PAS menang serupa kalah
Manik Urai membuktikan bahawa sokongan kepada PR kian terjejas, BN kian menjadi pilihan rakyat. Majoriti 65 merupakan tamparan hebat kepada PR dan ini mungkin menghakis kan harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dalam PRU 13 nanti. Ini juga merupakan tamparan hebat kepada Nik Aziz yang membayang kan bahawa sokongan terhadap beliau kian terhakis dan lebih teruk lagi apabila ianya berlaku di Kelantan .
Kubu kuat Niki Aziz dirobek oleh BN , begitulah kata-kata yang dapat di dengar di Manik Urai. Menang serupa kalah , inilah ungkapan yang dapat kita katakan dengan kemenangan PAS di Manik Urai. Populariti PR kini sudah turun dari klimak yang mereka terima pada PRU12 dahulu. Itulah tahap yang paling tinggi yang mereka boleh pergi dan mereka kini bergelut untuk mempertahan kan populariti berkenaan yang mana mereka telah dapat merasakan bahawa mereka gagal mempertahan kan populariti mereka.
Syabas kepada pengundi muda di Kelantan yang telah memberikan sokongan kepada BN di Manik Urai.Ini diakui sendiri oleh Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.”Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ,”Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.
Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok. Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.






7-1
Umno bodoh tapi nampak bijak.
Yang banyak beralih arah di MU boleh jadi pengundi atas pagar (golongan muda dan pertengahan). Namun Pas masih disokong oleh ‘pengundi abadi’ mereka dan bilangannya sudah cukup untuk menjadikan keputusan PRK MU berpihak kepada mereka.
Ini bermakna Pas sukar tumbang atau dinafikan pemilikan kerusi DUN di MU, kalau sokongan sebahagian daripada pengundi kekal mereka tidak menyeberang ke parti lawan.
Persoalannya bagaimana parti lawan dapat menambat hati sebahagian penyokong kuat Pas agar beralih arah sokongan? Sudah tentu ia satu tugas berat dan kompleks tetpi apakah ianya mustahil? Jawapan dalam nada yang optimis adalah tidak mustahil.
Memanglah nampak sukar untuk memecahkan tembok yang memagari hati nurani yang berfungsi dalam mempertahankan nilai jati diri seseorang. Tetapi kalau betul gayanya tidak mustahil tembok tersebut dapat ditembusi.
undi2
Pas menang dengan 65 majority atas banyak sebab.Tuan guru Nik Aziz kata UMNO kominis dan UMNO sesat serupa macam Ayah Pin .Orang Kelantan pon tak suka kata sesama Islam Kafir.Ini sudah melampau.Trend undi calon UMNO dikawasan melayu terjadi di Bukit Gantang olih kerana orang Melayu tak suka Nizar menjadi boneka DAP.Say yakin masa GE13 nanti. UMNO akan sapu di semua kawasan Melayu separti Di perak sekarang.
Dengan hanya berpelukan, DAP dan PKR otomatik dapat menembusi tembok jati diri Pas.
Lebih dari itu dengan hanya mengungkapkan satu atau dua ayat-ayat keramat yang sedap didengar di telinga Pas, walaupun hanya dalam kempen politik, sudah cukup untuk menghasilkan gema takberr!!!
Apa maknyanya?
Untuk ‘berkawan’ dengan sesuatu puak, ia akan mudah terjalin kalau sekiranya penampilan pihak yang cuba membawa nilai persahabatan itu dilihat seolah-olah rapat dengan penampilan pihak sasaran. Walaupun apa yang dibuat oleh rakan Pas itu tadi adalah sekadar gimik politik!!
kalah atau menang…. ahaks…
kurang 1 tiket pun dianggap kalah inikan 65.
Undi rosak adalah sebanyak 192. Jauh mengatasi undi majoriti 65. Dengar cerita pemilik undi rosak itu adalah dulunya pengampu kuat Pas. Pada kali ini mereka mahu beralih angin. Kalau dulu mereka pangkah lambang bulan tetapi kini mereka tolak Pas dan bubuh tanda right pada lambang dacing, tanpa menyedari yang mereka telah merosakkan kertas undi. KALAU TIDAK KEPUTUSAN PRK DI MU TENTU BERBEZA.
Juak-juak pembangkang yang menjadi ulat siber mengharapkan kempen PKR di MU terutama oleh Zaid akan membantu merawat imej PKR yang merundum. Namun ia tidak menjadi. Ternyata kempen Zaid hanya memekakkan telinga atau seolah-olah masuk telinga kiri tetapi keluar ikut telinga kanan. Dalam masa sama, bagi jumud Pas, pidato Zaid lebih banyak membangkitkan perasaan jelik kerana Zaid kelihatan seperti mahu menjadi tukang karut Pas lebih daripada badut PKR walhal apa yang didendangkan oleh Zaid kedengaran seperti sengaja dibuat-buat dan oleh itu kedengaran begitu janggal dalam konteks halwa telinga Pas.
Kuat jua Pas walaupu satu undi
hanya harapakan ceramah,harakah dan siber ,BN ahari di arus perdana dan akbar
hari hari masih kalah walaupun satu atau 65 undi itu di kira kalah keputusan.
harap bn jaga kemudahan ketika ada kemudahan jaga sebaik baiknya jangan sampai
70% rakyat dah tak caya dengan arus perdana ,ingat jangan selesa apa yang ada nanti terus tak timbul timbul…
jambatan mana jambatan haha
kesian org yg undi BN tu hrpkan jambatan, tp jamban pon x dpt