Kes liwat Anwar: Hakim buat keputusan petang ini berhubung dokumen, barangan kes
July 16, 2009 by admin
Filed under Keratan Akhbar
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan jam 2.30 petang ini terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat yang dihadapinya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding pagi ini selepas peguam Anwar, Edmund Bon, Amer Hamzah dan R Sivarasa selesai mengemukakan hujah bagi permohonan mendapatkan dokumen dan barangan berkenaan.
Mohamad Zabidin akan membuat keputusan ringkas petang ini sama ada menerima atau menolak permohonan Anwar.



LORONG KUNYIT ANWAR
Prinsip DSAI adalah apa yang dilakukannya hanyalah dosa didunia dan ia boleh bertaubat nasuha.