Pendaftaran PR : Anwar & Hadi berselisih pendapat
December 23, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti komponen rasmi akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangkakan.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, pakatan itu kini memiliki formula tersendiri yang kolektif dan pendirian yang sama.
“Akan ambil masa lama sikit untuk mendaftarkan pakatan ini,” katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar bahasa Cina yang memetik Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadikan pakatan pembangkang secara rasmi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Anugerah Demokrasi 2008 daripada Persatuan Perunding Politik Antarabangsa (IAPC).
Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tanpa mengulas panjang kenyataan Abdul Hadi itu, Anwar berkata, beberpa dokumen diperlukan untuk proses pendaftaran secara rasmi seperti yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, anugerah itu bukan miliknya semata-mata sebaliknya untuk merka dan bersamanya berkongsi idea serta visi.
Kelmarin, pakatan pembangkang meluluskan empat dasar utama pada pada konvensyen pertama mereka di sini.
Empat dasar berkenaan ialah mengamalkan prinsip demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara.
Ia diluluskan sebulat suara oleh kira-kita 1,500 perwakilan yang terdiri daripada wakil setiap komponen PR.
sumber – mstar
PR belum lagi didaftarkan – Presiden PAS
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pakatan pembangkang yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS belum lagi mendaftarkan pakatan itu sebagai sebuah parti politik kerana tidak mahu bertindak secara tergesa-gesa.
Beliau menjelaskan yang penting sekarang adalah untuk mencapai kejayaan dalam matlamat politik dan dapat bekerjasama dengan mengemukakan pandangan masing-masing walaupun wujud perbezaan ideologi.
Abdul Hadi turut menasihatkan penulis blog agar menyampaikan maklumat yang betul kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyalurkan berita kepada masyarakat.
“Para penulis blog perlu mencontohi sikap positif media barat kerana mereka merupakan satu bentuk media baru yang banyak membantu menyedarkan masyarakat sehingga memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat di Markas Tarbiyyah PAS, Taman Melewar dekat sini hari ini.
sumber – mstar




Siapa yang nak jadi ketua? Itulah persoalannya
Masing-masing pengikut mahukan pemimpin mereka menjadi ketua.
Pemimpin Pas patut tunjuk teladan
KOTA BHARU 24 Dis. – Tindakan pihak tertentu dalam Pas yang menggunakan sindiket untuk memudahkan urusan berpoligami boleh memberi gambaran tidak baik terhadap agama Islam.
Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Affendi Yusof berkata, ia juga memberi contoh buruk kepada umum bahawa kaedah yang bertentangan dengan peraturan itu boleh dilakukan oleh mereka.
Beliau berkata, orang yang menjadi pimpinan dalam apa jua organisasi lebih-lebih lagi sebuah parti politik yang berlabelkan Islam sepatutnya menunjukkan teladan yang baik.
”Akibat daripada tindakan tersebut, apabila kes muncul di mahkamah ia bukan sahaja menjejaskan nama Pas bahkan nama Islam sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengakuan bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani kelmarin bahawa beliau dan isteri keduanya, Ilyani Mohd Noor, 30, menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan seorang bekas imam muda yang juga mempunyai kedudukan dalam parti itu.
Rosli diberikan sijil dan kad perkahwinan yang tidak sah dan ekoran permohonan pembatalan perkahwinan oleh bapa mertuanya, Mohd. Nor Che Man, beliau dan isterinya telah diperintahkan tinggal berasingan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini sehingga kes itu diputuskan.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan sindiket yang dipercayai menguruskan perkahwinan Rosli dan beberapa lagi pemimpin Pas di pelbagai peringkat didalangi orang dalam parti itu.
Mohd. Affendi berkata, perkahwinan adalah sesuatu yang luhur dan wajar dilakukan dengan tertib dan sempurna agar tidak menjejaskan institusi keluarga.
Katanya, ia ibarat seseorang yang mahu memasuki rumah orang lain yang perlu keizinan daripada tuan rumah terlebih dahulu dengan menghulurkan salam dan masuk ikut pintu hadapan.
Mohd. Affendi mengesyorkan agar pihak jabatan agama Islam bertindak lebih proaktif mengadakan program kesedaran kepada rakyat tentang kesalahan dan kesan ekoran tindakan yang dilakukan di luar peraturan dalam urusan perkahwinan.
Katanya, dalam masa yang sama, pihak berkuasa agama juga sepatutnya memikirkan pelan untuk memudahkan urusan pernikahan agar tidak membebankan masyarakat lebih-lebih lagi yang mahu mengamalkan poligami.
Jangan ambil kesempatan atas nama agama.Muslimat dalam PAS tolong bagi pendapat dalam kes ini.
KELUHAN MELAYU KECEWA
Aku muslim Aku Sayang Islam
Aku Melayu Aku Sayang bangsa Aku
Aku benci Barisan Nasional
Aku Benci Kerakusan Kuasa
Aku Sayang Tengku Rahman
Aku Sayang Tun Hussein
Aku Sayang Tok Guru Nik Aziz
Aku Sayang Anwar Ibrahim
Aku Sayang Mahathir
Namun Aku benci konco konco Mahathir
Aku Benci Pak lah
Aku Benci Najib
Aku bukan persoal pembangunan Islam oleh UMNO
Aku persoal perlakuan kerakusan keji mereka di sisi Islam
Apa hal dengan PKFZ
Apa hal dengan Mamico
Apa hal dengan BMF
Apa hal dengan 2 enjin jet
Apa hal dengan lapuran Amrin Buang
Apa hal dengan Ah Beng, Kugan
Apa hal dengan Mustakizah
Apa hal dengan royalty minyak
Apa hal dengan awek Mongolia
Apa hal dengan bik badak
Apa hal dengan korek korek korek
Apa hal dengan makan angin di Swiss
Apa hal dengan usung tilam ke court
Berapa banyak apa hal daaa… letih aku
Kalau UMNO bela melayu selama ini mengapa melayu marah
Cina marah aku faham tetapi melayu marah pasal apa?
Kalau UMNO bela Melayu apasal kata melayu masih ketinggalan?
Kalau UMNO bela Melayu apasal hidup rakyat makin susah?
Pasal UMNO tidak bela melayu
UMNO bela apa?
UMNO bela konco konco nya sahaja
Semua orang dalam UMNO sedang pegang telor masing masing
Sebab itu kena jaga telor kawan- kawan kerana kawan kawan pegang telor kita.
Dr M kata sekarang UMNO busuk ke akar umbi
Aku sokong seratus sepuluh peratus UMNO sekarang busuk
UMNO sekarang busuk hingga keakar
Siapa nak sokong benda busuk hah!!!!!!!
Apahal pula dengan kes di KB Mall? Siapa yang luluskan CF bangunan tersebut. Bagaimana dengan tajaan pergi haji.