Khairy Jamaluddin akan berangkat menunaikan ibadah Haji pada 17 Nov bersama keluarga
10 Nov – Kg Gadung Rembau , Hampir 200 sahabat telah meraikan majlis doa selamat dan bacaan Yasin di rumah Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi mendoakan agar perjalanan Sdr Khairy Jamaluddin ke tanah suci selamat dan semoga beliau dapat mengerjakan Haji Mabrur. Khairy akan berangkat ke Mekah bersama keluarga pada 17 hb Nov 2009. Majlis yang bermula pada jam 7 malam di mulakan dengan sembahyang maghrib.
Ramai ketua ketua Pemuda negeri dan juga Pemuda UMNO yang turut hadir dalam majlis tersebut , Majlis berakhir pada jam 10 malam.KPMU mengucapkan Selamat jalan dan selamat mengerjakan ibadah Haji kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersama keluarga , semoga selamat berangkat dan selamat kembali.
KPMU juga ingin mengucapkan Selamat berangkat dan selamat kembali dan mendoakan Datuk Zaki Zahid dan keluarga dan juga Datuk Shakar Shansuddin dan keluarga yang akan turut juga menunaikan ibadah haji tahun ini. Amin
Firman Allah S.W.T di dalam surah Ali ‘Imran ayat 97:

Maksudnya:
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”.
Kemampuan yang dimaksudkan menurut sebuah Hadith ‘Az-Zaadu war-Raahilah’, iaitu mempunyai bekalan yang cukup dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Tanah Suci Makkah al-Mukarramah, dengan penjelasan ini maka tidak layak sama sekali bagi seseorang Islam yang berkemampuan untuk berdolak-dalik menangguhkan ibadah haji, seperti dia berkata belum sampai seru atau hendak menukar kereta baru atau hendak beli rumah baru dan sebagainya.
Sabda Rasulullah S.A.W,:

Maksudnya:
“Bersegeralah kamu menunaikan fardu haji kerana seseorang itu tidak tahu barang yang akan berlaku ke atasnya (mati)”.




SPRM meneruskan gimik politik
Zabidie Abas
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti biasa mengeluarkan kenyataan kononnya berbentuk kejujuran kepada marhaen.
Telah sekian lama ketirisan dan kekayaan dimiliki oleh wakil rakyat Umno-BN, baru kini mewawarkan pembentukkan pasukan penyelewangan Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen. Sudah tentu ianya kenyataan politik.
Sejak 11 tahun lepas marhaen dan Pakatan Rakyat memberi bukti dan lapuran kepada SPRM, hingga kini ratusan pembongkaran tiada jawapan.
Malah banyak yang tiada siasatan langsung seperti harta kekayan Khairi Jamaluddin , pembeli helikopter dan ratusan lainnya.
Di Johor sendiri, isu Kg. Plentong Tengah, isu hutan simpan dan banyak lagi tiada jawapan juga yang melibatkan wakil rakyat Umno-BN.
Jadi, adakah marhaen percaya SPRM kini berkokok lagi untuk menubuhkan pasukan pemantau wakil-wakil rakyat. Ataupun hanya untuk menjerat wakil Rakyat Pakatan Rakyat.
Pencatat teruja bila Tan Sri Kasitah Gadam didakwa oleh SPRM (BPR), namun hanya pendakwaan untuk memancing undi kononnya Umno-BN dan SPRM telus.
Bukti lengkap, dan Kasitah sedang bersantai ketika ini. Sampai bila SPRM mahu berpolitik.
sudah2 la tu wansalman… x guna terangkan pada depa…
berbalik pada tajuk, semoga terbuka pintu hati di depan kaabah.. insyaallah…
Tahniah KJ.
Asalkan jangan orang sponser.
ok la tu kalo sponsor dengan ikhlas daripada pergi ngan duit haram
Sponsor ikhlas apa benda, yang sponsor dapat tender besar-besaran dari kerajaan negeri.
Kalau nak detail lagi, orang yang sponser tu dapat tender pasang papan tanda diseluruh kelantan.
Setakat sponsor pergi haji rm60k apa ada hal.
Kalau Allah nak tunjuk perkara yang tak baik tu,dia tak kira samada orang tu ulamak atau tidak. Kerana benda yang salah tetap salah.
Dulu kutuk Pak Lah kata tolong menantu dia (KJ).
Sekarang ni Allah nak tunjuk, rupanya Nik Aziz pun lantik menantu dia jadi CEO.
Patutlah kebanyakkan pemimpin PAS takut keluar dari parti, pasal dah buat sumpah bai’ah. Takut bini tercerai talak tiga.
Padahal hati dah mula membenci PAS tapi apakan daya bai’ah mengikat mereka.
Harga pakej Haji VVIP yang ditaja untuk Nik Aziz adalah RM 65ooo.00. Harganya sama seperti pakej untuk menantu beliau dan isterinya yang juga anak Nik Aziz. Untuk menantu dan isteri RM 65000.00 seorang x 2 orang = RM 130,000.00. Wow,kayanya menantu Nik Aziz !
Kenapa harga mereka sama ? Pelik tak ? Mungkinkah ketiga-tiga mereka ditaja oleh orang yang sama ? Walahualam..
Pas Kelantan mempertahankan tindakan penaja tersebut ,katanya sudah menjadi amalan orang Kelantan menaja tok-tok guru pergi ke Mekah.
Di Kelantan bukan ratusan ada tok-tok guru,malah ribu-ribuan.Ada tok guru mengaji Quran dan tok guru pondok.
Kenapa si penaja tak menaja ribuan lagi tok-tok guru lain yang tidak pernah menunaikan Haji sepanjang hayat mereka. Kenapa dia pilih Nik Aziz ?
Nik Aziz sudah berkali-kali menunaikan Haji. Sedangkan dalam Islam kita diminta sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk menunaikan Haji. Tidak perlu berkali-kali. Kalau ada duit lebih adalah lebih afdal diberi kepada orang yang tidak mampu untuk menunaikan Haji pergi ke Mekah. Pahalanya lebih banyak. Lagi pun kuota negara kita yang terhad,maka lebih baik diberi kepada orang yang baru kali pertama ke Mekah. Nik Aziz yang dah berkali,tidak perlu nak menyibuk,beri peluang kepada yang tak pernah pergi terlebih dahulu. Kan lebih afdal begitu.
Pakej VVIP Nik Aziz RM 65,000.00 jika diberi kepada tok-tok guru lain dengan pakej biasa mungkin boleh bawa 5-6 orang mereka ke Mekah.
Sebagai seorang yang sering mengatakan beliau bersikap sederhana dan merendah diri mengapa Nik Aziz setuju terima tawaran pakej VVIP. Sepatutnya Nik Aziz tolak dan ambil pakej biasa sahaja. Apabila bercakap beliau sering berkata Nabi buat begitu,buat begini. Adakah Nabi ambil pakej VVIP semasa menunaikan Haji ?
Nik Aziz samakan penaja pakej Haji beliau dengan orang yang mengambil selipar beliau. Maknanya penaja ini juga syirik,kerana percaya menaja Nik Aziz pergi ke Mekah boleh dapat berkat seperti mana orang yang mengambil selipar beliau untuk mendapat berkat.
Penaja tidak akan menaja buta-buta ,jika tiada agenda tersembunyi di masa lepas-lepas atau masa akan datang. Ada ubi ada batas.
Nik Aziz perlu jujur kepada rakyat Kelantan,beliau perlu memberitahu siapa yang menaja beliau. agar rakyat tahu siapa dia.
khir toyo gi disneyland.. disneyland org yahudi punya, khir toyo pegi tmpt org yahudi ditaja… org suh siasat, tak pa, sbb dia org umno hahahaha…
kesimpulan dia, umno sam ker ngan yahudi? x kan la sama kot, tapi cara tu mcm dh nak sama dah, konpius aku
‘Penyeludupan’ 10 Juta, penjelasan MB dituntut PDF | Print | E-mail
Nazri Abdullah
REMBAU, 16 Nov: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Hj Mohamad Hj Hassan dituntut memberi penjelasan berhubung isu ‘Penyeludupan’ RM10 juta yang didakwa telah dikirim ke luar negara.
Tuntutan dibuat Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin melalui satu surat terbuka kepada Mohamad Hassan.
Dalam surat bertarikh hari ini, Badrul yang juga Ketua PKR Rembau membawa maklumat Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat bukti menunjukkan Mohamad Hassan, melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang didakwa dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.
Menurutnya kegiatan itu juga telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 iaitu Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan; Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.
Berikutan maklumat tersebut, beliau juga memohon dua persoalan berikut yang dianggap besar perlu dijawab.
“Adakah benar YAB Datuk Seri Utama terlibat dalam transaksi seperti maklumat yang diperolehi ? Dan kenapa ia melanggar undang – undang ?
“Bolehkah YAB Datuk Seri Utama secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?” soalnya.
Beliau turut menyeru kepada Gabenor BNM, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz agar menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.
“Saya telah hilang kepercayaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun kesempatan ini saya mencabar SPRM (jika ia bukan perkakas regim penguasa) menyiasat segera secara terbuka terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yang ditujukan,” katanya lagi.
Baliau juga memberitahu satu laporan rasmi juga akan dibuat kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kormesial PDRM berkenaan perkara tersebut.
Turut dimuatkan dalam surat tersebut, kes-kes pengiriman wang secara haram pada tahun 2008 dan 2009 dan tindakan yang pernah dikenakan terhadap sebuah syarikat pengurup wang pada tahun 2006..
“Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan.
“Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.
“Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998.
“Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006, ” katanya.
Duit haram kalau bawa pergi ketempat haram memang itulah tempatnya.
Tapi kalau duit haram dibawa ketempat suci takkan boleh jadi halal duit tu
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Peguam Politik hanya menyatakan perkara 10 Fasal 1 (a)(b)&(c) tetapi mereka tidak pula menghuraikan perkara 10 fasal 2 (a)(b)& (c) yang mana ianya memberi kuasa kepada kerajaan.
Cuba tanya kepada peguam politik mengapa mereka tidak mahu menghuraikan Fasal 2 tersebut.
Jawapannya mudah kerana ianya menyebelahi kerajaan.
ko baru jumpa fasal ni kat dl internet ker bang oiii… merata copy paste ni w’pon xder kena mengena… nak tunjuk pandai la tuuu hahahhaa lawak2