Pemuda Umno Selangor serah bukti isu pasir ke SPRM

July 20, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

“Buah semangka berdaun sirih, mengata orang dia yang lebih. Kita bukan seperti mereka yang mendakwa tanpa bukti, jadi hari ini kita kemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut.”

Begitulah bunyinya kata-kata berbunga Ketua Penerangan Pemuda Umno Selangor Safarizul Mustafa sewaktu menghantar sejumlah dokumen kepada SPRM di Shah Alam Selasa sebagai sokongan kepada dakwaan penyelewengan pasir yang dibuat Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar Sabtu lepas.

Beliau memberitahu wartawan dokumen setebal setengah inci itu dihantar bersama bukti seperti resit rasmi berkaitan aktiviti penjualan dan pembelian pasir di negeri itu.

Menurutnya semua dokumen itu diperolehi daripada badan perhubungan Umno Selangor.

Safarizul berkata Pemuda juga akan terus mengumpul bukti berhubung isu pasir di negeri tersebut bagi memastikan isu berkenaan diambil serius oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Antaranya beliau mendakwa KSSB memberi diskaun 22 peratus atau RM4 bagi pembelian setiap tan pasir yang berharga RM17.50 kepada sebuah syarikat, manakala yang lain hanya diberi potongan sebanyak 50 sen.

Selain itu Noh juga mendakwa KSSB memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit. – Agendadaily

Comments

11 Responses to “Pemuda Umno Selangor serah bukti isu pasir ke SPRM”
  1. wansalman says:

    ‘Kroni poket kosong, Umno S’gor tertekan’
    Salhan K Ahmad
    Jul 23, 10
    4:27pm
    Kongsi 36
    Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

    Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

    Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

    “Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN,” kata Pua.

    Ali Baba

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

    Melal
    ui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

    “Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

    “Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus,” tambahnya.

    P
    ua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

    Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

    Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram “paling buruk.”

    Dari pasir ke air

    “Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air,” kata Pua lagi

    Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

    “(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu,” katanya lagi.

  2. wansalman says:

    Noh: Kerajaan S’gor biadap tak peduli Permaisuri
    Ogos 7, 10 9:25am

    Kongsi 0
    Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor yang tidak memperdulikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke satu majlis di negeri itu pada bulan lepas sebagai biadab dan tidak menghormati institusi diraja.

    Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri memohon maaf sehingga hari ini juga dianggap tidak wajar dan seolah-olah terlalu mengikut telunjuk sekutunya, DAP yang cenderung tidak menghormati kaum Melayu dan institusi diraja.

    “Saya percaya perkara ini timbul bukannya salah kerajaan negeri, tetapi budaya yang dibawa oleh DAP, budaya yang tak hormati orang Melayu, institusi Diraja, kalau budaya orang Melayu, bila pemimpin datang kita akan hormat ada wakil kita.

    “Kalau faham Perlembagaan negara, mesti hormatinya,” katanya ketika mengulas insiden itu yang menyaksikan kerajaan negeri tidak membuat persediaan sewajarnya semasa menyambut keberangkatan Raja Permaisuri Agong ke Festival Lagu-Lagu Islam Antarabangsa di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam pada 4 Julai lalu.

    N

    oh yang ditemui pemberita selepas ceramah Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan di Kuala Lumpur malam semalam juga berpendapat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya lebih arif tentang protokol dalam majlis yang dihadiri orang-orang kenamaan.
    Bagaimanapun apabila isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau “first lady”, tiada pemimpin Umno, termasuk Noh yang membuat sebarang teguran.
    Malah, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen menjelaskan bahawa ungkapan ‘wanita pertama’ yang digunakan bagi merujuk kepada isteri beliau, tidak bererti bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada Seri Paduka Permaisuri Agong.
    Menu

    rut pembangkang rujukan Rosmah sebagai ‘wanita pertama’ dilihat tidak wajar kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.
    Isu berkenaan timbul berikutan iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, April lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    MUSIBAT PUNYA ORANG,YANG UMNO TU HORMAT KE PADA HAK ORANG MELAYU.YANG KAU MENYALAK LAGI TU PASAL APA ? KAU PUN SEBENAR NYA TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN KERANA KEPANDAIAN KAU HANYA SESUAI DI KEDAI KOPI.
    YANG PUAK-PUAK UMNO ISRAEL CERCA SULTAN TERENGGANU DAHULU TU APA ?
    ROSMAH TU KAN JEMBALANG,TENGOK MUKA DIA PUN ORANG SUDAH TAHU.TIDAK ADA SIJIL TAPI CANCELLOR UNISEL TU BODOH NAMA NYA MACAM KAU JUGAK GEDUT.SEPATUT NYA DI CILI BOH MUKA KAU TU.
    PEMBANGKANG KEBENARAN,BUTA HURUF PUNYA ORANG.JANGAN KAU FIKIR ORANG SELANGOR SUKA PADA ENGKAU .

  3. wansalman says:

    Ramadan: PAS dicabar desak tutup pusat hiburan di S’gor

    Abdul Rahim Sabri
    Ogos 9, 10
    6:22am

    Kongsi 152
    Umno mencabar PAS mendesak kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menutup pusat hiburan dalam bulan Ramadan.

    “Kalau nak tegakkan amar makruf nahi mungkar, ayuh jadilah anak jantan. Saya cabar PAS,” kata timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

    “Kalau tak mampu, Pemuda Umno bersama-sama dengan Umno negeri bersedia untuk mendesak kerajaan negeri menutup pusat hiburan di bulan Ramadhan,” katanya disambut tepukan hadiran ceramah jelajah ‘Gelombang Selamatkan Selangor’ malam tadi.

    Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang mendakwa tindakan Pakatan Rakyat menyalahkan BN kerana tidak menutup sewaktu parti itu memerintah adalah satu tindakan melarikan diri daripada tanggungjawab.

    Setelah tiga minggu berlangsungnya siri jelajah tersebut – Noh, ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor berkongsi ceramah malam tadi.

    Malaysiakini difahamkan daripada 19 ceramah yang diadakan di 22 bahagian di negeri itu, ketiga-tiga pemimpin tersebut ‘bersatu’ di atas satu pentas dalam usaha untuk ‘menyelamatkan’ Selangor dan merampas semula dari tangan Pakatan Rakyat.

    Ketiga-tiga tokoh tersebut adalah Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar, ketua pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan bekas ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor.

    Malah bagi menggambarkan kebersamaan mereka, Ezam dalam ucapannya menafikan laporan portal berita seperti Malaysiakini yang didakwa cuba melaga-lagakan beliau dengan dua pemimpin Umno itu.

    “Mereka (portal berita itu) tidak kenal saya. Saya adalah kenalan rapat dengan Datuk Seri Noh dan Datuk Seri Mohd Khir.

    “Mereka tidak boleh pecah-pecahkan semangat kami,” katanya di hadapan lebih 300 hadirin, termasuk penyokong parti komponen BN.

    Ceramah beliau itu diadakan dalam majlis kemuncak bagi siri jelajah untuk pusingan pertama diadakan di Kampung Jalan Kebun.

    Kampung tersebut terletak dalam DUN Sri Muda di bahagian Kota Raja.

    Manakala Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani dalam ucapannya turut menegaskan bahawa beliau tiada masalah dengan Dr Khir dan Ezam.

    “Kami bertiga adalah dari satu pasukan dan bergerak dengan satu haluan. Siri ceramah ini telah mendapat perhatian dari kerajaan Selangor.

    “(Jadi) kita nak selamatkan Selangor yang berada di bawah PKR,” katanya selaku penceramah kedua.

    Tidak cukup dengan itu, ketiga-tiga pemimpin Umno itu, bergambar bersama-sama di atas pentas di samping pemimpin Umno yang lain selepas berakhirnya ceramah tersebut.

    Sementara itu, Dr Mohd Khir yang juga bekas menteri besar berkata Umno Selangor mengadakan siri ceramah tersebut bagi menyelamatkan negeri itu dari pemimpin yang didakwa melakukan kemungkaran dan kemusnahan.

    Beliau mempertikai terhadap Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pakej ekonomi yang diluluskan dan Dewan Undangan Negeri sebanyak RM50 billion.

    “Saya kata (dalam dewan) bila nak buat. Lepas itu, beliau (Khalid) kata, itu tugas saya,” katanya selaku penceramah pertama.

    Dr Mohd Khir mendakwa kerajaan negeri tidak memajukan sungai Kelang yang diperuntukkan sebanyak RM6billion dan “tidak nampak” pelaksanaan projek pembangunan di Petaling Jaya Lama (PJ Old Town) yang diperuntukkan RM12billion.

    “Saya tak nampak projek itu. Ini yang dikatakan pakej ransangan negeri Selangor. Inilah pakej (tapi) tak dilaksanakan,” dakwanya.

    Beliau juga mengkritik Khalid yang juga ADUN Ijok dengan mendakwa menteri besar itu gagal mencapai sasaran bagi hasil pasir sebanyak RM150 juta seperti yang telah dinyatakan.

    Katanya dalam bajet tahun lalu, Dr Mohd Khir mendakwa hasilnya menurun dan kerajaan Selangor gagal mendapat hasil seperti yang disasarkan.

    Dalam majlis yang sama, pihak penganjur mengedarkan tiga risalah berhubung dakwaan isu kecurian pasir di negeri Selangor.

    Salah satu daripada risalah tersebut mengenai karikatur seorang lelaki yang mengorek pasir dengan menggunakan jentera pengorek pasir Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan wang yang diperolehi dimasukkan karung yang bertulis PKR.

    Selain itu turut diedar risalah mengenai dakwaan kerajaan negeri tidak menyambung kontrak ‘Task Force Tanah’ dari pejabat tanah di Kuala Selangor, Puchong, Kuala Langat dan Sepang.

    Ini kerana, risalah itu mendakwa pasukan khas itu telah membongkar penyelewengan, rasuah dan kes curi pasir di beberapa kawasan di negeri itu.

    Dalam perkembangan berkaitan, pihak penganjur mengumumkan siri jelajah bagi sesi kedua dijangka akan berlangsung selepas hari raya Aidilfitri.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    GEDUT-GEDUT….DAH LAH MUKA PUN MUKA ORANG TAK CERDIK,CUMA BERUPA MUKA PERASUAH MACAM PEMIMPIN UMNO YANG LAIN JUGAK,ASYIK MENYALAK JER SEJAK HARI TU…

  4. wansalman says:

    Peneroka Felda dapat duit raya RM350
    Ogos 13, 10 4:26pm

    Kongsi 15
    Seramai 101,391 peneroka Felda akan menerima duit raya RM350 seorang manakala dan 11,244 peneroka yang tidak bersama Felda akan diberi RM150 seorang.

    Ketika mengumumkan demikian hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembayaran itu akan dibuat sebelum hari raya Aidilfitri ini di semua rancangan Felda di seluruh negara.

    “Pemberian duit raya ini melibatkan bayaran berjumlah RM37.14 juta, terdiri RM35.47 juta bagi yang bersama Felda dan RM1.67 juta bagi yang tidak bersama Felda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Najib berkata hampir 10 peratus daripada keseluruhan 112,635 peneroka Felda, atau seramai 11,244 peneroka, dikategorikan sebagai tidak bersama Felda kerana mereka tidak menanam semula menerusi agensi itu.

    “Saya berharap pemberian duit raya ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menjelang ketibaan Syawal.

    “Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru peneroka yang tidak bersama Felda agar kembali bersama dengan agensi ini untuk memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan,” kata Perdana Menteri.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Rm 350 untuk sambut raya sedangkan bini belanja rm 350,000

  5. garunggang says:

    Ada juga yang dia bagi,Kerajaan PR ada bagi apa?
    Robohkan gerai orang melayu adalah, itu pun tak sedar ke?
    Ramai orang yang berpuasa hanya sekadar menahan makan dan minum saja.

  6. wansalman says:

    Umno Bukit Bendera ugut lompat parti

    Susan Loone
    Ogos 16, 10
    1:15pm

    Kongsi 69
    Anggota Umno Bukit Bendera mengugut akan melompat parti sebagai bantahan terhadap parti itu yang didakwa mengabaikan masalah akar umbi.

    Ketua Umno Kg Mutiara Rose Akhmar Ahmed (kanan) berkata kira-kira 360 ahli berkemungkinan keluar parti sekiranya pucuk pimpinan negeri terus membisu berhubung isu berkaitan mesyuarat agung tahunan bahagian pada 8 Ogos.

    Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan parti masa yang akan disertainya selepas ini.

    Katanya kumpulan itu telah menghantar surat rasmi kepada majlis tertinggi Umno dan perhubungan Umno negeri apda 11 Ogos, selepas membuat laporan polis terhadap bahagian berkenaan tiga hari lepas, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

    Surat itu, yang salinannya diberikan kepada media, ditujukan kepada Presiden Umno Datuk Sei Najib Razak dan pengerusi Umno negeri Datuk Zahid Hamidi.

    “Kami mahu orang ramai tahu, terutamanya perdana menteri, tentang sikap tak ambil peduli pucuk pimpinan, terutamanya di Pulau Pinang,” kata Rose Akhmar ketika dihubungi Malaysiakini.

    “Mereka tunjukkan sikap tidak peduli tentang tekanan terhadap akar umbi sekiranya mereka terus tidak pedulikan isu ini, saya bimbang terdapat ahli akan melompat sebagai tanda bantahan,” tambahnya.
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    LOMPATLAH KEMANA NAK LOMPAT UMPAMA LOMPAT KE MCA ATAU MIC ATAU MASUK HUTAN JADI KOMUNIS TAPI AWAS JANGAN LOMPAT KE PAKATAN SUDAH, SEBAB KAMU AKAN MENJADI DURI DALAM DAGING,LAGIPUN KAMU ORANG2 UMNO TIDAK MEMPUNYAI JATIDIRI ATAU SENANG CAKAP TIDAK BERMORAL MACAM PEMIMPIN UMNO YANG LAIN JUGA.KITA TAK MAHU PARASITE DALAM PAKATAN.

  7. wansalman says:

    Derita seorang pemilik kereta lama
    Anak Melaka
    CUKAI jalan (road tax) kereta Proton Iswara saya yang sudah berusia 12 tahun mati baru-baru ini. Untuk memperbaharui cukai jalan, tentulah saya perlu memperbaharui insuransnya. Seperti tahun lalu, saya ke pejabat pos bagi membereskan urusan itu.

    Selepas tiba giliran, saya menyerahkan sijil pendaftaran kenderaan dan salinan insurans tahun sebelumnya. Geli hati juga saya melihat kerani pos terkial-kial mengira jumlah wang insurans yang katanya telah meningkat mendadak tahun ini. Kira punya kira akhirnya saya pula hampir tersedak apabila dia memberitahu saya supaya membayar RM460.

    Mana tidak terkejut besar saya mendengar jumlah itu. Baru tahun lalu saya hanya membayar RM91 untuk insurans, tahun ini kena bayar lima kali ganda. Disebabkan saya membawa sejumlah wang yang hanya cukup-cukup seperti tahun lalu, saya tidak terus membayarnya sebaliknya meminta kerani itu menyemaknya semula.

    Kerani itu akur tetapi kemudian berkata, “memang betul, pak aji kena bayar RM460.00. Tapi kalau pak aji tak mahu, pak aji boleh ke syarikat insurans di seberang jalan sana, mungkin pak aji boleh dapatkan yang lebih murah di sana!”

    Apa lagi, saya pun bergegas ke pejabat syarikat insurans itu. Kira punya kira akhirnya, kerani si gadis manis itu memberitahu saya jumlahnya RM405.06. Hai, tak jauh beza dengan apa ditawarkan di pejabat pos tadi. Apabila si kerani bertanya, jadi atau tidak jadi, terpaksalah saya mengaku tidak membawa duit sebanyak itu tetapi memintanya menyiapkan segera insurans berkenaan kerana saya akan ke mesin juruwang automatik.

    Apabila sijil insurans siap, saya kembali ke pejabat pos untuk mendapatkan ‘road tax’. Kadar cukai jalan bagi kenderaan setaraf Proton Iswara adalah RM70 setahun sedangkan beberapa tahun lalu adalah sebanyak RM179 setahun. Pejabat pos pula mengenakan caj RM2 bagi perkhidmatannya.

    Sekalipun kadar cukai jalan sudah dikurangkan lebih daripada separuh, hakikatnya harga insurans melambung tinggi menyebabkan pemilik kereta lama seperti saya menderita juga untuk membayar ‘road tax’.

    Jika pemilik kereta lama yang berusia 12 tahun seperti saya merana ketika hendak membayar ‘road tax’, tidak dapat saya bayangkan derita pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun yang saya dengar terpaksa melalui karenah lebih teruk.

    Dengar khabar, apabila mahu memperbaharui ‘road tax’, pemilik kenderaan berkenaan terpaksa melalui prosedur yang merumitkan melalui Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) dan Uni Asia untuk memperbaharui insurans kenderaan, selain peningkatan kadar bayaran yang didakwa sehingga 200 peratus berbanding sebelumnya.

    Sebagai menyatakan rasa prihatin kepada pemilik kenderaan lama ini, PAS melalui Naib Presidennya, Salahuddin Ayub melancarkan satu gerakan rakyat bagi membela nasib mereka yang dinamakan Gerakan Bela Rakyat (Bela).

    Salahuddin berkata pihaknya akan mengadakan persidangan meja bulat seterusnya secara berkumpulan dan hasil perbincangan akan dibawa ke persidangan Parlimen untuk mendapat pertimbangan kerajaan.

    Memang benar, prosedur baru ini bukan saja menyusahkan rakyat kebanyakan terutama golongan bawahan tetapi menjejaskan kedudukan kewangan mereka dengan teruk sekali. Jika saya yang terpaksa membayar insurans yang kenaikannya sebanyak 500 peratus begitu tertekan, apa agak nasib Ramli, si tukang gunting yang memiliki sebuah Opel Kadett model 1978 dan Din, bekas askar yang memiliki Ford Escort 1974? Harap-harap mereka berjaya mendapatkan ‘road tax’ walaupun terpaksa melalui onak dan duri sedangkan hari-hari telinga mereka disumbat slogan dari corong radio dan televisyen, ‘1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

    Selain soal insurans, satu lagi hal yang membebankan pengguna kenderaan adalah saman ekor. Seorang sahabat memberitahu dia mempunyai tiga saman ekor, menyebabkan usahanya untuk memperbaharui cukai jalan tertangguh. Hari pertama dia ke ibu pejabat polis Jalan Bandar, pembayaran tidak dapat dibuat kerana komputer ‘offline’ manakala hari kedua orang terlalu ramai. Maka pada hari ketiga barulah dia dapat menyelesaikan masalahnya itu.

    “Masalahnya sekarang,” katanya, “polis tidak melayan sebarang rayuan, setiap saman kena RM300, jadi terbanglah duit saya sebanyak RM900. Kemudian bayar insurans dan ‘road tax’ yang jumlahnya ribuan ringgit. Saya benar-benar pokai sekarang ini, tapi apa nak buat, tidak bayar saman tidak boleh buat ‘road tax’. Tak ada ‘road tax’, kereta tak boleh bergerak, lagi payah saya dibuatnya.”

    Selepas dibantah oleh orang ramai, barulah kerajaan bertindak menangguhkan saman ekor itu yang menurut sesetengah pakar perundangan tidak menepati kehendak perundangan, misalnya seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah oleh mahkmah termasuklah ketika berada di jalan raya.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    BEGINILAH CARA UMNO MENCARI MAKAN,SEBAB ITU UMNO MESTI DI HAPUSKAN

  8. wansalman says:

    Kenapa rakyat tak kibar bendera?
    Mohd Rashidi Hasan
    Rashidi Hassan
    BARU-baru ini wartawan media arus perdana membuat tinjauan di ibu kota Kuala Lumpur, bersempena dengan kehadiran bulan Ogos yang juga dikenali sebagai bulan kemerdekaan.

    Selama dua jam wartawan tersebut duduk di jalan utama di tengah-tengah kesesakan di pusat bandar, didapati tiada satu pun kenderaan awam yang memasang bendera Malaysia. Yang ada hanyalah teksi dan kenderaan perniagaan. Itu pun tidak banyak, jumlahnya boleh dikira dengan jari.

    Daripada hasil tinjauan tersbut, boleh disimpulkan bahawa semangat kemerdekaan di kalangan rakyat kian luntur dan amat berkurangan.

    Ia adalah manifestasi daripada kegagalan kerajaan Barisan Nasional, memupuk ‘mood’ rakyat untuk menyambut hari kemerdekaan negara kali yang ke-53.

    Seolah-olahnya bulan merdeka tidak ada apa-apa makna bagi rakyat. Sunyi sepi seperti rakyat tidak berminat hendak menyambut hari merdeka.

    Sudah tentu hasil tinjauan ini, merunsingkan penganjur utama majlis sambutan kemerdekaan iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim.

    Kegagalan Rais

    Rais sebagai menteri yang menjaga media, gagal menjalankan tugasnya dengan baik. Beliau gagal kerana sejak beberapa bulan ini, dan sepanjang bulan ogos, media arus perdana, kerja utama mereka menghentam Pakatan Rakyat tanpa henti, sehingga tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempromosi sambutan kemerdekaan.

    Mana ada masa hendak promosi merdeka, jika sepanjang masa digunakan untuk memaki hamun, melaga-laga dan memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

    Secara reverse psikologinya, media ‘tali barut’ Umno-Barisan Nasional hanya mempromosi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Tan Sri Khalid Ibrahim, Karpal Singh dan ramai lagi.

    Rakyat semakin kenal pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Keburukan yang dicanang setiap hari, hanyalah membuatkan rakyat semakin tidak percaya, menimbulkan rasa muak dan menyampah terhadap Umno-BN.

    Oleh itu, hasil daripada kegagalan ini, amat menyukarkan Rais. Bagaimana nanti Rais hendak terangkan kepada Kabinet, khususnya Perdana Menteri.

    Apakah kerana sekarang ini bulan puasa? Sehingga rakyat begitu sibuk beribadah sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa memasang bendera negara?

    Atau apakah kerana semangat patriotisme di kalangan rakyat semakin menurun? Mengapa fenomena ini berlaku, harus diperhalusi perspektifnya.

    Gagal fahami erti patriotik sebenar

    Dalam konteks kenegaraan, semangat patriotik sememangnya harus wujud, dalam jiwa dan minda rakyat, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

    Semangat patriotik bukan sahaja harus ada pada kaum Melayu, malah kaum Cina, India dan sebagainya harus wujud. Kaum Cina dan India dalam negara kita adalah warganegara Malaysia, mereka bukan lagi seperti datuk nenek moyang yang datang dari negara China ataupun India.

    Patriotisme adalah semangat yang penting tidak harus dikesampingkan.

    Sehingga dalam Islam diperjelaskan bahawa ‘mencintai negara adalah sebahagian daripada iman (kepercayaan).’

    Memahami semangat partriotik dari sudut bahasa, patriot ialah orang yang mencintai dan mempertahankan negara.

    Patriotik ialah bersifat patriot. Begitu secara mudahnya. Menyebut cinta, pasti semua orang tahu apa itu cinta. Cinta menuntut kepada pengorbanan.

    Sehingga ada pepatah Melayu mengungkapkan gambaran bagi orang yang bercinta begitu hebat sehingga ‘lautan api pun sanggup direnangi.’

    Justeru dalam soal semangat patriotisme, bagaimana pula dengan semangat cintakan negara? Apakah cukup sekadar lafaz dan kata-kata ikrar yang dilaungkan dalam majlis sambutan hari merdeka? Apakah cukup dengan pemasangan bendera pada kenderaan atau pada dinding-dinding bangunan?

    Apakah cukup dengan sambutan kemerdekaan saban tahun pada tanggal 31 Ogos? Cukupkah dengan letupan bunga api menjelang detik 12 malam dan esoknya, dengan segala macam perbarisan dan pertunjukan?

    Maka adakah berduyun-duyun rakyat dikerah atau yang hadir menyaksikan perbarisan dan pertunjukan sempena hari kemerdekaan, benar-benar mempunyai semangat patriotisme? Atau mereka hadir kerana ianya suatu sambutan pesta sahaja?

    Kata orang tua-tua kita, ‘tak kenal maka tak cinta’. Kenalkah kita dengan negara kita yang tercinta ini? Atau sekadar kenal namanya Malaysia, yang dahulunya dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu?

    Jika kita singkap kembali sejarah kemerdekaan. Seolah-olahnya Malaya atau Semenajung Tanah Melayu diberikan kemerdekaan secara mudah, iaitu melalui satu perjanjian.

    Sedangkan di merata ceruk dunia lain, harga kemerdekaan terpaksa dibayar dengan begitu mahal sehingga menumpahkan darah para pejuang.

    Apakah kita sudah merdeka?

    Fenomena ini sebenarnya, mengajak kita merenung kembali, apakah negara kita benar-benar sudah merdeka, dalam erti kata merdeka yang sebenarnya?

    Atau merdeka kita cuma pada nama, pada hal rakyat masih terus dijajah?

    Maka, bersempena bulan kemerdekaan tahun ini, khususnya, anak-anak muda perlu disedarkan dengan hakikat kemerdekaan sebenar.

    Persoalan ini amat sensitif. Tetapi mahu tidak mahu sejarah harus dikaji semula, didalami dan diperhalusi. Betapa kebenaran, yang sangat pahit itu harus dibongkarkan.

    Pejuang-pejuang sebenar yang terdiri daripada ulama-ulama besar dan pejuang-pejuang Melayu tulen, yang dipenjara, dibunuh dan dibuang daerah harus ditonjolkan. Nama-nama mereka harus diabadikan sebagai pejuang kemerdekaan sebenar, dalam ertikata menentang penjajahan British.

    Kita harus meletakkan nama pejuang sebenar di tempatnya, bukan nama-nama ‘tali barut’ British yang bertopengkan pejuang kemerdekaan.

    Mungkinkah selama ini rakyat diperbodohkan dengan sejarah yang ditulis oleh pihak yang berkepentingan? Sudah tiba masanya kebenaran diungkapkan dan rakyat disedarkan.

    BN bukan pejuang sebenar kemerdekaan

    Hakikatnya, Umno, MCA dan MIC melalui Perikatan (ditukar jadi BN), mendapat kuasa secara mudah kerana mereka dipercayai penjajah British.

    Mereka harus mengakui bukan mereka sebenarnya yang menjadi pejuang tulen kemerdekaan.

    Tetapi isunya di sini, bukan soal pejuang kemerdekaan semata-mata. Saban tahun rakyat melihat, sambutan kemerdekaan digunakan oleh kerajaan untuk mempromosikan BN.

    Sambutan kemerdekaan digunakan untuk mempupuk kesetiaan terhadap kerajaam Umno-BN, yang pada hakikatnya waktu ini tidak diterima sebilangan besar rakyat.

    Oleh itu, kita tidak mahu sambutan kemerdekaan negara semakin hambar kerana rakyat semakin tidak menyenangi BN lagi.

    Sehingga wujud anggapan bahawa mereka yang memasang bendera Malaysia hanyalah mereka yang menyokong BN sahaja. Malangnya buat Umno-BN, yang mendakwa mereka mempunyai berjuta-juta ahli, kenderaan milik pemimpin, ahli dan penyokong mereka sendiri pun tidak memasang bendera.

    Entah mengapa berlaku sedemikian. Apakah mereka malu menaikkan bendera negara kerana takut dilabel Umno-BN sedangkan majoriti rakyat sudah pro Pakatan Rakyat?

    Yang jelas, fenomena ini adalah hasil kegagalan Rais dan Umno, MCA, Gerakan serta komponen BN keseluruhannya.

    Mereka bukan sahaja gagal memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat, malah di kalangan pemimpin dan penyokong BN juga mereka gagal.

    Hampir semua parti utama komponen BN diasaskan di atas nasionalisme. Tetapi idealisme nasionalis yang menjadi asas parti mereka sekian lama, semakin gagal dan luntur.

    Ideologi perjuangan BN gagal bukan kerana asas perjuangan mereka tidak baik, tetapi pemimpin mereka sudah jauh menyimpang akibat diselaputi dengan ketamakan dan terpalit dengan pelbagai skandal.

    Oleh itu, pemimpin Umno-BN harus faham, bahawa, apabila rakyat enggan memasang bendera, bukan kerana rakyat tidak patriotik, tetapi mereka enggan dilihat bersekongkol dengan BN.

    Jika keengganan rakyat memasang bendera Malaysia dilihat sebagai kegagalan Umno-BN memupuk semangat patriotisme, ianya adalah kerana,rakyat berasa suasana pemerintahan BN tidak lagi kondusif dari sudut agama, politik, ekonomi dan kemasyarakat.

    Maka dengan itu, fenomena ini menuntut Pakatan Rakyat untuk bersedia menerajui dan memimpin rakyat mencintai negara Malaysia. Rakyat harus menunjukkan semangat cinta negara dengan menyelamatkan Malaysia dari cengkaman ‘penjajahan’ Umno-BN dengan mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

    Hanya dengan cara ini, hari sambutan kemerdekaan akan kembali meriah dengan semangat patriotisme yang tinggi di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, insya Allah.

  9. wansalman says:

    Kibar bendera tetapi ‘hati diselubungi tahi’
    Lanh
    OGOS adalah bulan kemerdekaan sejumlah negara di rantau sebelah sini. Selain Malaysia yang menyambutnya pada 31 Ogos, Singapura pada 9 Ogos, India pada 15 Ogos manakala Indonesia meraikannya pada 17 Ogos.

    Berdasarkan pengalaman lalu, pemimpin Malaysia kerap melaungkan agar rakyat mengibarkan bendera termasuk di kenderaan masing-masing (bendera kecil) bagi menunjukkan semangat cintakan kepada negara.

    Rakyat yang mengibarkan bendera dianggap patriotik, mereka yang tidak mengibarkan bendera dianggap kurang patriotik. Suatu ketika dulu, ramai pemilik kenderaan mengibarkan bendera tetapi sejak kebelakangan ini tidak lagi menyebabkan sesetengah pemimpin berkata rakyat semakin kurang semangat patriotik mereka.

    Demikianlah betapa mudahnya sesetengah pemimpin melaungkan semangat patriotik dan meminta rakyat berbuat demikian, tetapi benarkah pemimpin bersifat patriotik berdasarkan ‘kehebatan’ mereka mengibarkan bendera di tangan di atas pentas orang kenamaan ketika sambutan hari kebangsaan? Apakah benar mengibar bendera patriotik, tidak mengibarnya tidak patriotik?

    Bagi penulis, rakyat patriotik adalah mereka yang menjunjung hukum-hakam agama dan negara. Jika mereka termasuk dalam golongan ini, negara akan selamat, demikian juga sekalian rakyat yang menghuni dalamnya. Mereka yang melawan dan melanggar hukum-hakam agama dan negara serta pengacau ketenteraman awam adalah golongan pengkhianat, mereka tidak patriotik sama sekali.

    Sehubungan itu, mereka yang seronok mengibar bendera termasuk di kalangan pemimpin (menteri) yang beriya-iya melakukannya di atas pentas atau ketika perarakan, tidak semestinya orang patriotik. Segelintir mereka mengibar bendera, tetapi ‘hati’ (kalau ayam, ekor) diselubungi tahi.

    Kes terbaru membabitkan pendakwaan seorang bekas menteri kanan terhadap salah laku membabitkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai berbilion-bilion ringgit membuktikan perkara ini. Bayangkan bagaimana tokoh ini tergamak menipu mesyuarat Kabinet yang dia salah seorang anggotanya. Tidakkah itu namanya pengkhianat paling besar kepada agama, bangsa dan negara?

    Ya, pada sambutan hari kebangsaan, pemimpin-pemimpin seperti inilah yang paling hebat mengibar-ngibar bendera. Mereka kelihatan begitu patriotik, begitu beriya-iya menyanjung Jalur Gemilang, sebaliknya merekalah musang berbulu ayam. Bukan saja ayam dicekupnya, baka (anak-anak) ayam pun disapunya sampai licin.

    Demikian juga segelintir pemimpin yang lain. Cakap mereka kepada rakyat berdegar-degar, sayangi negaralah, bersedia untuk mati untuk negaralah, tetapi amat-amatilah bahawa sesetengahnya rakus kuasa dam menimbun harta seolah-olah kekayaan itu boleh dibawa masuk dalam lubang kubur.

    Mereka berkata berkorbanlah untuk negara tetapi apabila jerebu melanda, mereka dan keluarga masing-masing yang pertama berangkat meninggalkan tanah air, bercuti di Los Angeles atau ke Australia dengan duit berguni-guni.

    Tak tahulah apa tindakan mereka jika meletus huru-hara dan perang. Agaknya mereka yang pertama hantar keluarga masing-masing ke ‘overseas’, biarlah rakyat hadapi kemelut itu. Berjuanglah rakyat ke titisan darah terakhir, kata mereka.

    Pada ketika kehidupan rakyat meruncing dan terpaksa mengikat perut disebabkan kenaikan harga petrol, gas dan gula baru-baru ini, ramai daripada anggota keluarga terhormat ini masih ber’shopping’ di London, Paris dan Dubai. Di tanah air, mereka sibuk mengelabui mata rakyat dengan ungkapan temberang mereka seperti ‘ubahlah gaya hidup’. Bayangkan, mereka tidak ubah gaya hidup masing-masing, tetapi meminta rakyat mengubahnya.

    Masih ramai pemimpin dan orang berkuasa yang menunjukkan kemewahan dengan kenduri kahwin macam ‘pesta puteri kayangan’ atau macam anak Raja Donan – 40 hari 40 malam dan wang hantaran RM20,000 – RM30,000. Tak percaya, selaklah halaman majalah malah rancangan televisyen sekalipun, mereka memaparkan perkahwinan ala Inggerislah, ala Arablah alah Baratlah yang membabitkan kos ratusan ribu ringgit.

    Mereka terus boros berbelanja sedangkan rakyat disuruh ‘jimat, jimat, jimat’ dan pada masa yang sama surat khabar dan media massa lain diperkuda, dibuli, dipaksa menggantikan perkataan ‘kenaikan harga barangan’ dengan ‘penyelarasan subsidi’ dan penjimatan wang kerajaanlah.

    Adakah perbelanjaan boros pemimpin ini boleh dicontohi rakyat biasa yang saban hari bersarapan cekodok, lempeng, ubi rebus, nasi sejuk dan lauk lebihan semalam dengan kopi O panas atau pun air suam saja disebabkan gula sudah naik harga? Jika tak percaya kemiskinan rakyat, tengoklah rancangan TV3, Bersamamu, masih ada rakyat yang terpaksa membongkar tong sampah dan makan kangkung longkang dan ikan lombong untuk meneruskan hidup.

    Pada saat negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan, sibuklah sesetengah daripada pemimpin melaungkan kata-kata keramat: “Kita lupakan perbezaan dan sengketa politik, marilah kita sama-sama sambut hari kemerdekaan.”

    Sedapnya mulut mereka bercakap, ‘bersama-sama merayakan kemerdekaan’ – kemerdekaan apa yang mereka maksudkan itu? Selepas mereka puas ‘menjarah sana, menjarah sini’ (senarai ini panjang, antaranya dalam isu bahasa, pemberhentian permit akhbar alternatif, ISA, AP, hak asasi, penyelewengan tender, kenaikan harga minyak serta barang dan pencabulan demokrasi), rakyat diminta untuk bersama-sama berada di pentas mereka, mengibarkan bendera dan melaungkan kata-kata keramat: “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”

    Kalau hanya untuk mengibar bendera dan melaungkan kata-kata itu, penyamun, perompak, lanun pun boleh melakukannya. Perompak bank yang memandu Perdana atau Wira (menggunakan kereta ini kerana bersikap patriotik) pun boleh memasang bendera kecil di sisi cermin kereta mereka. Perogol bersiri pun boleh memasang bendera di depan motosikal masing-masing. Artis penjual diri pun boleh membalutkan Jalur Gemilang pada tubuh mereka.

    Berlainan daripada orang yang telah jelas ‘jahat’ ini, apa yang dibimbangi orang yang penampilannya baik-baik, yang berlagak pemimpin warak, kononnya merekalah pejuang bangsa, pejuang negara yang bermati-matian bekerja keras untuk negara, sebenarnya pengkhianat paling dahsyat.

    Mereka nampaknya begitu baik dan sopan, mengibar bendera di pentas kenamaan pada majlis-majlis tetapi sebenarnya adalah musang berbulu ayam. Pemimpin ini mengkhianati amanah negara, mereka merompak harta negara, menipu Kabinet, mencabul kehormatan orang dan aneka kejahatan lain semata-mata untuk melempiaskan nafsu dunia dulu, kini dan buat selamanya!

  10. wansalman says:

    Haram berihsan dengan wang orang lain
    Harakahdaily
    KOTA BHARU, 6 Sept: Kerajaan Pusat tidak berhak mengikut undang-undang membahagikan bahagian pembayaran royalti untuk Negeri Kelantan mengikut saluran dan kehendak mereka seperti yang dilakukan sekarang.

    “Haram hukumnya berihsan dengan wang orang lain,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

    Beliau menyatakan demikian dalam satu kenytaan sebagai merujuk kepada kenyataan Datuk Dr. Awang Adek dalam akhbar Sinar Harian semalam.

    Katanya, pembahagian wang ihsan dari perolehan wang petroleum dari perairan Kelantan dari mula lagi tidak mengikut mana-mana peruntukan undang-undang.

    Menurutnya, ia adalah satu langkah politik murahan untuk menghalang pembayaran wang royalti yang terhak kepada negeri Kelantan seperti kehendak Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian penyerahan hak petroleum Negeri Kelantan kepada Petronas 1975.

    Jelasnya lagi, pembayaran wang ihsan membelakangkan kehendak perjanjian dan peruntukan undang-undang berkaitan.

    Beliau berkata, amalan seperti itu boleh menimbulkan berbagai salah guna kuasa dan penyelewengan seperti berikut:

    a. Melalui amalan pembahagian wang ihsan, tidak ada siapa boleh mengesahkan berapakah jumlah sebenar wang yang patut dibayar.

    Adakah jumlahnya sebegitu kecil sedangkan pengeluaran petroleum yang melibatkan perairan Kelantan adalah amat besar.

    Jumlahnya bukan jutaan seperti yang diagihkan atas nama wang ihsan tetapi ribuan juta setiap tahun. Melalui pembayaran wang royalti, Kerajaan Negeri boleh menuntut angka pengeluaran sebenar dan jumlah yang terhak untuk rakyat Kelantan yang sudah tentu jauh lebih besar dari apa yang diagihkan sekarang.

    Kerajaan Negeri berhak mengaudit dan mengetahui jumlahnya sebenar.Rakyat Kelantan tidak harus tertipu dengan jumlah sebenar yang layak dan terhak untuk mereka melalui amalan ‘wang ihsan’.

    b. Mengapa selama ini wang ihsan tidak diagihkan?

    Hanya selepas Kerajaan Negeri menyuarakan tuntutan ini, Kerajaan Pusat memulakan pengagihan ini. Di mana wang yang diterima sebelum ini dibelanjakan? Siapa yang mendapat faedah darinya? Kenapa Datuk Dr. Awang Adek tidak mengambil inisiatif membahagikannya sebelum kami menuntut? Adakah ini bukan politik? Adakah ini telus?Jika Kerajaan Negeri tidak menuntut, maka wang minyak itu lesap entah ke mana sampai hari ini? Nasib baik kita menuntut, tumpah juga kuah walaupun dicebuk dari khazanah kita sendiri.

    c. Siapa yang menentukan penerima adalah layak dan tanpa prejudis politik? Jika Kerajaan Pusat ikhlas, mereka boleh menyalurkan wang itu kepada Perbendaharaan Negeri seperti kehendak undang-undang dan jika Kerajaan Pusat bermatlamatkan untuk menyampaikan kepada mana-mana golongan, ia sudah tentu boleh dirundingkan dengan Kerajaan Negeri.

    “Itu cara orang ikhlas.

    “Kembali kita pada tajuk asal iaitu sama ada Kerajaan Pusat perlu menangguhkan pembahagian wang ihsan itu sehingga tuntutan Kerajaan Negeri ditentukan oleh Mahkamah atau tidak, saya berpendapat itulah cara yang bersopan dan menghormati proses Mahkamah,” ujarnya.

    Wang yang diagihkan, katanya seperti kata PM di Parlimen, adalah dari kawasan pengeluaran petroleum Blok PM 301. Ia ikut terlibat dalam tuntutan saman oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

    Jika Kerajaan Negeri menang, katanya bermakna Kerajaan Pusat perlu menggantikan semula wang itu.

    Justeru, tambahnya, jika Kerajaan Pusat begitu baik hati dan ingin terus membantu rakyat, gunalah wang lain dahulu sementara kes ini selesai dan gunalah sedikit sebanyak kedudukan di Kementerian Kewangan untuk jumlah sekecil itu.

    Akhirnya, katanya lagi jika Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memfailkan permohonan tahanan sementara terhadap aktiviti itu, ia hanya bermakna Kerajaan Negeri mengambil langkah menyempurnakan proses Mahkamah bagi mempastikan kedudukan sebenar isu ini dapat ditentukan.

    “Insya Allah, jika Kerajaan Negeri berjaya dalam tuntutan ini, Kerajaan Negeri boleh meneruskan pembahagian wang ihsan tersebut dan mungkin jumlahnya adalah jauh lebih besar dari langkah bidan terjun dan tempias yang dilakukan sekarang.

    “Sama kita doakan kejayaan tuntutan ini supaya hak yang terhak dengan jumlah yang begitu besar akhirnya dapat dinikmati secara sah dan halal oleh semua rakyat Kelantan, lambat atau bangat,” katanya.

  11. wansalman says:

    Cara Ismail Sabri raikan Aidil Fitri
    Harakahdaily

    TEMERLOH, 20 Sept: Pelbagai pihak melahirkan rasa kesal dengan tindakan anggota Parlimen Bera yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakub yang telah mencemarkan sama sekali kesucian Aidil Fitri.

    Aidil Fitri dicemarkan oleh beliau di majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri yang diadakan di Laman Kerayong, Parlimen Bera pada 19 September semalam.

    Dalam majlis itu, Ismail telah mempersembahkan tarian yang sangat tidak sesuai untuk dipertontonkan oleh beliau kepada penduduk tempatan sempena hari raya Aidil Fitri yang sepatutnya diraikan dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam.

    Video tarian itu kini disebarkan melalui YouTube dan mendapat bantahan dari pelbagai pihak.

    “Ha3 Inilah satu lagi cara Melayu sambut raya. Selain tengok cite2 hantu malam raya. Last2 jdï hantu raya…

    “p/s: boh la lagu joget/rap melayu. Barulah masuk dgn tema raya cara umno,” tulis satu komen dalam laman YouTube itu.

    Klik di sini untuk melihat tarian yang dipersembahkan oleh Ismail Sabri untuk para pengundinya sempena Aidil Fitri semalam.

    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    BASTARD PUNYA MELAYU,MELAYU MACAM NI LAH PATUT JADI BADUT SANA CLAUS

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.