ini dengan teliti dan sehalus-halusnya. Hanya ada suatu hal sahaja yang menendang-nendang akal fikir kita. Pertanyaan demi pertanyaan, soalan demi soalan sedang berlari-lari, menari-nari dan melantun-lantun dalam kepala.

    Jika Mahsuri bersumpah yang buruk-buruk ke atas Langkawi sebelum kematiannya, kita ingin bertanya soalan saja, apakah Altantuya pernah bersumpah bahawa Malaysia akan menjadi padang jarak padang tekukur sebelum tubuhnya diletupkan C4?

    MOGA-MOGA MEREKA YANG PEMBUNUH DAN YANG BERSUBAHAT DI BALASI SEADIL-ADIL ATAS DOSA YANG MEREKA KERJAKAN

    5:26 a.m, 12 Oktober
    Sekolah Pemikiran Kg Baru

  2. zambris says:

    Fitnah RPK dah mejadi2 dan berlebih2.Nampaknya orang melayu dah meluat membacanya.Orang2bukan melayu dan juga pengkianat melayu memberi koment yang menjatuhkan maruah Sultan Perak’Saya merayu kepada Kerajaan megambil tindakan kepana RPK dan juga yang meyokong dan memberi comment dalam Blognya.Orang India melalui Makkal Sakti telah meyokong BN sekarang. Ada ura2 orang atasan Pas hendak kerjasama dengan UMNO dan jika ini berlaku Rpk dan kuncu2nya dan pengkianat melayu akan tahu langkit tinggi rendah.UMNO PAS bumiputra sabah Serawak Makkal Sakti akan memerintah Malaysia.

  3. wansalman says:

    Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah
    Md Noor Yahya
    Thu | Oct 22, 09 | 7:09:08 pm MYT
    KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.
    Iklan

    Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

    Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

    Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

    Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato� Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

    �Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja,� katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.

    Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan “Bertani Satu Ibadah” merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

    Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.

    Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.

    Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan._

  4. wansalman says:

    Umno lah yang mengkhianat orang2 malayu tapi di sebabkan masih wujud melayu yang buta mata hati terus menyokong Umno.Tahniah Rpk,anda lah satu2 orang yang berani menyanggah salah laku pemimpin negara.

    Masa orang Idris Jusuh nista Sultan Kelantan dengan perkataan menatang kau orang ada komen apa ???? Bangsat betul melayu macam ni.

    Haram takkan Pas akan berkongsi dengan Umno sebab Pas mengharamkan RASUAH tapi Umno menghalalkan nya.

  5. garunggang says:

    Kalau yang nampak putih tapi dikatakan hitam inilah akibatnya.
    Bercakap seperti berpengetahuan agama yang tinggi tapi bila dikaji isi kandungan tulisan seperti orang yang tidak beragama.
    Cakap pakai lutut.yang menubuhkan SPRM tu siapa? Bukankah Presiden UMNO? Yang presiden PAS buat apa?
    Selagi orang PAS bersembahyang dalam masjid yang dibina oleh UMNO,jangan harap UMNO akan tumbang.Kalau nak tahu PAS itu lahirnya daripada UMNO.

  6. Alpasiku says:

    Setakat cerita dongeng dijadikan modal untuk mengutuk orang baik tak payahah susah-susah mengaji agama kat Pondk Pemikir Kg Baru, yop.

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. GENE says:


    CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.Best quality drugs.Special Internet Prices.No prescription online pharmacy. High quality pills. Buy pills online

    Buy:Advair.Lipothin.Cozaar.Ventolin.Buspar.Amoxicillin.Lasix.Female Pink Viagra.Aricept.Female Cialis.Seroquel.Lipitor.SleepWell.Zetia.Zocor.Wellbutrin SR.Nymphomax.Benicar.Acomplia.Prozac….

  2. KEITH says:


    CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.No prescription online pharmacy.Best quality drugs. Low price drugs. Order drugs online

    Buy:Cialis Professional.Propecia.Viagra Soft Tabs.Levitra.Tramadol.Cialis Super Active+.Viagra Professional.Viagra Super Force.Super Active ED Pack.Zithromax.Maxaman.Cialis Soft Tabs.Soma.VPXL.Viagra Super Active+.Cialis.Viagra….

  3. JULIO says:


    NEW FASHION store. Original designers collection at low prices!!! 20 % TO 70 % OFF. END OF SEASON SALE!!!

    BUY FASHION. TOP BRANDS: GUCCI, DOLCE&GABBANA, BURBERRY, DIESEL, ICEBERG, ROBERTO CAVALLI, EMPORIO ARMANI, VERSACE…



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.