KECELARUAN Pakatan Rosak SELANGOR
September 30, 2009 by admin
Filed under Berita Khas, Featured
Janganlah rakyat di Bagan Pinang tertipu dengan Pakatan Rakyat yang tidak boleh berpakat lagi. Semuanya penipu dan janji janji yang diabur semuanya janji janji kosong. Mereka tidak boleh bermimpi perkara yang sama walaupun tidur sebantal. Semuanya memikirkan kuasa dan hak peribadi masing masing. Tiada pakatan dalam pakatan rakyat, Kini merka sudah bercelaru.
PETIKAN KECELARUAN PR SELANGOR
Isu kesetiaan kepada pucuk pimpinan parti menjadi penghalang kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung soal pentadbiran dalam kerajaan negeri Selangor, kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
Khalid, yang sebelum ini meminta exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor meletakkan jawatan berkata beliau berhak menegur Hasan kerana beliau berhak untuk mengeluarkan pandangan sebegitu dan ianya bukanlah satu perbuatan yang mengingkari arahan pemimpin.
Hasan sebelum ini telah meminta Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak kerana didakwanya telah ‘memalukan’ pegawai kerajaan.
Selcat mengadakan siasatan tersebut untuk menyiasat bagaimana wakil rakyat BN membelanjakan peruntukan tahunan RM500,000 dalam masa dua bulan sebelum pilihanraya umum pada Mac tahun lalu.
“Fahaman saya, tidak boleh ingkar arahan dan setakat ini tiada arahan berhubung perjalanan parti yang telah saya ingkari,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam blognya [www.khalidsamad.com] hari ini.
“Teguran dan ingkaran merupakan perkara berbeza. Namun menegur pemimpin, itu merupakan hak pengikut, lebih-lebih lagi apabila ianya kelihatan seperti menjejas kepentingan parti,” katanya lagi.
Khalid turut berkata, tindakannya menggesa Dr Hasan meletakkan jawatan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Perhubungan Negeri pada petang Ahad lalu.
‘Jadi sasaran’
“…memang banyaklah yang dinyatakan, khususnya persoalan wala’ (setia) kepada pimpinan yang masih merupakan isu terbesar bagi kebanyakan yang dipertua kawasan.
“Dalam persoalan ini saya sememangnyalah telah menjadi sasaran dan menjadi tumpuan teguran,” katanya lagi dalam kenyataan tersebut.
Khalid turut membangkitkan hasil mesyuarat Konvensyen Pakatan Rakyat di Petaling Jaya pada awal bulan lalu yang merumuskan pemimpin-pemimpin Pakatan tidak akan mengeluarkan lagi apa-apa kenyataan yang “saling menyerang satu sama lain”.
“Sekiranya mana-mana pihak melakukannya, maka tindakan disiplin perlu dikenakan atas orang berkenaan oleh partinya sendiri,” kata Khalid yang juga merupakan pengerusi lajnah politik PAS.
Jelasnya lagi, tindakan Hasan “amat tidak wajar” dalam memberikan pandangan berhubung pendekatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dalam mengadakan pendengaran awam.
Menurut Khalid lagi, Hasan tidak sepatutnya mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil pendirian tunggal berhubung isu berkenaan.
“Yang menjadi masalah ialah apabila (Hasan) membuat kenyataan mengkritik Selcat secara terbuka dan mengambil posisi bersendirian dalam isu ini,” kata Khalid lagi.
Pendekatan soal siasat
“Saya menyatakan, tidakkah lebih sesuai PJ mengatakan kami, iaitu PR, telah bersetuju untuk memperbaiki kaedah dan pendekatan soal siasat terhadap pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak dilihat sebagai berniat menghina dan memalukan mereka?,” soal Khalid.
“Sekiranya kenyataannya begitu, ianya tidak akan kelihatan seperti seolah-olah menempelak rakan lain di dalam PR dan PAS tidak akan dilihat sebagai menikam kawan dari belakang,” katanya lagi.
Khalid berkata, pandangan Hasan tersebut dibuat tanpa mengambil kira tanggungjawab dan haknya sebagai anggota exco.
“Sebenarnya amat tidak wajar kalau kita sebagai seorang ahli Exco yang bermesyuarat dengan Exco tiba-tiba di luar mesyuarat menyerang kembali usaha kerajaan.
“Sekiranya sebagai back-bencher, tidaklah bermasalah sangat. Samalah juga seperti seorang ahli dewan harian, bermesyuarat dengan dewan harian, tetapi di luar bantai balik dewan harian.
Sesi pendengaran terbuka
“Kalau begitu patut keluar dewan harian (sepertimana persetujuan pelucutan jawatan saya sebagai timbalan pesuruhjaya) dan sekiranya dari luar, sebagai ahli perhubungan, berhak mempersoalkan keputusan dewan harian,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, beliau tidak pernah menggesa Hasan keluar daripada PAS mahupun Pakatan Rakyat, tetapi hanya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai exco dan penyokong kerajaan negeri di dalam DUN.
Khalid turut menjelaskan, sesi pendengaran oleh SELCAT perlu diadakan secara terbuka kerana kaedah berkenaan lebih berkesan untuk mendapatkan pendedahakan dari pegawai kerajaan sendiri.
“Pendedahan oleh pegawai kerajaan sendiri adalah lebih berkesan dari sekiranya diadakan sesi tertutup dan kemudiannya maklumat disampaikan oleh kita kepada rakyat.
“Pihak tertentu boleh mengatakan ianya permainan politik dan pengakuan paksaan. Maka itu adalah lebih teruk, kita akan dikatakan sama sahaja dengan SPRM! Mengugut dan memaksa sehingga mendapat ‘pengakuan’,” katanya lagi.





Lagi lubang penipuan undi pos dibongkar
Nazri Abdullah
Fri | Oct 02, 09 | 6:23:02 pm MYT
TELUK KEMANG, 2 Okt: Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos.
Iklan
Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya http://www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini.
Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.
Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.
“Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi,” katanya yang juga ketua penerangan DPP.
ImageMengikut kebiasaan, kesemua anggota yang terlibat yang tidak sempat mengundi pada dua hari yang ditetapkan tersebut, borang mengundi untuk mereka akan dihantar pada 10 Oktober.
Kemudian kesemua kertas undi itu akan dipos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seblum jam 5 petang 11 Oktober.
“Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.
“Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan,” katanya lagi.
Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.
Tarikh 8 dan 9 haribulan pula adalah hari pengundian manakala 10 Oktober adalah hari kertas undi siap untuk di pos kepada SPR.
Kem Sunggala menempatkan anggota yang kedua teramai iaitu seramai 1,130 orang pengundi pos.
“Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?
“Bila dipos ia akan memudahkan penipuan,” ujarnya lagi.
Dalam blognya juga, dia turut mendedahkan jadual kempen Umno BN dalam kem.
Kempen dalam kem mereka bermula hari ini melibatkan Proses Culaan Jentera BN di Institud Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah yang menempatkan seramai 847 pengundi pos.
Pada 5 haribulan pula, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berkempen kepada Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala yang menempatkan sejumlah 1,130 anggota.
Manakala hari berikutnya, Zahid akan berkempen di Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa yang menempatkan 407 anggota.
“Suasana ini tidak adil kerana BN dibenarkan untuk berkempen tapi PAS tidak dibenarkan”, katanya._
Ini semua kerja orang gila kuasa. Menipu untuk mengekalkan kuasa.
Menipu untuk kekalkan kuasa ada juga faedahnya tetapi menipu dengan mengatakan “ada orang yang akan memangkah bagi pihak orang lain” mungkin mendapat dosa sebagai balasannya.
Laporan politik dan ayat politik.
1) didakwa akan menjalankan latihan menembak
2) mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.
3) Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.
4) Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.
5) “Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?“Bila dipos ia akan memudahkan penipuan,” ujarnya lagi.
Kenapa tidak diubah kepada:
1) akan menjalankan latihan menembak
2) latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.
3) Kesemua anggota terlibat akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.
4) jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.
5) “Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?“Bila dipos ia akan memudahkan penipuan,” ujarnya lagi.
Kalau anda berani cuba kenyataan diatas diubah kepada kenyataan dibawah ini. Kenapa takut, perkataan seperti didakwa, dijangka, mengikut maklumat diperolehi dan sebagainya merupakan ayat berselindung dan penakut, pasal perkara yang diperkatakan sebenarnya tidak terjadi.
Undi Pos kalau nak dipertikai, biarlah dari awal lagi bukan hanya bila kita sedar yang kita akan kalah. Alang-alang nak memperjuangkan kebenaran berlandaskan agama biarlah kita jujur dan ikhlas jangan jadi seperti munafik.