PKR Pecat Zulkifli Noordin
March 7, 2010 by admin
Filed under Berita Bergambar, Featured
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.
Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan hari ini.
“Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau berkata Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.
Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.
Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan ‘menentang arus’ dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.
Zulkifli memberitahu pemberita selepas itu bahawa tindakan tersebut berasaskan prinsipnya yang tidak mahu tunduk atau mengiktiraf panel bukan Islam bagi membicarakan isu berhubung agama Islam.Beliau juga memberitahu pemberita tidak berhasrat untuk keluar daripada PKR kerana masih yakin dengan kepimpinan parti.
Pagi ini, Zulkifli menerusi surat terbuka di dalam blognya sekali lagi merayu anggota majlis pimpinan pusat PKR agar memberi peluang kepada beliau membela diri di hadapan panel disiplin beragama Islam berhubung isu yang dibangkitkan.
“Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keadilan dalam kes liwat beliau.
“Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai ke peringkat mendapat sokongan luar. Kalau Datuk Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama…kita patut amal apa yang kita war-warkan,” katanya dalam surat itu.
Sebelum ini, Zulkifli mendakwa beliau adalah mangsa rancangan jahat “firaun-firaun kecil” dalam parti yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan beliau dan agama Islam serta sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau dipecat. BERNAMA




Siapa firaun-firaun kecil tu?
Memang betul dan tepat tindakan yang dibuat oleh Zul kerana isu yang berkaitan dengan Islam mana boleh diadili oleh orang bukan Islam.
Tapi mungkin juga PKR berbuat begitu untuk menunjukkan keterbukaan PKR membuka ruang kepada orang bukan Islam mencampuri urusan orang Islam.
Saya juga cadangkan supaya Lembaga disiplin PAS yang membicarakan kes Khalid Samad dan Dr Hassan Ali dibicarakan semula dengan melantik Panel dari orang bukan Islam barulah adil namanya.
Tanda kiamat sudah mula kelihatan apabila mereka yang mengatakan memperjuangkan Islam tapi mereka sendiri yang menjahanamkan Islam.
Sebenarnya mereka sedar akan perkara tersebut tapi disebabkan kepentingan politik segala-galanya dilacurkan.
Kalau sekadar memberikan pendapat yang bertentangan kemudian dipecat, apakah standard sesebuah parti.Nampak sangat mengamalkan sistem diktator.
Soal dibeli atau tidak itu tidak timbul sebaliknya DSAI yang mengeluarkan kenyataan yang semua orang tahu bahawa ahli Parlimen BN akan melompat kepada PR.
NIK AZIZ: Harussani Mufti atau Mufta? | Print | E-mail
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.
Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.
Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,
“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”
Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.
Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?
Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!
Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.
Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010
Wansalman cubalah anda tulis sendiri dan jangan selalu paste artikel dari bahan harakah dan tolong jangan lari dari tajuk.Janganlah engkau nak mengagungkan sangat Nik Aziz tu kerana kealimannya pun tidak sehebat mana pun.
Kalau orang yang berilmu dan benar benar beriman dah tentu negeri yang diperintah tidak ditimpa bencana kerana doanya akan dimakmulkan Allah.
Tapi sebaliknya setiap tahun banjir berlaku yang menghairankan banjir tersebut semakin luarbiasa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Kini musim kemarau pula akan tiba diharapkan Nik Aziz berdoa agar ianya tidak terlampau panas.Jangan hanya mendoakan bala kepada orang lain.
Simpati pada saudara Zulkifli Nordin… dahla kene pecat pastu disarankan letak jawatan Ahli Parlimen… Pasni sape lg yg kene pecat atau lompat parti….?
UMNO AKAN MUSNAH JUGA KELAK..
Liwat II: VCD fatwa Yusuf al-Qaradhawi diedar
Abdul Rahim Sabri
Mac 8, 10
12:01pm
Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.
Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.
Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.
Cakera padat yang bertajuk “Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim” telah diterbitkan oleh Women’s Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.
Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf – yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia – menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.
Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.
“Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya),” kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.
Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik”
Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.
Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.
“Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka… Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua,” kata Anwar.
Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.
“Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita,” katanya.
Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.
Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.
“Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali,” katanya.
Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.
“Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar,” katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.
“Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang”.
Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.
Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.
Fatwa dari Ulamak terkenal sekalipun tidak boleh digunakan sebagai hujah didalam mahkamah sekiranya pihak pendakwa berjaya membuktikan bahawa seseorang itu terlibat dengan jenayah yang dilakukan. Sebagai contoh sekiranya kesan air mani terdapat didalam dubur orang yang diliwat, maka pihak pendakwa akan membuktikan melalui keputusan DNA bahawa air mani tersebut kepunyaan tertuduh.
Secara lojik akal bagaimana kita boleh mendapatkan sampel air mani seseorang itu kecuali dari isterinya (selepas melakukan hubungan sex) atau ujian kesuburan seseorang lelaki itu.
Jika 4 orang saksi diperlukan maka sampai kiamatlah pihak pendakwa untuk membuktikan kesalahan orang yang dituduh.
Sekiranya orang yang mengadu diliwat itu datangnya dari Afrika Selatan bolehlah dikatakan ianya satu konspirasi.Tapi yang mengadu diliwat adalah orang yang berkaitan secara lansung dengan tertuduh.
mmg la btl, DNA kena ambik baru sbb yang 10 thn lps dah tak boleh pakai dah…
bongok la garunggan ni, duk angkat la undang2 reid tu, pastu duk sanggah al-quran, apa nak jadi ntah…
Bongok amende DNA Mumia yang berumur 3000 tahun masih boleh dipakai dan dikaji lagi, inikan pula 10 tahun.Cakap biar pakai ilmu.
tu ayat pak lah.. aku ulang balik jerk… bkn stakat 3000 thn, juta2 tahun pon blh pakai lagi, cuma pak lah kurang tau sket jerk..
Di antara Ali dan Baba
http://myzaidibrahim.wordpress.com/
Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan.
Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.
Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja.
Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya.
Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.
Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan.
Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.
Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat.
Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka. Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya
Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba.
Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.
Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah.
Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia. Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil.
Zulkifli mendesak agar Peguam muslim patut menerajui Majlis Peguam Malaysia selepas Majlis Peguam itu menganjurkan Forum Memeluk Islam di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2008. Zulkifli merupakan exco Persatuan Peguam Islam dan dilihat bertentangan pendirian dengan parti PKR.[9] [10]
Forum ini dilihat sebagai tindakan provokasi terhadap orang Islam . Seramai 500 orang Islam berkumpul dan ada yang menyerbu masuk ke dewan persidangan dan melaungkan “Hancur Bar Council”, “Hidup Islam” dan “Batalkan Forum”.Sepanduk “Jangan cabar Islam’, “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam” dan “Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman” jelas menyatakan kemarahan umat Islam.[11]
Selepas menyertai demonstasi membantah forum itu, pembantu khas beliau, Saari Fadhil Hud tidak dapat menghubungi Zulkifli atau menghilangkan diri.[12] Pada 10 Ogos 2008, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan rumour di blog bahawa Zulkifli Nordin ditahan di bawah ISA.[13]
Pada 18 September 2008 , Zulkifli disiasat berhubung ‘Himpunan Aman Umat Islam’ membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam. Katanya ‘Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam’ dan akan mengerjakan umrah di Mekah. Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI). Zulkifli mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.[14] Baginya ‘Kalau DAP perjuangkan Islam pun saya akan masuk DAP’.
UNTUK MAKLUMAN SEMASA KES INI BERLAKU,MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB KETIKA ITU ADALAH ZAID IBRAHIM (MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI).BELIAU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL BERAT DAN MEMBUAT SEBARANG PANDANGAN TENTANG KES TERSEBUT.
RUPA-RUPA DIFAHAMKAN BAHAWA BELIAU ADA KEPENTINGAN DALAM FIRMA GUAMAN, MAKA ITULAH BELIAU TIDAK BERSUARA.
Orang macamni yang dijadikan contoh?
“Kalau kita ingin tahu sifat sebenar seseorang itu, berikan ia kuasa”