Kali Ini Hadi Faham!
February 21, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik, Featured

Kedaulatan selalu dikaitkan dengan institusi yang bernama “negara”. Kedaulatan sesebuah negara wujud sebagai hak kemerdekaan dan berkuasa untuk mengatur urusan dalaman sesebuah negara. Kerajaan sebuah negara samada demokrasi maupun komunis atau sosialis mempunyai kuasa untuk menentukan keputusan tertinggi dalam mengendali negara, termasuk dalam mengendalikan sumber alam, guna tenaga ,undang-undang maupun manusianya.
Namun kedaulatan sesebuah negara semakin menghadapi cabaran terutama daripada golongan liberal yang mengatakan abad ini konsep kedaulatan akan berakhir. Dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah menerobos masuk ke dalam sesebuah negara dengan kekuatan pasaran ekonomi. Malah dengan kecanggihan teknologi ketenteraan kedaulatan sesebuah negara juga mudah ditembusi. Nilai-nilai norma universal seperti hak asasi manusia telah menenggelamkan kedaulatan sesebuah negara. Ini bermakna dalam hal-hal tertentu agak sukar untuk kita mengawal kedaulatan negara daripada dicampuri oleh kuasa-kuasa asing atau negara luar.
Di dalam kes Anwar Ibrahim, campur tangan 50 Ahli Parlimen Australia yang mendesak kerajaan menggugurkan tuduhan liwat ke atas bekas timbalan perdana menteri itu berkemungkin atas dasar nilai-nilai universal yang kononnya sudah diterima oleh banyak negara. Hubungan homoseksual sudah dianggap sebagai nilai dan perlakuan universal iaitu banyak negara sudah menghalalkan hubungan sejenis ini bahkan ianya sudah dijadikan undang-undang.
Bagi 50 MP negara kanggaroo itu, tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang pelik dan ganjil kerana sebahagian besar masyarakat dunia sudah menerima homoseksual dan lesbian . Malangnya di Malaysia kegiatan yang melanggar fitrah manusia ini belum lagi diterima malah dipandang jijik bukan sahaja budaya Melayu lebih-lebih lagi dari sudut undang-undang Islam. Maka liwat atau hubungan homoseksual adalah salah dari segi undang-undang negara. Adalah tidak wajar, kuasa asing atas dasar liberal dan universal boleh sesuka hati mencampuri urusan undang-undang negara ini. Biarlah Anwar dibicarakan di mahkamah secara adil dan saksama tanpa banyak kerenah.
Dalam hal ini satu pujian harus diberikan kepada Hadi Awang tetapi tidak untuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang cuba untuk memanipulasikan kes liwat ini untuk kepentingan politik sempit dengan membelakangkan kepentingan kedaulatan negara.
Hadi berkata,”Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam,” Kenyataan Hadi ini disokong oleh PM yang mengatakan “negara lain perlu mematuhi proses perundangan dan juga peruntukan perlembagaan di mana keluhuran perlembagaan dan keadilan untuk semua serta pengasingan kuasa adalah merupakan tonggak dalam sistem perlembagaan negara dan semua negara mesti menghormatinya tanpa memperlekehkan kita dengan membuat sendaan yang tidak berasas sama sekali”.
Sama ada kenyataan Hadi mendapat sokongan daripada Mursyidur Am mereka tidak penting kerana Hadi berkata sesuatu yang benar. Ini adalah kenyataan daripada Presiden parti, dan ianya tidak memerlukan ulasan daripada penasihat yang sudah diketahui umum sangat berkepentingan dan tidak konsisten.
Pakatan pembangkang kelihatan sudah tidak sederap dan tidak seirama lagi. Apabila Hadi mengecam campur tangan asing, LKS pula meminta satu sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa kena mengena kes Anwar Ibrahim nak dibawa ke dalam Dewan Rakyat? Kalau kepala otak sudah dipenuhi dengan udang maka kes liwat ini cuba dikaitkan dengan politik. Kes ini adalah antara Saiful dan Anwar. Berilah keadilan untuk Anwar dan Saiful dalam perbicaraan di mahkamah.
Kali ini, kenyataan Hadi tepat pada masanya. Harapan kita agar semua pemimpin PAS akur dengan pandangan dan kenyataan Presiden parti. Jika hal kedaulatan negara pun mau dipolitikkan, berkemungkinan ramai pengundi atas pagar dan tidak berparti akan menjauhi PAS kerana mereka ini lah yang banyak memberi undi kepada PAS dalam PRU ke 12 yang lalu.
Amir Hamzah
Batu Pahat




Ustaz hadi memang faham selagi beliau gunakan ilmu yang kudus,yang tidak reti atau tidak faham lagi jahil Murakkab ialah Umno.
Kebenaran tidak semestinya menang, kemenangan tidak semestinya benar
Roslan Harun
SEDANG anda memandu menghampiri sebuah persimpangan berlampu isyarat, anda terdengar bunyi siren. Anda pun mengerakkan kereta anda ke tepi, memberi laluan kenderaan yang anda sangkakan sebuah ambulans.
Bagaimanapun andaian anda salah. Kenderaan yang melepasi anda itu sebenarnya membawa orang besar dan berkuasa. Pegawai pengiring mengarahkan anda ke tepi dan kemudian konvoinya berdesup sekalipun lampu isyarat berwarna merah.
Demikianlah contoh menunjukkan bahawa ada orang lebih hebat daripada undang-undang. Mereka mengatasi undang-undang. Kisah ‘The Emperor’s New Clothes’ (Pakaian Baru Raja) menceritakan bagaimana seseorang yang berkuasa itu sentiasa dikatakan betul sekalipun dia tidak betul (raja berbogel tetapi dikatakan berpakaian paling cantik dan hebat).
Anda benar kerana anda berkuasa. Yang penting di sini bukannya lojik sesuatu perkara itu tetapi siapa yang mengutarakan pendapat atau kata-kata tersebut.
Kata-kata seorang pengemis atau tukang sapu sampah mengenai politik sudah tentu tidak akan dipandang dengan sebelah mata walaupun apa yang mereka katakan itu ada kebenaran dan lojiknya.
Keadaan sebaliknya akan berlaku jika seorang raja atau mengemukakan pandangan. Walaupun kadang-kadang hal itu tidak masuk akal, disebabkan begitu berpengaruhnya orang tersebut, maka hal itu diterima juga orang awam kerana masing-masing terpaksa atau dipaksa mengakuinya.
Situasi ini berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita tidak lepas bebas kerana ada pihak yang mengikat diri kita. Dalam dunia hari ini, di mana terdapat aneka kemudahan dan penciptaan, dikatakan kehidupan kita semakin aman, hakikatnya mungkin tidak begitu.
Kita semakin takut, takut akan bayang-bayang kita sendiri dan juga takut kepada orang di atas kita kerana bagi mereka segala yang mereka utarakan kepada orang bawahan itu mereka anggap benar walaupun tidak benar.
Kisah pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat dalam dunia lama Melayu mungkin boleh dijadikan contoh mengenai apa yang didakwa betul dan tidak betul. Pada mulanya, Sultan mendapati Hang Tuah tidak betul dan perlu dihukum.
Hang Tuah disembunyikan Bendahara Tun Perak di Ulu Melaka. Selepas Hang Jebat mengamuk dan Hang Tuah diperlukan untuk menghapuskannya, Hang Tuah dikatakan tidak bersalah pula. Hari ini Hang Tuah bersalah, esok Hang Jebat pula bersalah yang yang sentiasa betul adalah Sultan.
Sultan akan sentiasa betul kerana baginda mempunyai kuasa. Kerana kuasa di tangan baginda, orang bawahan tiada hak untuk menyatakan sesuatu itu betul atau sebaliknya.
Dunia ini memang aneh. ‘Kebenaran’ dapat dibeli dengan wang ringgit. Dengan itu siapa yang banyak wang dan berkuasa, dialah yang ‘benar’. Dan orang yang membenarkannya mempunyai kepentingan sendiri.
Bagaimanapun ‘kebenaran’ yang dibeli dengan wang ringgit ataupun yang ada udang di sebalik batu tidak bertahan lama.
Dalam kisah ‘The Emperor’s New Clothes’ sendiri memperlihatkan kebijaksanaan seorang budak yang dapat mengalahkan raja; memang raja bersalah dan tidaklah payah untuk diselindungkan keaiban raja seperti dilakukan menteri-menterinya.
Mengenai kebenaran dan kemenangan, bijak pandai mengungkapkan “kebenaran itu tidak semestinya menang, dan kemenangan itu tidak semestinya benar.”
Untuk makluman wansalman,Hisamuddin Rais adalah penulis upahan yang dibayar,dia memang tak peduli dengan apapun yang terjadi pada negara ini.Kalau negara ini kucar kacir dia boleh pergi kemana-mana yang dia suka.Tinggallah engkau yang menyokongnya.Kalau tahun 98 dulu memang ramai yang menyokong dan berdemontrasi menyokong Anwar, kebanyakan mereka itu adalah dari penyokong UMNO yang pro Anwar,tapi sekarang mereka mula memahami keadaan sebab itu mereka tidak mahu lagi berdemontrasi.Bukti boleh kita lihat kerana pada setiap perbicaraan Anwar tidak ramai orang yang hadir.
Mereka mula berfikir mengapalah bodoh sangat BN untuk memerangkap Anwar dengan kes yang sama kenapa tak kaitkan dia dengan kes bunuh kan lagi bagus.
Apa yang lebih penting lagi telah terkeluar dari bekas penyokong beliau yang kurang tegar yang menyatakan “anjing kalau dah biasa makan taik kalau tak dapat,cium pun jadi”
Kalau kata hiba dan pilu rakyat malaysia,rumah terbuka Tahun Baru Cina ramai yang datang bergembira, setiap minggu ada acara bersantai, bilangan billionair malaysia semakin bertambah kerana mereka tahu kes Anwar tu samajuga dengan kes-kes seperti Datuk liwat cucu, guru liwat anak murid,pakcik liwat anak saudara dan lain-lain lagi semuanya telah dibicarakan dimahkamah yang sama dengan menggunakan undang-undang yang sama.Bagi kes DSAI beliau dituduh meliwat pembantu peribadinya, apakah yang istimewa sangat kes ini.Kes ini lagi mudah untuk diselesaikan kerana yang menuduh adalah orang yang diliwat dan beliau telah pun bersumpah menyatakan Anwar meliwatnya sebaliknya Anwar tak berani pula untuk bersumpah menafikan pertuduhan tersebut. Maka sebab itu sudah tidak ramai lagi mereka yang menokong DSAI kerana tidak mahu bersubahat. renungkanlah atau nak tambah.
Hadi sebenarnya tahu perangai DSAI, dia tak mahu terlibat.Nasihat dah diberi supaya jangan diulangi perkara yang sama tapi apa nak buat nafsu menguasai segalanya.Memanglah kalau di Australia tu boleh tapi di Malaysia ni undang-undangnya tak membenarkan.Kalau diluar tabie samada rela atau tak rela hukumnya tetap salah.
hahaha… kalo org cina tmpt aku kata “bolo punya ini melayu, celita tipu mcm tu pon pecaya ka?”…. tu org mca tu ckp mcm tu.. mca, mic mana ada campor.. syp jer..
Untuk selesaikan masalah ini suruh Anwar bersumpah tak melakukan perbuatan tersebut kemudian minta maaf kepada Saiful.
Sana sini untung tetapi ekonomi merudum
Angkasanuri
MAS diumumkan mencatatkan keuntungan RM 610 juta, Proton syarikat yang tradisinya mencatat kerugian saban tahun sebelum ini dilaporkan turut mencatat keuntungan.
Petronas yang selama ini menjadi ‘lubuk duit’ kerajaan 1Malaysia sudah dijangka terus meningkat dari segi keuntungan.
Bila banyak untung maka sepatutnya banyak le kerajaan 1Malaysia menuai hasilnya sama ada dari segi cukai atau ‘pinjaman boleh ubah’.
Bila dah banyak untung maka sepatutnya ekonomi negara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Begitu juga dengan indeks komposit yang terasnya hasil komoditi utama negara seperti getah dan kelapa sawit juga menunjukkan peningkatan harga di pasaran semasa.
Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Harga minyak dalam negara dijangka hanya menunggu masa yang sesuai untuk dinaikkan.
Harga tarif elektrik diumumkan ditangguhkan kenaikannya buat sementara waktu. Maknanya naik tetap naik. Paling lewat selepas pilihanraya umum ke 13.
Kemenangan besar Barisan Nasional bermakna ‘lesen’ kepada kerajaan untuk menaikkan apa-apa yang ditangguhkan sebelum ini. Maka kalau nak merasa ‘ nikmat’ kenaikan kos sara hidup ‘ Undilah Barisan Nasional’.
Dalam situasi yang lain perbelanjaan dan kedudukan kewangan kerajaan menunjukkan situasi yang membimbangkan. Perbelanjaan mengurus yang diluluskan dalam belanjawan sebelumnya dipotong sehingga dua kali ganda seperti perbelanjaan untuk institusi pendidikan.
Dalam pada itu, hari ini Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan ekonomi negara menguncup 1.7 peratus. Tetapi menurut pandangan beberapa pakar ekonomi sebenarnya kadarnya lebih tinggi lagi.
Jadi persoalannya yang untung sini sana tu mana pergi duitnya?
Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar | Print | E-mail
M Faqih
MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998,” kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.
Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.
Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.
Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.
“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.
Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.
“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.
“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.
Untuk selesaikan masalah ini suruh Anwar bersumpah tak melakukan perbuatan tersebut kemudian minta maaf kepada Saiful???????
garunggan, sudah2 la ckp pasal islam… ko bkn tau islam tu aper? kalo ko tau, cuba ko jwb islam tu aper?
ISLAM YANG SEBENAR?
Penjelasan Biasa
Dalam bahasa Arab, perkataan “Islam” bermaksud “tunduk” atau “patuh”. Jika seorang Muslim ditanya, “Apakah itu Islam?”, biasanya dia akan menjawab, “Agama yang tunduk kepada Allah, satu-satu Tuhan yang benar.”
Jawapan ini terlalu ringkas. Untuk memahami Islam yang benar, satu gambaran yang jelas yang diperlukan. Untuk mendapat gambaran yang jelas ini, satu penelitian sejarah diperlukan.
Islam Dalam Sejarah
Sebelum Islam bertapak di tanah Arab di bawah pimpinan Muhammad, terdapat empat jenis kepercayaan yang berpengaruh di sana.
Arab Jahiliah
Mereka ini penyembah-penyembah berhala yang percaya kepada satu Tuhan yang Maha Tinggi, dewa-dewi dan berbagai jenis kuasa ghaib. Walaupun begitu, sebilangan besar daripada mereka (terutamanya bani Quraisy di Mekah) mengaku diri mereka dari keturunan Ibrahim.
Rumah berhala mereka yang terkenal ialah Kaabah yang bertempat di Mekah. Di dalamnya terdapat berbagai objek-objek pujaan dan berhala.
Yahudi
Pada zaman Muhammad, terdapat ramai orang Yahudi di tanah Arab. Sebilangan besar dari mereka bukan Yahudi sejati melainkan yang telah memeluk agama Yahudi. Menurut Yaqubi, bani Yahudi Quazah dan Nadhir di Madinah merupakan suku-bangsa Arab Jurham yang telah diyahudikan.
Orang Yahudi pada masa itu lebih berpengetahuan tentang dongeng rakyat dan tulisan ulama mereka daripada apa yang sebenarnya di tulis dalam Taurat. Malah, ada yang telah lupa bahasa asal mereka dan tidak dapat lagi membaca kitab Taurat yang ditulis dalam bahasa Ibrani. Kerana ulama-ulama Yahudi sahaja yang memahami kitab Taurat, ayat-ayat dari kitab itu terpaksa diterjemahkan secara spontan ke dalam bahasa Arab dalam upacara-upacara sembahyang umum.
Kristian
Orang yang pertama menjadi Kristian ialah orang Yahudi. Mereka berbeza dengan orang Yahudi lain kerana menerima Isa sebagai Al-Masih yang telah dijanjikan Allah. Apabila semakin ramai orang bukan-Yahudi memeluk agama Kristian, mereka mula membentuk identiti mereka sendiri. Pada zaman Muhammad, orang Kristian telah wujud selama enam ratus tahun. Dalam masa yang singkat itu, agama Kristian berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah.
Akan tetapi orang Kristian pada masa itu telah pudar semangat dan banyak ajaran-ajaran sesat telah berjaya memecahbelahkan penduduk Kristian kepada kelompok-kelompok yang bertentangan fahaman. Ramai orang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak berpeluang membaca Alkitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu yang diperdebatkan.
Suasana ini merebak ke tanah Arab yang pada masa itu tidak memiliki Alkitab dalam bahasa Arab. Orang Kristian di tanah Arab pada masa itu terdiri dari golongan Nestoria, Baizantin dan Monofisit. Golongan Baizantin dan Monofisit merupakan dua golongan paling berpengaruh dan merekalah yang menimbulkan perbalahan apabila memanggil Maryam, Ibu Tuhan. Maka tidak hairanlah jika suasana seperti itu telah menghalang Muhammad daripada mendapatkan ajaran Kristian yang benar.
Akhirnya, penyebaran ajaran-ajaran sesat ini dapat disekat dan dibetulkan. Prosesnya mengambil masa yang lama kerana campur tangan berbagai pihak yang berkuasa. Apabila umat Kristian berjaya bangkit dari kemelut akidah yang telah memecahbelahkan mereka, Islam telah pun bertapak di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Hanif
Perkataan Hanif bermaksud “Dia yang berpaling” iaitu daripada penyembahan berhala. Orang Hanif ialah orang Arab Jahiliah yang telah dipengaruhi oleh fahaman Yahudi dan Kristian lalu mereka menolak amalan penyembahan berhala. Mereka tidak berjemaah tetapi percaya agama yang benar ialah agama yang dipegang bapa bangsa mereka, Ibrahim.
Agama Yahudi, Kristian dan Islam masing-masing menuntut mewakili agama Ibrahim yang sebenar. Adalah menarik bahawa dari empat Hanif yang diceritakan oleh Ibn Ishaq, tiga daripada mereka menemui kebenaran yang dicari-cari mereka dalam agama Kristian.
Hanif yang pertama ialah Waraqah bin Naufal, sepupu Khatijah, isteri pertama Muhammad. Dia memeluk agama Kristian dan menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam. Selepas kematiannya, Muhammad telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga.
Hanif kedua ialah Abdullah bin Jashy. Pada mulanya dia memeluk agama Islam tetapi kemudiannya memeluk agama Kristian setelah berhijrah ke Habsyah akibat penganiayaan di Mekah. Abdullah selalu bersaksi kepada pelarian Islam yang lain tentang pengalaman rohaninya yang baru itu. Dia pernah berkata, “Kami (Kristian) melihat dengan jelas tetapi kamu (Islam) mengerdip mata sahaja.” Maksudnya jelas – Abdullah percaya bahawa orang kristian mempunyai pandangan yang jelas dalam hal-hal rohani manakala Islam masih belum berjaya melihat terang kebenaran Allah.
Hanif yang ketiga ialah Usman bin Huarith. Dia merupakan saudara isteri pertama Muhammad dan memeluk agama Kristian semasa di Baizantin.
Hanif yang keempat, Zaid bin Amru, tetap Hanif sampai akhir hayatnya. Dikatakan dia selalu berdoa, “Ya Allah. Jika aku tahu jalan mana yang paling Engkau berkenan, aku akan menyembah-Mu dengannya. Tetapi aku tidak tahu.”
Sebelum kerasulannya, Muhammad merupakan seorang Hanif. Pada setiap tahun, di bulan Ramadan, dia akan pergi bertapa di Gua Hira yang berdekatan dengan Mekah. Amalan ini sebenarnya berasal daripada orang Kristian di Syria yang kemudiannya menjadi popular di kalangan orang Arab.
Mengikut ajaran Islam, kenabian Muhammad bermula pada satu malam pada bulan Ramadan apabila dia terdengar satu suara menyuruh dia “mengucap” (yakni ayat-ayat Al-Quran yang bakal diturunkan kepadanya). Suara ini didengarnya ketika dia sedang bertapa di Gua Hira. Apabila dia mempertimbangkan kata-kata tersebut, malaikat Jibrail telah menjelma dan memberitahunya, “Muhammad! Engkaulah rasul Allah.”
Pada mulanya Muhammad menyebarkan mesej Islam di kalangan orang Arab sahaja. Selepas dia berhijrah ke Madinah (yang banyak berpenduduk Yahudi), dia cuba memujuk orang Yahudi menerimanya sebagai seorang nabi setaraf nabi-nabi dalam kitab Taurat. Muhammad mengelar orang Yahudi dan Kristian “ahli-ahli kitab”. Walaupun begitu, orang Yahudi menentang Muhammad dan menolak mesejnya. Mereka yakin kitab suci mereka tidak menyatakan apa-apa tentangnya. Sejak dari itu, mereka mula bermusuhan dengan Muhammad.
Apabila ditanya sama ada orang Islam orang Yahudi atau Kristian, Al-Quran mengarahkan orang Islam untuk memberi jawapan ini:
Berkata mereka itu: Beragama Yahudilah kamu, atau beragama Nasrani, supaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah: Bahkan agama Ibrahim yang lurus (kami ikut), dan bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik. Katakanlah: Kami telah beriman kepada Allah dan (Kitab) yang diturunkan kepada kami dan apa-apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan anak-anaknya (begitu juga kepada kitab) yang diturunkan kepada Musa dan Isa, dan apa-apa yang telah diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka, tiadalah kami perbezakan seorang juga di antara mereka itu dan kami patuh kepada Allah. Maka jika mereka beriman seperti keimanan kamu, sesungguhnya mereka mendapat petunjuk; tetapi jika mereka berpaling (tiada beriman seperti keimananmu), maka hanya mereka dalam perpecahan (dengan kamu); maka engkau akan dipeliharakan Allah dari kejahatan mereka, dan Dia Mahamendengar, lagi Mahamengetahui. (2 Surah Al-Baqarah ayat 135-137)
Apabila ayat-ayat ini yang dipandang dari sudut sejarah, maka jelaslah agama Islam merupakan satu panggilan untuk kembali kepada agama Ibrahim dan mesej nabi-nabi Allah. Apakah ini telah dilakukan penganut agama Islam? Apakah Islam hari ini mewakili agama Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaqub yang sebenar? Apakah kitab Musa dan Isa ditaati hari ini oleh pengikut Islam?
Agama Ibrahim
(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Islamlah engkau! Jawabnya: Saya telah Islam(patuh mengikut) Tuhan semesta alam. (2 Surah Al-Baqarah ayat 131)
Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai tolan (sahabat). (Surah An-Nissak ayat 125)
Agama Ibrahim ialah agama penundukan dan ketaatan kepada perintah-perintah Allah. Ibrahim menikmati banyak berkat kerana kejayaannya tunduk dan taat kepada Allah. Dia telah diberi anak yang soleh walaupun sudah berusia, anaknya ditebus Allah ketika Ibrahim patuh kepada arahan Allah (melalui mimpi) untuk menyembelih anaknya dan dia dijadikan imam bagi manusia. Akan tetapi berkat paling besar dialami Ibrahim ialah penghormatan menjadi sahabat Allah.
Bagaimana dengan anda hari ini? Apakah anda berjaya tunduk dan taat kepada perintah-perintah Allah Ibrahim, Ishaq dan Yaqub? Apakah berkat-berkat yang telah anda alami sebagai hasil kepatuhan ini? Apakah anda seorang sahabat Allah?
Mengapakah Allah berkenan kepada nenek moyang kita Ibrahim? Allah berkenan kepada Ibrahim kerana perbuatan Ibrahim, iaitu mempersembahkan Ishaq, anaknya di atas mezbah, sebagai persembahan kepada Allah. Kamu tidak nampakkah bahawa Ibrahim menunjukkan imannya dengan perbuatannya? Oleh itu, iman Ibrahim menjadi sempurna. Perkara itu sesuai dengan ayat Alkitab, “Ibrahim percaya kepada Allah, dan kerana imannya Allah menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Allah.” Itulah sebabnya Ibrahim disebut sahabat Allah. (Yakub bab 2 ayat 21-23)
Cukup setakat ini kalau lebih sangat anda akan mengatakan saya riak.