Masih ramai Pemuda berdiri teguh di belakang Khairy

January 29, 2010 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Hishamuddin tidak ada hak untuk mendesak Ketua Pemuda UMNO untuk meletakan jawatan jika tidak mendapat undi mahu pun sokongan dari sebahagian Exco Pemuda UMNO Malaysia. Seperti biasa Hishamuddin mahu menjadi hero dan cuba untuk mencuri perhatian pemuda dan menajdi hero. Hidshamuddin lupa bahawa Khairy dipilih oleh perwakilan pemuda dan Hishamudin bukanlah perwakilan yang memilih Khairy. Namun ada juga desas yang mengatakan bahawa ada satu gerakan yang sedang dijalankan untuk mencetuskan kekecohan dalam Pemuda UMNO Malaysia. Ada tangan tangan yang bersembunyi dibelakang yang malu untuk tampil kehadapan telah menolak Hishamuddin untuk bangun mendesak Khairy.

Beberapa blog dan laman web telah diminta untuk membesarkan cerita ini seolah olah ianya merupakan isu yang besar, cerita ini tidak akan habis disini sahaja malahan ianya akan menjadi pembuka jalan kepada laman laman web yang pro calon calon yang kalah dahulu untuk menyambung cerita ini dan akan menjadi pendesak kepada Ketua pemuda UMNO . Namun Khairy bukanlah manusia yang begitu lemah dan bukan mudah untuk mengalah. Sekiranya Khairy ini adalah seorang yang lemah dan mudah mengalah sudah tentu Khairy sudah kecundang ketika pemilihan yang lalu.

Kami telah menemui beberapa orang Exco dan mereka masih menyatakan sokongan yang padu kepada Khairy ,malahan mereka tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Khairy. Kata mereka yang bermasalah dengan kepimpinan Kahiry adalah mereka yang masih berdendam kerana calon mereka kalah kepada Khairy sewaktu pemilihan Pemuda UMNO yang lalu. Jika setakat Hishamuddin Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya yang mendesak , Khairy perlu meneruskan tugasnya dan jangan membiarkan perkara seperti ini menggangu perancangan beliau untuk Pemuda, Mereka ini tidak akan merasa puas dan tidak akan bersetuju dengan apa sahaja yang Khairy lakukan kerana mereka ini tidak menyokong Khairy. Adalah sebaiknya sebagai Ketia Pemuda UMNO, Khairy memikirkan untuk menyimpan lagi Exco yang sebegini. Pemuda masih ramai yang berdiri di belakang Khairy.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.