Isa pilihan PM – Tun Shhhh……

September 29, 2009 by admin  
Filed under Cakap-cakap Politik

(Apa bezanya Tun yang pernah dipecat dari UMNO dan akhirnya menjadi Perdana Menteri dengan Isa yang pernah digantung. Jika Tun pernah dipecat dan mebuat Come Back. Kenapa tidak Isa.)

Tan Sri Isa Samad diumumkan sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas naib presiden Umno.

Selanjutnya

Comments

7 Responses to “Isa pilihan PM – Tun Shhhh……”
  1. wansalman says:

    Hadiah Aidilfitri buat Mahathir!
    Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
    Mon | Sep 28, 09 | 10:11:21 am MYT

    BERSEMPENA Hari Raya Aidilfitri ini, Islam mengalakkan umatnya kunjung mengunjung di antara satu sama lain, khususnya yang muda menziarahi yang tua sebagai tanda hormat dan berkasih sayang.
    Iklan

    Ziarah menziarahi merupakan antara budi pekerti mulia yang menjadi amalan tradisi orang-orang Melayu sejak zaman berzaman.

    Selain daripada amalan berziarah, umat Islam di Malaysia juga gemar bertukar-tukar hadiah, sama ada berupa kuih raya, hamper atau sebagainya. Bagi anak-anak, merekalah yang paling gembira kerana mendapat duit raya atau ‘angpow’ dari golongan yang lebih berusia.

    Justeru elok juga jika anak-anak muda, khususnya dari kelompok pemuda Pakatan Rakyat, berkunjung ke Yayasan Kepimpinan Perdana, untuk menziarahi dan bertanya khabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Kunjungan dibuat bukan untuk memberi duit raya kepada Mahathir, duit tidak perlu baginya kerana wang pencennya sudah cukup menampung kehidupan beliau bersama Tun Dr Siti Hasmah.

    Kali ini pemuda Pakatan Rakyat digalakkan menziarahi Mahathir untuk menyampaikan hadiah kepada beliau. Hadiahnya berupa sebuah naskhah buku Anwar on Trial : In the Face of Injustice karya peguam Pawancheek Marican.

    Buku ini dilancarkan peguam terkemuka, Raja Aziz Addruce di sebuah hotel di ibu negara 14 September lepas.

    Buku ini amat signifikan dan relevan dengan Mahathir. Ia merupakan sebuah hadiah yang amat simbolik buat beliau, kerana ia khusus membicarakan suatu tragedi besar yang berlaku di zaman pemerintahan Mahathir.

    ImageRakyat Malaysia, khususnya yang berusia awal 20-an, semestinya mengingati Dr Mahathir, sebagai negarawan ulung, yang menjadi PM serta Presiden Umno yang paling lama dalam sejarah, iaitu lebih 22 tahun.

    Jasa-jasa Mahathir cukup besar untuk dicatat dan diperkatakan dalam kolum yang terhad ini. Beliau digelar ‘Bapa Pembangunan Malaysia Moden’.

    Di zaman pemerintahannya terlalu banyak ‘event’ yang berlaku. Ada bright side (sisi terang) dan ada dark side (sisi gelap).

    Pandangan dari sudut ‘sisi terang’, sudah terlalu banyak diperkatakan oleh media pengampu. Media mengiyakan sahaja semua kata dan tindakan Mahathir, sehingga mereka ‘menjamu’ rakyat, dengan berita-berita yang ‘menghairan’, mengutuskan bahan pembacaan yang ‘meloyakan’ dan melaporkan ‘tiga suku’ berita perdana yang membohongi rakyat.

    ‘Sisi gelap’ pemerintahan Mahathir ditutup dan digelapkan terus daripada rakyat. Namun itulah bak kata pepatah ‘bangkai nyamuk boleh ditutup, inikan pula bangkai gajah’.

    Dalam politik Malaysia nama Mahathir tidak boleh dilupakan kerana tiga TPM jatuh dan dijatuhkan di zamannya. Jika diperhalusi satu persatu, barangkali Mahathir juga ada silapnya.

    Walaupun begitu, ada yang beranggapan apabila bekas PM berundur dari jawatan yang dipegangnya selepas lebih 22 tahun ditampuk kuasa, beliau sudah tidak relevan lagi untuk disentuh.

    Itulah sifat kita, orang-orang Melayu. Kebanyakannya cuba bersangka baik dan hanya mahu mengingati kebaikan-kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.

    Secara tidak disedari sikap bersangka baik inilah yang membelenggu minda orang-orang Melayu khususnya, juga kalangan rakyat secara umumnya untuk kekal di bawah cengkaman Umno-BN, lebih 50 tahun.

    Anggapan ada kebenarannya, beliau sudah tidak berkuasa, buat ‘menghabiskan beras’ sahaja jika kita melayannya. Namun pada penulis, kadangkala kita harus berfikir sebaliknya.

    Apatah lagi apabila semasa pemerintahannya Mahathir melakarkan banyak peristiwa bersejarah yang buruk dalam negara.

    Justeru buku Anwar on Trial : In the Face of Injustice ini amat wajar diteliti. Ia membongkar bagaimana Mahathir merosakkan sistem keselamatan (polis), memusnahkan integriti kehakiman dan jabatan peguam negara, hanya semata-mata mahu kekal ditampuk kuasa.

    Sekurang-kurangnya buku ini menjadi kesinambungan catatan dalam sejarah, bahawa angkara Mahathir, dua kali sistem kehakiman musnah. Pertama, tahun 1988 ketika memecat Tun Salleh Abas; Kedua, ketika memecat Anwar pada tahun 1998.

    Buku ini dilancar dan ditatapi rakyat tatkala umat Islam diambang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Oleh itu, ia merupakan hadiah terbaik buat persaraan Mahathir._

  2. akula says:

    Tun kena pecat kerana prinsip dan tidak bersependapat dengan pucuk pimpinan
    Isa kerana RASUAH…… Tau tak apa itu RASUAH????????????
    Makin berkubur le UMNO (Baca Melayu).

    Bukan susah nak faham cuma tak mau faham sajaaaaaaaaaaaaaaa.

  3. garunggang says:

    Bagaimana dengan Anwar Ibrahim yang telah ternyata bersalah dan telah dipenjarakan dipilih juga menjadi wakil rakyat.Siapa yang bodoh?

  4. garunggang says:

    Kalau rakyat sendiri mahukan dia dicalonkan,ini bermakna kesalahannya telah dimaafkan. Apabila mereka mempertimbangkan kebaikan yang dilakukannya maka beliau diterima semula. Kita jangan nafikan kehendak pengundi diBagan Pinang yang mahukan TS ISA sebagai calon kerana mereka yang hendak mengundi. Sepatutnya PR harus berterima kasih kepada BN kerana mencalonkan Isa kerana dapatlah mereka menggunakan isu Isa sebagai bahan kempen.

  5. akula says:

    Anuar di dakwa di mahkamah yang berpihak kepada pihak lawannya.. (sampai hari ni masih macam itu) Manakala Isa di adili oleh pihak nya sendiri, dari kalangan mereka sendiri. Ramai lagi yang berwibawa di kalangan UMNO apa pasal nak ni kitar semula. Kes Rohaizat tidak di ambil iktibar ka? Ini la masaalahnya kepentingan puak di dahulukan dari kepentingan Rakyat dan negara.

    Pilihan Rakyat apa nama nya? Belum mengundilagi..Katalah pilihan ahli UMNO baru betul.. Bukan semua rakyat ahli UMNO.. Bukan pilihan BN pun tapi pilihan UMNO saja.

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. DWAYNE says:


    CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.Best quality drugs.No prescription online pharmacy.Special Internet Prices. Low price drugs. Order drugs online

    Buy:Valtrex.Lumigan.Synthroid.Accutane.Arimidex.Prednisolone.Retin-A.Mega Hoodia.Human Growth Hormone.Zovirax.Zyban.Prevacid.100% Pure Okinawan Coral Calcium.Actos.Nexium.Petcam (Metacam) Oral Suspension….

  2. JEFF says:


    NEW FASHION store. Original designers collection at low prices!!! 20 % TO 70 % OFF. END OF SEASON SALE!!!

    BUY FASHION. TOP BRANDS: GUCCI, DOLCE&GABBANA, BURBERRY, DIESEL, ICEBERG, ROBERTO CAVALLI, EMPORIO ARMANI, VERSACE…



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.