Nalla terima ugutan bunuh
March 7, 2010 by admin
Filed under Berita Bergambar, Featured
Oleh: Jebat
Bekas rakan karib Ketua Peliwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan malam ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterima beliau melalui telefon bimbitnya semalam.
Ugutan bunuh itu ditinggalkan oleh pemanggil di dalam peti simpanan suara telefon bimbitnya.
Menurut beliau lagi pemanggil itu berkata dalam satu minggu lagi peluru akan sampai pada beliau dan isteri beliau. Panggilan itu dikatakan dibuat dalam bahasa tamil.
Kata Nalla lagi, “Mungkin ada sesetengah pihak berasa takut dan gelisah jika saya memberi sebarang kenyataan kerana mereka bersalah,” Kalau benar apa yan g dimaksudkan oleh Nalla tu, ini bermakna semakin tertekan nampaknya Ketua Peliwat tersebut.
Berita penuh : Nalla buat laporan polis terima ugutan bunuh
Video Klik disini





Penipu…Ala kaum Musyrikin UMno
Ini orang gua langsung tak percaya kerana mengikut sumber yang boleh dipercayai DSAI sendiri telah membayar sejumlah wang yang besar meminta tolong agar Nalla berlakon untuk memburuk burukkan beliau.
Tujuannya adalah apabila Nalla mengutuk DSAI ianya akan menimbulkan lebih rasa simpati rakyat kepada DSAI.
Lepas tu DSAI akan buat cerita yang Nalla dah dibeli oleh BN.
Bagi orang politik tektik ini sudah lapok kerana ianya seperti tektik yahudi.
Ada juga kemungkinan kesemua ahli parlimen PKR sendiri telah dibayar oleh DSAI yang difahamkan mendapat sejumlah dana yang besar dari luar negara supaya keluar dari parti dan kemudiannya menuduh UMNO dan BN yang telah membeli Wakil rakyar mereka.
PKR juga yang atur perkara ini firaun kecil telah memberikan sms tersebut,kemudian telah mengarahkan Nalla buat laporan polis.Dah tentu wartawan membuat liputan lepastu mereka kata BN dan UMNO yang buat perancangan tersebut.
Tapi ramai yang kata keputusan DNA DSAI positif kerana ianya diambil dari air mani DSAI yang ada dalam dubur Saiful kemudian dibandingkan dengan DNA DSAI semasa kes dia yang dulu.Difahamkan DNA tersebut adalah sama.
Tujuan untuk menangguhkan kes bukan perkara main-main kerana mungkin peguam DSAI belum mendapat hujah atau bukti yang kuat untuk menepis pertuduhan atau mereka berusaha untuk menghapuskan bukti atau saksi perbicaraan.Mereka juga akan cuba berjumpa dengan saksi supaya memberikan keterangan yang bercanggah supaya boleh mencacatkan proses perbicaraan.
Tiada sebab mengapa DSAI menangguhkan perbicaraan kerana kes beliau adalah sama seperti kes-kes liwat yang lain yang telah dibicarakan sebelum ini.
Kes DSAI cukup mudah kerana mangsa sendiri yang membuat aduan bukannya orang lain. Tugas peguam DSAI hanyalah menafikan pertuduhan tersebut.
NIK AZIZ: Harussani Mufti atau Mufta? | Print | E-mail
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.
Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.
Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,
“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”
Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.
Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?
Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!
Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.
Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010
Memanglah agama dengan politik tidak boleh dicampurkan kerana bila terjadinya sesuatu yang bertentangan dengan agama ada yang tidak boleh menegur.
Contoh
1)Bila Ronnie Liu menyatakan yang beer bukan minuman keras siapa yang menegur.
2)Bila nga kor ming menggunakan ayat Quran dalam ceramahnya sedang kan ia tidak beriman dengan AlQuran.
Mengapa pemimpin PAS tidak berani menegur? Kerana DAP berada dalam pakatan rakyat.
Tidak kah itu dinamakan demi kepentingan politik namanya sehingga Agama Islam digadaikan.
PAS xde pendirian, lebih teruk sebelum ia bergabung dgn pakatan, asal tersentuh ckit isu islam yg di buat oleh PKR dan DAP, PAS cepat2 back-up. anggukkan saje ape DAP dan PKR katekan….bosanla mcm ni, dalam PAS dah xde nilai2 perjuangan islam, sekadar NAMA PAS saje yg tgl…. tukarla name PAS….
UMNO AKAN MUSNAH JUGA AKHIR NYE
PUTRAJAYA 8 Mac – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.
Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.
Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak baru-baru ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.
Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.
“Mereka (Pas Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.
“Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.
“Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menggelarkan beliau sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.
Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za’ba – Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.
Harussani mendakwa, Pas bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.
Nik Abdul Aziz terkilan kerana Harussani menyebut namanya tanpa kehadiran beliau untuk mengesah atau menafikan perkara itu.
Dalam kenyataan hari ini, Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.
Malah, kata beliau, ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak.
“Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya,” katanya.
KUALA LUMPUR 8 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun untuk membolot semua jawatan dalam parti dan kerajaan.
Beliau memberitahu, individu-individu ini yang boleh dikatakan ‘firaun-firaun kecil’ menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan- rakan dalam PKR bagi membolehkan mereka mendapat jawatan yang amat diidam-idamkan.
“Sepatutnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, rakyat telah menentukan wakil mereka, maka kita tumpukan kepada kerja untuk membela rakyat, malangnya apa yang berlaku dalam PKR ialah pemimpin-pemimpin ini mula menjalankan gerakan mengaibkan rakan di dalam parti.
“Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa terdapat ‘firaun-firaun kecil’ yang ingin menjatuhkan beliau, perkara ini telah berlaku kepada saya terlebih dahulu kerana mereka idamkan jawatan yang dipegang pada masa itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.
Fairus memberitahu, tindakan beliau melepaskan jawatan dalam PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti kerana diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menstabilkan parti kerana gerakan yang dilakukan oleh ‘firaun-firaun kecil’ itu.
Tegasnya, sebagai seorang ahli yang taat kepada perjuangan parti, beliau telah bertindak melepaskan kedua-dua jawatan kerana tidak mahu parti bergolak.
“Itu adalah prinsip yang saya pegang, taat setia kepada prinsip perjuangan parti, yang penting ialah parti bukan pemimpin seperti saya, selama setahun (saya) memerhatikan dari luar apa yang berlaku di dalam PKR,” katanya.
Fairus yang terlibat dalam PKR sejak awal penubuhan parti itu pada tahun 1998 menegaskan bahawa beliau keluar dari parti dan memasuki UMNO kerana prinsip-prinsip perjuangan parti pembangkang itu telah berubah terutama dalam memperjuangkan bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku dalam PKR baru setahun jagung memerintah tetapi ketamakan politik amat luas sampai ke tahap bawahan sehinggakan perjuangan tersasar yang menyebabkan saya kecewa.
“Perjuangan memartabatkan bangsa dan agama, raja-raja Melayu yang telah disepakati dulu kini hancur di PKR, sebab itulah saya memilih wadah baru untuk berjuang di dalam UMNO atas prinsip untuk memperjuangkan bangsa serta agama,” katanya.
Beliau menafikan terdapat tawaran berjuta-juta ringgit atau pelbagai lagi imbuhan daripada UMNO kalau menyertai parti itu tetapi apa yang ditawarkan ialah untuk terus berjuang memartabatkan bangsa serta negara.
Fairus juga merasa kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin PKR yang menyerang peribadi bekas pemimpin-pemimpin yang keluar dari parti tersebut.
“Inilah PKR yang cukup rendah martabat moralnya, politik yang mencemarkan maruah dan merupakan amalan politik kasar yang begitu hina,” katanya.
Kalau bunuh Nalla pun adakah akan mengubah politik Malaysia .
penting sangatkah watak nalla karupan tuh.
Mesej ugutan tu cuma mainan budak2 politik
Di antara Ali dan Baba
http://myzaidibrahim.wordpress.com/
Saya bersetuju dengan Ibrahim Ali yang mengatakan tak ada salahnya bagi beliau selaku Pengurusi Perkasa untuk berkerja dengan tauke Cina yang terkaya Vincent Tan, atau dengan mana-mana tauke lain yang membuat projek perumahan atau jambatan atau projek lain di Kelantan.
Orang Melayu sepatutnya berkerja dengan siapa saja yang boleh memberi manfaat dan keuntungan kepada orang Melayu sendiri. Yang penting dia betul-betul berkerja atau berniaga secara aktif. Yang penting Melayu ini bukan “sleeping partner” atau bukan Ali kepada Baba. Yang penting Melayu yang tahu harga diri.
Malangnya ramai pemimpin Melayu/Bumiputera yang ada kabel dengan Perdana Menter atau orang atasan lain dapat peluang hanya untuk jadi Ali kepada Baba. Maka dilantiklah Ali ini sebagai pengarah syarikat yang tak buat apa-apa kerja.
Ali ini juga diberi saham. Maklumlah, Ali ini kan orang Bumiputra yang ada kedudukan istimewa dan peruntukan khas, walaupun bapa atau datuk dia lahir di Kerala atau Madras, atau di Aceh dan sebagainya.
Orang yang benar-benar putera bumi di negara kita seperti Senoi, Negrito dan Proto Melayu di samping kumpulan-kumpulan etnik Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan sebagainya, tak pernah pula kita lihat dapat jawatan pengerusi syarikat-syarikat besarMereka tak ada perlindungan dibawah Perkara 153 yang ajaib itu.
Jadi bila wira Perkasa dan pengikut-pengikut UMNO Baru ini mahu pertahankan “keistemewaan” mereka, apakah sebenarnya yang mereka mahu pertahankan. Tak ada siapa pun yang bercadang nak ambil balik hak Bumiputera di bawah Perlembagaan.
Tak orang bukan Melayu dan tidak juga Pakatan Rakyat yang mahu buat begitu. Lagi pun mustahil ianya dapat dilakukan dengan jumlah kerusi yang dipegang di Parlimen oleh kaum Bumiputera. Kadang-kadang ada di antara kita yang lupa bahawa di Sabah dan Sarawak, kaum Bumiputera merupakan kaum majoriti. Jadi apakah yang dibisingkan oleh “pembela hak Bumiputera” ini.
Sebenarnya, yang mereka mahu pertahankan ialah “sistem rentier” di mana nama Bumiputera UMNO itu ada harga untuk mendapat saham percuma atau elaun percuma atau jawatan pengarah dalam sesuatu syarikat.
Mereka mahu Baba sentiasa perlukan servis dan nama mereka. Jadi Ali jenis ini sanggup terus mempertahankan elit Baba ini walaupun syarikat-syarikat Baba inilah yang menjadi persaingan dan mengurangkan peluang kepada peniaga Melayu yang tulin ikhlas yang mahu berniaga dengan erti kata yang sebenar. Inilah hakikatnya
Sepatutnya Ali ini perlu sedar diri dan benar-benar berjuang secara ikhlas. Apa yang perlu diperjuangkan oleh Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ialah supaya Model Ekonomi Baru yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Najib Razak itu dapat membanteras fenomena ekonomi pajakan nama Bumiputera Ali kepada Baba.
Selagi Ali mendapat elaun murahan yang mudah dan percuma dari Baba, selagi itulah ekonomi orang Melayu akan dikawal oleh Ali yang ada kabel untuk kekayanan Baba. Baba ini pula bukan sebarangan Baba. Orang Cina pun tak suka mereka kerana bolot segala-galanya.
Tapi saya rasa adalah mustahil Najib akan membersihkan ekonomi “rentier” ini kerana para pemimpin UMNO akan marah, ketua Bahagian UMNO akan marah dan Ahli Parlimen UMNO akan marah.
Mereka akan marah kalau Model Ekonomi Baru ini bersifat adil dan memberi peluang saksama kepada rakyat Malaysia. Mereka mahu kepentingan mereka dipertahankan. Mereka akan marah kerana akan hilang peluang mendapat elaun murahan’ peluang jual nama Jadi mungkin Model Ekonomi Baru ini sebenar tak ada apa yang baru kecuali tabiat lama yang akan terus mementingkan UMNOputra. Tetapi kita sedia teliti dan meneliti dasar baru ini dengan adil.
Zulkifli mendesak agar Peguam muslim patut menerajui Majlis Peguam Malaysia selepas Majlis Peguam itu menganjurkan Forum Memeluk Islam di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2008. Zulkifli merupakan exco Persatuan Peguam Islam dan dilihat bertentangan pendirian dengan parti PKR.[9] [10]
Forum ini dilihat sebagai tindakan provokasi terhadap orang Islam . Seramai 500 orang Islam berkumpul dan ada yang menyerbu masuk ke dewan persidangan dan melaungkan “Hancur Bar Council”, “Hidup Islam” dan “Batalkan Forum”.Sepanduk “Jangan cabar Islam’, “Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam” dan “Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman” jelas menyatakan kemarahan umat Islam.[11]
Selepas menyertai demonstasi membantah forum itu, pembantu khas beliau, Saari Fadhil Hud tidak dapat menghubungi Zulkifli atau menghilangkan diri.[12] Pada 10 Ogos 2008, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan rumour di blog bahawa Zulkifli Nordin ditahan di bawah ISA.[13]
Pada 18 September 2008 , Zulkifli disiasat berhubung ‘Himpunan Aman Umat Islam’ membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam. Katanya ‘Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam’ dan akan mengerjakan umrah di Mekah. Zulkifli tidak berdiri di atas platform ahli PKR tetapi sebaliknya mewakili Peguam Pembela Islam (PPI). Zulkifli mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan dan pendiriannya terhadap agama yang dianutinya.[14] Baginya ‘Kalau DAP perjuangkan Islam pun saya akan masuk DAP’.
UNTUK MAKLUMAN SEMASA KES INI BERLAKU,MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB KETIKA ITU ADALAH ZAID IBRAHIM (MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI).BELIAU LANGSUNG TIDAK MENGAMBIL BERAT DAN MEMBUAT SEBARANG PANDANGAN TENTANG KES TERSEBUT.
RUPA-RUPA DIFAHAMKAN BAHAWA BELIAU ADA KEPENTINGAN DALAM FIRMA GUAMAN, MAKA ITULAH BELIAU TIDAK BERSUARA.
Orang macamni yang dijadikan contoh?
“Kalau kita ingin tahu sifat sebenar seseorang itu, berikan ia kuasa”