Khairy desak Penasihat PKR beri penjelasan

July 16, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

KUALA LUMPUR 15 Julai – Pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung Yayasan Masa Hadapan (Foundation for the Future – FFF) jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu mempunyai agenda tersembunyi bagi menyelamatkan kelangsungan politiknya.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pembohongan tersebut dilihat bertentangan dengan kenyataan Anwar pada 20 Mei 2007 ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan.

Beliau yang memetik laporan Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan (Government Accountability Project-GAP) Amerika Syarikat (AS) memberitahu, dalam kenyataan sebelum ini, Anwar menjelaskan, FFF antara lain hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom serta Jordan dan bukannya Amerika Syarikat.

“Pembohongan Anwar terbukti apabila laporan sebuah pertubuhan AS mendedahkan, ketika Anwar mempengerusikan FFF, yayasan tersebut telah mendapat dana RM68.21 juta(AS$21.3 juta) daripada Jabatan Negara AS.

“Anwar juga telah memberi penjelasan tidak tepat kepada AS apabila mendakwa akan mendapatkan dana secocok (matching fund) daripada negara lain untuk kegunaan FFF.

“Kongres AS iaitu cabang kerajaan negara itu sudah keluarkan AS$21.3 juta pada tahun tersebut untuk FFF. Ini jelas bertentangan dengan kenyataan Anwar pada 20 Mei 2007 ketika diminta menjelaskan perkara berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Mei 2007, Anwar memberitahu, FFF antara lain hanya menerima dana daripada Turki, United Kingdom serta Jordan sementara AS tidak memberikan dana kepada yayasan tersebut.

Namun, laporan GAP berkenaan FFF menyebut bahawa pengurusan yayasan itu termasuk bekas Pengerusi FFF (dan kawan rapat Paul Wolfowitz) Anwar Ibrahim, telah mengelirukan Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS (US Internal Revenue Service).

Laporan GAP juga menjelaskan, sekiranya AS ingin memberi bantuan dana kepada sesebuah yayasan seperti FFF, yayasan itu sendiri juga perlu mendapatkan bantuan kewangan daripada negara-negara lain.

Bagi nilai AS$21.3 juta, FFF perlu memperoleh AS$22.26 juta daripada negara lain dan Anwar didapati telah memberi penjelasan kurang tepat apabila hanya berjaya mengumpul AS$6.4 juta.

GAP merupakan sebuah pertubuhan utama yang melindungi para pemberi maklumat di negara itu.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, laporan yang dikeluarkan oleh GAP selepas mengkaji 272 dokumen selama 33 bulan membuat rumusan bahawa Anwar telah memberi penjelasan mengelirukan kepada Kongres AS.

Sementara itu, Abdul Rahman secara sinis berkata, Anwar sepatutnya mempunyai dasar serta pendirian jelas dalam semua perkara sekiranya bercita-cita menjadi Perdana Menteri terutama yang melibatkan hubungan luar.

Comments

One Response to “Khairy desak Penasihat PKR beri penjelasan”
  1. wansalman says:

    Kenaikan 5-dalam-1: PROTES rancang ke jalanan
    Jul 16, 10 3:29pm
    Kongsi 43
    Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) sedia turun ke jalanan bagi membantah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) mulai tengah malam semalam.

    “Kita tidak menolak kemungkinan untuk turun ke jalan raya (bagi membantah kenaikan harga itu),” kata Penyelaras PROTES, Dr Mohd Hatta Ramli ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

    Sehubungan itu, katanya, gabungan berkenaan dijadualkan bermesyuarat pada Ahad ini bagi mengkaji dan menentukan tindakan-tindakan yang lain.

    Menurutnya, mesyuarat tersebut akan diadakan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut pada jam 10 pagi.

    “Kita tidak menolak kemungkinan turun ke jalan raya dalam masa terdekat. Pengalaman kita yang lepas bila rakyat tunjukkan kemarahan, baru kerajaan sedar dan akur dengan kesusahan rakyat,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

    PROTES terdiri daripada gabungan daripada parti politik dan NGO antaranya Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan MTUC.

    Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa hari ini.

    Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen mankala RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan.

    Harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

    Menurut Najib, dengan kenaikan yang didakwa sebagai ‘penyelarasan harga’ tersebut, kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM750 juta perbelanjaan negara tahun ini.

    Sementara itu, Harkahdaily melaporkan bagi PROTES, strategi kerajaan itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikan itu kecil dan tidak membebankan.

    Dr Hatta dipetik sebagai berkata kenaikan tersebut mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti yang dicanangkan Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sebelum ini.

    “Kononnya akan tumbuh 6 peratus, tetapi kenaikan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya,” ujar beliau yang juga Bendahari PAS Pusat.

    Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan mendakwa kenaikkan harga gula dan minyak itu bakal meninggalkan kesan berantai pada rakyat.

    “Najib mungkin anggap langkah itu bijak dan menguntungkan kerajaan, sedangkan kenaikan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai (seperti) inflasi dan kos hidup melambung naik,” tkatanya.

    Mengulas alasan kerajaan kononnya pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia, Hatta berkata ia tidak wajar kerana Klinik 1Malaysia bersifat program politik Umno-BN.

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    UMNO AKAN MUSNAH JUGA TIDAK LAMA LAGI

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.