PERPADUAN MELAYU: Pemuda Umno Sabah mahu Melayu di Malaysia kembali bersatu

July 23, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

Oleh Bro Jinggo

Ketua pemuda Umno Sabah, Sdr Azman Hj Ruslan berkata, sebarang kemungkinan berlakunya perpecahan orang-orang Melayu di Semenanjung, boleh memberi kesan negatif bukan sahaja kepada bangsa Melayu itu sendiri, terutama sekali di Semenanjung, tetapi boleh memberi kesan buruk kepada perpaduan masyarakat Melayu dan Bumiputera Islam di Negara ini keseluruhanya.

Dari perspektif Sabah, UMNO dan PAS itu bukanlah ‘parti politik’ semata-mata tetapi UMNO dan PAS itu adalah orang Melayu dan Islam.

Justeru, perpecahan orang-orang Melayu di Semenanjung, tidak boleh dilihat atau dianggap sebagai masalah orang-orang Melayu di Semenanjung semata-mata, kerana ia sebenarnya boleh mengancam, malah melemahkan perpaduan masyarakat Bumiputera di Sabah, terutama sekali yang beragama Islam.

Oleh kerana itu, dalam apa jua situasi, Sabah tidak boleh melihat masalah perpecahan orang-orang Melayu/Islam di Semenanjung sebagai kes terpinggir, atau hanya berkisar sebagai masalah orang-orang Melayu di tanah besar Semenanjung sahaja, kerana masalah itu boleh melemahkan kedudukan dan dominance Melayu/Bumiputera Islam secara keseluruhannya dari segi kuasa politik dan pentadbiran Negara.

Antara gejala yang dilihat ‘membantu’ kepada perpecahan masyarakat Melayu/Islam, ialah kewujudan aliran-aliran pemikiran baru yang semakin berani dan lantang mempersoalkan kedudukan dan ‘keistimewaan’ orang-orang Melayu, walaupun mereka sebenarnya faham perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Kita juga melihat bagaimana aliran pemikiran baru itu cuba mengasak dan mempersoalkan kedudukan dan institusi Raja-Raja Melayu. Kerapuhan perpaduan masyarakat Melayu/Islam sudah tentu akan memudahkan lagi agenda golongan aliran pemikiran baru itu untuk, pertama, melemahkan kedudukan dan institusi Raja-raja Melayu; kedua, menjahanamkan perpaduan Melayu/Bumiputera Islam dan ketiga melenyapkan kuasa entiti orang Melayu/Bumiputera Islam di Malaysia.

Jelas sekali, masyarakat Melayu/Bumiputera Islam di Malaysia tiada pilihan selain kembali bersatu dan empat individu besar yang sangat penting untuk jayakan perundingan perpaduan itu iaitu di pihak UMNO ialah YAB Dato Seri Najib Tun Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan di pihak PAS ialah YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Saya percaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini menunggu-nunggu saja perpaduan ini menjadi kenyataan. Ini perlu disegerakan atas nama Islam tanpa syarat, masih ada harapan ke arah perpaduan yang menjadi kunci kekuatan Negara selama ini, BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH”. Tambah Azman, Ketua Pemuda UMNO Sabah.

Sumber: http://brojinggo.blogspot.com/

Comments

18 Responses to “PERPADUAN MELAYU: Pemuda Umno Sabah mahu Melayu di Malaysia kembali bersatu”
  1. wansalman says:

    ‘Kroni poket kosong, Umno S’gor tertekan’
    Salhan K Ahmad
    Jul 23, 10
    4:27pm
    Kongsi 36
    Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

    Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

    Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

    “Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN,” kata Pua.

    Ali Baba

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

    Melal
    ui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

    “Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

    “Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus,” tambahnya.

    P
    ua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

    Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

    Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram “paling buruk.”

    Dari pasir ke air

    “Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air,” kata Pua lagi

    Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

    “(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu,” katanya lagi.

  2. wansalman says:

    BERSATU MENTUBURKAN RASUAH DAN MENGOREK KEKAYAAN MALAYSIA SESAMA KRONI.

  3. wansalman says:

    Peneroka Felda dapat duit raya RM350
    Ogos 13, 10 4:26pm

    Kongsi 15
    Seramai 101,391 peneroka Felda akan menerima duit raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama Felda akan diberi RM150 seorang.

    Ketika mengumumkan demikian hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembayaran itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini di semua rancangan Felda di seluruh negara.

    “Pemberian duit raya ini melibatkan bayaran berjumlah RM37.14 juta, terdiri RM35.47 juta bagi yang bersama Felda dan RM1.67 juta bagi yang tidak bersama Felda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Najib berkata hampir 10 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka Felda, atau seramai 11,244 peneroka, dikategorikan sebagai tidak bersama Felda kerana mereka tidak menanam semula menerusi agensi itu.

    “Saya berharap pemberian duit raya ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menjelang ketibaan Syawal.

    “Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru peneroka yang tidak bersama Felda agar kembali bersama dengan agensi ini untuk memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan,” kata Perdana Menteri.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Rm 350 untuk sambut raya sedangkan bini belanja rm 350,000

  4. garunggang says:

    Nama Guan Eng ganti Agong

    Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
    muin.sapidin@utusan.com.my
    TASEK GELUGOR 19 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.

    Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong.

    Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

    “Lazimnya dalam doa kedua khutbah solat Jumaat, ada dibacakan doa untuk ketua negeri atau ketua agama Islam dan umum mengetahui di Pulau Pinang kita merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

    “Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di sini hari ini.

    Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

    “Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong juga sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja,” tegasnya.

    Sementara itu, beliau turut mendedahkan terdapat pihak pengurusan beberapa masjid yang tidak lagi dibenarkan mengutip bayaran sewa bazar Ramadan yang beroperasi di pekarangan rumah ibadat itu sebaliknya kutipan tersebut disalurkan kepada pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

    Ahmad Zahid berkata, tindakan menghalang pengurusan masjid memungut wang kutipan bazar Ramadan terbabit jelas mencampuri pengurusan hal ehwal agama Islam selain dilihat menyalahgunakan dana masjid untuk kepentingan politik.

    “Kalau dulu kutipan wang bazar Ramadan disalurkan kepada masjid tetapi kenapa pula sekarang tidak boleh tetapi disalurkan pula kepada pusat khidmat ADUN? Ini dana masjid yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti masjid bukan untuk tujuan politik,” tegasnya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan Guan Eng menghadiri majlis-majlis pengagihan wang zakat kepada golongan memerlukan yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

    “Kalau pun kerajaan negeri mahu menggambarkan beliau (Guan Eng) sebagai pemimpin yang fleksibel tetapi kita percaya ada agenda tersembunyi untuk menggunakan Islam bagi meraih kepentingan politik,” katanya.

    BAGAIMANA MELAYU UMNO NAK BERSATU DENGAN PAS KALAU IMAM PAS MENDOAKAN KESEJAHTERAAN LIM GUAN ENG DALAM KHUTBAH JUMAAT. KITA AKUR YANG DAP TU KAWAN RAPAT PAS TAPI JANGANLAH SAMPAI KETAHAP YANG MELAMPAU.
    JEMAAH YANG HADIR BUKAN SEMUANYA AHLI POLITIK MEREKA BUKAN TAK RETI TERJEMAHAN PADA KHUTBAH KEDUA BIASANYA DOA KESEJAHTERAAN KEPADA AGONG BUKAN KEPADA GUAN ENG. MUSTAHIL YG BACA DOA TU ORANG UMNO PASAL SEMUA MASJID DI PULAU PINANG TELAH DIKUASAI OLEH ORANG PAS

  5. garunggang says:

    Kepada penyokong BN dan UMNO, ini merupakan satu isu besar yang perlu dimainkan secara maksimum untuk menghentam Pakatan Rakyat.
    Kalau isu sebegini dapat ketangan pihak PR, mereka akan menggunakannya semaksimum yang mungkin. Yang herannya mengapa pihak BN dan UMNO ambil kesempatan ini.

  6. garunggang says:

    Pembetulan,
    Yang herannya mengapa pihak BN dan UMNO tidak mengambil peluang ini?

  7. garunggang says:

    Sultan Selangor murka

    Oleh AZIAN AZIZ
    pengarang@utusan.com.my
    SHAH ALAM 27 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan ‘tazkirah’ di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lalu.

    Sehubungan itu, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melakukan siasatan serta mengambil tindakan segera terhadap pengurusan surau yang terlibat.

    Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, selepas siasatan dibuat, pihaknya membuat keputusan untuk mengambil alih Surau Al-Huda dan menguruskan pentadbiran surau itu serta-merta.

    Ia kerana kata beliau, situasi berkenaan jelas bertentangan titah baginda yang mahu kesucian surau dan masjid dipelihara.

    Selain itu, menurut Mohamad Adzib, MAIS juga akan mengeluarkan surat amaran kepada Nie Ching.

    ”MAIS telah memanggil pengurusan Surau Al-Huda hari ini untuk menjelaskan isu tersebut.

    ”Selepas meneliti penjelasan daripada pihak terbabit, MAIS mendapati bahawa ucapan oleh wakil rakyat itu di dalam dewan solat surau, berlaku seperti dilaporkan.

    ”MAIS memandang serius isu ini memandangkan ia adalah kes kedua seumpamanya yang membabitkan ahli politik dan orang bukan Islam memberikan ucapan di dalam masjid atau surau di Selangor,” kata beliau dalam kenyataan di sini petang ini.

    Pada Ogos 2009, Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar, berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan Islam.

    Sehubungan itu, Mohamad Adzib mengingatkan mana-mana wakil rakyat bukan Islam untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama serta menggesa supaya semua pihak termasuk parti politik agar lebih sensitif dengan perasaan umat Islam.

    Mereka juga, kata beliau, hendaklah menjunjung titah perintah Sultan Selangor bagi menjaga kesucian institusi masjid dan surau di Selangor.

    TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PAS KERANA TELAH MEMBAWA SATU DIMENSI BARU DALAM ISLAM. PAS SEKARANG INI LEBIH TERBUKA DARIPADA UMNO KERANA UMNO TIDAK PERNAH DALAM SEJARAH MEMBENARKAN ORANG BUKAN ISLAM MASUK KEDALAM MASJID MEMBERIKAN TAZKIRAH.

    RASANYA NIK AZIZ PERLU MENGELUARKAN FATWA TERHADAP PERKARA INI BAGI MEMPERBETULKAN PEMIKIRAN PENGIKUTNYA.

    TAPI INI MUNGKIN SATU STRATEGI POLITIK YANG TERTINGGI OLEH PAS BAGI MENGAMBIL HATI ORANG BUKAN ISLAM TERUTAMANYA DAP.

    MEREKA BERHARAP AGAR ORANG BUKAN ISLAM AKAN MEMUJI PAS DENGAN BERKATA ” LU TENGOK DULU UMNO TAK PERNAH BAGI KITA MASUK MASJID TAPI SEKALANG PAS BAGI KITA MASUK, INI MACAM ISLAM PAS LAGI BAIK DARI ISLAM UMNO MAAAAA.”

  8. garunggang says:

    http://my-sensasi.blogspot.com/2010/08/kes-teo-nie-ching-masuk-surausalah.html

    cuba layari blog ini, ini bukan gambar super impose ini gambar tulen.Dah lah tak tutup aurat lepas tu bagi pulak tazkirah, pada pandangan saya teo nak lepas dari kes ini senag saja, beliau boleh kata ” memang saya tak mahu masuk itu surau, tapi diaolang jemput mestilah saya mali,lagi pun dalam Islam kalau olang jemput kita mesti mali”. JAIS tak boleh buat apa-apa pun.Habis kuat pun bagi nasihat macam kes kat P.Pinang.Kalau buat lebih kerajaan negeri akan marah. Eh kerajaan negeri siapa yang tadbir?

  9. wansalman says:

    Kenapa rakyat tak kibar bendera?
    Mohd Rashidi Hasan
    Rashidi Hassan
    BARU-baru ini wartawan media arus perdana membuat tinjauan di ibu kota Kuala Lumpur, bersempena dengan kehadiran bulan Ogos yang juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan.

    Selama dua jam wartawan tersebut duduk di jalan utama di tengah-tengah kesesakan di pusat bandar, didapati tiada satu pun kenderaan awam yang memasang bendera Malaysia. Yang ada hanyalah teksi dan kenderaan perniagaan. Itu pun tidak banyak, jumlahnya boleh dikira dengan jari.

    Daripada hasil tinjauan tersbut, boleh disimpulkan bahawa semangat kemerdekaan di kalangan rakyat kian luntur dan amat berkurangan.

    Ia adalah manifestasi daripada kegagalan kerajaan Barisan Nasional, memupuk ‘mood’ rakyat untuk menyambut hari kemerdekaan negara kali yang ke-53.

    Seolah-olahnya bulan merdeka tidak ada apa-apa makna bagi rakyat. Sunyi sepi seperti rakyat tidak berminat hendak menyambut hari merdeka.

    Sudah tentu hasil tinjauan ini, merunsingkan penganjur utama majlis sambutan kemerdekaan iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim.

    Kegagalan Rais

    Rais sebagai menteri yang menjaga media, gagal menjalankan tugasnya dengan baik. Beliau gagal kerana sejak beberapa bulan ini, dan sepanjang bulan ogos, media arus perdana, kerja utama mereka menghentam Pakatan Rakyat tanpa henti, sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempromosi sambutan kemerdekaan.

    Mana ada masa hendak promosi merdeka, jika sepanjang masa digunakan untuk memaki hamun, melaga-laga dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

    Secara reverse psikologinya, media ‘tali barut’ Umno-Barisan Nasional hanya mempromosi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Tan Sri Khalid Ibrahim, Karpal Singh dan ramai lagi.

    Rakyat semakin kenal pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Keburukan yang dicanang setiap hari, hanyalah membuatkan rakyat semakin tidak percaya, menimbulkan rasa muak dan menyampah terhadap Umno-BN.

    Oleh itu, hasil daripada kegagalan ini, amat menyukarkan Rais. Bagaimana nanti Rais hendak terangkan kepada Kabinet, khususnya Perdana Menteri.

    Apakah kerana sekarang ini bulan puasa? Sehingga rakyat begitu sibuk beribadah sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa memasang bendera negara?

    Atau apakah kerana semangat patriotisme di kalangan rakyat semakin menurun? Mengapa fenomena ini berlaku, harus diperhalusi perspektifnya.

    Gagal fahami erti patriotik sebenar

    Dalam konteks kenegaraan, semangat patriotik sememangnya harus wujud, dalam jiwa dan minda rakyat, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

    Semangat patriotik bukan sahaja harus ada pada kaum Melayu, malah kaum Cina, India dan sebagainya harus wujud. Kaum Cina dan India dalam negara kita adalah warganegara Malaysia, mereka bukan lagi seperti datuk nenek moyang yang datang dari negara China ataupun India.

    Patriotisme adalah semangat yang penting tidak harus dikesampingkan.

    Sehingga dalam Islam diperjelaskan bahawa ‘mencintai negara adalah sebahagian daripada iman (kepercayaan).’

    Memahami semangat partriotik dari sudut bahasa, patriot ialah orang yang mencintai dan mempertahankan negara.

    Patriotik ialah bersifat patriot. Begitu secara mudahnya. Menyebut cinta, pasti semua orang tahu apa itu cinta. Cinta menuntut kepada pengorbanan.

    Sehingga ada pepatah Melayu mengungkapkan gambaran bagi orang yang bercinta begitu hebat sehingga ‘lautan api pun sanggup direnangi.’

    Justeru dalam soal semangat patriotisme, bagaimana pula dengan semangat cintakan negara? Apakah cukup sekadar lafaz dan kata-kata ikrar yang dilaungkan dalam majlis sambutan hari merdeka? Apakah cukup dengan pemasangan bendera pada kenderaan atau pada dinding-dinding bangunan?

    Apakah cukup dengan sambutan kemerdekaan saban tahun pada tanggal 31 Ogos? Cukupkah dengan letupan bunga api menjelang detik 12 malam dan esoknya, dengan segala macam perbarisan dan pertunjukan?

    Maka adakah berduyun-duyun rakyat dikerah atau yang hadir menyaksikan perbarisan dan pertunjukan sempena hari kemerdekaan, benar-benar mempunyai semangat patriotisme? Atau mereka hadir kerana ianya suatu sambutan pesta sahaja?

    Kata orang tua-tua kita, ‘tak kenal maka tak cinta’. Kenalkah kita dengan negara kita yang tercinta ini? Atau sekadar kenal namanya Malaysia, yang dahulunya dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu?

    Jika kita singkap kembali sejarah kemerdekaan. Seolah-olahnya Malaya atau Semenajung Tanah Melayu diberikan kemerdekaan secara mudah, iaitu melalui satu perjanjian.

    Sedangkan di merata ceruk dunia lain, harga kemerdekaan terpaksa dibayar dengan begitu mahal sehingga menumpahkan darah para pejuang.

    Apakah kita sudah merdeka?

    Fenomena ini sebenarnya, mengajak kita merenung kembali, apakah negara kita benar-benar sudah merdeka, dalam erti kata merdeka yang sebenarnya?

    Atau merdeka kita cuma pada nama, pada hal rakyat masih terus dijajah?

    Maka, bersempena bulan kemerdekaan tahun ini, khususnya, anak-anak muda perlu disedarkan dengan hakikat kemerdekaan sebenar.

    Persoalan ini amat sensitif. Tetapi mahu tidak mahu sejarah harus dikaji semula, didalami dan diperhalusi. Betapa kebenaran, yang sangat pahit itu harus dibongkarkan.

    Pejuang-pejuang sebenar yang terdiri daripada ulama-ulama besar dan pejuang-pejuang Melayu tulen, yang dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah harus ditonjolkan. Nama-nama mereka harus diabadikan sebagai pejuang kemerdekaan sebenar, dalam ertikata menentang penjajahan British.

    Kita harus meletakkan nama pejuang sebenar di tempatnya, bukan nama-nama ‘tali barut’ British yang bertopengkan pejuang kemerdekaan.

    Mungkinkah selama ini rakyat diperbodohkan dengan sejarah yang ditulis oleh pihak yang berkepentingan? Sudah tiba masanya kebenaran diungkapkan dan rakyat disedarkan.

    BN bukan pejuang sebenar kemerdekaan

    Hakikatnya, Umno, MCA dan MIC melalui Perikatan (ditukar jadi BN), mendapat kuasa secara mudah kerana mereka dipercayai penjajah British.

    Mereka harus mengakui bukan mereka sebenarnya yang menjadi pejuang tulen kemerdekaan.

    Tetapi isunya di sini, bukan soal pejuang kemerdekaan semata-mata. Saban tahun rakyat melihat, sambutan kemerdekaan digunakan oleh kerajaan untuk mempromosikan BN.

    Sambutan kemerdekaan digunakan untuk mempupuk kesetiaan terhadap kerajaam Umno-BN, yang pada hakikatnya waktu ini tidak diterima sebilangan besar rakyat.

    Oleh itu, kita tidak mahu sambutan kemerdekaan negara semakin hambar kerana rakyat semakin tidak menyenangi BN lagi.

    Sehingga wujud anggapan bahawa mereka yang memasang bendera Malaysia hanyalah mereka yang menyokong BN sahaja. Malangnya buat Umno-BN, yang mendakwa mereka mempunyai berjuta-juta ahli, kenderaan milik pemimpin, ahli dan penyokong mereka sendiri pun tidak memasang bendera.

    Entah mengapa berlaku sedemikian. Apakah mereka malu menaikkan bendera negara kerana takut dilabel Umno-BN sedangkan majoriti rakyat sudah pro Pakatan Rakyat?

    Yang jelas, fenomena ini adalah hasil kegagalan Rais dan Umno, MCA, Gerakan serta komponen BN keseluruhannya.

    Mereka bukan sahaja gagal memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat, malah di kalangan pemimpin dan penyokong BN juga mereka gagal.

    Hampir semua parti utama komponen BN diasaskan di atas nasionalisme. Tetapi idealisme nasionalis yang menjadi asas parti mereka sekian lama, semakin gagal dan luntur.

    Ideologi perjuangan BN gagal bukan kerana asas perjuangan mereka tidak baik, tetapi pemimpin mereka sudah jauh menyimpang akibat diselaputi dengan ketamakan dan terpalit dengan pelbagai skandal.

    Oleh itu, pemimpin Umno-BN harus faham, bahawa, apabila rakyat enggan memasang bendera, bukan kerana rakyat tidak patriotik, tetapi mereka enggan dilihat bersekongkol dengan BN.

    Jika keengganan rakyat memasang bendera Malaysia dilihat sebagai kegagalan Umno-BN memupuk semangat patriotisme, ianya adalah kerana,rakyat berasa suasana pemerintahan BN tidak lagi kondusif dari sudut agama, politik, ekonomi dan kemasyarakat.

    Maka dengan itu, fenomena ini menuntut Pakatan Rakyat untuk bersedia menerajui dan memimpin rakyat mencintai negara Malaysia. Rakyat harus menunjukkan semangat cinta negara dengan menyelamatkan Malaysia dari cengkaman ‘penjajahan’ Umno-BN dengan mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

    Hanya dengan cara ini, hari sambutan kemerdekaan akan kembali meriah dengan semangat patriotisme yang tinggi di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, insya Allah.

  10. garunggang says:

    Jangan lari dari tajuk, tolong tanyakan kepada Nik Aziz apa hukumnya orang Islam membenarkan orang bukan Islam masuk keruang solat surau, sedangkan orang tersebut masih mempunyai hadas kecil dan hadas besar?
    Apakah dengan tujuan memberikan bantuan kewangan maka segala-galanya menjadi halal?
    Bila masa yang YB Nie Ching tu mandi hadas?
    Siapa yang lantik AJK surau tu? Atas kepentingan politik atau disebabkan mereka mahir dalam hukum hakam agama.
    Orang yang cetek agama pun tahu samada perkara tersebut sesuai diadakan didalam surau atau tidak. Mengapa tak dibuat diluar surau kan itu lebih baik dan tidak menimbulkan kekeliruan.

    PELUANG TELAH DIBERI KEPADA PR UNTUK MEMERINTAH BEBERAPA NEGERI, TAPI INILAH HASILNYA, ISLAM TELAH DICEMARKAN DENGAN POLITIK KOTOR. ANDA PERLU INGAT “MATLAMAT TIDAK BOLEH MENGHALALKAN CARA”

    KALAU DAH NEGERI TAK BOLEH NAK TADBIR, JANGAN HARAP NAK PIMPIN MALAYSIA, HAKIKATNYA RAKYAT DAH MULA MENYAMPAH DENGAN PR, CUMA TUNGGU MASA SAJA NAK TUKAR KEMBALI KEPADA BN.

    MENURUT KAJIAN,MEREKA YANG TELAH TERLANJUR MENYOKONG PR, SEBENARNYA MALU ALAH SEKARANG NI, DENGAN KEPIMPINAN YANG DITUNJUKKAN OLEH PEMIMPIN MEREKA YANG LEBIH MENGUTAMAKAN KRONI BUKTINYA KES MENANTU NIK AZIZ MASIH DISENYAPKAN.

  11. wansalman says:

    Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’
    Lanh
    OGOS adalah bulan kemerdekaan sejumlah negara di rantau sebelah sini. Selain Malaysia yang menyambutnya pada 31 Ogos, Singapura pada 9 Ogos, India pada 15 Ogos manakala Indonesia meraikannya pada 17 Ogos.

    Berdasarkan pengalaman lalu, pemimpin Malaysia kerap melaungkan agar rakyat mengibarkan bendera termasuk di kenderaan masing-masing (bendera kecil) bagi menunjukkan semangat cintakan kepada negara.

    Rakyat yang mengibarkan bendera dianggap patriotik, mereka yang tidak mengibarkan bendera dianggap kurang patriotik. Suatu ketika dulu, ramai pemilik kenderaan mengibarkan bendera tetapi sejak kebelakangan ini tidak lagi menyebabkan sesetengah pemimpin berkata rakyat semakin kurang semangat patriotik mereka.

    Demikianlah betapa mudahnya sesetengah pemimpin melaungkan semangat patriotik dan meminta rakyat berbuat demikian, tetapi benarkah pemimpin bersifat patriotik berdasarkan ‘kehebatan’ mereka mengibarkan bendera di tangan di atas pentas orang kenamaan ketika sambutan hari kebangsaan? Apakah benar mengibar bendera patriotik, tidak mengibarnya tidak patriotik?

    Bagi penulis, rakyat patriotik adalah mereka yang menjunjung hukum-hakam agama dan negara. Jika mereka termasuk dalam golongan ini, negara akan selamat, demikian juga sekalian rakyat yang menghuni dalamnya. Mereka yang melawan dan melanggar hukum-hakam agama dan negara serta pengacau ketenteraman awam adalah golongan pengkhianat, mereka tidak patriotik sama sekali.

    Sehubungan itu, mereka yang seronok mengibar bendera termasuk di kalangan pemimpin (menteri) yang beriya-iya melakukannya di atas pentas atau ketika perarakan, tidak semestinya orang patriotik. Segelintir mereka mengibar bendera, tetapi ‘hati’ (kalau ayam, ekor) diselubungi tahi.

    Kes terbaru membabitkan pendakwaan seorang bekas menteri kanan terhadap salah laku membabitkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai berbilion-bilion ringgit membuktikan perkara ini. Bayangkan bagaimana tokoh ini tergamak menipu mesyuarat Kabinet yang dia salah seorang anggotanya. Tidakkah itu namanya pengkhianat paling besar kepada agama, bangsa dan negara?

    Ya, pada sambutan hari kebangsaan, pemimpin-pemimpin seperti inilah yang paling hebat mengibar-ngibar bendera. Mereka kelihatan begitu patriotik, begitu beriya-iya menyanjung Jalur Gemilang, sebaliknya merekalah musang berbulu ayam. Bukan saja ayam dicekupnya, baka (anak-anak) ayam pun disapunya sampai licin.

    Demikian juga segelintir pemimpin yang lain. Cakap mereka kepada rakyat berdegar-degar, sayangi negaralah, bersedia untuk mati untuk negaralah, tetapi amat-amatilah bahawa sesetengahnya rakus kuasa dam menimbun harta seolah-olah kekayaan itu boleh dibawa masuk dalam lubang kubur.

    Mereka berkata berkorbanlah untuk negara tetapi apabila jerebu melanda, mereka dan keluarga masing-masing yang pertama berangkat meninggalkan tanah air, bercuti di Los Angeles atau ke Australia dengan duit berguni-guni.

    Tak tahulah apa tindakan mereka jika meletus huru-hara dan perang. Agaknya mereka yang pertama hantar keluarga masing-masing ke ‘overseas’, biarlah rakyat hadapi kemelut itu. Berjuanglah rakyat ke titisan darah terakhir, kata mereka.

    Pada ketika kehidupan rakyat meruncing dan terpaksa mengikat perut disebabkan kenaikan harga petrol, gas dan gula baru-baru ini, ramai daripada anggota keluarga terhormat ini masih ber’shopping’ di London, Paris dan Dubai. Di tanah air, mereka sibuk mengelabui mata rakyat dengan ungkapan temberang mereka seperti ‘ubahlah gaya hidup’. Bayangkan, mereka tidak ubah gaya hidup masing-masing, tetapi meminta rakyat mengubahnya.

    Masih ramai pemimpin dan orang berkuasa yang menunjukkan kemewahan dengan kenduri kahwin macam ‘pesta puteri kayangan’ atau macam anak Raja Donan – 40 hari 40 malam dan wang hantaran RM20,000 – RM30,000. Tak percaya, selaklah halaman majalah malah rancangan televisyen sekalipun, mereka memaparkan perkahwinan ala Inggerislah, ala Arablah alah Baratlah yang membabitkan kos ratusan ribu ringgit.

    Mereka terus boros berbelanja sedangkan rakyat disuruh ‘jimat, jimat, jimat’ dan pada masa yang sama surat khabar dan media massa lain diperkuda, dibuli, dipaksa menggantikan perkataan ‘kenaikan harga barangan’ dengan ‘penyelarasan subsidi’ dan penjimatan wang kerajaanlah.

    Adakah perbelanjaan boros pemimpin ini boleh dicontohi rakyat biasa yang saban hari bersarapan cekodok, lempeng, ubi rebus, nasi sejuk dan lauk lebihan semalam dengan kopi O panas atau pun air suam saja disebabkan gula sudah naik harga? Jika tak percaya kemiskinan rakyat, tengoklah rancangan TV3, Bersamamu, masih ada rakyat yang terpaksa membongkar tong sampah dan makan kangkung longkang dan ikan lombong untuk meneruskan hidup.

    Pada saat negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan, sibuklah sesetengah daripada pemimpin melaungkan kata-kata keramat: “Kita lupakan perbezaan dan sengketa politik, marilah kita sama-sama sambut hari kemerdekaan.”

    Sedapnya mulut mereka bercakap, ‘bersama-sama merayakan kemerdekaan’ – kemerdekaan apa yang mereka maksudkan itu? Selepas mereka puas ‘menjarah sana, menjarah sini’ (senarai ini panjang, antaranya dalam isu bahasa, pemberhentian permit akhbar alternatif, ISA, AP, hak asasi, penyelewengan tender, kenaikan harga minyak serta barang dan pencabulan demokrasi), rakyat diminta untuk bersama-sama berada di pentas mereka, mengibarkan bendera dan melaungkan kata-kata keramat: “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

    Kalau hanya untuk mengibar bendera dan melaungkan kata-kata itu, penyamun, perompak, lanun pun boleh melakukannya. Perompak bank yang memandu Perdana atau Wira (menggunakan kereta ini kerana bersikap patriotik) pun boleh memasang bendera kecil di sisi cermin kereta mereka. Perogol bersiri pun boleh memasang bendera di depan motosikal masing-masing. Artis penjual diri pun boleh membalutkan Jalur Gemilang pada tubuh mereka.

    Berlainan daripada orang yang telah jelas ‘jahat’ ini, apa yang dibimbangi orang yang penampilannya baik-baik, yang berlagak pemimpin warak, kononnya merekalah pejuang bangsa, pejuang negara yang bermati-matian bekerja keras untuk negara, sebenarnya pengkhianat paling dahsyat.

    Mereka nampaknya begitu baik dan sopan, mengibar bendera di pentas kenamaan pada majlis-majlis tetapi sebenarnya adalah musang berbulu ayam. Pemimpin ini mengkhianati amanah negara, mereka merompak harta negara, menipu Kabinet, mencabul kehormatan orang dan aneka kejahatan lain semata-mata untuk melempiaskan nafsu dunia dulu, kini dan buat selamanya!

  12. garunggang says:

    Buatlah apa saja asalkan jangan menyelewengkan agama.
    Guan Eng boleh sembelih lembu lepas tu dimakan oleh orang Islam.
    Wau! Islam PAS lebih terbuka.

  13. wansalman says:

    Haram berihsan dengan wang orang lain
    Harakahdaily
    KOTA BHARU, 6 Sept: Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang.

    “Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

    Beliau menyatakan demikian dalam satu kenytaan sebagai merujuk kepada kenyataan Datuk Dr. Awang Adek dalam akhbar Sinar Harian semalam.

    Katanya, pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang.

    Menurutnya, ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

    Jelasnya lagi, pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan.

    Beliau berkata, amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut:

    a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar.

    Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar.

    Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun. Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang.

    Kerajaan Negeri berhak mengaudit dan mengetahui jumlahnya sebenar.Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan ‘wang ihsan’.

    b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan?

    Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini. Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya? Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

    c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik? Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri.

    “Itu cara orang ikhlas.

    “Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah,” ujarnya.

    Wang yang diagihkan, katanya seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

    Jika Kerajaan Negeri menang, katanya bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.

    Justeru, tambahnya, jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai dan gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

    Akhirnya, katanya lagi jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

    “Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

    “Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat,” katanya.

  14. DinBrabo says:

    Siapa sebenarnya mengujudkan Perkauman dinegara kita UMNO atau ?????
    Isu Bukan islam masuk berucap dalam masjid sedang hingar bangar.
    Siapa yang bina masjid siapa yang pasang tail dalam masjid siapa yang chat masjid sebelum masjid dirasmikan dan disolat dalamnya .

    Aku jadi pelik dengan perangai bodoh UMNO yang cuba menunjuk hero sedangkan
    kokok berderai ekor bergelumang dengan najis.

    Negitulah kalau semua nak politik kan .raayat jadi geli dan lucu dengan telarah UMNO yang serba gabra…..

  15. garunggang says:

    Perkara yang diperkatakan sama seperti zaman jahiliah dulu sebelum adanya Nabi Muhammad.
    Tugas mereka yang mendapat kuasa adalah untuk memperbetulkan keadaaan bukannya dengan cara memperbandingkan kejahilan yang dilakukan oleh pemerintah yang terdahulu.
    Atas dasar perkauman itulah maka wujudnya Malaysia yang mana korang boleh ber E-Mail dan ber FB.

  16. garunggang says:

    Pas tiada hala tuju, kaburi mata rakyat dengan ‘perjuangan palsu’

    RANTAU PANJANG 16 Sept. – Pas disifatkan sebagai parti yang tiada hala tuju apabila bergerak mengaburi mata rakyat dengan ‘perjuangan palsu’ untuk menubuhkan sebuah negara Islam demi mencapai cita-cita politiknya.

    Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini terbukti melalui tindak-tanduk dan dasar-dasar parti itu yang tidak konsisten sejak memerintah negeri ini pada 1990.

    Malah, beliau turut menyifatkan dasar yang dilaksanakan Pas sebagai ‘Islam hangat-hangat tahi ayam’ kerana bersifat sementara dan berubah-ubah mengikut kepentingan parti itu.

    “Kita ingat kembali ketika Pas mula-mula memerintah Kelantan pada 1990, pada ketika itu di lapangan terbang disediakan jubah hitam untuk wanita yang tidak menutup aurat tetapi sekarang mana jubah itu? Sekarang aurat boleh dilihat dan tidak jadi masalah lagi.

    “Dahulu kaunter di pasar raya disediakan berasingan di antara lelaki dan wanita tetapi sekarang sudah bercampur gaul, tidak apa pula.

    ”Sebelum ini, suara wanita adalah aurat sehingga tilawah al-Quran tidak dibenarkan masuk tetapi sekarang boleh berceramah pula,” katanya.

    Beliau berucap pada sesi taklimat akar umbi UMNO Bahagian Rantau Panjang dan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini hari ini.

    Turut hadir, timbalannya, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar dan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian.

    Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, perjuangan Pas amat berbeza dengan UMNO kerana parti itu sentiasa konsisten dalam setiap keputusan yang dibuat.

    ”Kita juga lain daripada DAP kerana kita ikhlas berjuang untuk agama serta perlembagaan negara.

    ” Ini boleh dilihat dengan tindakan yang telah diambil tetapi Pas lebih selesa dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang terang-terangan menolak negara Islam. Ini perjuangan palsu Pas,” katanya.

    TOK PA ADALAH ORANG YANG LAYAK MENGELUARKAN KENYATAAN INI KERANA BELIAU MEMPUNYAI KEPERIBADIAN YANG TINGGI DAN JUGA MERUPAKAN ANAK JATI KELANTAN. TERPULANG KEPADA PENDUDUK KELANTAN UNTUK MENERIMA PANDANGAN BELIAU.

  17. wansalman says:

    Cara Ismail Sabri raikan Aidil Fitri
    Harakahdaily

    TEMERLOH, 20 Sept: Pelbagai pihak melahirkan rasa kesal dengan tindakan anggota Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub yang telah mencemarkan sama sekali kesucian Aidil Fitri.

    Aidil Fitri dicemarkan oleh beliau di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di Laman Kerayong, Parlimen Bera pada 19 September semalam.

    Dalam majlis itu, Ismail telah mempersembahkan tarian yang sangat tidak sesuai untuk dipertontonkan oleh beliau kepada penduduk tempatan sempena hari raya Aidil Fitri yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam.

    Video tarian itu kini disebarkan melalui YouTube dan mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

    “Ha3 Inilah satu lagi cara Melayu sambut raya. Selain tengok cite2 hantu malam raya. Last2 jdï hantu raya…

    “p/s: boh la lagu joget/rap melayu. Barulah masuk dgn tema raya cara umno,” tulis satu komen dalam laman YouTube itu.

    Klik di sini untuk melihat tarian yang dipersembahkan oleh Ismail Sabri untuk para pengundinya sempena Aidil Fitri semalam.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    BASTARD PUNYA MELAYU,MELAYU MACAM NI LAH PATUT JADI BADUT SANA CLAUS

  18. garunggang says:

    Mana lebih teruk dengan membenarkan orang kafir yang berhadas besar dan kecil dibenarkan masuk dalam surau tanpa menutup aurat.
    Siapa punya kerja tu? Bukti dah jelas pun masih kata UMNO yang fitnah.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.