Hapuskan perbalahan dalaman
February 22, 2010 by admin
Filed under Cakap-cakap Politik
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti.
Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu.
Sehubungan itu beliau mengingatkan kedudukan UMNO dan BN adalah kritikal jika masalah dalaman seumpama itu tidak diselesaikan segera.
”Kegagalan itu berdasarkan kajian yang dibuat selepas pilihan raya umum lalu bagi mencari punca sebenar kenapa UMNO dan BN gagal mempertahankan kemenangan (majoriti) dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu itu.
”Jika tiada perubahan dilakukan, kita (UMNO) tidak mampu bertahan,” katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara Kampus Khazanah Alam, Bandar Jengka dekat sini hari ini.
Konvensyen selama tiga hari yang berakhir hari ini dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO dari 14 bahagian di negeri itu.
Muhyiddin menegaskan, pemimpin dan ahli UMNO perlu segera mencari jalan menyelesaikan segala masalah dalaman terutama persengketaan dalam tempoh satu atau dua tahun ini supaya ia tidak berterusan ketika menghadapi pilihan raya umum akan datang.
”Tempoh 24 bulan adalah masa yang singkat untuk membetulkan semula keadaan tetapi jika tiada usaha mengatasinya, ia akan menjadi isu dan persepsi yang boleh mempengaruhi rakyat,” tegasnya.
Dalam politik, jelasnya, persepsi adalah penting kerana ia boleh mempengaruhi minda dan pandangan pengundi, bahkan menjadi penentu sama ada mereka akan mengundi UMNO pada pilihan raya atau sebaliknya.
”Kita perlu ingat masih ramai orang Melayu yang miskin dan ketinggalan dalam semua bidang seperti ramai yang masih menjadi nelayan, petani dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau bimbang kerana masih terdapat ketua bahagian dan cawangan yang tidak menjalankan program termasuk pendekatan baru yang diketengahkan oleh UMNO iaitu program Juara Rakyat.
Katanya, program itu ialah satu cara yang dilihat lebih berkesan untuk mendekati rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Di samping itu, Muhyiddin juga memberi jaminan bahawa usaha kerajaan memperkenalkan Model Ekonomi Baru bertujuan membantu orang Melayu tanpa meminggirkan kaum lain.
”Walaupun model ini memperlihatkan kesamarataan bagi semua kaum tanpa mengira budaya dan agama tetapi ia tidak bermakna hak-hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan diketepikan.
”Melalui model yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membantu semua rakyat miskin di kalangan orang Melayu dan juga bukan Melayu,” kata Muhyiddin.
Bercakap kepada pemberita, beliau memberitahu, UMNO akan berusaha untuk memahami aspirasi golongan muda dalam usaha menarik mereka menyokong BN dalam pilihan raya akan datang.




10 Budak Hitam boleh keluar BN, jadi Adun bebas | Print | E-mail
http://apakhabarganu.blogspot.com
Hasrat sepuluh Ahli-ahli Dewan undangan Negeri yang tidak sehaluan dengan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said (Geng 10 Budak Hitam) untuk ‘menggugurkan’ Ahmad sebelum ‘tempoh matangnya’ nampaknya, sekali lagi akan menemui kegagalan.
Setelah Ahmad diserang ‘keras’ dalam Sidang DUN akhir tahun lalu, 10 budak hitam telah memberikan ‘katadua’ kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak.
Pada sidang DUN tersebut Ahmad telah di gelar sebagai ‘pelawok’ dalam loghat orang Terengganu oleh ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah, yang membawa maksud Ahmad adalah seorang ‘penipu’.
Sebagai respon kepada tuduhan Alias, Ahmad telah bersumpah dengan nama Allah, tidak melakukan penyelwengan dan penipuan, terutamanya dalam program pengagihan air zam-zam dan kurma, pada bulan Ramadhan lalu.
Setelah gagal ‘meggugat’ kedudukan Ahmad, 10 budak hitam dikhabarkan telah ‘menjolok’ dan memberi ‘katadua’ kepada Najib.
Mereka menyangka, Najib akan menyebelahi mereka kerana menurut perkiraan mereka segala bantahan dan tindakan yang mereka lakukan sebelum ini memberikan Najib pertimbangan untuk memecat Ahmad.
Tindakan yang paling nekad kumpulan 10 budak hitam ialah menjadikan bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Idris Jusoh, Dato’ Ramzi sebagai ‘korban’ dalam peristiwa ‘SMS Ugut Bunuh’.
Namun perkiraan mereka salah.
Dengan segala tindakan yang mereka ambil, bukannya kedudukan Ahmad menjadi semakin rapuh, bahkan khabar terbaru yang diterima, tindakan mereka tidak di restui oleh Najib.
Kedudukan Ahmad juga kini menjadi semakin kukuh, dengan berita masakini yang dikhabarkan, beliau (Ahmad) sedang berada di Jerman, menziarahi Sultan Mizan yang sedang menjalani pembedahan.
Disebalik semua itu, rupa-rupanya ada suatu kesah yang diberitahu oleh sumber dalam Umno, yang menyebabkan Najib tidak akan ‘menggugurkan’ Ahmad sebagai MB.
Sumber tersebut memberitahu, Ahmad dikatakan mempunyai hubungan yang amat baik dengan ‘Bonda’, ibunda kepada Sultan Mizan.
Dengan hubungan Ahmad yang dikhabarkan begitu ‘istimewa’ dengan ‘bonda’, Najib telah terhutang budi kepada Ahmad.
Ketika menghadapi situasi perletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib telah meminta jasa baik Ahmad melalui ‘Bonda’ supaya memujuk Sultan Mizan selaku Yang Dipertuan Agong supaya menerima Najib sebagai PM.
Oleh yang demikian, Najib tidak sanggup ‘menggugurkan’ Ahmad sebelum tempoh matangnya, iaitu pada pilihanraya umum akan datang.
Maka, terselamatlah lagi Ahmad untuk pusingan yang seterusnya bagi menamatkan separuh kedua penggal yang ke 12, sebagai MB Terengganu.
Kecuali, Geng 10 budak hitam benar-benar sudah cukup berani membuat satu keputusan politik, justeru sebagaimana yang mereka sebutkan ‘untuk masa depan rakyat Terengganu’.
Mereka boleh memilih untuk keluar dari BN, tetapi tidak keluar Umno, menjadi ADUN-ADUN bebas tetapi menyokong Pakatan Rakyat.
Dengan itu, sekiranya dicampur dengan ADUN dari PAS, dan sekiranya melebihi majoriti, mana-mana wakil yang dipersetujui boleh memohon mengadap Sultan Terengganu bagi menukarkan Menteri Besar.
Ia adalah sangat praktikal, sebagaimana yang dilakukan oleh Najib di negeri Perak Darul Ridzwan.
—————————————–
Segala kandungan tulisan ini adalah pandangan pribadi penulis kecuali dinyatakan sebaliknya.
APA-APA PUN JANGANLAH DI AMBIL AKAN PUAK2 DARI UMNO NI,SEBAB MEREKA UMPAMA API DALAM SEKAM KELAK.
KUALA KRAI: Tindakan ahli dan penyokong Pas di Kelantan beralih menyertai Umno secara beramai-ramai sejak kebelakangan ini, membuktikan mereka semakin sedar berlaku banyak penyelewengan dalam parti itu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pemimpin Pas terutama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar, kerap mengeluarkan ‘fatwa’ serta pandangan mengelirukan hingga tidak menyenangkan sebahagian daripada ahlinya.
Beliau berkata, kenyataan terbaru Nik Aziz yang menganggap perarakan Maulidur Rasul tidak ada fadilat, menunjukkan dia mengikut apa yang dilakukan rakan dalam pakatan pembangkang di Pulau Pinang, sedangkan majlis berkenaan adalah perkara baik dan bukannya bidaah.
“Kita (Umno) bersyukur dengan kemasukan ahli Pas (dalam Umno), ini membuktikan mereka sudah sedar bahawa pemimpin Pas kini sudah banyak melakukan penyelewengan terutama membabitkan akidah selain mengeluarkan ‘fatwa’ serta pandangan yang mengelirukan.
“Kemasukan mereka ini juga melambangkan wujudnya ketidakstabilan dalam mengeluarkan pendapat di kalangan pemimpin Pas sendiri sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan ahli pada peringkat akar umbi,” katanya.
Beliau memberitahu pemberita pada majlis penyerahan borang kemasukan 82 ahli Pas sekitar Bukit Sireh di sini ke dalam Umno petang kelmarin. Hadir sama Ketua Umno bahagian Kuala Krai yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Ramzi Abdul Rahman.
Mustapa berkata, dalam tempoh empat bulan kebelakangan ini, sudah tiga majlis diadakan sempena penyertaan ahli Pas ke dalam Umno dengan majlis pertama diadakan di Machang, Pasir Mas dan terbaru di Kuala Krai.
“Umno akan menganjurkan majlis seperti ini sekerap mungkin demi perpaduan Melayu serta kekuatan umat Islam di samping mempereratkan hubungan rakyat negara ini di bawah konsep 1Malaysia,” katanya.
Wakil ahli Pas Bukit Sireh, yang mengetuai majlis kemasukan beramai-ramai itu, Zamzuri Ismail, 40, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana bosan serta benci dengan sikap wakil rakyat Pas yang tidak mengambil berat mengenai nasib masyarakat.
“Sikap wakil rakyat Pas yang acuh tak acuh serta tidak cakna kepada masyarakat selain gagal menyediakan kemudahan prasarana dengan baik kepada masyarakat yang mengundi mereka.
“Kami rasa begitu dukacita, sepatutnya dari awal kami sepatutnya bersama Umno dan jangkaan saya, kemungkinan ramai lagi akan menyertai Umno,” katanya.
Buka hati buka minda.
Sana sini untung tetapi ekonomi merudum
Angkasanuri
MAS diumumkan mencatatkan keuntungan RM 610 juta, Proton syarikat yang tradisinya mencatat kerugian saban tahun sebelum ini dilaporkan turut mencatat keuntungan.
Petronas yang selama ini menjadi ‘lubuk duit’ kerajaan 1Malaysia sudah dijangka terus meningkat dari segi keuntungan.
Bila banyak untung maka sepatutnya banyak le kerajaan 1Malaysia menuai hasilnya sama ada dari segi cukai atau ‘pinjaman boleh ubah’.
Bila dah banyak untung maka sepatutnya ekonomi negara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Begitu juga dengan indeks komposit yang terasnya hasil komoditi utama negara seperti getah dan kelapa sawit juga menunjukkan peningkatan harga di pasaran semasa.
Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Harga minyak dalam negara dijangka hanya menunggu masa yang sesuai untuk dinaikkan.
Harga tarif elektrik diumumkan ditangguhkan kenaikannya buat sementara waktu. Maknanya naik tetap naik. Paling lewat selepas pilihanraya umum ke 13.
Kemenangan besar Barisan Nasional bermakna ‘lesen’ kepada kerajaan untuk menaikkan apa-apa yang ditangguhkan sebelum ini. Maka kalau nak merasa ‘ nikmat’ kenaikan kos sara hidup ‘ Undilah Barisan Nasional’.
Dalam situasi yang lain perbelanjaan dan kedudukan kewangan kerajaan menunjukkan situasi yang membimbangkan. Perbelanjaan mengurus yang diluluskan dalam belanjawan sebelumnya dipotong sehingga dua kali ganda seperti perbelanjaan untuk institusi pendidikan.
Dalam pada itu, hari ini Perdana Menteri 1Malaysia mengumumkan ekonomi negara menguncup 1.7 peratus. Tetapi menurut pandangan beberapa pakar ekonomi sebenarnya kadarnya lebih tinggi lagi.
Jadi persoalannya yang untung sini sana tu mana pergi duitnya?
Azmin pernah diugut polis supaya mengaku diliwat Anwar | Print | E-mail
M Faqih
MACHANG, 25 Feb: “Saya pernah diugut polis supaya mengaku pernah diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditahan pada 16 September 1998,” kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.
“Pegawai polis meminta saya menandatangani surat mengakui diliwat. Saya diugut akan ditahan di bawah ISA selama 20 tahun kalau tidak mahu menurut kehendak mereka,” katanya pada ceramah isu semasa di padang Majlis Daerah Machang malam tadi.
Menurutnya, beliau tidak sanggup untuk menurut kehendak mereka sehingga didera begitu rupa ketika dalam tahanan.
Malah katanya, ketika itu dua lagi kenalan rapat dengan Anwar iaitu Dr Munawar dan Sukma juga diminta membuat pengakuan serupa bagi mengaibkan bekas Timbalan Perdana Menteri terbabit.
Menurutnya, beliau hanya dibebaskan Mahkamah Tinggi kemudiannya selepas didapati tahanannya dilakukan secara salah.
“Tidak lama kemudian hakim yang membebaskan saya telah ditukar ke negeri lain,” katanya di hadapan ribuan penduduk tempatan yang memenuhi segenap ruang padang.
Oleh itu, Azmin yang juga anggota parlimen Gombak berkata, versi kedua dakwaan liwat terhadap Anwar dipercayai mempunyai elemen-elemen yang serupa pernah dilaluinya lebih 10 tahun lalu.
“Apa yang Umno lakukan sekarang hanya mengulangi kembali tragedi yang pernah dilakukan Hitler dan Lenin bagi mematikan karier politik musuh mereka dengan dakwaan seks.
“Fitnah seks yang digunakan secara berleluasa pemimpin Jerman tersebut bagi menghalang kebangkitan musuh politik mereka,” katanya.
Bukti mana? Masa Hitler dia pakai perempuan (itu biasa) ini luar biasa.Tapi kalau kes ini diadili oleh mahkamah Australia dah tentu Anwar lepas sekiranya Saiful mengaku merelakan dirinya diliwat. Tapi kalau diMalaysia ni Saiful mengaku membenarkan Anwar meliwatnya adakah undang-undang membenarkan perbuatan liwat dilakukan dengan syarat suka sama suka?