SU Politik Exco Selangor Ditemui Mati Selepas Soal Siasat SPRM

July 17, 2009 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

SU DAP

SHAH ALAM, 16 Julai – Setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati dipercayai jatuh daripada tingkat 14 bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, pagi tadi.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo sudah dibawa ke pejabat berkenaan untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri ini.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa ini, pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM, termasuk Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, Speaker Dewan Negeri Selangor, Teng Chang Khim dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu dan Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru serta kot hitam dan berseluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM Selangor, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul berkata mayat itu ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo sebagai saksi kes selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan.

“(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka”, katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

Comments

4 Responses to “SU Politik Exco Selangor Ditemui Mati Selepas Soal Siasat SPRM”
  1. saya says:

    Teoh dipaksa bersubahat dgn MACC, tapi beliau enggan berbuat demikian dan berjanji akan membongkarkan rahsia, itulah sb knp dia terpaksa dihapuskan, biasalah kes macam ni di bawah pentakbiran puaka, Alt…, Kugan,…. dan masa Anwar dah pun dekat.

    Toyol puaka membalas dendam…………..

  2. firemansamrung says:

    Semua jabatan penguatkuasaan yang berurusan dengan pihak awam terutama yang bekerja di luar daripada waktu bekerja biasa, sepatutnya memiliki catatan rasmi yang merekodkan pergerakan orang awam daripada satu jabatan ke satu jabatan yang lain termasuklah catatan terakhir dipintu pengawal utama. Jangan kompromi. Ini kerana tidak semua awam mempunyai nilai ketabahan dan kecekalan dalam berhadapan dengan suasana yang menekan perasaan. Oleh itu reaksi awam terhadap tekanan amatlah berbeza dan ianya bergantung dengan faktor dalaman individu terutama pendidikan sivik dan agama.

  3. saya says:

    Rekod ada, cctv pun ada tapi sayang telah dimusnakan semalam, alasannya, cctv rosak, komputer down.

    Tapi hairan masih ramai rakyat Malaysia yg percaya pendustaan bodoh ni.

    Kos elektrik, pengangkutan, teksi bas sekolah naik 30%, takada pulak yg komplain? hairan.

  4. garunggang says:

    Takkan SPRM nak bunuh saksi bodoh lah mereka.Diatas kelonggaran pengawalan yang dibuat diPejabat SPRM memungkinkan sesiapa saja memasukinya.Boleh jadi juga ada seseorang yang diupah untuk menghapuskan saksi tersebut.Konspirasi semakin bertiup kencang yang memungkinkan Exco Selangor yang terlibat dalam siasatan SPRM telah merancang untuk menghapuskan bukti demi menjaga nama baik mereka.Segalanya berkemungkinan biar polis yang selesaikan masalah ini.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.