Husam lebih berkuasa dari Hj Hadi tetapi Hj Hadi lebih berpengaruh dari Husam

Husam tidak akan meletakkan jawatan , sebenarnya apa yang dilakukan oleh Husam adalah untuk menunjukkan kepada pemimpin PAS yang lain bahawa beliau adalah orang yang paling rapat dengan Nik Aziz. Dalam PAS sekarang bukan nya Presiden Parti yang berkuasa tetapi dalam PAS selepas Nik Aziz adalah Husam Musa , Suara Husam Musa sebenarnya adalah suara Anwar Ibrahim kerana Husam adalah orang yang begitu berminat dengan PKR dan Husam juga orang yang paling rapat dengan Anwar dan terlalu jinak dengan parti berkenaan.
Husam lah juga jambatan dan juga penyambung kepada hubungan PAS dan PKR. Husam juga adalah orang yang paling berpengaruh untuk mempengaruhi Nik Aziz dan Husam juga lah yang banyak mempengaruhi tindak tanduk Nik Aziz yang kita lihat sebagai yang pelik pelik. bagi Nik Aziz , Husam adalah yang terbaik, Husam adalah yang terbaik walaupun Husam menumbuk tetamu sewaktu rumah terbuka Aidil fitri dihadapkan keluarga Nik Aziz.Husam tetap yang terbaik.
Mursyidul Am Pas itu berkata, Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan merupakan seorang pemimpin yang pintar, berpandangan jauh dan banyak membantu rakyat di negeri ini bahkan mampu mengubah landskap politik nasional.“Husam ini Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU),”
Beginilah hebatnya Husam pada pandangan mata Nik Aziz, Husam ini Allah buat bukan untuk rakyat Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia. Hebat sungguh Husam dan mungkin Husam lebih hebat dari Hj Hadi Awang, Yang hairan nya jika Husam ini hebat kenaoa dia tewas dalam pertandingan Naib Presiden PAS baru baru ini dan kenapa jika dia lebih hebat dari Hj Hadi tentu perwakilan Pas menyokong beliau dan pasti dengan mudah beliau boleh mengalahkan Hj Hadi dan menggantikan Hadi sebagai presiden. Namun Husam tidak berani menentang Haji Hadi kerana tahu sejauh mana kebolehan beliau walaupun disokong kuat oleh Nik Aziz.
Husam adalah anak emas kepada Nik Aziz, Presiden PAS juga tidak berani sentuh Husam, Apa ayng dapat kita lihat sekarang HJ Hadi selaku Presiden hanyalah bagaikan Boneka yang tidak berkuasa lagi, Nik Aziz seolah olah mahu menafikan dan tidak lagi menghormati kuasa Presiden. Nik Aziz pernah mengharap kan agar Hj Hadi dicabar sewaktu pemilihan PAS yang lalu tetapi malangnya ini tidak terjadi, Pas yang kini berpecah dua yang mana satu menyokong Nik Aziz dan Husam sebagai team Erdogan yang pro kepada Anwar Ibrahim yang lebih cenderung untuk bersatu dengan DAP dan satu lagi menyokong Hj Hadi Awang yang lebih berminat dengan kerajaan Perpaduan bagi menyatukan Melayu dan Islam.
Husam meletak jawatan adalah satu satunya perkara yang tidak mungkin berlaku dan semua ini boleh lah kita anggap sebagai permainan politik ala Anwar Ibrahim, Gempak saja lebih dan adakala dilakukan untuk menutup isu isu yang akan timbul.
oleh:tepakbersulam




melagakan org kerja umno/bn untuk kepentingan diri sendiri
Ayat standard bagi mereka yang sudah kehabisan modal.
Yang kepala-kepala bapak dalam Umno tu perhabis duit rakyat tak per lah kan..!!. Rasuah sana sini tiada rasa apa-apa pun.Budget untuk institiusi Mara yang mana banyak anak-anak Melayu di potong.Budget untuk Rosmah puaka tu di tambah.Nak buat jembatan di Kelantan kena tawar menawar,tiupun kalau Bn menag di Manik Urai.KERAJAAN MUSYRIKIN
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NA SURAT PEMBACA VIDEO HUBUNGI KAMI
Utama
Negeri
Parlimen
Dato, Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang
Lutfi Othman
Rashidi Hasan
Catatan Wartawan
Subky Latiff
Pendapat
Agama
Global
Terkini
* BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata
* Jangan sampai anda pula dibodohkan
* Presiden PAS turun sampaikan bantuan banjir
* Presiden PAS korban tiga ekor lembu
* Tuanku Mizan ke Jerman jalani pembedahan lutut
* Close down BTN if Najib serious, sincere and genuine about the 1Malaysia
* Port Dickson menjadi mangsa projek runding terus
* Najib in Washington DC without any agenda
* MB Negeri Sembilan disiasat isu duit RM10 juta
* Najib ada peluang halau hantu Altantuya
BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata PDF | Print | E-mail
M Khaleel Kas
SIJANGKANG, 28 Nov: Tiada manfaat dan hanya dakyah untuk memesong pemikiran belia-belia semata-mata. Demikian kesimpulan yang dapat dirungkaikan mengenai kursus Biro Tata Negara (BTN).
Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, amat jelas program BTN merupakan alat Umno dalam menyebarkan dakyah kepada belia-belia yang menyertainya.
“Ramai pemimpin dalam kerajaan negeri kini yang pernah menyertai malah mengendalikan BTN dan daripada maklum balasnya kita yakin tiada manfaat
jelas program sebegitu,”jelasnya semasa ditemui Harakahdaily di lokasi majlis korban di Dun Sijangkang sebentar tadi.
Disebabkan itu katanya, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan ‘anak-anak buah’nya menyertai kursus-kursus yang dianjurkan di bawah BTN.
(Gambar: Dr Ahmad Yunus sedang melakukan ibadah korban dengan menyembelih lembu di Masjid al-Firdaus Kg Sg Rambai pagi tadi)
Dalam pada itu, Dr Ahmad juga menjelaskan bahawa, kerajaan negeri sendiri telah memperkenalkan programnya tersendiri dalam memastikan pembinaan modal insan para belia di negeri Selangor melalui program SPIES (Spiritual, Physical, Intellectual,Emotional, Social).
“Kita telah lama wujudkan dan memang terbukti memberikan kesan yang baik berbanding dengan program-program seperti BTN,”katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Selangor melarang penyertaan kakitangan kerajaan negeri dan pelajar di institusi pengajian tinggi miliknya hadir di program anjuran Biro Tatanegara (BTN).
Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali,keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di Selangor yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.
Empat buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Antarabangsa INPENS dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor.
Selain menghentikan penyertaan pelajar, seperti didesak, keputusan itu turut meliputi kakitangan kerajaan negeri dan pegawai semua anak syarikat kerajaan itu, tambahnya.
Dalam satu sidang media di Shah Alam baru-baru ini, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai “indoktrinasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) seolah-olah ingin memecah belah penduduk pelbagai bangsa dan agama.”
“Rata-rata (peserta BTN) termasuk anak saya sendiri, mereka kadang-kadang dibekalkan dengan buku kecil yang mengandungi pelbagai perkara yang menimbulkan kebencian kepada (pihak) yang dikatakan pembangkang kepada kerajaan Malaysia,” kata wakil rakyat PAS itu.
“Oleh kerana ia tidak memberi satu perkara yang positif, tambahan pula kepada minda yang begitu muda ini, maka kita rasa ia tidak perlu dan menghabiskan wang rakyat.”
Minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam Pakatan menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.
ADUN-ADUN yang terlibat: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).
Marilah kita semua rakyat Malaysia pakat berdoa supaya terbuka fikiran NIK AZIZ nak letak jawatan.Bukannya untuk terima bala,supaya Kelantan dapat MB baru.Jangan tukar kerajaan,tukar MB saja je.Takbir.
1 Malaysia = UMNO + MIC + MCA +GERAKAN +DLL (BN)
One Malaysia= PKR + DAP + PAS +DLL (PR)
Pimai Pi mai Tang tu jugak.Rakyat juga yang susah.Pemimpin kaya raya.
One Rasuah….