Pembangkang Dah ‘Gila Meroyan’

September 3, 2010 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Nak marah pun ada… nak tergelak pun ada. Semuanya gara-gara melihat beberapa kepimpinan PAS membuat laporan Polis hari ini di IPD Dang Wangi.
Menurut laporan Polis tersebut, mereka menyatakan bahawa YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Dato’ Ahmad Maslan dan Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor telah menghina mahkamah. Lepas itu mereka juga menolak bahawa kemenangan peneroka di mahkamah bukan kerana peguam Felda tidak hadir tapi kerana mereka dipihak yang benar.
Itulah dia mentaliti pembangkang. Nak kata bodoh tapi belajar tinggi-tinggi. Yang tepatnya, mereka semua ini tidak cerdik. Kalau nak diikutkan, sekiranya Kerajaan dan Felda nak buat laporan Polis, agaknya dah berlori laporan Polis telah dibuat terhadap PAS terutama sekali pada Mazlan Aliman. Mana tidaknya, mereka semua ini telah membuat banyak tohmahan, fitnah dan hasutan terhadap peneroka.
Apa yang mereka perjuangkan sebenarnya hanyalah untuk kepentingan politik mereka dan bukanlah untuk kebaikan serta kebajikan peneroka. Apa saja yang Felda serta Kerajaan lakukan semuanya salah dan tidak betul. Mereka hanya bagi tahu keburukan dan lansung tidak menceritakan perkara yang baik.
Inilah orang-orang yang ‘Gila Meroyan’….melalak kesana kemari nak cari publisiti. Dalam bulan yang baik ini pun tak habis-habis memfitnah sana sini. Mazlan pun satu juga, dah lah jadi peguam tapi dia tidak membetulkan kenyataan kawannya yang terang-terang salah. Ya lah… semua orang tahu yang dia sedang bersungguh-sungguh nak jadi YB.
Saya nak mengesyorkan Mazlan supaya ajak rakan-rakan peguam yang lain termasuklah Wan Rohimi supaya pergi ke Kelantan dan perjuangkan hak orang Kelantan kerana sehingga ke hari ini rakyat Kelantan masih dapat air yang kotor Banyak kawasan lain yang masih tiada air walaupun dijanjikan bertahun-tahun yang lalu. Amacam…Ok tak?

Comments

One Response to “Pembangkang Dah ‘Gila Meroyan’”

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. KENNETH says:


    CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.Special Internet Prices.Best quality drugs. Online Pharmacy. Buy pills online

    Buy:Viagra Super Force.Maxaman.Viagra.Zithromax.Propecia.Viagra Soft Tabs.Levitra.Tramadol.Cialis Super Active+.Cialis Soft Tabs.Viagra Professional.Cialis Professional.Cialis.VPXL.Viagra Super Active+.Soma.Super Active ED Pack….