JANGAN HERET RAKYAT – Tak perlu kecoh mengenai calon BN
September 27, 2009 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Pilihanraya kecil Bagan Pinang yang merupakan satu kerusi yang dirasakan mudah untuk dimenangi oleh BN kini cuba di sukarkan oleh pemimpin BN sendiri , Apakah BN sememangnya tidak lagi merasa jeran atau pun masih tidak mahu berubah, Apakah sememangnya pemimpin BN ini mulut celupar dan suka menonjolkan diri untuk meraih populariti dengan isu isu yang boleh menjahanamkan BN sendiri. Semakin lama BN membisu dan semakin jelas BN yang terkial kial mencari calon ini untuk mewakili BN semakin sukar perjalanan jentera jentera BN untuk menjalankan tugas. Kita sekarang menghadapi kesukaran menentukan calon dan ini tidak harus berlaku. Rakyat dan pengundi diseret bersama dalam kesukaran kita memilih calon dan ada yang kini mulai bosan terutama sekali pengundi atas pagar,




Saiful muncul lagi menjelang pilihan raya kecil
Ali Hashim
Sun | Sep 27, 09 | 10:19:26 am MYT
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang telah menjadi watak utama dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh bulan Ogos yang lalu dijangka akan mengulangi watak utama menjelangnya PRK di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang tidak lama lagi.
Iklan
Jika dalam PRK di Parlimen Permatang Pauh isu Saiful telah dimainkan secara meluas termasuk oleh media arus perdana maka sekali lagi dalam PRK Bagan Pinang beliau akan dijadikan ikon sekali lagi bagi pemuda-pemuda untuk menjadi contoh bagaimana seorang anak muda yang rela untuk mendedahkan kejelekan dan keburukan yang ada pada dirinya bagi kepentingan politik sesetengah pihak.
Dalam konteks ini, Saiful dalam blognya telah melahirkan rasa bimbang diatas keselamatan beliau menjelangnya perbicaraan kes yang membabitkan Anwar pada 3 November yang akan datang.
Beliau juga mendakwa ketakutan ini kerana tidak mahu terjadi kes yang sama seperti apa yang berlaku kepada Teoh Beng Hock.
Kenyataan Saiful ini bukan saja mengundang keraguan malah menimbulkan prejudis apabila beliau mulai muncul tatkala akan diadakan PRK Bagan Pinang.
Namun begitu samada kehadiran beliau akan menjejaskan peluang kemenangan Pakatan Rakyat dalam mana-mana pilihan raya sudah terbukti sebelum ini.
Walaupun beliau bersumpah mubahalah menjelangnya PRK Parlimen Permatang Pauh dengan didokong oleh pemimpin Barisan Nasional ternyata rakyat sudah dapat membezakan antara sumpah beliau dan sumpah keramat yang dibuktikan oleh pengundi Parlimen tersebut.
Wujudnya Saiful menjelang PRK Bagan Pinang kali ini adalah umpama wujudnya Ezam Mohd Noor semasa PRK Permatang Pauh.Begitu juga dengan munculnya Tun Mahathir semasa PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang.
Namun begitu keputusannya telah terbukti bahawa rakyat tidak menerima kehadiran pelakon menjelang pilihan raya seperti ini. _
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TAK SERIK2 KAU YA SAIFUL,INGATKAN LEPAS BERPUASA KAU DAH BERTUBAT,MASIH SUDI DIRI KAU DI PERKUDAKAN OLEH UMNO MUSIBAT NI.BINATANG PUN PANDAI MENILAI MANA YANG BAIK & BURUK,TAPI KAU ADA AKAL TUHAN DAH KASI,GUNA LAH SEBAIK-BAIK NYA.
DAH LAH KAU SANGGUP JUNJUNG QURAN WALAUPUN KAU MENIPU,BERANI BETUL KAU BERSUMPAH DENGAN QURAN.MACAM BOHSIA LA KAU NI