Lim Guan Eng jangan cabar Melayu !!!
February 12, 2010 by admin
Filed under Berita Khas, Featured

Ketika masyarakat Cina sibuk membuat persiapan terakhir sambutan tahun baru mereka pada Ahad ini, kerajaan Pulau Pinang pula bertungkus lumus cuba meredakan ketegangan isu perkauman di negeri itu.
Kerajaan negeri sejak minggu lalu ‘diserang bertubi-tubi’ oleh Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Kedua-dua pertubuhan itu mendakwa kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang meminggir dan menindas orang Melayu.
Bagi menangkis tohmahan berkenaan, kerajaan Pulau Pinang dalam proses untuk mencetak 10,000 risalah bagi menerangkan keadaan sebenar tetapi belum diketahui bila ia dapat diedarkan.
Kerajaan Pulau Pinang juga akan mengadakan perhimpunan di dua kawasan majoriti Melayu beberapa hari sebelum tahun baru Cina meskipun lazimnya aktiviti politik mula lesu sempena sambutan itu.
Perhimpunan pertama akan diadakan di Tapak Ekspo, Seberang Jaya esok manakala perhimpunan kedua pula akan diadakan di Permatang Pasir Sabtu ini.
‘Wanita dan kanak-kanak dicabuli’
Ini bukan kali pertama kerajaan Pulau Pinang dikecam oleh kumpulan berkepentingan Melayu.
Malah, tohmahan yang sama dilemparkan ketika parti Gerakan menerajui negeri itu dengan dakwaan masyarkat Melayu, yang merupakan kaum kedua terbesar di negeri ini, terus dipinggirkan.
Namun beberapa kenyataan terbaru daripada presiden DPMPP, Rizal Faris Mohideen yang mendakwa pihak berkuasa cenderung bertindak ke atas penjaja kecil Melayu berbanding Cina, dianggap berbaur perkauman melampau.
“Demonstrasi Jumaat lalu adalah permulaan kecil dan kita akan menghimpunkan lebih ramai NGO pada peringkat nasional dan menamatkan kezaliman serta keganasan ke atas bangsa Melayu di Pulau Pinang.
“Kita tidak akan membiarkan mereka datang ke rumah kita dan mencabuli isteri dan anak-anak kita. Kita akan lawan. Jika tidak dibendung dia (Lim Guan Eng) akan bertambah teruk.
“Kami akan menentang pembohong ini yang bersembuyi di sebalik skirt. Dia tidak sesuai untuk Pulau Pinang dan seharus melepaskan jawatannya untuk diterajui oleh anak Pulau Pinang yang boleh melakukan tugas dengan lebih baik,” kata Rizal, menurut versi internet penerbitan The Edge.
Rizal juga memberi amaran pertelingkahan kaum seperti yang tercetus di Kampung Rawa pada 1998 akan berulang jika masalah yang dihadapi oleh orang Melayu tidak diselesaikan.




Orang Umno pun besa jer cabar & kikis hak melayu,kalau Cina yang cabar tu bukan sesuatu yang luar biasa.Umno pun banyak dah rosakkan orang melayu.Bela nasib Melayu konon.Satu Pm satu slogan,balik2 itu…
SATU MALAYSIA RASUAH
wahai ‘wansalman’ sikap serta tindakan kau seolah2 langsung tidak menunjukan simpati terhadap peniaga2 serta org yang ditindas oleh pemerintahan PR yang diketuai oleh DAP di pulau pinang yang bersikap perkauman serta ala2 komunis.
Lebih byk mengutuk serta memburukkan umno.
terbaru kerajaan pulau pinang x mau perarakkan maulidur rasull di adakan.. apa respon org melayu/islam pas dan pkr ek? kalau lah umno mcm nie mst dimaki serta diburukkan oleh puak2 pembangkang.
kerana umno lah survival serta org melayu masih mendapat kelebihan. dan x di nafikan juga ada kelemahan serta kekurangan umno. org2 umno juga manusi, x lepas dr kesalahan, x maksum serta x dijanjikan syurga.
Org2 melayu masih ada yang hasad dengki serta suka memburukkan bangsa sendiri, serta saling nk jatuh menjatuh.
walau pun kita saling berbeza pendapat apa salah jika berkaitan bangsa serta agama kita bersatu. jgn hanya ingin menaguk di air yang keruh. akhirnya bangsa lain yang akn tersenyum serta mendapat faedah dr apa yang kita buat…
zul hasrul zakaria.
JX hospital sultanh bahiyah
Kafir yang tidak menentang Islam bolehlah kita bersahabat kepada kafir yang jelas menentang Islam harus kita jauhi.
Kepada wansalman adakah anda rela menjadi kafir hanya untuk membela Guan Eng, kami juga boleh tafsirkan yang anda telah dibayar upah oleh PR untuk memburuk burukkan UMNO dan anda telah mendapat faedah dari Guan Eng hanya kerana mempertahankan Guan Eng.
Kalau sampai peringkat tak bagi orang Islam adakan perarakan “Maulidur Rasul” adakah perlu kita menyokong Guan Eng.Sebagai seorang Islam saya nasihatkan wansalman supaya mengucap semula dan bertaubat.
Tapi saya percaya bahawa wansalman telah mendapat bayaran yang tinggi dari Guan Eng, cuba kalau saja-saja ada orang yang bayar wansalman lebih tinggi untuk menyokong UMNO dah tentu dia lakukan.
INI ADALAH MAKLUMAT YANG JARANG ANDA KETAHUI TETAPI MENGIKUT SUMBER-SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI BAHAWA SETIAP PEMIMPIN PEMBANGKANG DIPERINGKAT ATASAN TELAH MENDAPAT DANA DARI LUAR NEGARA UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI MEREKA.NAMUN DANA TERSEBUT TIDAK DIBAHAGIKAN SAMA RATA KEPADA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG LAIN.
PIHAK TERTENTU DARI LUAR NEGARA SEBENARNYA TIDAK SUKA JIKA DIDAPATI SESEBUAH NEGARA ITU BERADA DIDALAM KEADAAN STABIL.
MAKA MEREKA AKAN MENGGUNAKAN PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENGGUGAT KESTABILAN SESEBUAH NEGARA ITU.
Kepada yang punya maklumat lain cuba anda tambah
Berarak maulud tapi rasuah, tolak sunnah Nabi | Print | E-mail
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
“Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?” soal beliau.
Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.
“(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.
“Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.
“Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka,” katanya.
Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.
“Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.
“Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak,” katanya.
Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.
“Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.
“Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno,” katanya.
Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara
Dulu pun yang jadi KM Pulau Pinang orang cina dari parti gerakan. Meraka tak halang pun orang Islam di P.Pinang untuk buat perarakan Maulidur Rasul.
Tapi yang tadbir P.Pinang kini cina komunis, kalau ikut mereka ni tiada agama. Ini bererti PKR dan PAS bersubahat dengan komunis.
Tolong Kirim Salam pada Umno
Al Brangi
UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men’derhaka’.
Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh ‘miss’ dengan cendul, biar pun ‘miss’ duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan ‘miss’ cendul.
Melayu tidak boleh ‘miss’ berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.
Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah ‘esok’ boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).
Melayu tidak boleh ‘miss’ bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali ‘miss’ solat terawih.
Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter’korban’ kasih.
Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan ‘bayi terbuang’. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu ‘bayi-terbuang’.
Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai ‘jargon’ seperti ‘stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc…..naik loya mendengarnya.
Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara ‘furu’ dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Pakatan pembangkang kini dikatakan telah ditawan oleh sekumpulan ‘firaun kecil’ yang mempunyai agenda berbahaya untuk membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membuat dakwaan itu berkata, dalam menjayakan agenda tersebut, ‘firaun kecil’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya, Pas dan DAP turut bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu.
Beliau mendedahkan, usaha terancang tersebut dimulakan sejurus pilihan raya umum lalu dan keadaan semasa amat membimbangkan kerana ia hampir berjaya sepenuhnya.
Dakwanya, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.
“Agenda mereka ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang.
“(Antara) kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.
“Tetapi mereka cuba memisahkannya dengan slogan baru, pendekatan baru dan anda boleh melihat sendiri apa yang mereka sedang lakukan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Yakin, di sini hari ini.
Justeru, Zulkifli mendesak kepimpinan partinya supaya menjelaskan adakah dasar pakatan pembangkang yang diumumkan pada 19 Disember lalu yang mengandungi komitmen untuk menghormati perlembagaan dan mempertahankan Islam diambil serius atau sekadar retorik politik.
“Kalau daripada apa yang berlaku sekarang seperti isu kalimah Allah, isu di Pulau Pinang dan terbaru (membatalkan) perarakan Maulidur Rasul, saya nampak ini semua mainan politik sahaja yang mereka tidak bermaksud untuk laksanakan,” katanya.
Zulkifli mendakwa, maklumat daripada penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan yang digelarnya ‘firaun kecil’ itu.
Perkara itu, dakwanya, juga menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.
“Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’,” katanya.
Mengenai tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara, Zulkifli menyarankan Menteri Besar Kelantan itu melihat sejarah perjalanan politiknya sendiri terlebih dahulu.
Katanya, sewaktu Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, tiada seorang pun wakil rakyatnya termasuk Nik Abdul Aziz yang meletakkan jawatan berikutan penghijrahan tersebut.
”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya.
Pandangan ini diberikan oleh orang yang berjuang dalam PKR tapi dinafikan sumbangannya. Beliau cuba disingkirkan hanya kerana mempertahankan perjuangan Islam.Kalau setakat wansalman dan imuc punya pandangan masukkan saja dalam bakul sampah kerana mereka sekadar memutar belitkan fakta.
OIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT…….. apa la gadoh2…
duk kafir, cina ,islam melayu amenda korang ni…
duk salahkan org tu, duk slhkan org ni.. org tu silap org ni silap
hangpa tu betui sgt ka?
media buat fitnah, ada hangpa selidik dulu ka, betui ka x betui berita tu?
duk bangga2 sgt dengan melayu smpai islam tergadai buat apa?
DGR sini, kalo nak melayu naik, amalkan syariat islam
kalo nak islam naik, amalkan syariat islam
islam yang akan mengangkat satu bangsa tu..
duk melayu cina melayu cina, ntah aper2..
”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya…
kalo ikut sejarah, mengapa PAS sertai BN dulu? sbb nak selamatkan negara dari kucar kacir…
skrg kena duk lompat sana sini, sebab nak kucar kacirkan.. tu pon x tau beza ker?
dalam umno, x der sorg pon yang dipanggil ulama’… jadi mcm mn la BN nak memerintah dgn syariat islam… kenapa yang bijak pandai dlm islam kebanyakkannya dan boleh dikatakan semuanya berada dalam PAS?
org umno, x kan x pernah terfikir? simple jer.. aku ni x der la tau banyak, tapi belajar la jgk… apa yang aku tahu, umno bersungguh2 memertabatkan bangsa melayu.. bagus tu.. tapi silap sbb dia x memartabatkan islam terlebih dahulu.. sbb tu bangsa melayu skrg duk mcm tu jgk.. kesian, selalu ditipu oleh media..
dulu BN boleh dianggap kuat sbb media diaorg pegang, rakyat ni x tau aper2, kena tipu jer memanjang,(yg mana jenis menerima informasi bulat2)..
skrg dh x mcm dulu, kalo nak sekat jgk, sekat la penggunaan internet, mungkin ada harapan umno berkuasa lagi..
pastu satu lagi
bahasa2 yang digunakan oleh blog2 yg dtg dari kalangan penyokong umno, semuanya macam rendah moral, kesat dan keji… indah kan umno tu? x malu ker?