KENYATAAN MEDIA KONSULAT KEHORMAT MONGOLIA di MALAYSIA
November 18, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Adalah jelas ia adalah satu pembohongan, rekaan dan berniat jahat untuk memburukkan saya dan Perdana Menteri. Gambar yang didakwa itu sebenarnya tidak pernah wujud, jadi bagaimana saya boleh serahkan gambar yang tidak wujud kepada pihak Polis?
Ini tidak masuk akal langsung. Sepanjang penyiasatan kes berkenaan, saya hanya ada menyerahkan kepada pihak Polis sekeping gambar Abdul Razak Baginda (gambar solo) dan beberapa keping gambar Altantuya. Saya tidak pernah melihat atau terjumpa gambar Perdana Menteri bersama Altantuya.
Malah saya tidak pernah mendengar satu ayat pun yang mengatakan Perdana Menteri memang mengenali si mati. Yang pernah saya lihat adalah gambar yang di reka-reka oleh pihak pembangkang melalui teknik pertindihan bertujuan memburukkan pihak tertentu dalam kes tersebut. Justeru, saya berharap penjelasan in akan mematikan tuduhan liar yang dibuat oleh Dubus”.
Sekian.
Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi
17 November 2009





Kalau tak bersalah kenapa Najis tak bersihkan tuduhan orang lain terhadap nya.Najis patut berbuat demikian atas sifat nya sebagai Pm tapi kenapa terus bersunyi pula dengan dakwaan mengenali Altantuya .Kenapa pula Altantuya datang ke Malaysia kalau tiada kait mengait beliau dengan Razak dan Najis ?
Dan kenapa pula pihak yang sepatutnya menyiasat tentang dakwaan mereka terbabit dengan Altantuya tidak langsung menyiasat si Najis ni ? Apa dah jadi dengan undang-undang di Malaysia ni ? Ikan bilis akan di dakwa sampai bersalah,yang penyamun besar di biarkan.
Mahkamah akan jadi tempat tawar menawar,selepas di putuskan keputusan boleh pula di rujuk & merayu lagi…Apa ni ? Kalau bukan orang Bn pasti akan di usahakan agar di dapati bersalah walaupun ada niat suci seperti ingin bersedekah untuk sesaorang menunaikan kan haji.Dasar puak Musyrikin.
Bang oi kalau kes korang menang, korang kata mahkamah adil,tapi kalau kalah korang kata mahkamah dah kena beli.
Kalau dah duduk di Malaysia ni kenalah faham undang-undang diMalaysia.
Yang kes Anwar tu macam mana.Tak dibicarakan,adakah Anwar dah beli semua hakim.
Billboard di seluruh Kelantan dipasang oleh syarikat yang menaja Nik Aziz dan keluarga ke Mekah. Sebanyak lima biji di pasang di Kelantan dengan kos sebanyak RM 125 ribu. Satu sudah tumbang kerana di pukul ribut. Yang tumbang tersebut ialah yang dipasang di Pulau Melaka. Berdekatan dengan sebuah rumah yang tuan rumahnya selalu kehilangan selipar.
Bayaran untuk kos papan tanda di buat oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Siapa CEO PMBK ? Menantu Nik Aziz, Ariffahmi. Siapa dalam gambar berkenaan ? Anak dia dan bapa mertua dia.
Gambar kanak-kanak yang sedang membaca Al-Quran dalam billboard tersebut adalah anak Ariffahmi,CEO PMBK. Manakala gambar warga emas yang berserban itu adalah bapa mertua Ariffahmi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, bapa mertua Ariffahmi juga adalah mangsa kecurian selipar yang paling top di Kelantan tetapi tidak pernah membuat laporan polis.
Duit PBMK, aku CEO, letak gambar anak aku, letak gambar pak mertua aku. Jelik !!!
Contoh membangun bersama Islam.
Tidak semestinya perkara yang haram dilakukan oleh ulamak itu akan dihalalkan.
Inilah hasil dari kemajuan Malaysia .Selepas merdeka sekian lama dan kemajuan yang di nikmati maka ramai yang terpelajar yang di Hasilkan oleh dari kemakmuran tersebut namun ada segelintir yang terlalu bijak memberi pendapat tampa memahami undang-undang.
Mungkin pada pandangan segelintir Undang -undang Malaysia hanya bertindak pada ikan bilis sahaja . Namun itu hanya pada pendapat orang yang saya katakan segelintir yang hanya tahu beri komen atau ulasan yang tiada fakta dan bukti kukuh .
Jika demikian benar bagai di ulas maka rakyat Malaysia yang dari golongan bilis akan sentiasa hidup dalam ketakutan dan tiada kebebasan . Umpama hidup di zaman darurat , perintah berkurung di kuat kuasakan . Tapi adakah keadaan demikian berlaku sekarang ? Jawapanya tidak . Namun kerana tidak puas hati mungkin tidak mendapat apa yang di hajati maka tuduhan bahawa undang-undang Malaysia dikatakan hanya mengambil tindakan pada bilis telah keluar dan apa sahaja yang di buat Oleh Kerajaan semuanya tidak betul .
Satu persoalan jika ulusan menyatakan bahawa undang-undang Malaysia demikian rupa dan apa juga Yang di lakukan oleh Kerajaan semua tidak betul tiada pula cadangan untuk memperbetulkan apa yang tidak betul .
Sikap segelintir yang terpinggir ilmu inilah yang membuat spekulasi liar hingga boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram dan rasa tidak selesa . Namun inilah hasil dari orang yang di gelarkan sebagai manusia yang tidak tahu berterimakasih atau bersyukur atas nikmat yang di perolehi .
Jika di bandingkan dengan negara jiran kita akan berkata inlah tempat yang paling aman dan Makmur tapi ada segelintir yang tidak senang dengan keamanan tersebut dan mahu negara ini kucar kacir .
Berbalik kepada apa di suarakan oleh wansalman . Jika kerajaan ambil tindakan macam mana pun tetap tak betul pada nya . sebagai contoh bila kerajaan ambil tindakan terhadap DSAI ,wansalman kata kerajaan Malaysia kejam kerana ambil tindakan terhadap DSAI , namun sebelum kerajaan Malaysia ambil tindakan terhadap DSAI wansalman bukan main kutuk dan amat benci pada DSAI . Sama juga dena DSN kononnya DSN tidak bersihkan namanya . Wansalman tahukah siasatan di jalankan keatas setiap tuduhan yang di lemparkan . Dan tiada bukti yang boleh di tuduh pada DSN . Adakah boleh ada pertuduhan di mahkamah sekadar tuduhan samata-mata ? Jika ada negara mana yang mengamalkan ?
Jangan tahu ber komen jika tiada fakta atau bukti yang menyokong .
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
Peguam Politik hanya menyatakan perkara 10 Fasal 1 (a)(b)&(c) tetapi mereka tidak pula menghuraikan perkara 10 fasal 2 (a)(b)& (c) yang mana ianya memberi kuasa kepada kerajaan.
Cuba tanya kepada peguam politik mengapa mereka tidak mahu menghuraikan Fasal 2 tersebut.
Jawapannya mudah kerana ianya menyebelahi kerajaan.
Elaun RM1 dianggap lawak, PKFZ rugi berbilion buat pekak
Angkasanuri
Saya tak tahu apa dah jadi dengan negara ini selagi Umno@BN dibiarkan terus berkuasa. Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 ramai yang anggap ia sebagai lawak dan sudah tandus idea untuk mendapat sokongan politik.
Tun Dr.Mahathir pula menyifatkan Anwar tidak pandai sangat ekonomi. Habis tu semasa beliau jadi PM lantik Anwar sebagai Menteri Kewangan adakah sesiapa yang paksa? Siapa yang tak pandai atau tak cerdik? Sekaligus sindiran Mahathir balik kena atas batang hidung sendiri.
Sebelum ini diumumkan kerugian Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) mencecah berbilion ringgit tetapi ramai yang buat-buat pekak. Dari pemimpin Umno@BN yang atas-atas, SPRM semuanya macam buat-buat tak nampak.
Saranan siasatan dilakukan PAC diketuai Tan Sri Azmi Khalid agar semua dalang dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan dipandang sepi seolah-olah PKFZ cuma rugi seringgit dua. Tak perlu nak kecoh-kecoh. Kenapa jadi begitu?
Mudah je kerana ia melibatkan bekas dan pemimpin atasan kerajaan Umno@BN. Kalau seorang kena habis yang lain-lain terbongkar dan terjebak. Masing-masing cuba buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.
Jadi isu seperti lembu korban, kepala lembu dan elaun seringgit akan dijaja serata ceruk kampung supaya orang melupakan penyelewengan yang berlaku di era Umno@BN.
Maka ramailah terutama kaki ampu yang mengeleng-geleng kepala macam lembu yang menunggu masa untuk dikorbankan raya haji ni nanti!
Nazri Aziz ‘Masuk Raja Lawak Musim ke 3′?
Al-Brangi
Satu lagi lawak sekupang. Kalau tak tahu nak jawab, dah kering air liur, dah pening-pening lalat, dah tercunggap macam dikejar ular tedung, lain kali letaklah jawatan Menteri tu.
Ramai lagi yang tahu undang-undang boleh jadi Menteri, sekarang PM pun selalu tekankan KPI. Kepetahan bercakap pun KPI diamabil kira, bukan setakat petah saja, apa yang diucap mestilah betul dan ‘make sense’, kalau tidak lebih baik masuk Raja Lawak musim 3 nanti.
Walaupun ‘law’ bukan bidang saya, tapi nada suaranya berbunyi macam budak kecil sedang marah kepada kawannya, ‘Kalau kau pandai kat buatlah sendiri, ah ah…’
Ini bukan mesyuarat kompang, di mana orang yang tugasnya tukang pikul kompang boleh wakili ketua kompang hadiri mesyuarat. Hatta mesyuarat antara surau pun, mana boleh tok siak wakili Pengerusi Surau hadiri mesyuarat. Biar betul pak Menteri. Takkan pak Menteri boleh arah AG begitu je, ‘Hey AG, you suruhlah Karpal wakili Kerajaan dakwa si Lingam tu. Bolehkan, kan kan.’
Senangnya hidup, semacam dia lebih besar pada AG pulak. Setahu saya, Perlembagaan memperuntukkan bahawa perlantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh DYMM SBP Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.
Ber’fatwa’lah Menteri itu, ‘If Karpal is willing to represent the A-G, I will persuade the AG to engage Karpal to prosecute on the behalf of the government. Let him charge … the government has no reason to defend Lingam.’
Menteri tu menerangkan, ‘Lingam’s action may have been “morally wrong” but stressed that federal prosecutor could not charge him because there are no specific laws against it. Give me a section under any Act to charge Lingam. Give me an offence.’
Sebagaimana yang diketahui, bahawa negara kita kini berada di tangga ke 56 dalam senarai rasuah tertinggi di dunia.
Pada tahun 2008 kita berada di tangga ke 47. Tahun 2007 tangga ke 43. Daripada 2007 ke 2008 kita jatuh 4 tangga. Manakala dari 2008 ke 2009 kita jatuh amat tinggi sekali, iaitu 9 anak tangga.
Kenapa ianya amat luar biasa sekali ? Tak lain ,tak bukan , kerana sejak 2008 hingga sekarang ada 5 kemudian 4 negeri yang diperintah oleh PAS,PKR dan DAP.
Sebelum tahun 2008 mereka hanya perintah satu negeri sahaja. Kemudian jadi 5 dan sekarang sudah tinggal 4.
Negeri-negeri yang diperintah oleh mereka lah yang menjadi penyumbang utama naiknya rasuah di Malaysia dengan ketara sekali antara 2008 ke 2009. Jika kita lihat kepada angka-angka ditahun sebelumnya tidak ketara sangat kenaikannya. Antara 2-5 anak tangga sahaja.
Jika SPRM tidak mengambil langkah pencegahan yang tegas, tidak mustahil kedudukan kita akan lebih teruk di tahun hadapan hinggalah BN merampas kembali negeri-negeri yang diperintah oleh mereka pada tahun 2013 kelak.
Rasuah amat berleluasa di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka. Di Selangor,hanya tuhan saja yang tahu, di P.Pinang pun teruk juga, di Kedah mungkin kurang sikit. Di Kelantan dulu ok sikit, sekarang dah jadi teruk. Abuya pun dah pandai tibai tajaan. Menantu tak payah cakaplah, lagi teruk.
Jadi, kepada pencacai-pencacai dan penjilat-penjilat tegar PAS,PKR dan DAP , tak payah nak kondem Najib. Cermin dulu muka kamu semua terlebih dahulu samada ada cahaya rasuah atau tidak di muka kamu.
Kalau tak nampak di cermin, sila kencing dalam tempurung kelapa dan tilik muka kamu dalam air kencing. Pasti akan nampak cahaya rasuah di muka kamu dan pemimpin-pemimpin kamu yang maksum itu.
Update : Kepada pencacai-pencacai PAS,PKR dan DAP tak perlulah nak hantar komen maki hamun yang berlebihan. Saya tak akan siarkan. Saya baru cucuk sikit saja, kamu sudah melompat. 50 tahun PAS , 10 tahun PKR duduk menuduh Umno rasuah, tiada pula Umno melompat atau memaki hamun seperti kamu semua.
Umno terlalu najis & hina dina akibat tindak tanduk yang mereka kerjakan,melanggar undang2.Sudah 50 tahun mereka memerintah,selama itulah mereka bertambah bongkak & takkabur.
Pas acap kali ajak berdialog & berdebat dan setiap kali itulah Umno akan batalkan sebab mereka takut segala tipu mereka akan di ketahui umum.
Maki hamun masih lagi lembut,lainlah jika Pasa gunakan C4.Orang-orang yang bersifat Musyrikin tidak patut di santuni.
Umno tak perlu bising Anwar jadi penasihat ekonomi Selangor
Oleh: Tok Janggut
Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibebaskan dari penjara, kita lihat puak-puak UMNO tak senang duduk. Macam cacing kepanasan. Apa saja yang DSAI buat semuanya tak kena bagi UMNO. Apa yang mereka takut sangat dengan DSAI tu?
Kerajaan Negeri Selangor lantik DSAI sebagai Penasihat Ekonomi pun dikutuk dan diperkecil-kecilkan. Bekas MB Selangor anak Toyo yang hidup mewah secara melampau, dan dah berapa banyak repot salahguna kuasa dan rasuah beliau semasa menjadi MB Selangor itu di lapurkan kepada SPRM dan polis, tidak satu pun tindakan dibuat, tidak pula puak UMNO kutuk anak Toyo tu? Mungkin UMNO ni suka dan akan puji siapa yang lebih hebat rasuahnya, buat maksiatnya, salahguna kuasanya, menipunya dan hina Islamnya.
Pemimpin UMNO Selangor termasuk anak Toyo dan UMNO Terengganu saban hari mengutuk dan memperkecilk-kecilkan kemampuan DSAI dan menuduh kerajaan Selangor tak mampu nak tadbir dan itu sebab kena minta bantuan DSAI. Kita nak Tanya UMNO Selangor dan UMNO Terengganu, siapa Pengerusi Perhubungan UMNO kedua-dua negeri ini? Orang Terengganu ke? Mana pergi pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dan Selangor sehinggakan terpaksa ambil orang Johor dan orang Pahang jadi ketua mereka? Nampak sangatlah UMNO kedua-dua negeri ni bodoh dan bangang belaka, yang mereka tahu hanyalah roboh rumah rakyat miskin, rampas tanah rakyat, roboh masjid dan surau dan rompak harta rakyat.
Begitu di Pusat, siapakah Penasihat Ekonomi Negara? Bukankah sebuah syarikat milik Yahudi telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negara sejak Mahathir lagi sehingga sekarang? Pelik, puak Yahudi yang jelas musuh orang Islam dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negara. Agaknya itulah sebabnya perangai puak UMNO ni macam Yahudi juga jahatnya dan kuat menipunya.
Azmin Ali dikatakan memiliki saham berjuta, sedangkan sekiranya benar pun dia ada saham sebanyak itu, ketika itu bukankah beliau masih dalam UMNO? Mengapa tak siasat masa tu? Mana ada pemimpin UMNO yang tak ada saham berjuta-juta! Mungkin sekiranya Azmin masih lagi dalam UMNO, pasti isu ini tidak akan timbul, jika benar memang ada pun akan ditutup rapi.
UMNO sebenarnya sudah pening dan mengelabah. Orang Melayu dah ramai yang lari dari UMNO, orang bukan Melayu pula lagi dah tak percaya pada UMNO. Kini UMNO syok sendiri, ke sana sini kata UMNO dah kuat, dah stabil, sokongan dah meningkat. Macam orang hilang akal. Rakyat tengok dan baca kenyataan UMNO ni, hanya ketawa dan meluat saja. Biarkanlah si luncai terjun dengan labunya. Akhir nanti semuanya akan tenggelam hanyut. Itulah akhirnya hidup UMNO nanti setelah lebih 52 tahun menipu dan merompak hasil Negara dan harta rakyat. Kita sama-samalah berdoa agar UMNO cepat hancur demi menyelamatkan bangsa, agama dan Negara
“Maki hamun masih lagi lembut,lainlah jika Pasa gunakan C4.Orang-orang yang bersifat Musyrikin tidak patut di santuni”-wansalman
maki hamun? sedangkan rasullullah sendiri x pernah memaki musuh2nya atau menggalakkan memaki inikan pula kita, siapa yg kita ikut? rasullullah atau ustaz2 politik?.. kata2 lebih tajam daripada mata pedang. lebih baih guna kata2 hikmah seperti rasul kita yang berdakwah pada zaman jahiliah arab serta umat manusia ketika itu yang masih dalam akhlak yang gelap.
jika rasul kita yang guna kata2 yang baik serta menasihati dgn baik, tanpa menggunakan kata2 kesat. tetapi lebih byk menggunakkan nasihat serta kata2 hikmah, knapa tidak pembangkang? terutama pas, yg mengaku parti yang berlandaskan islam. tetapi apa yg sy lihat ia memang islamik pada luarannya, tetapi lebih menurut hawa nafsu “uztaz2″ yang dianggap maksum oleh penyokongnya pada dalamannya. rasul kita yang berdakwah dgn cara baik dapat menakluk tanah arab dgn berjaya serta berhemah.inikan pula parti ‘Islam’ yg kat malaysia nie, yg dlm ceramahnya mst diselitkan unsur memaki, serta menghasut, menabur fitnah serta menanam rasa benci pada pemerintah.
Umno/BN memang x sempurna, tp tlg lah jadi pelengkap serta pembangkang yg baik, Allah x melihat pada parti politik, x semestinya sokong ini masuk syurga, sokong sana masuk neraka, tetapi Allah lihat hati. Hati yang suci dalam meluaskan syiar islam serta ikhlas menasihati sesama saudara dgn cara baik..
=)
renungkan lah..
wslm
zul hasrul zakaria
Wansalman ….
Atas sifat sebagai rakyat Malaysia yang waras dan bertanggungjawap saya nasihatkan wansalman hati hati dengan setiap kenyataan yang anda lakukan .Bukan apa mentor (Raja Petra) wansalman sudah lari ke Australia kerana sikapnya sama macam wansalman .Jangan pula nanti wansalman lari ke Australia pula nanti.
Bila pula UMNO dan BN maki pebangkang ni wansalman ? buktikan …jgan hanya tahu lempar tuduhan ,yang saya tahu Pembangkang terutama sekali PAS yang selalu maki UMNO . Dalam ceramah-ceramah PAS dari dulu lagi maki hamun ni jadi amalan PAS namun wansalman menafikan .
Cakap biar betul jangan nak baling batu sembunyi tangan pula .
nik mot..
Anda ni tak faham Bahasa Melayu ka ? Saya kata kalau lah Pas ni akan maki hamun Umno itu masih lembut sebab mereka ( Umno ) masih ada nyawa.Yang sedih nya kalau lah Pas guna peletup C4 untuk menegur itu kan termasuk dalam 7 dosa besar.Umno mana tahu pasal dosa2 besar ni,umpama meletupkan Altantuya.
Membunuh orang sesuka hati itu termasuk dalam dosa2 besar.Awak tak rasa gentar pada dosa2 besar ke ?
Lain kali saya coret dalam bahasa Jerman,supaya awak tak faham ok.
ntah mana ada wan salman ni,, umno baik giler tau.. mmg baik giler2 la…
hahahahaha
ada ker tanya mcm tu nikmot ni… mcm katak bawah perot lembu… gambar sana sini, video sana sini terpampang boleh ckp mcm tu… yang tunjuk fuck, tunjuk bontot, yang mencarut ingat kitaorg tak tau ker, cuma x der dalam media umno….
ooooooooooooooooooohhhh patut la org umno x tau, sbb kena bohong jer dgn media depa hahahaha… baik gilerrrrrrrrrrrr umno