Hasan Ali Bakal MB Selangor yang baru
October 20, 2009 by admin
Filed under English Version, Featured
Nyawa PKR di hujung tanduk …. desas desus yang tersebar luas di Gombak yang mengatakan bahawa Hassan Ali akan menjadi Menteri Besar kini tersebar luas di negeri Selangor. Ramai yang tercari cari dari mana puncanya dan bagaimana ia nya akan terlaksana. Bunga bunga berita ini benar sudah mula kian jelas apabila terdapat pakatan antara PAS dan BN di peringkat tertinggi. BN dan PAS akan bekerjasama dan kini telah hampir merumuskan satu pakatan baru bagi negeri negeri seperti Perak , Selangor , Kedah dan Kelantan. selanjutnya




Umno di persimpangan berbahaya
Mohd Rashidi Hassan
Tue | Oct 20, 09 | 9:51:36 am MYT
Ada beberapa petunjuk yang boleh dikutip daripada Perhimpunan Agung Umno minggu ini, yang diharapkan mampu mencetuskan lonjakan perubahan dalam Umno, sekaligus bertujuan untuk meneruskan pengekalan kuasa mereka.
Iklan
Selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang memihak kepada Barisan Nasional, nampaknya Umno tidak henti-henti menjaja, kononnya orang-orang Melayu dan India sudah kembali kepangkuan mereka.
Dari segi faktanya memang berlaku peningkatan kecenderungan beberapa peratus pengundi Melayu dan India kepada calon BN, tetapi jika ditanya secara jujur, apakah jika benar mereka kembali menyokong, ianya dibuat di atas dasar kesedaran atau suapan?
Jika orang-orang Melayu benar-benar dianggap sudah ‘insaf’ kerana kembali memihak kepada Umno, mungkin ianya suatu petanda yang tidak baik buat Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, jika orang Melayu kembali kepada Umno secara peras ugut, tipu helah atau disogok dengan wang dalam PRK Bagan Pinang, maka mustahil Umno-BN akan mendapat sokongan yang sama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Berbalik kepada perhimpunan Umno, untungnya bagi mereka ialah kerana dalam waktu yang singkat ini, mereka menyedari bahawa Umno sedang berada di persimpangan yang amatmerbahaya.
Namun, Umno tidak dirombak secara total, hanya beberapa perkara selektif dalam soal pemilihan yang ‘dihighlightkan’, kononnya buat mengekang gejala politik wang, mahupun rasuah politik wang tidak dianggap suatu kesalahan dalam Umno.
Perubahan yang harus dicanang di sini ialah, bukan dalam soal pemilihan semata-mata. Jika Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak mahu membuat islah (reform), beliau harus merubah seluruh sistem Umno.
Apakah Najib mampu untuk mengubah ‘lifestyle’ orang-orang Umno, khususnya di kalangan pemimpin yang bersifat bourjois, eletis, hartawan dan sebagainya?
Asas kepada penguasaan seseorang dalam Umno ialah dengan menggunakan pengaruh wang. Ianya bukan lagi rahsia tersembunyi dalam Umno. Jika ditanya kepada pemimpin dan perwakilan Umno, mereka akan berkata, “Semua orang guna wang (untuk menang dalam pemilihan).”
Persoalan yang harus ditanya ialah, bagaimana pemimpin berkenaan memperolehi wang yang sebegitu banyak. Jutaan ringgit ditaburkan setiap menjelang pemilihan. Bukan sahaja perwakilan, juak-juak, kroni, agen-agen kempen, semuanya ditaja pemimpin yang bertanding.
Mereka yang ditaja, bukan sekadar duit poket ketika perhimpunan berlangsung, duit makan, hotel, hiburan dan sebagainya turut ditanggung.
Malah akibat daripada kemaruk pemimpin Umno untuk memenangi sesuatu jawatan yang ditandinginya, beliau akan menaja dan menghulurkan wang bulanan kepada juak-juaknya di peringkat bahagian, untuk memastikan sokongan kepadanya kekal.
Persoalan yang sama harus ditanya berulang kali, bagaimana mereka ini dapat wang sebegini banyak? Cukupkah semua ini ditaja dengan gaji Menteri, Menteri Besar, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan sebagainya?
Keadaan sebegini menyukarkan untuk Umno direform, hanya sekadar dengan meminda beberapa peraturan berkait soal pemilihan.
Yang paling besar ialah soal integriti. Iaitu bagaimana untuk Umno melahirkan suatu bentuk kepimpinan yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat, tanpa mementingkan diri sendiri, tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan, tanpa merasuah rakyat dengan wang, tanah, jalan, letrik dan sebagainya.
Cabaran yang paling besar untuk Najib ialah, bagaimana melahirkan suatu bentuk kepimpinan yang bersih daripada memfaraid dan merompak harta rakyat untuk kepentingan kelompok mereka.
Soalnya mampukan pemimpin-pemimpin Umno untuk ‘survive’ tanpa menyalahgunakan kuasa, tanpa mengambil sesen pun wang rakyat? Soalnya mampukah Umno diurustadbir tanpa menggunakan wang kerajaan, komisyen projek, tender dan sebagainya? Ini dilema sebenar dihadapi Umno masakini.
Masalah yang dihadapi Umno ini begitu kronik sebenarnya. Kuasa, wang, pangkat dan kedudukan sudah menjadi ‘makanan rasmi’ mereka. Kebanyakannya memang menjadikan Umno sebagai tempat untuk ‘cari makan’.
Secara tradisinya, orang-orang Umno seperti kata istilah, memang tidak mampu berjuang dengan ‘qulhuallah’ atau secara ikhlas, tanpa sebarang upah atau tanpa ganjaran.
Jika mereka tidak dapat ‘mencari makan’ dalam Umno, nescaya mereka akan meninggalkan Umno.
Masalahnya di sini, jika pemimpin tertinggi melarang orang-orang bawahan menjadikan Umno sebagai tempat ‘cari makan’ atau dalam erti kata lain memasuki dan berjuang dalam Umno dengan ikhlas, pemimpin itu sendiri yang harus memulakannya.
Banyak rungutan orang-orang bawahan Umno terhadap pemimpin atau individu tertentu yang melonjak kaya raya sejak bergelar pemimpin atau mendapat jawatan tertinggi dalam parti dan kerajaan.
Mereka sering mendakwa orang atasan ‘makan besar’ mereka hanya dapat ‘sisa’ sahaja. Orang atasan makan ‘lauk’, mereka hanya dapat ‘kuah’nya sahaja. Mereka juga sering kedengaran berkata, jika orang atasan ‘sapu banyak’, apa salahnya jika mereka ‘sapu sedikit’.
Istilah-istilah sebegini memang popular dalam Umno, kebanyakan mereka amat memahami apa yang penulis maksudkan.
Ianya mencetuskan persepsi bahawa, Umno dan rasuah terlalu amat sukar untuk dipisahkan. Ibarat kata, jika tidak rasuah itu bukan Umno, jika Umno mesti kena amal rasuah untuk ‘survive’.
Ini yang Najib serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus hadapi sebenarnya. Mereka harus berusaha membunuh persepsi bahawa Umno sudah sebati dengan rasuah!
Tetapi pada waktu ini, jelasnya Najib dan Muhyiddin gagal untuk mereform Umno. Ikon-ikon perasuah dalam Umno, yang sudah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplinnya sendiri seperti Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Dato’ Seri Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, terus dijulang dalam parti.
Jika pemimpin-pemimpin Umno seperti Najib, Muhyiddin dan ikon-ikon perasuah ini kekal dengan persepsi sebagai perasuah, bagaimana Umno hendak direform?
Apakah Najib lupa pepatah Cina yang mengatakan, ‘ikan busuk bermula di kepala’?
Apakah Umno boleh direform hanya dengan menjerit-jerit memaki Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat?
Hakikatnya Umno tidak mampu berubah dalam waktu yang terdekat ini. Mereka hanya kuat dan kelihatan gagah dengan provokasi media.
Pemimpin-pemimpin Umno hanyalah juara berkokok seumpama ‘mulut si murai, tidak sedar kampung tergadai.’_
Rabu 21 Oktober 2009 | 2 Dzulka’edah 1430 Hijrah
Antara Mahsuri dan Altantuya
H Fansuri
Tue | Oct 13, 09 | 10:21:51 pm MYT
Ada beberapa sudut pandang jika kita ingin meneliti kisah Mahsuri. Sosok Mahsuri memang wujud. Keturunannya masih ada. Yang dipertikai orang adalah, beberapa kisah aneh mengenainya, iaitu saat-saat menjelang kelahirannya dan kematiannya.
Iklan
Apakah benar, beliau berdarah putih? Apakah benar, Makndak mengandungkan Mahsuri setelah makan kerak nasi yang sebenarnya maya padi?
Apakah benar, 7 hari selepas makan kerak nasi, seekor ular cinta mani (sejenis ular sakti, berkepala itik) berlegar-legar sekeliling rumah dan ular itu tidur di bawah rumah?
Apakah benar, Mahsuri cuma mati jikalau ditikam dengan sebilah keris khas yang dibalut dengan kain kuning? Inilah yang dipersembahkan dalam teater bangsawan Mahsuri yang dipentaskan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula 9 – 11 Oktober lalu.
Kisah Mahsuri, isunya bukan darah putih, ular cinta mani atau keris keramat. Hal itu, tak diketahui tentang letak duduk kebenarannya. Ia boleh disebutkan sebagai dongeng.
Hal dongeng jika didebatkan, tidak pergi ke mana-mana. Hal yang tidak bersifat dongeng itulah yang terlebih baik untuk kita bahaskan bersama.
Dalam kisah Mahsuri, ada hal yang nyata, tidak bersifat khayalan. Hal yang nyata dan tak boleh ditolak itu adalah sifat dengki, iri hati, rasa cemburu, dendam serta sakit hati yang akhirnya membawa kepada kematian Mahsuri.
Kematian Mahsuri lambang kezaliman pemerintah
Watak-watak Mahura, Deraman dan lain-lain watak yang berkonspirasi untuk membunuh Mahsuri masih wujud sehingga ke hari ini, tetapi ia dilakonkan watak yang lain pula.
Mereka berkomplot dan oleh kerana komplot ini berlaku dalam kalangan pembesar, maka Mahsuri tidak mendapat sebarang pembelaan.
Keadaan mungkin berbeza jika kes Mahsuri melibatkan pertikaian orang-orang bawahan, dan pihak penguasa tidak terlibat dalam pertikaian tersebut.
Oleh kerana kes purba ini berprofil tinggi, maka kepada siapa lagi keluarga Mahsuri ingin mengadu segala permasalahan ketika penguasa yang diharap dapat memberikan keadilan, telah berbuat kezaliman, tidak menghukum manusia secara adil dan tidak membicarakan dakwaan ke atas Mahsuri dengan telus.
Kita pun tertanya-tanya, apakah wujud golongan ulamak, pendeta dan manusia bijaksana yang menegur perbuatan kejam dan zalim itu?
Mahsuri dibunuh ketika suaminya berperang demi mempertahan negeri Kedah daripada serangan Thai. Ini bermaksud, memang ada perancangan yang tersusun dan mereka yang berniat jahat itu memang menunggu waktu yang sesuai untuk membunuh Mahsuri.
Jika suami Mahsuri masih ada di sisi, maka tuduhan tohmahan terhadap Mahsuri tentulah terbatal. Ini kerana, tuduhan itu ialah � Mahsuri berlaku serong dengan lelaki lain, wanita itu menduakan suaminya ketika suaminya pergi berperang.
Bentuk hukuman ke atas Mahsuri secara tergesa-gesa ini menunjukkan bahawa penguasa pulau lagenda itu telah mengambil keputusan untuk segera membunuh Mahsuri sebelum suami Mahsuri, Wan Derus kembali ke Langkawi.
Kalau benar Mahsuri berlaku curang dengan lelaki lain, maka hukumannya bukan bunuh, tetapi ia mestilah disesuaikan dengan hukum syarak seperti direjam dengan batu.
Antara Altantuya dan Mahsuri, siapa lebih dizalimi?
Tidak boleh diukur kekejaman itu dengan keris yang menikam Mahsuri. Tidak boleh juga kita menyukat kezaliman dengan membandingkan bisanya keris dengan kuatnya ledakan bunyi dentuman bom C4 yang digunakan untuk meletupkan tubuh Altantuya.
Akal logik tidak boleh membuat hukuman bahawa oleh sebab dentuman C4 itu lebih kuat hingga menghancurkan tubuh Altantuya, maka kes Altantuya dibunuh itu lebih zalim dan kejam berbanding pembunuhan Mahsuri, kerana tubuh Mansuri tidak hancur.
Tidak betul cara berfikir begitu. Kita mesti ukur kezaliman serta menyukat kekejaman itu bersandarkan cara kes itu dikendalikan dan bukanlah disebabkan faktor keris dan bom C4 tersebut. Akal kita mesti lebih hadhari ketika membuat kesimpulan dalam kes ini.
Altantuya tidak dihakimi, tidak dibicarakan. Maka adalah satu jenayah untuk membunuh beliau. Sebaliknya, kes Mahsuri itu telah dibicarakan dengan berat sebelah. Dia difitnah, dia diburuk-burukkan, diaibkan oleh sekian banyak tuduhan yang tidak berasas.
Barangkali, Altantuya lebih dizalimi kerana sosok yang jelita lagi menawan putera Bugis ini dilayani sebagai haiwan, boleh dibunuh sesuka hati tanpa perkiraan dosa, pahala.
Mungkin ada orang yang mahu menyanggah pendapat ini. Hal itu, bolehlah kita debatkan kemudian jikalau ada pihak yang beranggapan bahawa Mahsuri dibunuh lebih kejam lagi berbanding kes Altantuya. Wallahu alam.
Bagaimanapun, pendapat bahawa Mahsuri dibunuh lebih zalim berbanding Altantuya itu bukanlah bermaksud bahawa Najib Razak lebih baik berbanding Mahura dan pihak-pihak yang membunuh Mahsuri. Ini kerana, zalim tetaplah zalim.
Bukan ada neraca yang menetapkan bahawa berat kezaliman ke atas Altantuya itu seberat 1 kg, sementara kezaliman ke atas Mahsuri cuma seberat segantang cuma. Kejam tetaplah kejam. Keadaan mungkin berubah jika watak Mahura disamakan dengan Rosmah.
Sentimen-sentimen seperti menyamakan Mahura dan Rosmah mungkin mengundang satu pendapat lain pula yang melihat kes pembunuhan Altantuya itu lebih kurang setara kejam dan zalimnya dengan kes pembunuhan Mahsuri. Wallahu alam.
Oleh kerana perbincangan seperti ini boleh menelan waktu yang panjang, maka ada lebih baik kita khatam dulu bicara di sini.
Terima kasih kepada pelakon teater Mahmud Jelani yang maklumkan mengenai hal teater percuma baru-baru ini. Juga kepada Kumpulan Bangsawan Sri Kedah yang bergiat cergas mementaskan teater purba, bangsawan yang makin kurang dipentaskan sekarang.
Semoga kita tidak lagi memandang kes Mahsuri dengan darah putihnya dan keris keramat yang digunakan untuk membunuhnya, tetapi ia dinilai sebagai satu peristiwa gelap dalam lipatan sejarah yang patut dielakkan pada masa depan.
Hendaknya, kisah purba sebagai pengajaran kepada masyarakat ini janganlah dikapankan dalam ingatan kita, sebaliknya sentiasa dibahas daripada sudut lain pula.
Persembahan teater Mahsuri sebenarnya menarik. Semoga pemilihan dialognya itu lebih mencapah, menyentuh perihal ketidakadilan penguasa dalam menjatuhkan hukuman. Ini kerana, roh dan semangat asal kisah ini memperihalkan kezaliman penguasa.
Mungkin, persembahan teater yang memberikan pengajaran ini perlu menggunakan suatu pendekatan seperti teater Menunggu Kata Dari Tuhan, karya Dinsman di mana akhir dari pementasan itu, penonton diajak berdialog, bertukar fikiran dan bertanyakan soalan.
Mahsuri wanita suci?
Di sana masih kedengaran pendapat yang menyatakan bahawa ada kemungkinan Mahsuri adalah wanita yang tidak menjaga kehormatannya. Pandangan demikian berangkat daripada persoalan, bagaimanakah Mahsuri boleh tinggal serumah dengan lelaki asing ketika ketiadaan suaminya?
. Kalau pun Mahsuri itu tidak melakukan perbuatan terkutuk, bagaimana pula dengan sikap isteri orang yang dilihat berdua-duaan dengan lelaki asing sambil bermain bunyi-bunyian di luar rumahnya sehingga menjolok mata masyarakat setempat?
Jawapan ke atas soalan seperti ini tetap ada. Seperti biasa, kita akan melakukan kesilapan. Tetapi, adakah hukuman ke atas kita itu setimpal?
Kenapa kita harus meneropong ke atas kesilapan Mahsuri saja tetapi seperti terlupa untuk membahaskan kekejaman penguasa dan hasutan Mahura?
Sebesar-besar dosa Mahsuri sekali pun dan kalau darahnya tidak putih bagi menunjukkan bahawa dia wanita suci tetapi kita tak boleh menolak kebenaran bahawa dia telah melafaz sumpah bahawa Langkawi akan dilanda musibah 7 keturunan.
Maka, lafaz sumpah itu adalah doa daripada seorang wanita yang telah dizalimi. Mungkin juga dia berdosa, tapi peruntukan Allah ke atas Mahsuri tetap ada. Iaitu peruntukan untuk berdoa agar dilimpahkan kecelakaan ke atas pihak-pihak yang telah menzaliminya.
Mungkin, azab yang menimpa Langkawi itu, bukan disebabkan oleh kedudukan Mahsuri sebagai wanita keramat seperti yang difahami orang. Lagi pun, bukankah doa orang yang dizalimi itu akan dimakbulkan Tuhan tanpa sebarang hijab?
Mahsuri itu mungkin berdosa, tapi peruntukan Allah untuk membela orang yang dizalimi itu tidak diperhitungkan melalui dosa Mahsuri sebelum ini. Sabda rasul, takuti doa orang yang dizalimi, kerana doa antara mereka dengan Tuhan tiada hijab.
Tidak disebut kedudukan orang dizalimi di sini sama ada mereka sendiri pernah berdosa atau tidak. Bermaksud, jika seseorang itu berdosa kepada Tuhan, tetapi dalam masa yang sama, mereka dizalimi pemerintah, maka dosa mereka itu bukan hijab untuk Tuhan kabul doa mereka yang meminta dilimpahkan keburukan ke atas pemerintah yang zalim itu.
Penduduk Kg Berembang mungkin juga berdosa. Tapi, ketika mereka dizalimi Khir Toyo yang menumbangkan surau, rumah mereka, Allah kabulkan doa, sumpah seranah mereka dengan menjatuhkan Khir Toyo dalam pilihan raya umum ke-12. Alhamdulillah!
Tuhan tak membuat perkiraan seperti ini � oleh kerana mereka yang dizalimi itu pun ada dosa, maka Dia pun tidak akan mengabulkan doa mereka ke atas pihak yang menzalimi mereka itu. Tuhan tidak berat sebelah. Penzalim lebih awla mendapat hukumanNya.
Apabila mempertimbang semua ini dengan teliti dan sehalus-halusnya. Hanya ada suatu hal sahaja yang menendang-nendang akal fikir kita. Pertanyaan demi pertanyaan, soalan demi soalan sedang berlari-lari, menari-nari dan melantun-lantun dalam kepala.
Jika Mahsuri bersumpah yang buruk-buruk ke atas Langkawi sebelum kematiannya, kita ingin bertanya soalan saja, apakah Altantuya pernah bersumpah bahawa Malaysia akan menjadi padang jarak padang tekukur sebelum tubuhnya diletupkan C4?
MOGA-MOGA MEREKA YANG PEMBUNUH DAN YANG BERSUBAHAT DI BALASI SEADIL-ADIL ATAS DOSA YANG MEREKA KERJAKAN
5:26 a.m, 12 Oktober
Sekolah Pemikiran Kg Baru
Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah
Md Noor Yahya
Thu | Oct 22, 09 | 7:09:08 pm MYT
KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.
Iklan
Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.
Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.
Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato� Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.
�Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja,� katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.
Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan “Bertani Satu Ibadah” merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.
Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.
Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan._
Indek rasuah mungkinlah tapi indek sumbang mahram makin bertambah,kadar jenayah tinggi,penagih dadah makin bertambah, ini bukan tuduhan tapi realiti. Apakah usaha kerajaan negeri untuk menangani masalah ini?
Dikelantan nampak semuanya baik sebab mereka buat jahat diluar kelantan,kalau tak percaya sekarang ni cuba periksa digolok dan tak bai berapa banyak orang kelantan,malam ini cuba periksa disetiap dangdut dan pub,berapa ramai orang kelantan.Tapi bila tanya mereka sokong siapa? mereka jawab sokong PAS.Kenapa sokong PAS? Mereka jawab sekurang-kurangnya dosa mereka akan terhapus.Saya minta supaya wansalman betulkan akidah mereka dulu.