Pemuda Umno Akan Terus Berperanan Sebagai Pendesak – Khairy

July 21, 2009 by admin  
Filed under Berita Khas, Featured

3640841976_ddd8deee2a_m

SEGAMAT, 19 Julai (Bernama) — Pergerakan Pemuda UMNO akan terus berperanan sebagai pendesak kepada kerajaan bagi membawa perubahan positif kepada negara terutamanya dalam isu-isu berkaitan kepentingan rakyat.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata peranan itu selaras dengan harapan masyarakat yang mahukan perubahan dan juga prinsip 1Malaysia di mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

“Peranan sebagai pendesak sebenarnya saya rasa adalah tradisi Pemuda, jadi kita hanya meneruskan tradisi ini dengan tujuan untuk menyelesaikan pelbagai perkara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Sekijang, di Balai Air Bah Kampung Paya Pulai, di sini Ahad.

Sehingga kini, pelbagai isu telah diutarakan pergerakan itu yang turut merangkumi isu pelaksanaan pinjaman Tekun, masalah Perhentian Pudu Raya dan Rumah Pangsa Kampung Kerinchi (di Kuala Lumpur) serta isu kenaikan tarif elektrik.

Beliau kemudian menyempurnakan majlis penyampaian pinjaman Tekun berjumlah RM212,000 kepada 24 orang penerima dari Parlimen Sekijang.

Hadir sama adalah Ketua UMNO Bahagian Sekijang yang juga Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Ayub Rahmat.

Comments

One Response to “Pemuda Umno Akan Terus Berperanan Sebagai Pendesak – Khairy”
  1. firemansamrung says:

    Tul tu, dalam konteks ini saya berasa jengkel dengan pemuda pembangkang yang menganggap semua yang ada dalam parti pembangkang adalah betul….semuanya dianggap ‘dewa-dewa’ dan baik-baik belaka. Kalau dulu masa belum ada kuasa tak apalah kalau menyalak pihak yang menjadi lawan mereka tetapi tabiat tersebut nampaknya telah terbawa-bawa ke era di mana mereka telahpun ada kuasa di beberapa negeri.

    Akibat dari tabiat berkenaan, kini mereka tidak dapat menjadi kalangan yang menjadi chek-and-balance kepada parti pembangkang (kepada kalangan mereka sendiri). Mereka tidak dapat menjadi mata dan telinga buat pengundi-pengundi mereka dan akibatnya kelemahan sendiri tidak dapat dikenalpasti dan oleh kerana itu tidaklah ada usaha untuk mempebaiki kelemahan sendiri.

    Tak tahulah sama ada mereka masih lagi “riding on the crest of a wave” susulan PRU-12, tetapi kalaulah Manik Urai tidak memberikan apa-apa petunjuk kepada mereka agar mengubah budaya berpolitik makanya mereka bolehlah siang-siang lagi “wave goodbye to” kepada PRU 13.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.