PARPUKARI UKURLAH BAJU PADA BADAN
Benarkah Perak di selamatkan oleh bloggers Parpukari , inilah bualan yang didengar ketika bloggers -bloggers lama berbual pada satu petang di perkarangan the Mall, Ada yang bertanya , siapa Parpukari ini, dahsyat ke dia ni, bagus ke dia menulis, Ada yang ketawa terbahak-bahak , terus terang saya sememangnya tidak pernah membuka blog si Parpukari ini , tetapi banyak mendengar cerita mengenai Parpukari ini yang dikatakan pro kepada Tun dan juga Mukhriz, Parpu ini suka berkawan dengan bloggers yang sudah ada nama seperti Rocky Bru dan merasakan bahawa dia adalah bloggers yang setanding dengan bloggers ini. Saya tidak peduli sebab bagi saya . biarlah dia menulis …..
Apabila pulang ke rumah saya membuka internet dan setelah melayari berita-berita dari laman lain , saya teringat cerita -cerita bloggers siang tadi lantas saya melayari blog Parpukari ini. Setelah melihat blog Parpukari ini, saya boleh membuat kesimpulan bahawa budak ini sedang berusaha di luar kemampuan dan minda fikiran sebenarnya untuk menjadi bloggers yang dikenali. Tidak hebat mana, masih mentah dalam selok belok blogging, Nak kata hebat tuh…tak nampak , tetapi ada usaha.
Bagi saya , budak ini hingus masih meleleh, tak hebat mana, saya terbaca juga tulisan beliau yang mengutuk Pak Lah dan Khairy Jamaluddin ketua pemuda UMNO. . Tulisan mirip rocky ada link, isi kandung hancus, beliau bertanya kepada KJ , mengapa sering bercakap ala pembangkang, Ia ker….. KJ bercakap ala pembangkang? Sebaiknya si Parpu bertanya dirinya dahulu apakah beliau menulis ala pembangkang? kesian ……. mungkin ketika menulis, hingus pun belum kering lagi.
Petikan tulisan Parpukari dari blognya , Yalah, masa tu kau yang pakai, sekarang ni kau cakap elok ISA dimansuhkan! Ayoyo Dolah anney, saya manyak fenin la sam lu punya style! Betul-betul Al Flip wal Floppy! Aku nak nasihatkan la Bang Dolah oi, elok abang layan je si Tun Jin tu, habis cerita, jangan dengar bisikan-bisikan jahat lagi! – Sungguh berbudi bahasa sungguh blogger UMNO ini yang membayangkan bagaimana keluarga beliau mendidik menghormati pemimpin kita. Kamu mungkin akan disenangi oleh penyokong Pak Lah nanti.
Nak tanya si Parpukari dan Dr Zambri
1) Apakah ini budi bahasa bloggers UMNO yang dilahirkan dalam alaf perubahan baru.
2) Apakah ini perubahan dan cara bloggers UMNO menyahut cabaran TPM untuk memulihkan UMNO dalam masa dua tahun. Pak Lah juga ada ramai penyokong dalam UMNO. Parpu jangan lupa.
3) Dr Zambri perlu melihat sikap dan cara Parpukari ini main blogging , ini blogging hingusan yang menghancur kan perpaduan UMNO.
4) Apa jasa Parpukari dibandingkan dengan Pak Lah ? sehingga sanggup mengeluar kan perkataan Al Flip wal Floppy! ,inikah bloggers UMNO ? apakah Perak ditawan oleh blog Parpukari.
Dey Thambi, lu siapa ma…….. kalau setakat menulis macam tuh , anak anak orang Pas pun boleh tulis.
Apa sangat yang Pak Lah kata, cadangan sahaja. Pak Lah lakukan banyak ketka zaman pemerentahan beliau, hanya tak sempat nak mansuh kan ISA kerana dan masa dan keadaan tidak mengizinkan, beliau hanya memberikan pendapat memandang kan ketika dan saat yang hampir betul, Apa sangat yang si Parpu tahu sehingga mahu menghukum Pak Lah , Apa sangat yang dikatakan oleh KJ , Hanya pendapat .
Nasihat kepada si Parpu, sehebat-hebat penulisan Raja Petra (rasanya, tulisan Parpukari dengan Raja Petra , hanya celah gigi saja) akhirnya Raja Petra tidak lagi dipercayai oleh pembaca. Janganlah hancurkan periuk nasi kamu Parpu, Menulis ini adakala tidak boleh mengikut nafsu sahaja. Mirip blogging tuan banyak merapu. Kalau nak cuci buntut seseorang, ambil saja kain dan sapu saja, tak payah nak jadi batu api. Jangan jadikan blog anda blog yang akan memenangi blogging Raja Lawak. Eloklah rasanya Parpukari meminta maaf secara terbuka kepada Pak Lah kerana penyokong Pak Lah , ahli UMNO mungkin sukar menyokong tulisan kamu nanti.
Kiriman : Mohamad Ismail Hassan – UMNO Pulai Johor.






Untuk apa ada taring tetapi hanya bernafsu untuk membaham leher rakan dan taulan sendiri, tetapi apabila berhadapan dengan psy-war pembangkang semuanya lesu dan hilang selera sebagaimana tikus ternampak kucing yang tangkas. Ha, ha.
Apa nilainya seorang penulis kalau hanya mampu mengomel tentang keburukan kawan sendiri atas tujuan mengharapkan kawan tersebut akan dicantas dan dengan itu dirinya dapat pengiktirafan dengan cara semudah itu?
Ayuhlah, tinggalkanlah semua mentaliti negatif era ‘ketirisan ekonomi bangsa’ yang mana ketirisannya itu banyak disumbangkan oleh sikap-sikap yang seperti yang disebutkan seperti di atas tadi.
Mungkin dengan amalan baru yang menitikberatkan persaingan sihat maka sesiapa jua yang memenangi persaingan akan lebih dipandang tinggi dan dihoemati. Dan selebihnya, hanya dengan itu saja apa yang diusahakan tidak semudah itu terlepas ke tangan lain disebabkan kurangnya daya tahan.
Saya telah mengikuti dari mula blog parpukari…dgn ikhlas saya katakan PARPUKARI GOT GUTS….buku dah bertemu ruas…keep up a good job PARPUKARI!!!!!
parpukari ke, apa jua jenis blog yg mengandungi unsur pro UMNO, budak-budak belum ambil SPM pun boleh tulis, termasuk mykemut.net dan kpmu ini.
Terimalah hakikat bahawa blogger pro BN/UMNO kurang populariti berbanding blogger pembangkang yang tumbuh bak cendewan lepas hujan.
Aku dulu selalu ikut blog pro UMNO/BN ini.. tetapi makin lama makin ntah apa-apa isinya..
Kebanyakkan melindungi kepentingan perut-perut mereka. Benar. Apa yang mereka ini perjuangkan tampak hancuss..
Yang ini pula bertengkar sesama adik-beradik..
Yang ini aku hairan, kenapa bloggers pro BN/Umno tak rungkaikan kenapa BN masih lagi belum menyiasat kes rumah agam toyo 24juta ringgit, Kes Lingam, kes altantuya yg tergantung, komisyen kapal selam eurocopter, kes lebam biji mata dan dll. Yang sibuk digembar-gemburkan ialah kes yang memalukan iaitu Liwat Anwar episod 2. Walaupun tak cukup bukti, tapi tetap nak dakwa. aku mula hairan, adakah ikhlas bloggers umno/bn ini menulis? atau ada habuan $$$…
Bukanlah nak pro mana-mana pihak, tapi jelas dah undang-undang nampak bercelaru.. lani, kes model dihukum sebat kerana minum arak – kes terpencil.
kasino juta-juta, anak-anak melayu islam dok minum arak, zina berleluasa kat K.L tu tak sebat pula? Apa jenis undang2 ni?
Minta maaf jika kasar, saya mengakui saya budak2 mentah yang masih melelah hingus. Bukan macam saudara admin yang hebat, dan pandai. Sekian
Siapam Parpukari ini???Bangsawan hero ?????? x der masa nak layan
Najwan…. mana awak tahu SPRM bel;um siasat, mungkin awak kurang membaca. kalau awak cerita pasal Arak , rogol dan lain lain , ini bukan hanya berlaku di negeri bawah pemerentahan BN saja, Yang banyak berlaku di Kelantan. Ini semua tanggungjawab ayah dan ibu, tunggak agama di rumah, banyak rumah kami org BN sahabat sahabat kamu, mereka juga tidak merogol dan minum arak. Mungkin awak sudah tidak minat dengan blog UMNO sebab kini sudah naik dan tumbuh bagaikan cendawan menguasai alam maya ini dan banyak mendedahkan keburukkan pemimpin kamu. Banyak pendedahan mengenai kesalahan pemimpin PR. Umpamanya kesesatan pemimpin kamu. Sembahyang jenazah stail baru kepada mendian Teoh dan ponyelewengan PKR dan DAP serta PAS yang tak sanggup awak terimah hakikatnya.