Insaflah Wan Azizah – Saidatul Badru

February 26, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

Saya amat  tertarik dengan sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dimana Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak telah menyeru Wan Azizah isteri kepada Anwar Ibrahim untuk meghentikan lakonan nya dihadapan khalayak ramai dan katanya   kehidupan manusia bukan hanya berakhir di sini sahaja,

Apakah mungkin Wan Azizah tidak lagi memperdulikan  lagi mengenai dunia selepas   dunia persinggahan kita ini. Apakah bagi Wan Azizah kehidupan akan berakhir disini sahaja, Saya akan siarkan  artikel berkenaan. Saya juga di sini ingin mengambil kesempatan  untuk mengucapkan sala akziah kepada keluarga Allahyaharmah  Sdri Haslinda  , Ketua Puteri Ampang yang telah pulang kerahmatullah. Kami di sini turut berkongsi kesedihan dan semoga rohnya dirahmati Allah SWT ~ Amin
salinan artikel Utusan Malaysia

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta supaya menginsafi kesilapan dan masih belum terlambat untuknya kembali ke pangkal jalan.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak berkata, semua yang mengaku beragama Islam perlu ingat bahawa kehidupan manusia tidak hanya berakhir di dunia sahaja tetapi akan berterusan hingga ke akhirat.

Menurutnya, beliau yang juga seorang wanita, isteri dan mempunyai anak-anak mengakui amat memahami situasi yang dihadapi oleh Wan Azizah iaitu keperluan untuk menjaga maruah suami.

“Tetapi kita sebagai isteri juga mempunyai tanggungjawab kepada negara. Sekiranya, suami sudah merosakkan negara kita mesti minta dia berhenti dan tidak (lagi) menyokong tindakannya.

“Letakkanlah kepentingan negara mengatasi kepentingan suami untuk mencapai cita-cita peribadinya. Kasihanlah kepada penyokong dan rakyat yang tidak tahu apa-apa, fikirkanlah maruah anak-anak dan hidup mereka di dunia dan akhirat.

“Kita bukan nak hidup di dunia sahaja, saya tahu Wan Azizah mengetahui hal sebenar dan saya kecewa demi kepentingan politik suami dan dirinya (sanggup) dia berbohong kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Datuk S. Nallakaruppan yang menyatakan bahawa Wan Azizah selayaknya diberi anugerah ‘Pelakon Wanita Terbaik 2010′ atas kehebatan ‘lakonannya’ ketika berhadapan dengan rakyat.

Beliau yang juga bekas rakan karib, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis bersedia mengemukakan cadangan itu kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim untuk dipertimbangkan.

Sumber: Utusan.com.my



Comments

10 Responses to “Insaflah Wan Azizah – Saidatul Badru”
  1. wansalman says:

    Insaflah Umno,jangan terus2an memfitnah orang lain.Ingatlah Umno yang kau akan di hukum juga sautau hari nanti atas segala mungkar dan zalim yang kamu lakukan

  2. garunggang says:

    Fitnah! Saman 100 juta.UMNO nak dihukum apa benda, selagi yang dilakukannya memberi manfaat kepada Rakyat dan negara dengan izin Allah SWT. 2008 oranmg marah pada UMNO tapi mereka terpaksa sokong PR.Sekarang ni mereka dah sedar akan kepincangan PR dan UMNO dah mula menambat hati rakyat kembali. Jadi kita tinggu PRU yang ke 13

  3. wansalman says:

    Mengundi pun dengan menipu,kalau tak tipu dah lama Umno ni di tanam jauh ke dalam perut bumi,kau pun kena tanam sekali.

  4. garunggang says:

    Kalau UMNO ditanam jauh didalam perut bumi yang engkau melayar internet dengan Ayah Pin di kerajaan langit.Cakap biar pakai otak kepala bukannya otak kepala lutut.

  5. wansalman says:

    Maksud aku bila Umno ni musnah nanti tentu kau tak cukup tanah nak lari.

  6. imuc says:

    x yah layan bdk2 baru naik tu… ckp pakai kepala lutut.. mcm2… buat fitnah jer tau… konon tanggungjwb kepada negara, poorah… malaysia dh nak bangkrup x sedar2 diri lagi tu

  7. imuc says:

    najib x nak tegur ker? x brani kan kan kan…

  8. garunggang says:

    Bangkrup amenda kalau dah berjuta orang datang cari kerja kat sini korang yang tak pandai cari peluang.Cakap biar pakai fakta bukan pakai fakta harakah.Korang nak ke kalau negara ni bangkrup nanti internet pun tak dapat korang layari.

  9. imuc says:

    yer juta2 org asing dtg sini… dibawa masuk sbb nak bayar gaji murah.. dh x mampu nak bayar gaji pekerja tempatan kerana pekerja temptan demand gaji tinggi sbb kos sara hidup tinggi.. yang jadi mangsa adalah golongan pekerja yang kebanyakkan elaun ditarik balik… yg golongan atas dengan pelbagai elaun dikekalkan..

    yahhhhhhhhhhhhhh garunggan ekonomi malaysia semakin bagusssssssssssss

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. JOHN says:


    CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.Best quality drugs.No prescription online pharmacy. Online Pharmacy. Buy pills online

    Buy:Valtrex.Nexium.Human Growth Hormone.Mega Hoodia.Prednisolone.Retin-A.100% Pure Okinawan Coral Calcium.Zovirax.Arimidex.Zyban.Synthroid.Petcam (Metacam) Oral Suspension.Lumigan.Accutane.Actos.Prevacid….



Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.