KPMU mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul

February 26, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

12.Rabiul Awal setiap tahun merupakan tarikh yang penting dalam sejarah umat Islam seluruh alam. Pada hari inilah lahir dan munculnya seorang nabi akhir zaman iaitu insan bernama Nabi Muhammad Bin Abdullah SAW. Insan yang dijanjikan syurga Allah itu memang terkenal dengan sifat pemurah, lemah lembut, jujur, amanah, ikhlas, cekal, tabah dan berpegang teguh kepada Tali Allah setiap masa.

Oleh itu, bagi mengenang dan menyanjung perjuangan dan jasa baginda, seluruh masyarakat Islam di dunia ini menyambutnya dengan ungkapan MAULIDURRASUL. Kami Warga KPMU ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua pelayar alam maya, bloggers politik  dan seluruh Rakyat malaysia Malaysia. Jangan jadikan sambutan Maulidurrasul ini sebagai adat semata-mata, tetapi renungkanlah kekuatan disebalik peristiwa yang berlaku pada 12.Rabiulawal ini agar setiap daripada kita akan berjaya dalam kehidupan yang dituju.

Namun, KPMU mengharapkan agar seluruh umat Islam mengambil pengajaran daripada insan bernama Rasulullah ini dalam kehidupan seharian. Pengajaran yang dapat dikutip daripada Rasulullah sebenarnya bukan sahaja untuk diamalkan dan direnung oleh umat Islam semata-mata, malah masyarakat bukan Islam juga amat digalakkan untuk menjadikan Rasulullah sebagai idola mereka dalam menyelusuri kehidupan dunia ini. Sesungguhnya, Rasulullah SAW adalah pemimpin agung untuk semua umat manusia yang tidak mengira agama, bangsa dan keturunan. Dari dahulu sehingga selama-lamanya, Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang boleh kita jadikan pegangan dalam sektor ekonomi, politik mahupun sosial.

Diharapkan setiap daripada kita akan memperoleh kebaikan dan pengajaran yang besar melalui kepribadian Rasulullah SAW yang amat banyak jika hendak dihitung dan dihurai. Ingatlah betapa kasihnya Rasulullah SAW terhadap umat-umatnya sehingga sanggup mengadaikan apa jua kepentingan diri Baginda semata-mata ingin melihat umatnya berada dalam keadaan baik dan harmoni. Oleh itu, marilah kita cuba untuk mengharmonikan masyarakat kita sedia ada dengan memupuk semangat dan perasaan kecintaan kita terhadap rakan-rakan sekeliling kita yang tidak mengira pangkat, agama, darjat dan keturunan.

Comments

21 Responses to “KPMU mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul”
  1. wansalman says:

    Sambut Maulidulrasul tapi tolak Islam.Ini ugama ala PAS

  2. garunggang says:

    Maulidurasul tu ialah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang menyebarkan ugama Islam.Anda dah hilang akal ke yang menyatakan UMNO tolak Islam. Yang tolak Islam tu adalah di Pinang dan Nik Aziz pasal mereka kata tak perlu sambut Maulidurasul.
    Jangan kata UMNO tolak Islam selagi orang Islam diKelantan masih menggunakan masjid yang dibina oleh UMNO selagi itulah pahala UMNO bertambah tak kira dimana saja.
    Apabila sister in Islam memperlekehkan hukuman sebat tak nampak satu pun dari pemimpin PAS atau PR Islam yang membantah.Itu pun JAIS yang buat laporan polis. Kata PAS mereka memperjuangkan Islam.

  3. wansalman says:

    Duit bina masjid,buat jalan tu semua OPAH kau ke yang kasi ? Tu duit dari orang bayar cukai,dengan tol,harga minayk yang tinggi BAHLOL.Bodoh punya melayu

  4. garunggang says:

    Duit tu datang dari orang yang sokong BN dan UMNO yang tak sokong tak payah bayar cukai.Boleh kalau BN nak kenal pasti siapa yang sokong dia tapi mereka tak zalim, Masjid dibina untuk semua orang Islam tak kira fahaman politik.
    Bang oi jangan jadi macam budak-budaklah nak pertikaikan soal wang tu dari mana,satu dunia itulah cara pemerintahannya mengutip cukai dari rakyat.
    Kalau engkau melayu yang pandai janganlah bayar cukai.Inilah yang dikatakan “pandai tak boleh ditegur, bodoh tak boleh diajar”

  5. wansalman says:

    Kaum Musyrikin memang buta mata hati…

  6. imuc says:

    bagus bagus bagus, buat masjid banyak2, tapi kosong… bagus3… sudah2 la garunggan, berhenti la ckp psl islam sbb ko x tau apa tu islam, tapi buat2 pandai…

  7. imuc says:

    ya bagus artikel diatas tu.. harap2 ianya bkn hanya sekadar artikel..

  8. garunggang says:

    Tanda-tanda kiamat adalah terdapat golongan ulama yang memesongkan ugama.Antara pengikut mereka adalah kamu berdua

  9. garunggang says:

    Orang Islam tak pakai muka orang lain untuk menyatakan pandangan.Yahudi saja yang buat begitu.

  10. imuc says:

    bahaya woooooooooo pakai muka sndri… x selamat… ramai dh yang kena tak pasal2… aku bkn ulama la.. jauh sgt lagi aku nak jadi ulama.. sbb aku tau la sket2 sifat ulama’ tu mcm mana.. jadi kenal la sket2 saper ulama’.. boleh la aku hormat ulama’….

    naper ek dlm umno x der ulama’?

    nak tau sbb2nya..

    dlm umno ada budaya angguk angguk geleng geleng tunduk2 ikut telunjuk.. betul ker x betul ker kena ikut… atas dasar taat pada pemerintah, w’pon pemerintah tu x betul..

    dlm umno ada budaya gunakan ayat al-quran dan al-hadith separuh2 ikut kepentingan.. kalo x der kepentingan, dibuang, disangkal dan mcm2 lagi..

    antara sifat2 ulama’ ni,
    amal makruf nahi mungkar
    ambil keseluruhan apa yang ada dalam al-quran

    sejarah telah membuktikan ramai ulama’ yang dikenakan tindakan kerana menyampaikan kebenaran.. x terkecuali juga dimalaysia… tetapi akhirnya mereka ini diangkat sebagai ulama’..

    ya betul, tanda2 manusia akhir zaman itu ada diantara golongan ulama’ memesongkan agama, contohnya astora jabat yang telah diangkat oleh umno sebagai ulama’, byk penulisannya dlm utusan satu ketika dahulu…

    alhamdulillah setakat ini aku bkn pengikut astora tu.. dan alhamdulillah aku ada la ilmu sket2 tentang agama ni supaya tak terikut dengan ulama’ yang mcm tu… doa2 la supaya kita semua x terikut kepada ulama’ yang mcm tu garunggan yer…

  11. imuc says:

    boleh tanya sket, siapa ulama’ yang di malaysia ni menjadi bahan rujukan ko ek garunggan?

    kita x boleh nak direct kepada Allah sbb Allah telah mengutuskan Rasul kepada kita sebagai perantara… kalo kita boleh direct, jadilah mcm org yahudi… rasulullah dh x der, jadi sbenarnya ulama’ la tempat rujukan kita…

    jadi siapa yer garunggan?

  12. imuc says:

    pernahkah apabila membuat sesuatu, umno rujuk kepada ulama’ terlebih dahulu? yang aku tau umno akan buat ikut kepentingan diri jerk… siapa ya ulama’ di malaysia yg dirujuk oleh umno?

  13. imuc says:

    kat malaysia ada ker kerjasama antara ulama’ dan umara’ garunggan yer? aku akan sokong umno kalo umno tu laksanakan islam 100%… tu janji aku…

  14. garunggang says:

    Ada ulama korang yang dah bertahun memerintah negeri tak pun melaksanakan hukum Islam 100% tapi korang sokong juga.Cuba contohi Pahang orang minum arak kena tangkap dihukum rotan, korang tak sokong pun.
    Kalau bahan bacaan anda hanyalah harakah tak payahlah saya ceritakan tentang kerjasama antara Ulama dengan Umara.
    Kalau korang nak tahu tiap-tiap bulan perkara tersebut dilakukan tapi dalam harakah adakah dilaporkan.

  15. imuc says:

    garunggan, sori la, yang aku nmpak ko ni mmg jahil… seorg yang jahil dan sombong..

  16. sediaTempur says:

    salam…. garunggang, aku sokong ape yg ko kate… pade mereka yg lain2 tu, ati dorng dah keras mcm batu tembok israel dah xnampak kebaikan oleh ulama2 kerajaan atau kebaikan kerajaan kite sendiri….

  17. imuc says:

    sila sebutkan nama ulama2 kerajaan tersebut? kueng kueng… sbb aku nak bertanya sesuatu kepadanya.. sebut la braper ramai pon, x kesah, kalo ada kesempatan, aku akan bertanya kepada kesemuanya..

  18. garunggang says:

    Datuk Hassan Din Al Hafiz

  19. imuc says:

    ha ha ha.. sori heh, aku pernah jumpa dia… jgn nak tipu…

  20. imuc says:

    mmg kerja org umno menipu jerk ek… dia x der ckp arak judi dibolehkan malah dia pernah menasihatkan agar arak judi dihapuskan… tp ada kerajaan BN ikut.. kalo x ikut, tu bkn penasihat..

    dia pernah digam oleh jakim, dan tidak dikeluarkan ceramahnya dlm tv terutama tv1 sbb keluarkan kenyataan yang betul tp bercanggah dengan kenyataan kerajaan (yang x betul)..

    dia adalah pegawai agama istana negara, bkn pegawai agama dlm kerajaan BN.. sbb dlm BN mmg x der ulama’… dlm istana negara, banyak jgk pertembungan yang berlaku.. tapi dia tetap dgn pendirian dgn berkata benda yang betul..

    ada dia kata, hukum hudud x yah buat pon x per? tp umno kata mcm tu… so.. saper lagi nama yang ko nk tipu garunggan, bagi ler…

  21. imuc says:

    ttg perpaduan islam, melayu islam.. mmg dia sokong 100%, PAS pon sokong 100%, malah Pas pon pernah bersatu dgn BN… tp kena ikut telunjuk umno 100%, kena angguk2 geleng2.. mcm mn nak membenarkan benda yang salah.. dan slhkan benda yg benar… sbb tu PAS keluar semula..

    bila kita pangkah BN yg benarkan judi, arak, hiburan yg x btl berleluasa… dosa kering jer dpt

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.