NIK AZIZ BILA MAHU JAWAB????

July 13, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

n9684898814_9065

Rakyat bukan  lupa dan rakyat masih tertunggu jawapan dari Musyridul Am PAS yang  seringkali  menuduh bahawa UMNO adalah   parti yang sesat dalam memperjuagkan Islam. Lantang  sekali Nik Aziz  kebelakangan ini. Nik Aziz  menggunakan kedudukan beliau sebagai ulamak untuk cuba mengafirkan   UMNO dan seolah-olah PAS adalah sebuah parti yang perjuangkan Islam selama ini.

Malangnya  jika kita lihat dan nilai kan  sendiri , perjuangan UMNO terhadap orang Melayu dan Islam lebih dari apa yang diperjuangkan oleh PAS yang mana  PAS  kebelakangan ini hanya merupakan sebuah parti yang lebih kepada GILA KUASA. PAS sanggup  berekongkol dengan parti yang  tidak memperjuangkan ISLAM malahan menentang Islam. PAS  lebih cenderung kepada pakatan yang bertopengkan perjuangan  terhadap bangsa Melayu dan Islam ,

Untuk menutup kelemahan ini , PAS (Nik Aziz ) terpaksa mengalirkan UMNO supaya rakyat akan melupakan  perjuangan  UMNO terhadap bangsa Melayu dan Islam. Beliau mahu memaksa rakyat melupakan jasa UMNO yang paling banyak membina masjid, surau, sekolah agama dan peruntukan kewangan untuk pelajaran umat Islam termasuk di Kelantan. penyengelaraan dan  penubuhan Tabung Haji, Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak lagi. Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin pernah bertanya kepada pengundi Manik Urai dan mencabar Nik Aziz menjawab soalan beliau ‘‘Siapa yang lebih memperjuangkan syiar Islam? .
Memandang kan Pas secara konsisten membuat tuduhan tersebut, beliau meminta parti itu menyenarai kan sejak 20 tahun lalu, apa rencana pembangunan berbentuk agama dan sosio ekonomi yang telah di laksanakan – tambah  Muhyiddin lagi, Malangnya  sehingga hari ini Nik Aziz masih membisu dan tidak  menyahut cabaran Timbalan Perdana Menteri. Sekurang-kurangnya UMNO tidak bersekongkol dengan parti yang menentang Islam , tidak menghaIlal kan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal. Nik Aziz  perlu menjawab dan menyenarai kan apakah yang telah PAS lakukan selama  20 tahun yang lalu dalam  memperjuangkan Islam,

Apakah bersekongkol dengan DAP dan PKR dan memusuhi UMNO dan BN bererti PAS adalah sebuah parti yang perjuangkan Islam. Apakah Islam sangat pemimpin dalam DAP dan PKR ? Kita tunggu apa kah yang akan dikatakan oleh Nik  Aziz.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.