Kalimah Allah: 13 NGO Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 badan bukan kerajaan (NGO)semalam membuat laporan polis kerana membantah tindakan majalah Herald The Catholic Weekly, menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B. Kesemua NGO tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Maamor Osman membuat 10 laporan polis berkaitan perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira pukul 3 petang.
Maamor berkata mereka kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan oleh majalah itu kerana dikhuatiri akan disalahgunakan sehingga menyinggung perasaan umat Islam. “Kita membuat laporan polis ini kerana bimbang dengan implikasi yang timbul berikutan keputusan mahkamah itu dan akan berjuang bagi menentukan kedudukan dan kesucian agama Islam tidak dicemarkan.
“Justeru kita membuat laporan polis agar dalang isu ini disiasat kerana isu sensitif sebegini boleh memporakperandakan 1Malaysia sedangkan ianya tidak patut diprovokasikan,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan IPD Sentul.
Beliau berkata jika isu terbabit tidak dapat diselesaikan segera, kesemua NGO tersebut akan mengadakan perhimpunan besarbesaran selepas Solat Jumaat di masjidmasjid utama di Kuala Lumpur bagi membantah keputusan tersebut.
Sementara itu Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata tidak mustahil selepas ini nama Allah digantung dan digunakan sewenangwenangnya di premis dan restoran makanan bukan Islam jika isu tersebut tidak disekat.
“Semacam ada satu usaha cuba merobek keadaan sehingga timbul kekeliruan di kalangan umat Islam. Kita bimbang isu sebegini akan menimbulkan kekeliruan jangka panjang,” katanya. BERNAMA




Keadaan umat Islam kini telah mula tercabar,mungkin kumpulan tertentu cuba untuk menguji kekuatan umat Islam kerana mereka menganggap ornag Islam diMalaysia ini sudah tidak bersatu padu.
Dalam hal ini kita harus ketepikan aliran politik masing-masing dan memfokuskan kepada isu penggunaan kalimah Allah ini.
Keputusan hakim yang menghakimi kes ini masih boleh dirayu namun beliau juga mungkin mengetahui akan akibatnya.
Saya merayu kepada semua Orang Melayu yang berwarganegara Malaysia supaya bersatu tanpa mengira fahaman politik supaya bersatu untuk menentang penggunaan kalimah Allah oleh majalah tersebut.
Pada pandangan saya ini adalah satu rancangan halus yang dicipta oleh pihak-pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam di Malaysia ini.
Kita harus memerima hakikat bahawa keruntuhan akhlak remaja muda sekarang ini semakin menjadi-jadi,maka mereka akan menyebarkan dakyah mereka kepada golongan ini yang mungkin kurang imannya. Mereka boleh mempengaruhi golongan ini dengan menyatakan bahawa Islam dan Kristian sama sahaja kerana yang disembah adalah Allah. Maka golongan Islam yang tidak kuat imannya akan memilih sesuatu yang lebih ringan,mudah dan tidak mengongkong,maka mereka akan lebih terdorong untuk menukar kepada agama yang lebih memudahkan.
Mungkin fikiran mereka akan dipesongkan dan ditanamkan pada pemikiran mereka bahawa tidak salah menganut ugama kristian kerana mereka menyembah tuhan yang sama.
Sebelum perkara ini terjadi marilah kita sama-sama menentang pengunaan kalimah Allah dalam majalah tersebut.
ALLAH HUAKBAR 3 X