Pemuda Tidak Terkejut Bukti Saham, Wang Lapan Juta Azmin & Isteri Didedahkan

November 18, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Pendedahan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari yang mengemukakan salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin bukanlah sesuatu mengejutkan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata kini terserah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat segala bukti yang diserahkan.
Sambil menyifatkan bau bangkai sukar untuk ditutup, beliau yang juga bekas Setiausaha Pemuda Parti Keadilan percaya rakyat akan menilai di sebalik sikap hipokrasi pemimpin berkenaan.
“Orang yang mendedahkan perkara ini bukanlah calang-calang tetapi bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim.  Malah Anuar bukan bercakap kosong tapi memberikan bukti menerusi dokumen salinan asal.
“Kita percaya pembangkang akan membuat pelbagai tuduhan kepada Anuar untuk mengelirukan rakyat tetapi apa yang penting Azmin atau Anwar mahupun pemimpin pembangkang yang lain perlu menjawab bukti yang diberikan”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Jelas beliau kepada siapa yang pernah kenal dan rapat dengan Azmin mahupun Anwar Ibrahim pendedahan ini bukanlah sesuatu yang pelik.
“Di kalangan pemimpin pembangkang juga tahu perkara ini. Sekarang laporan sudah dibuat terpulanglah kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
“Janganlah kita mendahului proses siasatan pihak berwajib untuk keadilan semua pihak”, ujarnya.

Pagi tadi, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari membuat laporan polis berhubung isu pembelian saham oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang bernilai RM8.5 juta.

Anuar Saari hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di Bukit Perdana di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.

Ketika ditemui pemberita sebelum membuat laporan itu, Anuar berkata, pihaknya akan menyerahkan dokumen-dokumen penting termasuk baucer pembelian saham yang mencecah RM2 juta.

Beliau juga akan menamakan beberapa orang berkaitan pembelian saham itu termasuk Anwar kerana perkara itu berlaku pada 1992 hingga 1994 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan.

Sebelum ini, Vickneswaran yang juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamshida Tahrin termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an.

Menurut Vickneswaran, dokumen tersebut diterima daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menyerahkan kepada pengawal di kediamannya di Kota Kemuning kira-kira pukul 3 pagi, kelmarin.

Sehari kemudiannya, Mohamed Azmin Ali menafikan beliau, isteri serta iparnya membeli saham bernilai RM8.5 juta seperti yang didakwa oleh bekas Ketua Pemuda MIC, S.A. Vickneswaran.

Azmin menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas kerana maklumat dokumen yang diperolehi Vickneswaran mengenai perkara itu adalah tidak benar.

Comments

6 Responses to “Pemuda Tidak Terkejut Bukti Saham, Wang Lapan Juta Azmin & Isteri Didedahkan”
  1. wansalman says:

    Siasat juga & tangkap juga Pemimpin2 Umno yang rasuah,jangan pembangkang sahaja yang bersalah sedangkan banyk lagi orang2 Umno yang rasuah lebih besar dari itu di biarkan berkeliaran bebas makan rasuah.

  2. garunggang says:

    Dah tau pemimpin UMNO rasuah buat apa korang ikut.Kata nak membuat perubahan tapi korang pun sama.

  3. garunggang says:

    Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
    (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
    (a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
    (b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
    (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

    (2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
    (a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
    (b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
    (c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

    Peguam Politik hanya menyatakan perkara 10 Fasal 1 (a)(b)&(c) tetapi mereka tidak pula menghuraikan perkara 10 fasal 2 (a)(b)& (c) yang mana ianya memberi kuasa kepada kerajaan.

    Cuba tanya kepada peguam politik mengapa mereka tidak mahu menghuraikan Fasal 2 tersebut.

    Jawapannya mudah kerana ianya menyebelahi kerajaan.

  4. wansalman says:

    Elaun RM1 dianggap lawak, PKFZ rugi berbilion buat pekak
    Angkasanuri

    Saya tak tahu apa dah jadi dengan negara ini selagi Umno@BN dibiarkan terus berkuasa. Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 ramai yang anggap ia sebagai lawak dan sudah tandus idea untuk mendapat sokongan politik.

    Tun Dr.Mahathir pula menyifatkan Anwar tidak pandai sangat ekonomi. Habis tu semasa beliau jadi PM lantik Anwar sebagai Menteri Kewangan adakah sesiapa yang paksa? Siapa yang tak pandai atau tak cerdik? Sekaligus sindiran Mahathir balik kena atas batang hidung sendiri.

    Sebelum ini diumumkan kerugian Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) mencecah berbilion ringgit tetapi ramai yang buat-buat pekak. Dari pemimpin Umno@BN yang atas-atas, SPRM semuanya macam buat-buat tak nampak.

    Saranan siasatan dilakukan PAC diketuai Tan Sri Azmi Khalid agar semua dalang dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan dipandang sepi seolah-olah PKFZ cuma rugi seringgit dua. Tak perlu nak kecoh-kecoh. Kenapa jadi begitu?

    Mudah je kerana ia melibatkan bekas dan pemimpin atasan kerajaan Umno@BN. Kalau seorang kena habis yang lain-lain terbongkar dan terjebak. Masing-masing cuba buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

    Jadi isu seperti lembu korban, kepala lembu dan elaun seringgit akan dijaja serata ceruk kampung supaya orang melupakan penyelewengan yang berlaku di era Umno@BN.

    Maka ramailah terutama kaki ampu yang mengeleng-geleng kepala macam lembu yang menunggu masa untuk dikorbankan raya haji ni nanti!

  5. wansalman says:

    Nazri Aziz ‘Masuk Raja Lawak Musim ke 3′?
    Al-Brangi

    Satu lagi lawak sekupang. Kalau tak tahu nak jawab, dah kering air liur, dah pening-pening lalat, dah tercunggap macam dikejar ular tedung, lain kali letaklah jawatan Menteri tu.

    Ramai lagi yang tahu undang-undang boleh jadi Menteri, sekarang PM pun selalu tekankan KPI. Kepetahan bercakap pun KPI diamabil kira, bukan setakat petah saja, apa yang diucap mestilah betul dan ‘make sense’, kalau tidak lebih baik masuk Raja Lawak musim 3 nanti.

    Walaupun ‘law’ bukan bidang saya, tapi nada suaranya berbunyi macam budak kecil sedang marah kepada kawannya, ‘Kalau kau pandai kat buatlah sendiri, ah ah…’

    Ini bukan mesyuarat kompang, di mana orang yang tugasnya tukang pikul kompang boleh wakili ketua kompang hadiri mesyuarat. Hatta mesyuarat antara surau pun, mana boleh tok siak wakili Pengerusi Surau hadiri mesyuarat. Biar betul pak Menteri. Takkan pak Menteri boleh arah AG begitu je, ‘Hey AG, you suruhlah Karpal wakili Kerajaan dakwa si Lingam tu. Bolehkan, kan kan.’

    Senangnya hidup, semacam dia lebih besar pada AG pulak. Setahu saya, Perlembagaan memperuntukkan bahawa perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh DYMM SBP Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

    Ber’fatwa’lah Menteri itu, ‘If Karpal is willing to represent the A-G, I will persuade the AG to engage Karpal to prosecute on the behalf of the government. Let him charge … the government has no reason to defend Lingam.’

    Menteri tu menerangkan, ‘Lingam’s action may have been “morally wrong” but stressed that federal prosecutor could not charge him because there are no specific laws against it. Give me a section under any Act to charge Lingam. Give me an offence.’

  6. wansalman says:

    Umno tak perlu bising Anwar jadi penasihat ekonomi Selangor
    Oleh: Tok Janggut

    Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibebaskan dari penjara, kita lihat puak-puak UMNO tak senang duduk. Macam cacing kepanasan. Apa saja yang DSAI buat semuanya tak kena bagi UMNO. Apa yang mereka takut sangat dengan DSAI tu?

    Kerajaan Negeri Selangor lantik DSAI sebagai Penasihat Ekonomi pun dikutuk dan diperkecil-kecilkan. Bekas MB Selangor anak Toyo yang hidup mewah secara melampau, dan dah berapa banyak repot salahguna kuasa dan rasuah beliau semasa menjadi MB Selangor itu di lapurkan kepada SPRM dan polis, tidak satu pun tindakan dibuat, tidak pula puak UMNO kutuk anak Toyo tu? Mungkin UMNO ni suka dan akan puji siapa yang lebih hebat rasuahnya, buat maksiatnya, salahguna kuasanya, menipunya dan hina Islamnya.

    Pemimpin UMNO Selangor termasuk anak Toyo dan UMNO Terengganu saban hari mengutuk dan memperkecilk-kecilkan kemampuan DSAI dan menuduh kerajaan Selangor tak mampu nak tadbir dan itu sebab kena minta bantuan DSAI. Kita nak Tanya UMNO Selangor dan UMNO Terengganu, siapa Pengerusi Perhubungan UMNO kedua-dua negeri ini? Orang Terengganu ke? Mana pergi pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dan Selangor sehinggakan terpaksa ambil orang Johor dan orang Pahang jadi ketua mereka? Nampak sangatlah UMNO kedua-dua negeri ni bodoh dan bangang belaka, yang mereka tahu hanyalah roboh rumah rakyat miskin, rampas tanah rakyat, roboh masjid dan surau dan rompak harta rakyat.

    Begitu di Pusat, siapakah Penasihat Ekonomi Negara? Bukankah sebuah syarikat milik Yahudi telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negara sejak Mahathir lagi sehingga sekarang? Pelik, puak Yahudi yang jelas musuh orang Islam dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negara. Agaknya itulah sebabnya perangai puak UMNO ni macam Yahudi juga jahatnya dan kuat menipunya.

    Azmin Ali dikatakan memiliki saham berjuta, sedangkan sekiranya benar pun dia ada saham sebanyak itu, ketika itu bukankah beliau masih dalam UMNO? Mengapa tak siasat masa tu? Mana ada pemimpin UMNO yang tak ada saham berjuta-juta! Mungkin sekiranya Azmin masih lagi dalam UMNO, pasti isu ini tidak akan timbul, jika benar memang ada pun akan ditutup rapi.

    UMNO sebenarnya sudah pening dan mengelabah. Orang Melayu dah ramai yang lari dari UMNO, orang bukan Melayu pula lagi dah tak percaya pada UMNO. Kini UMNO syok sendiri, ke sana sini kata UMNO dah kuat, dah stabil, sokongan dah meningkat. Macam orang hilang akal. Rakyat tengok dan baca kenyataan UMNO ni, hanya ketawa dan meluat saja. Biarkanlah si luncai terjun dengan labunya. Akhir nanti semuanya akan tenggelam hanyut. Itulah akhirnya hidup UMNO nanti setelah lebih 52 tahun menipu dan merompak hasil Negara dan harta rakyat. Kita sama-samalah berdoa agar UMNO cepat hancur demi menyelamatkan bangsa, agama dan Negara

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.