Nik Aziz : Lompat Parti ibarat buaya ? siapa yang buaya ?

March 9, 2010 by admin  
Filed under Eksklusif

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti dan menjadi wakil bebas disifatkan sebagai “buaya di sebalik batu”. “Sedihnya, ribut tidak (ada), hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik (mereka) tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya,” katanya.

selanjutnya

Comments

18 Responses to “Nik Aziz : Lompat Parti ibarat buaya ? siapa yang buaya ?”
  1. sediaTempur says:

    mereka lompat parti kerana PKR dah jauh menyimpang dari perjuangan… tp ahli UMNO lompat parti xkate ape2 lak, lg di alu2kan adelah…. yg kene pecat dari PKR nape TUAN GURU xulas pulak?

  2. wansalman says:

    Umno yang buaya sebab suka makan bangkai,Rasuah itu umpama bangkai

  3. wansalman says:

    Liwat II: VCD fatwa Yusuf al-Qaradhawi diedar
    Abdul Rahim Sabri
    Mac 8, 10
    12:01pm
    Satu cakera padat (CD) yang berupa rakaman sidang video ulama tersohor Prof Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diedarkan kepada orang ramai malam tadi.

    Dalam rakaman sidang video itu antara lain mengandungi mengenai fatwa ulama dunia Islam itu terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar yang juga ketua pembangkang.

    Sidang video itu telah dirakamkan pada 14 Februari selama 33 minit itu di kediaman Dr Yusuf di Doha, Qatar termasuk terjemahan percakapan beliau yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Abdul Ghani Shamsuddin.

    Cakera padat yang bertajuk “Fatwa Mutakhir Dr Yusuf al-Qaradawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim” telah diterbitkan oleh Women’s Institute of Research Development dan Advancement (WIRDA) diedarkan secara percuma.

    Anwar dalam ceramahnya malam tadi berkata Dr Yusuf – yang merupakan Ketua Ulama Islam Sedunia – menegaskan kepadanya bahawa isu yang dihadapinya itu berkaitan dengan hukum Islam dan akhlak.

    Tambahnya, dalam sidang video itu tokoh Islam itu membawa hujah al-Quran dan Hadis serta alasan-alasan beliau mengeluarkan fatwa tersebut.

    “Ini bukan soal PAS, atau PKR, tetapi ini soal akidah dan akhlak. Beliau berkata kepada saya, bahawa beliau bertanggungjawab di akhirat kelak (dengan fatwanya),” kata Anwar ketika berceramah di Kampung Baru di ibunegara malam tadi.

    Ceramah itu disampaikan sempena sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat sejak memenangi pilihan raya umum pada 2008, termasuk menguasai sembilan daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Dalam ceramahnya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata Dr Yusuf telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah “munafik”

    Anwar juga berkata fatwa Dr Yusuf juga menyebut, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

    Kata Anwar, orang yang fasik tidak boleh diterima kesaksiannya dan kebenaran percakapannya sepanjang hidup.

    “Dr Yusuf berkata kepada saya, tolong selamatkan mereka… Ini merupakan satu amanah, tolong sampaikan, dan sebarkan kepada semua,” kata Anwar.

    Sehubungan itu, Anwar meminta hadirin memperbanyakkan salinan CD tersebut dan menyebarkan kepada orang ramai.

    “Ada orang kata saya ada kepentingan (dengan CD itu), (tapi) saya rasa tidak tergugat (dengan pertuduhan itu) kerana tidak ada kes, (dan) laporan doktor menyebelahi kita,” katanya.

    Dalam ceramahnya juga, Anwar juga mengulas mengenai ujian yang dihadapi oleh negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah SAW.

    Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menghadapi sebarang ujian daripada Umno/BN demi menegakkan kebenaran dan keadilan dalam masyarakat di negara ini dapat tercapai.

    “Mereka pukul dan aibkan kita. Kalau patah dayung, dengan jari ku dayung jua. Namun mengalah, tidak sesekali,” katanya.

    Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri, turut menyindir wakil rakyat PKR melompat parti kerana tidak sabar dengan ujian sehingga mereka membuat keputusan untuk keluar daripada parti.

    “Dulu Anwar kata, kita akan dapat ke Putrajaya. Oleh kerana lambat, jadi mereka patah balik. Tengok satu juta bertahan, tengok duit dua juta, hati berdebar,” katanya berseloroh diiringi gelak ketawa hadirin.

    “Sokong (Pakatan Rakyat) kerana prinsip keadilan, bukannya untuk dapat wang”.

    Sebelum itu, berlaku kekecohan apabila polis cuba menghentikan perhimpunan sambutan ulang tahun kedua Pakatan Rakyat itu.

    Bagaimanapun, ceramah itu diteruskan apabila penganjur meneruskannya di dalam bangunan kelab tersebut, yang dimiliki oleh kerajaan Selangor.

  4. imuc says:

    lantak pi korang la umno oiii… meluat aku

  5. garunggang says:

    PUTRAJAYA 8 Mac – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

    Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.

    Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak baru-baru ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.

    Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.

    “Mereka (Pas Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.

    “Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.

    “Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.

    Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menggelarkan beliau sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.

    Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za’ba – Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.

    Harussani mendakwa, Pas bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.

    Nik Abdul Aziz terkilan kerana Harussani menyebut namanya tanpa kehadiran beliau untuk mengesah atau menafikan perkara itu.

    Dalam kenyataan hari ini, Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.

    Malah, kata beliau, ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak.

    “Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

  6. garunggang says:

    KUALA LUMPUR 8 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun untuk membolot semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

    Beliau memberitahu, individu-individu ini yang boleh dikatakan ‘firaun-firaun kecil’ menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan- rakan dalam PKR bagi membolehkan mereka mendapat jawatan yang amat diidam-idamkan.

    “Sepatutnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, rakyat telah menentukan wakil mereka, maka kita tumpukan kepada kerja untuk membela rakyat, malangnya apa yang berlaku dalam PKR ialah pemimpin-pemimpin ini mula menjalankan gerakan mengaibkan rakan di dalam parti.

    “Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa terdapat ‘firaun-firaun kecil’ yang ingin menjatuhkan beliau, perkara ini telah berlaku kepada saya terlebih dahulu kerana mereka idamkan jawatan yang dipegang pada masa itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.

    Fairus memberitahu, tindakan beliau melepaskan jawatan dalam PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti kerana diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menstabilkan parti kerana gerakan yang dilakukan oleh ‘firaun-firaun kecil’ itu.

    Tegasnya, sebagai seorang ahli yang taat kepada perjuangan parti, beliau telah bertindak melepaskan kedua-dua jawatan kerana tidak mahu parti bergolak.

    “Itu adalah prinsip yang saya pegang, taat setia kepada prinsip perjuangan parti, yang penting ialah parti bukan pemimpin seperti saya, selama setahun (saya) memerhatikan dari luar apa yang berlaku di dalam PKR,” katanya.

    Fairus yang terlibat dalam PKR sejak awal penubuhan parti itu pada tahun 1998 menegaskan bahawa beliau keluar dari parti dan memasuki UMNO kerana prinsip-prinsip perjuangan parti pembangkang itu telah berubah terutama dalam memperjuangkan bangsa dan agama.

    “Apa yang berlaku dalam PKR baru setahun jagung memerintah tetapi ketamakan politik amat luas sampai ke tahap bawahan sehinggakan perjuangan tersasar yang menyebabkan saya kecewa.

    “Perjuangan memartabatkan bangsa dan agama, raja-raja Melayu yang telah disepakati dulu kini hancur di PKR, sebab itulah saya memilih wadah baru untuk berjuang di dalam UMNO atas prinsip untuk memperjuangkan bangsa serta agama,” katanya.

    Beliau menafikan terdapat tawaran berjuta-juta ringgit atau pelbagai lagi imbuhan daripada UMNO kalau menyertai parti itu tetapi apa yang ditawarkan ialah untuk terus berjuang memartabatkan bangsa serta negara.

    Fairus juga merasa kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin PKR yang menyerang peribadi bekas pemimpin-pemimpin yang keluar dari parti tersebut.

    “Inilah PKR yang cukup rendah martabat moralnya, politik yang mencemarkan maruah dan merupakan amalan politik kasar yang begitu hina,” katanya.

  7. imuc says:

    a’ah pkr rendah la dia punya moral, tapi umno lagi rendah moral dia dari pkr..

  8. garunggang says:

    Akhirnya Imuc mengakui PKR rendah moralnya.Syabas anda sudah mula menyedarinya.
    Tapi anda telah terlupa PKR itu salah satu parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.
    Ini bermakna anda adalah penyokong fanatik PAS kerana kalau penyokong DAP,ketuanya bukan ulamak.
    Tapi anda kena ingat tanpa DAP dan PKR, PAS takan dapat memerintah.
    Lebih baik anda minta maaf dengan DAP dan PKR sekarang.

  9. imuc says:

    naper nak mintak maaf ngan dap ngan pkr plk? x paham aku..
    x per la, yg rendah moral tu dh keluar dah.. masuk pada umno yg rendah moral jgk, baru sesuai…

    org yg rendah moral masuk pada yg rendah moral

  10. garunggang says:

    Kes Adun Melor yang ceraikan bini lepastu tak bagi nafkah itukah yang dinamakan tinggi moralnya.Lantik menantu jadi CEO lepastu bila kena kritik sibuk suruh menantu letak jawatan pulak,itu tinggi moral ke?
    Masa Pak Lah jadi PM sibuk korang kata si KJ kroni Pah Lah sampai Pak Lah tak berani nak bagi KJ apa-apa jawatan.
    Tapi bila Nik Aziz lantik jadi CEO tak kroni namanya tu.
    Bila orang dah kutuk pegi haji kena taja baru perasan dan lepas tu merajuk tak jadi pegi haji.
    Tolong jangan cerita pasal moral kalau diri sendiri tak faham tentang moral.

  11. wansalman says:

    PERCAPAIAN RASUAH DI UTAMAKAN,RAKYAT DI BELAKANGKAN % DI BEBENKAN,KRONI UMNO DI KAYAKAN

  12. imuc says:

    sokong wan salman… kalo berdebat ngan budak2 yang “baru nak naik”, buang masa jerk..

  13. wansalman says:

    MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa
    M Faqih

    KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

    Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

    Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

    Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

    Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

    Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

    Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

    Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

    Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

    Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    WAHAI SEKELIAN UMNO TOTOK,BOLEH KAH ULAMA & MUFTA HARUSANI ZAKARIA UMNO LAKUKAN SEPERTI YANG TUAN GURU NIK AZIZ LAKUKAN. ?

  14. garunggang says:

    Yang paling afdal adalah selepas solat sunat istisqa barulah hujan turun.Kalau turun semasa sembahyang dilakukan itu namanya membersihkan diri mereka yang mengerjakan sembahyang tersebut.
    Kalau lah sekarang ini Kelantan diperintah oleh BN dah tentu korang kata bala telah menimpa.

  15. wansalman says:

    Tan Sri Garunngung,

    Awak boleh berganding dengan Tan Sri Dato Nenek Harusani Zakaliah,sorang jadi Imam & seorang lagi jadi bilal ( bilal Umno )

  16. garunggang says:

    Inilah dia kalau orang yang dah terlebih Islam sama seperti gurunya.

  17. wansalman says:

    Di antara Ali dan Baba
    http://myzaidibrahim.wordpress.com/

    Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan.

    Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.

    Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja.

    Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya.

    Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.

    Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan.

    Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.

    Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat.

    Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka. Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya

    Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba.

    Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.

    Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah.

    Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia. Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil.

  18. garunggang says:

    Zulkifli mendesak agar Peguam muslim patut menerajui Majlis Peguam Malaysia selepas Majlis Peguam itu menganjurkan Forum Memeluk Islam di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2008. Zulkifli merupakan exco Persatuan Peguam Islam dan dilihat bertentangan pendirian dengan parti PKR.[9] [10]
    Forum ini dilihat sebagai tindakan provokasi terhadap orang Islam . Seramai 500 orang Islam berkumpul dan ada yang menyerbu masuk ke dewan persidangan dan melaungkan “Hancur Bar Council”, “Hidup Islam” dan “Batalkan Forum”.Sepanduk “Jangan cabar Islam’, “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam” dan “Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman” jelas menyatakan kemarahan umat Islam.[11]
    Selepas menyertai demonstasi membantah forum itu, pembantu khas beliau, Saari Fadhil Hud tidak dapat menghubungi Zulkifli atau menghilangkan diri.[12] Pada 10 Ogos 2008, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan rumour di blog bahawa Zulkifli Nordin ditahan di bawah ISA.[13]
    Pada 18 September 2008 , Zulkifli disiasat berhubung ‘Himpunan Aman Umat Islam’ membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam. Katanya ‘Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam’ dan akan mengerjakan umrah di Mekah. Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI). Zulkifli mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.[14] Baginya ‘Kalau DAP perjuangkan Islam pun saya akan masuk DAP’.

    UNTUK MAKLUMAN SEMASA KES INI BERLAKU,MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB KETIKA ITU ADALAH ZAID IBRAHIM (MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI).BELIAU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL BERAT DAN MEMBUAT SEBARANG PANDANGAN TENTANG KES TERSEBUT.
    RUPA-RUPA DIFAHAMKAN BAHAWA BELIAU ADA KEPENTINGAN DALAM FIRMA GUAMAN, MAKA ITULAH BELIAU TIDAK BERSUARA.
    Orang macamni yang dijadikan contoh?
    “Kalau kita ingin tahu sifat sebenar seseorang itu, berikan ia kuasa”

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.