Kecoh 300 penyokong BN PAS bergaduh – 80% sudah keluar mengundi

July 14, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif

Peratusan mengundi di Manik Urai melonjak  dan sehingga kini hampir 80 peratus telah turun mengundi , Dengan peratusan  tinggi yang keluar mengundi ini , meyakinkan calon BN untuk merampas kerusi Manik Urai dari PAS. Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manik Urai “lebih cerah” jika peratusan keluar mengundi meningkat.

Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.

Di laporkan juga berlaku kekecohan apabila  kira-kira 300 penyokong Pas dan Barisan Nasional (BN) terlibat dalam satu pergaduhan di Sekolah Kebangsaan Peria dekat sini kira-kira 12 tengah hari ini.Sekolah berkenaan merupakan salah satu pusat pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pergaduhan tersebut kemudian berjaya dileraikan oleh pihak polis dan bagi meningkatkan keselamatan sebanyak empat buah trak unit tindakan ringan polis di sekolah berkenaan.

Ekoran daripada pergaduhan itu, beberapa orang penyokong dari kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan.Kesemua mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Kuala Krai.

Terdahulu iaitu kira-kira pukul 11 pagi berlaku insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah di sekolah yang sama.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.