Kehadiran penyokong Anwar terus hambar

February 19, 2010 by admin  
Filed under Keratan Akhbar

Walaupun pelbagai usaha dilakukan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya lebih ramai penyokong parti itu datang setiap kali perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung, namun sambutan yang ditunjukkan tetap hambar.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, hanya kira-kira 30 penyokong pakatan pembangkang sahaja yang hadir menyambut ketibaan Penasihat PKR itu.

Jumlah penyokong Anwar itu ternyata tenggelam di sebalik bilangan ‘penonton’ iaitu orang ramai yang mempunyai urusan di mahkamah serta wakil media.

Ketibaan Anwar dan peguamnya, Karpal Singh pada pukul 9.17 pagi disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun jumlah penyokong Anwar kemudiaannya dilihat sedikit bertambah sehingga mencecah kira-kira 70 orang menjelang pukul 10 pagi.

Seperti biasa, kumpulan penyokong fanatik itu yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas dan golongan belia melaungkan perkataan reformasi setiap kali mereka melihat Anwar.

Sementara itu di pekarangan mahkamah terdapat sekumpulan penyokong Anwar membaca

utusan.com.my

Comments

23 Responses to “Kehadiran penyokong Anwar terus hambar”
  1. garunggang says:

    Mengapa mereka terus hambar untuk menyokong Anwar?
    1. Kerana mereka mula sedar telah diperbodohkan.
    2. Kerana Anwar tidak mahu bersumpah tidak melakukan perbuatan tersebut.
    3. Hujah-hujah peguam Anwar menangguhkan perbicaraan tak masuk akal.
    4. Yang paling dahsyat adalah apabila 50 ahli parlimen Australia minta pertuduhan atas Anwar digugurkan.Ini bermakna walaupun Anwar meliwat perkara tersebut tidak menjadi kesalahan diAustralia dan mereka meminta Malaysia mengikut undang-undang mereka.

  2. wansalman says:

    Garunggung,

    Awak ni jahil tapi tak sedar,belajar lah ugama lebih dalam.Kalau awak ni berilmu tentu awak takkan menyokong Umno,takkan nak sesat selam-lamaa nye.

  3. wansalman says:

    Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS | Print | E-mail
    Harakahdaily

    KUALA LUMPUR, 19 Feb: Akhbar Umno, Utusan Malaysia telah mengambil kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam konteks yang salah ketika menyiarkan berita bertajuk “Umno mula alami perubahan yang baik – Hadi” dalam keluarannya semalam, 18 Februari.

    Jelas ia semacam bertujuan untuk melagakan Abdul Hadi dengan para pemimpin PAS yang lain kononnya Abdul Hadi bersedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk dalam isu perkongsian kuasa dan kerajaan perpaduan.

    Jelas, apa yang dimaksudkan oleh Abdul Hadi adalah berbeza.

    Berikut adalah kandungan penuh wawancara yang disiarkan dalam akhbar Harakah pada bil 1514, 15-18 Februari 2010 di muka surat N10 yang bertajuk ‘Tiada percanggahan dengan MB Kelantan – Presiden PAS’.

    S: Datuk Seri, boleh perjelaskan sedikit apa yang dikatakan percanggahan pendapat antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dengan Presiden PAS dalam isu perbincangan PAS dengan Umno?

    J: Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Dato’ Nik Abdul Aziz dan tidak ada pemisahan antara agama dengan cara hidup dalam Islam. Agama dengan politik dengan sosial dan sebagainya. Apa sahaja masalah dalam dunia ada kaitan dengan agama. Di mana, Tuan Guru Nik Aziz bercakap dalam konteks ‘ad-deen’ (agama dengan cara yang menyeluruh) dan saya mungkin menyentuh aspek-aspek tertentu. Sebenarnya, tidak ada percanggahan antara saya dengan Tuan Guru Nik Aziz.

    S: Ini bermakna, apa yang diperkatakan orang tentang berlaku percanggahan itu jauh sekali berlakunya?

    J: Tidak…kita mesti memahami agama mengikut definisi Islam dari perkataan ‘ad-deen’ yang disebut al-Quran oleh Tuhan. Berbeza dengan agama yang diterjemahkan ‘religion’ dalam bahasa Inggeris atau agama dalam bahasa ‘Sanskrit’. Di mana, Islam adalah ‘ad-deen’ bukan sahaja agama, bukan sahaja ‘religion’ termasuk di dalamnya cara hidup ‘way of life’ yang termasuk di dalamnya politik, ekonomi, sosial dan segala perkara yang berkait dalam urusan kehidupan manusia secara individu dan masyarakat, secara bangsa dan antarabangsa, secara globalisasi.

    Berkait dengan segala aspek yang menjadi tanggungjawab manusia di atas muka bumi ini. Apa yang disebut oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz ialah tentang surat yang dihantar kepada Perdana Menteri. Surat itu menyatakan PAS sedia berbincang dengan Umno dalam aspek Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sebagai satu penyelesaian cara hidup bagi negara kita. Setelah kita melihat kegagalan-kegagalan yang dialami dalam negara kita talu-bertalu.

    Kita mengalami masalah politik yang belum selesai. Masalah ekonomi, masalah sosial yang makin hari makin parah. Sepatutnya, dibincang apakah penyelesaiannya. PAS boleh mengemukakan cadangan-cadangan penyelesaian secara Islam. Dalam hal ini, kita mengambil sikap yang terbuka dan boleh berbincang dengan semua pihak termasuk dengan kerajaan sendiri. PAS pernah melibatkan diri dengan forum Islam. Bukan sahaja melalui Parlimen, melalui Dewan Undangan Negeri (Dun).

    Bahkan, PAS pernah menyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen). PAS pernah menyertai apa sahaja forum secara khusus yang diatur oleh kerajaan. Termasuklah yang terkini dalam isu kalimah Allah. Di mana, PAS telah menghantar wakil dalam perbincangan dengan IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia) dan kita mengemukakan pandangan kita sebagaimana dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sebagaimana yang dinyatakan oleh ulama-ulama dalam kitab yang banyak yang dikarang oleh mereka.

    S: Tuan Guru, adakah kaedah bagi penyatuan tersebut kerana isu perbincangan antara Umno-PAS telah lama tetapi tidak pernah menjadi kenyataan?

    J: Masalah penyatuan ini kita hendaklah faham. Di sana ada perkara yang manusia wajib bersatu, ada perkara yang harus bersatu dan ada perkara yang haram bersatu dan tidak boleh bersatu sampai bila-bila. Perkara yang haram bersatu antara benar dan salah, adil dan zalim, antara haram dan halal, antara iman dan kufur, antara Islam dan jahiliah.

    Perkara yang prinsipal, perkara yang konsep, yang diputuskan oleh al-Quran, yang ada nas. Di mana, dalam hal ini tidak boleh disatukan sama sekali antara perbezaan yang berlaku dengan manusia. Ini tidak boleh kita satu, perkara yang ‘tabie’, perkara yang naluri. Dan di sana, ada perkara yang boleh disatukan. Perkara yang menjadi kepentingan bersama, yang menjadi tujuan bersama, keadilan untuk semua. Hak kebaikan untuk semua, menolak keburukan untuk semua. Walau pun persepsinya berbeza itu boleh dibincangkan. Perkara yang boleh disatukan ada, perkara yang boleh diraikan antara satu sama lain, tolak ansur itu ada dan ini perlu dilihat.

    Kita tidak boleh melihat secara menyeluruh sebagai satu prinsip yang beku, yang jumud, yang tidak boleh rungkai. Oleh sebab itu, PAS bersdia untuk mengadakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkai, yang boleh diselesaikan secara ‘ijtihad’, secara kebijaksanaan yang berpandukan kepada prinsip-prinsip ‘fleksibel’ yang ada dalam al-Quran, yang diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW.

    S: Dahulunya, PAS pernah kata Umno kafir. Dalam isu penyatuan ini macam mana hendak betulkan keadaannya?

    J: Kita (PAS) tidak pernah menentukan si anu bin si anu kafir. Kita (PAS) menyataka batas-batas iman dan kufur. Saya sendiri mengarang sebuah buku tentang Aqidah Muslim. Dan Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kitab Mustika Hadis. Jilid yang pertama yang menyatakan batas-batas Iman dan Kufur.

    Di sana, ada dinyatakan ada perkara-perkara yang boleh membatalkan iman seseorang, yang membatalkan Islam seseorang dan mungkin mereka yang melakukan secara jahil adalah berdosa. Dan kita (PAS) tidak boleh menentukan siapa-siapa jadi kafir melainkan melalui Badan Kehakiman secara Islam yang sah. Dalam Islam ada hukum dan undang-undang orang yang murtad. Dengan sebab itulah, mesti melalui Badan Kehakiman Islam yang kita (umat Islam) kena faham. Apa yang kita (PAS) sampaikan adalah secara ilmu.

    Kita (PAS) tidak menafikan ada di kalangan masyarakat kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, yang menghina hukum hudud, yang menghina hukum qisas. Dan ada di kalangan pemimpin kerajaan yang tidak perlu saya sebut namanya yang mengatakan sekiranya dilaksanakan hukum hudud akan jadi huru-hara.

    Jika laksanakan hukum Islam ramai orang Islam yang kudung (potong tangan). Ini hukum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran. Mungkin mereka mengatakan demikian kerana jahil dan jika kerana jahil dia berdosa kerana tidak belajar. Tetapi, jika dia kata dengan pengetahuan dia, dengan tahu dia sebagai seorang Islam dan tiba-tiba dia menafikan hukum Allah. Ini boleh merosakkan aqidah (Islam) dia. Dan menjadi tanggungjawab kitalah (PAS) menyampaikan. Alhamdulillah, kita (PAS) telah berjaya menyampaikan mesej kita (Islam) sehingga hari ini Umno tidak boleh mendedahkan kesilapan kita dalam masalah ini.

    Apa yang berlaku ialah anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku. Dan tidak lagi menghina hukum-hukum Islam, tidak ada lagi budaya dalam Umno. Ini kejayaan yang dapat kita (PAS) laksanakan. Ini kejayaan dakwah yang kita (PAS) sampaikan bagi menyedarkan umat kita, bangsa kita dalam perkara (batas iman dan kufur) ini. Sepatutnya, kita tidak boleh bertelingkah dalam masalah ini dan PAS sendiri pernah minta diadakan muzakarah secara ilmu.

    Dalam PAS ada Majlis Syura Ulama’ PAS dan dalam Umno ada Biro Agama Umno. Dan kerajaan sendiri mempunyai Majlis Fatwa, ada mufti-mufti dalam kerajaan, ada IKIM ada macam-macam. Jika dalam Umno ada mereka yang membawa ijazah PhD dalam bidang Islam. Dalam PAS juga ada dan dengan sebab itu perbincangan secara ilmu adalah penting.

    Walau pun demikian, saya melihat telah berlaku anjakan paradigma dalam Umno tidak lagi mengatakan agama berpisah dari politik. Ini satu perubahan yang positif dan apa yang penting kita terjemahkan secara praktikal dan dilaksanakan dengan cara yang baik. Antaranya, sekurang-kurangnya memberi ruang kepada negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS dan Pakatan Rakyat.Tidak ada gangguan-gangguan dari segi semangat federalisma.

    Apa yang berlaku ialah mereka (Umno-BN) telah melanggar semangat dan konsep federalisma yang diamalkan, tidak menghormati keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) termasuk pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

    Bila pakatan Rakyat telah menubuhkan kerajaan, mereka (Umno-BN) mesti menghormati keputusan ini tetapi seolah-olah tidak berlaku penghormatan terhadap keputusan ini. Ini suatu hal yang lain dari prinsip Islam. Dengan sebab itu, perbincangan Islam secara ‘usuli’ secara asas perlu antara PAS dengan Umno yang merupakan ada di kalangan Islam disemua pihak.

    Jadi perbincangan secara ilmu sangat penting. Dan PAS telah meneroka, apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjemput kami (PAS) menghadiri perjumpaan dengan IKIM dan saya sendiri hadir dalam majlis itu bersama dengan wakil PAS dalam persidangan itu dan kita (PAS) telah mengemukakan pandangan- pandangan kita (PAS). Ini suatu perkembangan yang sangat positif dan kita (PAS) bersedia untuk hadir jika dibuka ruang untuk kita (PAS) menghadirinya.

  4. garunggang says:

    Kerana saya berilmulah saya menyokong UMNO.Secara mudah saya terangkan kepada anda.
    1.Setiap orang Islam itu mesti beriman dan percaya kepada Qada dan Qadar.
    2.Yang memerintah sekarang ini adalah BN yang ditunjangi oleh UMNO.
    3.PM sekarang adalah orang Melayu beragama Islam dari parti UMNO.
    4.Semua ini adalah dengan izin Allah SWT.
    Tak payah belajar dalam-dalam sedang asas pun tak habis belajar.
    Maksud saya wansalman tak payah suruh saya belajar dalam-dalam sedangkan yang asas sendiri anda tak habis belajar.
    Jika anda memahami rukun Islam dan Iman anda tidak akan jadi macam ni.

  5. wansalman says:

    Garunggung,

    !. Kalau awak orang Islam adakah awak pikir betul bilamana Umno tolak HUDUD.
    2. Bn Umno memerintah atas dasar siapa berkuasa dialah yang kaya raya
    3. Ya betul Pm sekarang orang Melayu yang mengaku memperjuangkan Islam,tetapi di mana kah hukum Islam di letak ? tapak kaki Umno kan..!!!!
    4. Membunuh orang adalah dosa besar,adakah awak kisah ?
    5. Umno dan awak tak percaya Qada & Qadar sebab tu lah Umno tak senang untuk membiarkan negeri2 Pakatan aman damai.

    6. Cukup dengan Islam yang asas untuk meletakkan Umno di bawah tapak kaki khinzir.Golongan MUsyrikin memang tak boleh di bawa berunding umpama Yahudi Israel

    Harap awak mengerti,masuk lah kamu dalam buaian Umno sampai ajal.

  6. garunggang says:

    Petikan AMANAT HAJI AWANG (sila rujuk Wikipedia Hj Hadi)
    Saudara-saudara sekelian percayalah,
    Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

    Persoalannya sekarang siapakah kerajaan PR sekarang ini.Terlajak perahu boleh diundur terlajak Amanat memakan diri.

  7. garunggang says:

    Cuba tanya pada Hj Hadi dan Nik Aziz adakah mereka akan melaksanakan hudud apabila mereka berkuasa. Mereka akan jawab kita akan melaksanakannya apabila semua orang bukan Islam memahami dan menerima hukum tersebut.
    Ronnie Liu mengeluarkan kenyataan “Beer bukan minuman keras” tak da seorang pun pemimpin Islam PR yang berani menegur beliau termasuk Nik Aziz dan Hj Hadi.
    Tolong jangan gunakan agama untuk berpolitik sebaliknya gunakan kuasa politik untuk mempertahankan agama.

  8. wansalman says:

    Rakyat digantung kes Anwar-Saiful
    Hishamuddin Rais
    Feb 19, 10
    2:04pm
    Akhirnya perbicaraan Anwar Ibrahim bermula. Perbicaraan ini satu kes ulang buat. Dalam dunia filem, ulang buat bukan sesuatu yang pelik dan menghairankan. Banyak filem yang diulang buat. Pengulangan ini kerana pembuatan pertama dianggap berjaya daripada hasil jualan tiket.

    King Kong pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada 1976 dengan minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknologi komputer berkembang, sekali lagi King Kong diulang buat pada 2005.

    Psycho, klasik seram, daripada kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam putih pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda, Gus Van Sant mengulang buat pada 1998. Ulang buat daripada kerja mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni mamat gemok Alfred Hitchcok. Dari filem hitam putih, Psycho baru telah menjadi berwarna-warni.

    Lawak bodoh

    Sayangnya kebanyakan filem yang diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh.

    Nasib baik pengarah Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.

    Malah, apabila ada sahaja desas-desus sesebuah filem ingin diulang buat, maka akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyorokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.

    Warga Malaysia kembali berlabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Perbicaraan ini juga satu kes kerja ulang buat.

    Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami: Anwar wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara kerana dia telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan di antara PKR, DAP dan PAS.

    Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat – satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan BN untuk mentabir Malaysia.

    BN menahan marah

    Pilihanraya 8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Daripada nisbah kiraan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Perkembangan ini menjadikan para gerombolan dalam BN terpaksa menahan marah.

    Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirasi ini bertujuan menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar. Khalas. Finito.

    Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan, maka segala pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia, maka segala kerja jahat mereka – harta-harta rasuah mereka, kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.

    Justeru kerana takutkan balasan ini, tidak dapat tidak Anwar wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.

    Kes ulang buat ini sama seperti kes pada 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dialog atau kata bual. Dialog kali ini dilihat agak gempar.

    Dialog seorang supir

    Banyak dialog telah diubah suai dan diperbaiki daripada kelam-kabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Noordin. Yang baru datang hanya si pereka set, si tukang lampu dan para pak pacak.

    Manakala yang di belakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat ‘the last bottom show’.

    Jika kerja jahat ini gagal, mereka juga akan turut mati oleh serangan bom angin berjuta-berjuta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.

    Awas! warga Malaysia wajib sedar. Di belakang semua ini Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara, maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis, dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.

    Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk isterinya. Semua kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.

    Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada 1960, dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris-baris kaki wayang datang untuk mengintai dada Janet Leigh yang basah dan mungil dalam babak mandi sebelum dibunuh oleh Mister Bates, lakonan Anthony Perkins.

    Lawak seram

    Apabila Psycho diulang buat, tidak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ia dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan.

    Perkara yang sama sedang berlaku pada kes Anwar. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di mahkamah, kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.

    Sebenarnya warga Malaysia berasa hiba dan pilu, bukan untuk Anwar tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih atas kebodohan pihak yang merancang konspirasi ini.

    Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah hampir 30 juta orang sedang terumbang-ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubang.

    Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Ia menjadi talian hayat Najib Razak. Kes ini menjadi garis ekonomi negara kita – naik turunnya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan perbicaraan ini. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya ia bertahan.

    Dalam sejarah tamadun dunia, perkara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan daripada serangan Mongol bukan melalui kes seks tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui kes seumpama ini tetapi melalui ilmu dan falsafah.

    Lucah dan meloyakan

    Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul, bunyinya lucah dan meloyakan. Malu lagi memualkan.

    Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada kekuatan kes ini. Kemenangan kes ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.

    Kita tunggu dan lihat apabila keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan ini terbarai setelah ia tidak membuang hampas busuk selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Hampas busuk ini akan bertaburan. Ketawa salah, hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi.

  9. garunggang says:

    Kalau setakat Hisamuddin Rais punya tulisan yang engkau paste lebih baik buang dalam tong sampah.Hanya orang yang bodoh saja mangulangi kesilapan yang sama.

  10. garunggang says:

    Untuk makluman wansalman,Hisamuddin Rais adalah penulis upahan yang dibayar,dia memang tak peduli dengan apapun yang terjadi pada negara ini.Kalau negara ini kucar kacir dia boleh pergi kemana-mana yang dia suka.Tinggallah engkau yang menyokongnya.Kalau tahun 98 dulu memang ramai yang menyokong dan berdemontrasi menyokong Anwar, kebanyakan mereka itu adalah dari penyokong UMNO yang pro Anwar,tapi sekarang mereka mula memahami keadaan sebab itu mereka tidak mahu lagi berdemontrasi.Bukti boleh kita lihat kerana pada setiap perbicaraan Anwar tidak ramai orang yang hadir.
    Mereka mula berfikir mengapalah bodoh sangat BN untuk memerangkap Anwar dengan kes yang sama kenapa tak kaitkan dia dengan kes bunuh kan lagi bagus.
    Apa yang lebih penting lagi telah terkeluar dari bekas penyokong beliau yang kurang tegar yang menyatakan “anjing kalau dah biasa makan taik kalau tak dapat,cium pun jadi”
    Kalau kata hiba dan pilu rakyat malaysia,rumah terbuka Tahun Baru Cina ramai yang datang bergembira, setiap minggu ada acara bersantai, bilangan billionair malaysia semakin bertambah kerana mereka tahu kes Anwar tu samajuga dengan kes-kes seperti Datuk liwat cucu, guru liwat anak murid,pakcik liwat anak saudara dan lain-lain lagi semuanya telah dibicarakan dimahkamah yang sama dengan menggunakan undang-undang yang sama.Bagi kes DSAI beliau dituduh meliwat pembantu peribadinya, apakah yang istimewa sangat kes ini.Kes ini lagi mudah untuk diselesaikan kerana yang menuduh adalah orang yang diliwat dan beliau telah pun bersumpah menyatakan Anwar meliwatnya sebaliknya Anwar tak berani pula untuk bersumpah menafikan pertuduhan tersebut. Maka sebab itu sudah tidak ramai lagi mereka yang menyokong DSAI kerana tidak mahu bersubahat. renungkanlah atau nak tambah.

  11. imuc says:

    Rasulullah saw bersabda:
    “Kaum (umat) Yahudi akan terpecah diantara mereka menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan, dan kaum (umat) Nasrani akan terpecah diantara mereka menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan. Dan umatku akan terpecah diantara mereka menjadi tujuh puluh tiga golongan” (Abu Daud, at-Tarmizi, al-Hakim, dan Ahmad adalah beberapa orang diantaranya yang merawikan hadits ini.)

    Imam Ahmad mencatat bahwa Abu Amir Abdullah bin Luhay menyatakan: “Kami sedang melaksanakan haji bersama dengan Mu’awiyah bin Abu Sofyan. Ketika kami sampai di Mekah, dia (Mu’awiyah) berdiri setelah menyelesaikan shalat Zuhur dan berkata; ‘Rasulullah saw bersabda: “Para ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) akan terbagi/terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. Umat ini akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan, dan seluruhnya akan terjatuh kedalam api neraka kecuali satu golongan. Beberapa dari umatku akan dikendalikan oleh hawa nafsunya, sebagaimana seseorang yang terjangkit penyakit anjing gila; tidak ada sebuah pembuluh darah ataupun sendi tubuhnya yang selamat dari nafsu ini.”

    Rasulullah saw menjelaskan kepada kita semua bagaimana umat Yahudi akhirnya terpecah kedalam 71 golongan atau firqah, dan umat Nasrani pun sama, terpecah kedalam 71 firqah. Dan Rasulullah saw menyatakan pula bahwa umat Islam pun akan terpecah menjadi 73 golongan, dan seluruh golongan tersebut kecuali satu yang mengikuti Rasul saw dan sahabat-sahabatnya, akan masuk kedalam neraka.

  12. imuc says:

    terdapat lebih kurang 214 golongan yang akan masuk neraka, termasuk yang beragama islam.. nauzubillahi min zalik.. hanya 1 golongan yg slmt… kita berada digolongan yang mana?

    orang2 yg marah pada umno, bkn bermakna menyokong anwar, bkn bermakna anwar tak buat benda.. tapi cara umno memanipulasi pertuduhan tu, teruk sgt dan jijik…

    ada 2 situasi:
    1- jika mmg benar anwar meliwat- w’pon dia slmt di dunia, kat akhirat dh tentu x selamat selagi dia x mengaku.. kalau dia dh mengaku dan bertaubat, dia kena jalani hukuman didunia dan meminta maaf atas penafiannya pada semua org…
    bab2 sumpah ni, dia ada hak untuk bersumpah untuk bersumpah atau tak.. bersumpah dalam islam, yang ada ialah bersumpah mempertahankan diri, bkn bersumpah menuduh org lain.. kalo bersumpah untuk menuduh org lain itu mengikut cara kafir..
    jadi nak buat apa kita risau kerana kat situ, dosa x sampai pada kita…

    2- jika benar anwar tidak meliwat- masyaAllah… fitnah telah tersebar merata2..
    nauzubillah… setiap dari kita yang mengiyakan fitnah itu pon dh dpt dosa… apatah lagi meyebarkannya… serupa la mcm kita bunuh abg adik kakak dan saudara2 kita sendiri… masa tu kita x boleh salahkan saiful yang menuduh, sbb apa yang diri kita buat? just nafikan pon x boleh?

    bila telah sah jatuh hukuman kepada anwar bersalah, baru blh kita kata anwar meliwat… selagi belum jatuh hukum, siapa yg ckp anwar meliwat, kalo ikut hukum islam, boleh dikenakan qazaf.. berapa ramai rakyat malaysia yg mcm tu, nauzubillah… aku tak tau la plk kalo itu hukum penjajah…

  13. imuc says:

    Mazhab Syafie menyamakan zina dengan liwat di dalam hukum hakamnya. Dalam Islam, seseorang itu dikira tidak bersalah dalam pertuduhan zina atau liwat terhadapnya melainkan melalui salah satu dari 2 cara sahaja iaitu
    (1) pengakuan sendiri, atau
    (2) pertuduhan dengan dikemukakan 4 orang saksi yang melihat jelas kejadian tersebut dengan melihat sendiri alat-alat hubungan kelamin sipelaku.

    Bahkan disebut didalam kitab tersebut sekiranya 4 orang membuat aduan/tuduhan zina/liwat terhadap seseorang, namun setelah diambil keterangan hanya 3 orang yang melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin sipelaku manakala seorang lagi hanya mengatakan saya melihat mereka di dalam selimut, maka seorang tadi bebas tetapi 3 orang tadi disebat dengan 80 kali sebatan kerana telah menuduh/mengadu tanpa mengemukakan cukup 4 orang saksi ! Jika begitu, ramai akan berkata betapa sukarnya untuk mendapatkan 4 orang saksi

    Memang benar, bahkan dizaman Nabi saw, Maiz dan Ghamidiah direjam hingga mati adalah melalui pengakuan mereka sendiri telah melakukan zina dan bukan melalui pertuduhan sesiapa dengan mengemukakan 4 orang saksi. Jelas di sini dan dalam Syariat Allah swt, Islam mengetat dan menyukarkan sebarang bentuk pertuduhan zina terhadap seseorang

    dengan mensyaratkan 4 orang saksi, dan setiap mereka mesti melihat dengan jelas alat-alat hubungan kelamin pula, Islam hampir menutup pintu tuduh menuduh dalam perkara zina atau liwat. Adapun jika benar berlaku pezinaan atau liwat, Islam melihat ianya dalam satu bentuk tertutup dan terkawal di dunia, diserahkan azabnya kepada kekuasaan Allah di Hari Akhirat

    Sebaliknya jika dibiarkan atau diringankan syarat tuduh menuduh pula, ia akan mengotorkan kehidupan masyarakat Islam, menyebarkan kelucahan, menggalakkan penindasan dan kezaliman lalu mencetuskan porak peranda dalam umat Islam seperti yang berlaku di dunia

    x nampak ker kita yang malaysia skrg ni tengah porak peranda, pelabur asing dh tentu x dtg.. x terfikir ker kita dgn apa yang kita rasa skrg ni?

  14. imuc says:

    firman Allah SWT di dalam Surah an-Nur ayat 4 : “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.”

    jadi korang pilih la yang mana korang nak ikut..
    korang mengaku yang korang ni islam kan? dah bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad saw pesuruh Allah.. syahadah korang… aku menyampaikan apa yang aku tau.. Kalau diperhalusi Islam tu sungguh cantik… try la blajar2 apa itu siksa neraka dan nikmat syurga… bljar apa itu hukum… nak blajar, carilah seorg guru, guru yang mursyid.. apa itu mursyid, korg cari la…

  15. imuc says:

    terpulanglah sama ada korg lebih percaya hukum penjajah atau hukum Allah…

    apa makna syahadah, solat, pusa zakat haji kalo kita menafikan ayat Allah, menafikan hadith Rasulullah…

  16. garunggang says:

    Seorang pemuda setelah merogol dan meliwat seorang wanita dengan bangganya memaklumkan kepada wanita tersebut yang beliau tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian itu.
    Islam itu adil sekiranya perkara ini berlaku kepada adik Imuc bagaimana anda hendak menyelesaikannya sedangkan aduan telah dibuat.
    Adakah nak mencari 4 orang saksi kejadian tersebut sedangkan wanita itu diperdaya dan dibawa ketempat yang sunyi.
    Kepada Imuc yang banyak berguru dengan guru yang mursyid tolong selesaikan persoalan ini dengan kaedah Islam yang adil.

  17. garunggang says:

    Tak payah cerita pasal 73 golongan tu. M.Nasir dah jadikan lagu “Tanya sama itu Hud-hud nang botinang koi bosi koi”.
    Kes DSAI adalah kes nyata yang bukan dibuat-buat.Bukannya orang lain yang buat aduan sebaliknya orang yang diliwat sendiri yang buat aduan.
    Bagaimana dia nak bawa 4 orang saksi sedangkan ditempat kejadian tidak dibenarkan sesiapa masuk kecuali dengan menggunakan kata kunci “mokhtar”.
    Bila masa pula Saiful nak mengatur 4 orang saksi melihat zakar DSAI masuk kedalam duburnya.
    Saya nak tanya Imuc apakah yang akan anda lakukan sekiranya adik anda mengadu kepada anda yang ia diperlakukan sedemikian.
    Sila beri jawapan kepada kami yang kurang arif dalam bab hukum hakam menurut kaedah hukum Islam yang adil.

  18. imuc says:

    masyaAllah… ko dah menafikan al-Quran dan hadith garunggan… moga ko diberi petunjuk dan moga2 ko tak termasuk dalam golongan orang2 yang celaka…

    Alhamdulliah adik aku skrg dh kawen dan baik akhlaknya serta teguh imannya… x terpedaya dengan keduniaan semata2.. jika dia datang pada aku tanpa 4 org saksi, aku suruh dia bertaubat… jika benar pon perkara itu berlaku.. sbb aku percaya pada qada dan qadar Allah..

    setiap yang kita buat akan dihitung pada hari kiamat walaupon sebesar biji sawi.. aku yakin org yang buat itu akan tetap dihukum.. aku yakin Allah itu maha Adil dan aku yakin setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya… elakkan dari fitnah kerana fitnah itu seperti membunuh saudara2 sesama islam…

  19. imuc says:

    mungkin lps ni ada suara2 “oh kalo mcm tu maksiat lagi banyak la”.. apakah org2 yang bercakap mcm tu lagi mengetahui dari Allah yang telah menetapkan hukum?

    berani ker kita nak mencuri lagi bila kita tgk org yang mencuri dipotong tangan dpn kita?
    berani ker kita nak berzina,merogol,meliwat lagi jika org yg buat benda2 tu disebat 80 kali, dan ada yang direjam smpai mati di depan kita?

    sepandai2 tupai melompat pon jatuh ketanah

  20. imuc says:

    sbenarnya dengan menggunakan hukum penjajah inilah yang sbbkan malaysia dh nak jadi mcm barat jgk maksiatnya… maju?

  21. garunggang says:

    Bang oi KL inilah tempat orang untuk menguji imannya.Bagaimana kita ingin tahu setinggi mana iman seseorang itu jika tidak diuji.
    Kat KL ni kalau nak belajar Al Quran percuma pun ada nak belajar fardu Ain dan Kifayah pun ada dan apajua jenis ilmu berkaitan dengan agama Islam semua boleh didapati. Tetapi bagi mereka yang imannya goyah ia akan digoda dengan tempat tempat maksiat.Jangan salahkan sesiapa jika iman tak kuat.Kalau benar benar nak iman tak goyah bertapa saja didalam gua kerana didalam gua tidak ada apa yang boleh dilihat kecuali dinding batu.
    Bang oi hukuman yang paling berat sekali diMalaysia ini adalah hukuman mati tiada lagi hukuman yang paling berat selain dari hukuman mati, itu pun masih lagi orang lakukan kesalahan.
    Setakat potong tangan,rejam dan sebat orang takkan takut kecuali mereka takut kepada Allah SWT.

  22. wansalman says:

    Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar | Print | E-mail
    M Faqih
    MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998,” kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

    “Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.

    Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.

    Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.

    Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.

    “Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.

    Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.

    “Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.

    “Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.

  23. imuc says:

    uih garunggan lebih tau rupanya..
    ok..
    bila ditanya apakah kitabmu, garunggan jwb kitab Lord William Reid

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.