Menantu Nik Aziz ada 3 bulan lagi dalam PMBK

December 4, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

Kenapa tidak boleh terus letak jawatan  dan masih mahu berada dalam  Pejabat PMBK , banyak lagi nak sorok file ke,  tak kan sampai 3 bulan nak sorok file atau ada yang masih belum dapat  collections dan komisyen.

Sejak diarah letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif , Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ekoran pertemuan pimpinan PAS Pusat dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu pada 23 November lalu ,ramai yang menduga Abdul Ariffahmi Abdul Rahman akan berundur segera.

Ini mengenangkan kontroversi yang melanda kedudukannya di PMBK sehingga mendorong rombongan pimpinan PAS yang diketuai oleh Datuk Seri Haji Hadi Awang menasihatkan Nik Aziz agar mengarahkan menantunya letak jawatan.

Untuk menjelaskan tandatanya ini , Abdul Ariffahmi telah mengeluarkan satu kenyataan Khamis memberitahu beliau secara rasmi akan meninggalkan PMBK pada 23 Mac 2008.

Katanya ini selaras dengan terma-terma dalam surat perlantikannya dimana beliau perlu memberitahu notis 90 hari.

Beliau akan menyerahkan notis tiga bulan letak jawatan pada 24 Disember ini .

Menurut Abdul Ariffahmi langkah ini mengambil kira masa bagi Menteri Besar mencari penganti beliau.

Comments

14 Responses to “Menantu Nik Aziz ada 3 bulan lagi dalam PMBK”
  1. imuc says:

    kecoh jerkkkk… adik najib dlm cimb lagi best hahaha… tp rilex jerk

  2. hajjie says:

    Sempat lagi la memenuhkan poket-poket yang ada.

  3. garunggang says:

    Yang UMNO buat tak betul janganlah ditiru. Dosa minum setitik arak sama juga dengan sebotol.Dulu PAS juga yang menentang kronisme.

  4. garunggang says:

    Harga pakej Haji VVIP yang ditaja untuk Nik Aziz adalah RM 65ooo.00. Harganya sama seperti pakej untuk menantu beliau dan isterinya yang juga anak Nik Aziz. Untuk menantu dan isteri RM 65000.00 seorang x 2 orang = RM 130,000.00. Wow,kayanya menantu Nik Aziz !

    Kenapa harga mereka sama ? Pelik tak ? Mungkinkah ketiga-tiga mereka ditaja oleh orang yang sama ? Walahualam..

    Pas Kelantan mempertahankan tindakan penaja tersebut ,katanya sudah menjadi amalan orang Kelantan menaja tok-tok guru pergi ke Mekah.

    Di Kelantan bukan ratusan ada tok-tok guru,malah ribu-ribuan.Ada tok guru mengaji Quran dan tok guru pondok.

    Kenapa si penaja tak menaja ribuan lagi tok-tok guru lain yang tidak pernah menunaikan Haji sepanjang hayat mereka. Kenapa dia pilih Nik Aziz ?

    Nik Aziz sudah berkali-kali menunaikan Haji. Sedangkan dalam Islam kita diminta sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk menunaikan Haji. Tidak perlu berkali-kali. Kalau ada duit lebih adalah lebih afdal diberi kepada orang yang tidak mampu untuk menunaikan Haji pergi ke Mekah. Pahalanya lebih banyak. Lagi pun kuota negara kita yang terhad,maka lebih baik diberi kepada orang yang baru kali pertama ke Mekah. Nik Aziz yang dah berkali,tidak perlu nak menyibuk,beri peluang kepada yang tak pernah pergi terlebih dahulu. Kan lebih afdal begitu.

    Pakej VVIP Nik Aziz RM 65,000.00 jika diberi kepada tok-tok guru lain dengan pakej biasa mungkin boleh bawa 5-6 orang mereka ke Mekah.

    Sebagai seorang yang sering mengatakan beliau bersikap sederhana dan merendah diri mengapa Nik Aziz setuju terima tawaran pakej VVIP. Sepatutnya Nik Aziz tolak dan ambil pakej biasa sahaja. Apabila bercakap beliau sering berkata Nabi buat begitu,buat begini. Adakah Nabi ambil pakej VVIP semasa menunaikan Haji ?

    Nik Aziz samakan penaja pakej Haji beliau dengan orang yang mengambil selipar beliau. Maknanya penaja ini juga syirik,kerana percaya menaja Nik Aziz pergi ke Mekah boleh dapat berkat seperti mana orang yang mengambil selipar beliau untuk mendapat berkat.

    Penaja tidak akan menaja buta-buta ,jika tiada agenda tersembunyi di masa lepas-lepas atau masa akan datang. Ada ubi ada batas.

    Nik Aziz perlu jujur kepada rakyat Kelantan,beliau perlu memberitahu siapa yang menaja beliau. agar rakyat tahu siapa dia.

  5. garunggang says:

    Kalau Allah nak uji dia bagi dia bagi 5 negeri dulu.

  6. garunggang says:

    IPOH 4 Dis. – Belum pun reda isu pemimpin DAP memberikan salam dan membaca ayat suci al-Quran dalam majlis-majlis ceramah anjuran mereka, kini wakil rakyat bukan Islam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula mengaku beliau pernah bertakbir raya.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai berkata, perbuatan tersebut dilakukan sehari sebelum Aidilfitri lalu.

    ”Memang saya pernah ikut bertakbir sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Tetapi saya tak pasti gambar itu ada dalam Youtube atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas rakaman video di laman Youtube yang menyiarkan dirinya lengkap berbaju Melayu dan bersongkok dilihat bersama-sama sekumpulan lelaki Islam bertakbir raya dalam sebuah majlis hari raya di sebuah rumah.

    Difahamkan, sebelum ini, ada individu tertentu menyebarkan gambar-gambar Ming Kai bertakbir dari rumah ke rumah di sekitar bandar raya ini semasa hari raya Aidilfitri lalu.

    Terdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Mohd. Khusairi Abdul Talib ketika mendedahkan perkara itu menyifatkan ia sebagai tindakan memperalatkan Islam untuk meraih sokongan orang Melayu.

    ”Banyak tindakan pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR sebelum ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan melibatkan diri dalam aktiviti agama Islam.

    ”Terbaru, dalam video yang disebarkan di Youtube, ADUN Simpang Pulai memakai baju Melayu serta bersongkok turut bertakbir dalam satu majlis di sebuah rumah,” katanya.

    Menurut beliau, semakin ramai pemimpin bukan Islam berani mempermainkan Islam kerana tindakan mereka disokong rakan-rakan Islam pakatan pembangkang.

    ”Mereka tidak lagi menghormati sensitiviti umat Islam dan sanggup memperalatkan Islam kerana semakin terdesak untuk memenangi semula sokongan orang Melayu.

    PR yang benarkan perkara ini berlaku. Apakah peranan PAS untuk menasihati rakan-rakan mereka?

  7. wansalman says:

    Dr.Mahathir – UMNO BUSUK HINGGA KE USUS DUBUR

    Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi PDF | Print | E-mail
    Dzulfikar Mashoor
    GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

    “Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan,” jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah ‘PAS For All.

    Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.

    Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

    “Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka.”

    Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

    “Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah.”

    Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

    “Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan),” doa Nik Aziz

    “Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya.”

    “Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat.”

    Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.

    Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

    Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

    “Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru,” ujarnya.

  8. garunggang says:

    Yang menentukan DS Najib menjadi PM adalah Allah SWT.Yang hang pi ikut cakap orang kafir buat apa? Tanpa izin Allah jangan harap DS Najib akn jadi PM Malaysia. Oleh yang demikian Wansalman belajarlah dan percayalah kepada Rukun Iman.

  9. garunggang says:

    KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan di setiap pasaraya di negeri itu susulan kejadian di pasar raya KB Mall petang semalam apabila dua mangsa terkorban dihempap sebuah kereta yang terjatuh daripada tempat letak kereta di tingkat tiga bangunan berkenaan.

    Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi memperhalusi dan membincangkan mengenai aspek keselamatan di setiap pasar raya.

    “Pagi ini Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat ke tempat kejadian dan beliau telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya mengadakan mesyuarat segera hari ini.

    “Kita akan panggil jabatan berkaitan seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak pengurusan pasaraya KB Mall pada mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya selain akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan pasar raya di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini hari ini.

    Mangsa yang maut adalah Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, kedua-duanya dari Kolej Kejururawatan Masterskill Cawangan Kota Baharu manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.

    Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain itu rosak dan ditolak rakan beliau yang dikenali sebagai Sabri dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang bumbung pasar raya itu lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar berkenaan di tingkat bawah pasar raya berkenaan.

    Takiyuddin berkata antara perkara yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat terbabit ialah bagi mendapatkan gambaran jelas daripada pihak polis dan bomba bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah segera yang akan diambil oleh pihak pengurusan pasar raya.

    “Kita akan bincang dan dapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kejadian itu. Kita percaya polis atau bomba sudah mengenalpasti puncanya melalui siasatan awal,” katanya.

    Sehingga pagi ini beliau berkata pasar raya itu masih ditutup kepada orang ramai bagaimanapun keputusan untuk membuka atau menutup pasar raya itu akan ditentukan di dalam mesyuarat terbabit.

    Sementara itu, Nik Abdul Aziz ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata kejadian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku di luar dugaan.

    “Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri,” katanya yang melawat kira-kira setengah jam.

    Tinjauan mendapati orang ramai masih berpusu-pusu di luar pasaraya bagi melihat kejadian semalam selain menunggu arahan sama ada pasar raya itu ditutup atau dibuka untuk urus niaga hari ini.

    Soalan daripada tragedi ini:
    1. Kenapa sekarang baru nak mengkaji semula tahap keselamatan bangunan,dah dekat 20 tahun PAS memerintah mereka buat apa?
    2. Bila jadi kejadian begini mengapa panggil polis,dulu kata polis tak boleh dipercayai?
    3. Mengapa tidak terus meminta polis menahan pemilik KB Mall tersebut?
    4. Siapa yang meluluskan kontrak pembinaan bangunan tersebut?
    5. Mengapa tembok tersebut tidak dibina daripada dinding konkrit?
    6. Mengapa tak siasat kontraktor yang buat bangunan tersebut?
    7. Siapa yang meluluskan CF KB Mall?
    8. Kalau bagi alasan semuanya kuasa Allah lebih baik jangan datang melawat.
    9. Mungkinkah ini balasan Allah kepada pemeritahan NIk Aziz yang mendoakan kemusnahan kepada DS Najib?

    Banyak lagi persoalan yang ingin saya timbulkan tapi saya bagi kawan-kawan yang lain untuk menambah atau menjawab.

  10. imuc says:

    amenda la duk copy paste benda yang sama…
    yahhhhhhhhhhhhh mari sokong be end ramai2

  11. wansalman says:

    Ni supaya awak baca orang lain punya pendapat,jangan dok mengampu dengan dakyah Umno jer.Buka minda tu,jangan jadi macam orang hulu tau..!!1 Mahathir sendiri kata dalam blog nya ” Umno ini hanya di anuti oleh orang-orang yang tidak cerdik ( tolol lah tu )macam awak.

  12. garunggang says:

    Jangan kata tolol la bang. Kesemua pemimpin PAS lahir,belajar dan membesar dalam pemerintahan BN yang di ketuai oleh UMNO.
    Kerana negara ini yang ditadbir dengan baik maka mereka boleh belajar dan mencari rezeki.
    Kalau tak boleh membalas budi, kenang budi pun dah cukup.

  13. imuc says:

    jangan la jadi dungu la, x semua pemimpin PAS tu blajar cara umno
    jangan kau jadi tolol la, rezeki bkn umno yang bagi
    jangan jadi bahlol la buat baik semata2 harapkan balasan dari manusia

  14. garunggang says:

    Yang bagi rezeki tu Allah SWT tapi yang membuka ruang rezeki tu siapa.
    Apabila pelabur luar datang ke Malaysia mereka membuka kilang disini dan mengambil pekerja samada tempatan atau luar. Takan tiba-tiba kilang tu Allah ciptakan dah tentulah manusia yang buat.
    Kesimpulannya Allah menurunkan rezeki tersebut melalui pentadbiran UMNO yang menarik pelabur luar datang dan membuka kilang diMalaysia dan akhirnya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.Tak nampak lagi ke?

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.