Kelab Penyokong Maya UMNO // KPMU.NET

Kejutan politik bermula – Zahrain londeh pekong Anwar
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 17 Mac – Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) hari ini menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ‘16 September.’

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar ‘panas punggung’ sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang lain yang turut ‘panas telinga’ dengan pendedahan tersebut mengekori Anwar meninggalkan sidang itu.

Ketika itu Zahrain baru sahaja berucap lima minit membahaskan usul ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Zahrain mendedahkan bagaimana Anwar membohongi wakil rakyat pembangkang kononnya ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat parti menyertai pembangkang lebih daripada mencukupi.

Anwar kata Zahrain, turut ‘menjaja’ nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zahrain yang memulakan ucapannya pada pukul 5.05 petang berkata, Anwar mendakwa kononnya Seri Paduka pada satu ketika pernah menunggu di istana untuk mengesahkan jumlah ahli Parlimen BN yang melompat parti bagi menyertai pembangkang.

”Beliau mengakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga menyokong pelantikan tersebut,” tegasnya.

Pada ketika itu, Anwar dilihat bangun sambil berjalan keluar meninggalkan dewan.

Tindakannya itu diikuti ramai wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Tian Chua (PKR-Batu) dan N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) pula kelihatan bangun mengherdik Zahrain tanpa mempedulikan nasihat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee yang meminta mereka bertenang.

Dewan menjadi riuh rendah apabila beberapa penyokong kerajaan antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan); Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) dan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjerit ‘pengecut,’ ‘penakut’ dan ‘kalau berani tunggu’ ke arah Anwar bagi mendesak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak keluar Dewan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) pada ketika itu pula meminta supaya Yang Dipertua Dewan mengarahkan Gobalakrishnan keluar dari dewan kerana terus bangun dan menjerit.

Bagai melepaskan tembakan bertubi-tubi, Zahrain meneruskan perbahasannya dan dengan selamba menggelarkan perbuatan wakil-wakil rakyat pembangkang yang keluar dewan dan mengherdiknya sebagai sindrom penafian.

”Kami juga dibohongi (Anwar) kononnya salah seorang Timbalan Speaker (Dewan Rakyat) akan mempengerusikan usul undi tidak percaya (terhadap) kerajaan dan menyokong pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Gobalakrishnan yang dilihat masih tidak berpuas hati akhirnya diberi peluang oleh Zahrain untuk mencelah.

Gobalakrishnan yang pada mulanya gagal menyampaikan soalan dengan baik dan ditertawakan beberapa wakil rakyat BN menggunakan ruang itu dengan mendakwa Zahrain keluar PKR kerana gagal mendapat projek mengurus dan menyelenggara sebuah padang golf.

Zahrain menjawab dakwaan tersebut dengan mencabar Gobalakrishnan supaya mengulangi tuduhan itu di luar dewan supaya beliau boleh menyamannya.

Beliau seterusnya mendedahkan punca lain meninggalkan PKR adalah kerana parti itu yang pada mulanya memperjuangkan reformasi dan keadilan kini dilihat tertumpu kepada perjuangan peribadi individu tertentu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu turut menyifatkan Anwar sebagai “raksaksa pelbagai wajah” ekoran pendiriannya yang sentiasa berubah-ubah dalam memperjuangkan orang Melayu dan kepentingan agama Islam.

Zahrain juga mendedahkan bahawa Anwar yang kini mendabik dada mahu memperkasakan institusi Islam di negara ini pernah menggelarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ulama ‘terompah’ iaitu satu gelaran yang sinonim dengan tandas atau tempat kotor.

Selain itu, katanya, tindakannya keluar PKR adalah kerana parti itu terlalu ‘memperhambakan diri’ dan tunduk kepada DAP sedangkan Anwar pernah berjanji kepadanya bahawa mereka tidak akan sesekali mengikut telunjuk DAP.

Perbahasan Zahrain disambung esok.

Sementara itu, beliau yang ditemui selepas itu memberitahu hanya menggunakan kesempatan berbahas bagi menjelaskan punca meninggalkan PKR serta janji-janji yang pernah dibuat oleh Anwar sebelum ini.

Mengenai tindakan Anwar yang keluar dewan selepas beberapa minit beliau berucap berkata: ”Saya tidak tahu, saya tidak perasan pun tetapi apa yang penting ia tidak membawa apa-apa makna (kepada saya) dan saya hanya menyampaikan cerita sebelah saya.”

Pemuda BN Lancar Rally 1Malaysia, Jom One Malaysia 17 April Ini
Pemuda Barisan Nasional (BN) akan melancarkan program Rally 1Malaysia pada 17 April nanti bagi mendidik dan menarik lebih ramai generasi muda menghayati konsep 1Malaysia.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, program yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Penyertaan nanti terbuka kepada semua generasi muda tanpa mengira latar belakang bagi mendidik mereka mengenai konsep 1Malaysia.

“Walaupun konsep 1Malaysia telah diterima baik khususnya oleh golongan muda tetapi program seperti ini penting bagi memastikan semangat tersebut sentiasa subur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Pemuda BN di Wisma MCA, di sini hari ini.

Menurut Khairy, pada pelancaran program Rally 1Malaysia itu nanti, pihaknya juga akan melancarkan satu lagi program susulan iaitu Jom One Malaysia.

Jelasnya, Jom One Malaysia merupakan program jelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi memperkenalkan lagi konsep 1Malaysia khusus kepada penduduk di kawasan pedalaman.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai cukai tersebut secara tepat.

“Kita melihat masih ramai rakyat yang tidak memahami dengan jelas apa itu GST dan pada masa yang sama juga, isu ini menjadi modal kepada pembangkang untuk memfitnah kerajaan,” katanya.

BENARKAH 10,000 UMAT ISLAM MURTAD DAN JIKA INI ANGKA BENAR APAKAH TINDAKAN ???????
http://www.tepakbersulam.com

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang tanya mufti Perak mengenai ceramah-ceramahnya yang mengatakan bahawa lebih 10,000 umat Islam sudah murtad dan dia sendiri menyatakan UMNO gagal dalam hal itu, mufti terus diam dan meletakkan telefon. “Jadi, siapa yang tidak bekerjasama,” Lantas PAS bergabung dengan DAP/PKR.

Persoalan nya  sekarang apakah angka yang dinyatakan ini adalah angka yang benar  dan  benarkah 10,000 umat Islam sudah murtad ?

Sekiranya ini satu angka yang benar maka adalah satu kewajipan bagi parti PAS untuk bergabung dengan UMNO untuk menubuhkan sebuah kerajaan bagi menangani masalah ini kerana dari angka yang disebut dan jika ianya benar berlaku adalah merupakan sesuatu gejala yang amat serius yang perlu ditangani.

Apakah dengan bergabung dengan DAP/PKR menubuhkan kerajaan boleh mengurang atau menghalang Murtad ? Apakah selama hampir setahun bergabung dengan DAP/PKR/PAS telah berjaya melakukan sesuatu bersama DAP/PKR untuk mengelakkan angka ini meningkat ? Kesombongan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang juga boleh menyukarkan pergabungan dua buah parti Melayu untuk bergabung untuk menubuhkan sebuah negeri. Akibatnya akan ditanggung oleh rakyat apabila dengan gabungan PAS / DAP/PKR juga tidak boleh menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat. serta tidak boleh memerintah dengan baik kerana wadah perjuangan mereka yang tidak sehaluan

Mengapa bekas Pesuruhjaya Pas Perak ini yang mendakwa, antara sebab kegagalan kerajaan perpaduan PAS/UMNO yang membuat beliau mengambil tindakan adaalah kerana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya membangkitkan perkara tersebut melalui telefon. Mengapa beliau tidak mengusulkan satu pertemuan sekiranya beliau juga amat serius untuk menangani isu murtad ini apabila mufti Perak (Harussani) menghubungi beliau dan menyatakan inilah masanya parti Melayu bergabung dan membangun kan Islam.

Hari ini BN yang ditunjangi oleh parti UMNO perlu memberikan penerangan yang wajar kepada rakyat jika benar dakwaan Mufti Perak berkenaan bahawa terdapat kes 10,000 umat Islam yang murtad dan ini tidak perlu di sorok kerana angka ini amat menakutkan . Rakyat yang beragama Islam perlu tahu untuk berwaspada dan untuk lebih tegas mengawal dan memantau perilaku anak anak. UMNO juga perlu memaklumkan kepada rakyat apakah tindakan kerajaan agar rakyat juga turut boleh menyumbang kan pendapat dan membantu kerajaan menangani isu yang amat serius ini.

Datuk Seri Dr Zambry perlu melihat kepada isu ini dengan lebih serius dan memberikan tumpuan kepada menangani masalah ini yang amat menakutkan dan memalukan . Rakyat perlu diperjelaskan agar memahami keadaan yang sebenar jika ini sebenarnya tidak berlaku di negeri Perak atau pun di Malaysia. Saya sendiri amat kecewa apabila membaca laporan ini dan saya sendiri keliru , apakah ini sebenarnya berlaku.

Nik Aziz : Lompat Parti ibarat buaya ? siapa yang buaya ?
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan beberapa wakil rakyat PKR yang keluar parti dan menjadi wakil bebas disifatkan sebagai “buaya di sebalik batu”. “Sedihnya, ribut tidak (ada), hujan pun tidak, tiba-tiba bah melanda! Syak saya teramat kuat akan adanya kepentingan politik (mereka) tersendiri. Ini bukannya udang di sebalik batu, bahkan buaya,” katanya.

selanjutnya

Berapa Ramai sudah ahli DAP di Islamkan oleh Nik Aziz
Oleh TepakBersulam

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.Menurut Nik Aziz kehadiran Pas dalam Pakatan Rakyat kini mentarbiahkan dan memperkenal kan Islam kepada bangsa asing. Katanya lagi , Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam.

Apa selama ini wujud MCA dan Gerakan MIC dan parti komponen lain dalam BN , BN tidak memperkenal kan Islam kepada bangsa asing, Berapa ramai sudah ahli DAP yang memeluk agama islam atas kejayaan Nik Aziz dan Pas memperkenal kan Islam kepada mereka.

Yang hairan nya Pas sanggup memusuhi orang Islam dan orang Melayu dalam Islam dan bersaudara dengan bangsa asing serta menuduh orang Melayu sebagai sesat. Nik Aziz juga mengatakan bahawa Karpal Singh tidak lagi menghina Islam.

Kata beliau lagi : Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandang kan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Mungkin Nik Aziz sudah nyanyuk atau mungkin Nik Aziz sudah buta apabila pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang bersikap seperti kuku besi dan menindas orang Melayu , Nik Aziz kadang kadang hanya bersikap seperti orang pekak dan berdiam diri apabila melayu Pulau Pinang di tindas, Mungkin Nik Aziz sengaja membuat tidak nampak apabila Lim Guan Eng seolah olah alan mengikut jejak Singapura. Nik Aziz sudah di kaldaikan oleh DAP dan apa yang di katakan oleh UMNO kepada Nik Azxiz sebenarnya banyak kebenaran nya.

Nik Aziz mungkin lupa Karpal Singh pernah berkata , “Pijak mayat ku sebelum boleh mendirikan negara Islam.” Kini Karpal merupakan kawan baik Nik Aziz. Nik Aziz kini cuba menutup kelemahan sebenar dengan mengatakan bahawa Pas dilihat berjaya dengan Pakatan Rakyat, Apakah benar ini kata kata Nik Aziz datang nya dari akar umbi kerana dalam kepimpinan Pas juga kini menjadi kucar kacir dan terbahagi kepada dua pasukan, belum lagi kita lihat di akar umbi yang kian bercelaru. Kita tiodak hairan jika Anwar Ibrahim yang bersuara seperti Nik Aziz kerana Anwar seperti yang kita ketahui tidak lah dalam sangat pengetahuan beliau tentang agama.

Kepimpinan Nik Aziz kebelakangan ini telah diragui oleh pemimpin lain dalam Pas dan juga oleh penyokong penyokong Pas. Bukti yang paling hampir adalah , rakyat tidak menyokong Pas, sebagai parti yang paling lama wujud dan mereka lebih lama berada di persada politik tanah air tetapi gagal untuk menyaingi parti seperti PKR dan DAP. Ini bererti Pas bukan lah parti pilihan rakyat dan hanya menjadi penumpang dalam PKR. Untuk menjadi penumpang , mereka perlu menjadi Boneka.

Nalla terima ugutan bunuh
Oleh: Jebat

Bekas rakan karib Ketua Peliwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan malam ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterima beliau melalui telefon bimbitnya semalam.

Ugutan bunuh itu ditinggalkan oleh pemanggil di dalam peti simpanan suara telefon bimbitnya.

Menurut beliau lagi pemanggil itu berkata dalam satu minggu lagi peluru akan sampai pada beliau dan isteri beliau. Panggilan itu dikatakan dibuat dalam bahasa tamil.

Kata Nalla lagi, “Mungkin ada sesetengah pihak berasa takut dan gelisah jika saya memberi sebarang kenyataan kerana mereka bersalah,” Kalau benar apa yan g dimaksudkan oleh Nalla tu, ini bermakna semakin tertekan nampaknya Ketua Peliwat tersebut.

Berita penuh : Nalla buat laporan polis terima ugutan bunuh

Video Klik disini

PKR Pecat Zulkifli Noordin
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memecat Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dan memintanya mengosongkan kerusi Parlimen itu.

Setiausaha Agung parti Saifuddin Nasution berkata keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR yang diadakan hari ini.

“Ya, sah Zulkifli dilucutkan keanggotaan parti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata Zulkifli juga diberi tempoh 14 hari untuk merayu keputusan itu.

Zulkifli yang juga seorang peguam, dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS, Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.

Khamis lepas, anggota Parlimen yang terkenal dengan tindakan ‘menentang arus’ dalam PKR itu bertindak keluar daripada sidang Lembaga Displin yang membicarakan kesnya kerana membantah anggota panel terdiri daripada bukan Islam.

Zulkifli memberitahu pemberita selepas itu bahawa tindakan tersebut berasaskan prinsipnya yang tidak mahu tunduk atau mengiktiraf panel bukan Islam bagi membicarakan isu berhubung agama Islam.Beliau juga memberitahu pemberita tidak berhasrat untuk keluar daripada PKR kerana masih yakin dengan kepimpinan parti.

Pagi ini, Zulkifli menerusi surat terbuka di dalam blognya sekali lagi merayu anggota majlis pimpinan pusat PKR agar memberi peluang kepada beliau membela diri di hadapan panel disiplin beragama Islam berhubung isu yang dibangkitkan.

“Saya menuntut supaya saya diberikan keadilan. Sebab itu saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan keadilan dalam kes liwat beliau.

“Perjuangan beliau ingin mendapat keadilan sehingga sampai ke peringkat mendapat sokongan luar. Kalau Datuk Seri Anwar menuntut keadilan, saya juga menuntut keadilan yang sama…kita patut amal apa yang kita war-warkan,” katanya dalam surat itu.

Sebelum ini, Zulkifli mendakwa beliau adalah mangsa rancangan jahat “firaun-firaun kecil” dalam parti yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan beliau dan agama Islam serta sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau dipecat. BERNAMA

DAP kuasai Kerusi Pembangkang !! Anwar tiada suara lagi
PKR hanya tinggal 27 kerusi di Parlimen, Manakala DAP 28 kerusi. Namun Anwar Al Juburi masih lagi tidak mahu meletakkan jawatan dari Ketua Pembangkang bagi memberi laluan kepada Lim Kit Siang dari DAP bagi menggalas tugas berkenaan. Apa pasal Anwar Tak Letak jawatan???

Anwar Al Juburi bercita cita nak menjadi Perdana Menteri Malaysia, bermacam cara di lakukannya bagi meraih kejaayan menjadi PM Malaysia ini selepas keluar dari Penjara yang lalu. 16 Sept yang di war warkan pada tahun 2008 juga hanya tinggal kenangan bagi Anwar Al Juburi ini. Malah pengundian Bajet pada hujung tahun lepas juga tidak berjaya menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Pasal apa tak jadi???

Bukan sahaja Gagal menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat, malah Anwar Al Juburi ini juga turut GAGAL mengalas tugas sebagai ketua Pembangkang bagi Pakatan Rakyat. Apakah kita masih lagi mengharapkan Anwar Brahim untuk menjadi Perdana Menteri jika mengalas tugas selaku Ketua Pembangkang pun Anwar GAGAL?

Anwar Al Juburi sewajarnya meletakkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen kerana sudah kehilangan majoriti PKR dalam penguasaan Pakatan Pembangkang itu. Malah Anwar Al Juburi juga masih lagi dalam Pertuduhan kes Liwat yang di bicarakan di Mahkamah. Bagaimana seorang yang menghadapi Pertuduhan di Mahkamah dan Kurang majoriti dalam penguasaan parti nya dalam Parlimen masih lagi ENGGAN mengundurkan diri sebagai Ketua Pembangkang?

Kalau dulu Nizar Durjana Boneka DAP meroyan royan di Perak yang kerana Hilang kuasa sebagai Menteri Besar. Dan sekarang ini Anwar Al Juburi pula yang Masih MEROYAN enggan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. Apakah mereka di dalam Pakatan Pembangkang ini tidak ada KEMALUAN???

Lim Kit Siang sebagai Ketua DAP perlu mengambil alih tugas Ketua Pembangkang dari Anwar Brahim, Jika dalam hal sebegini pun DAP tidak mampu menguruskan peralihan kuasa apatah lagi andaikata mereka memerintah Malaysia ini. DAP takut dengan Anwar? Atau Anwar dah JOLOK DAP???

Rakyat harus sedar akan hal ini, Jika sebagai Ketua Pembangkang pun Anwar GAGAL, apatah lagi jika ingin di jadikan Anwar Al Juburi ini Perdana Menteri Malaysia. Kelak habis Jahanam Malaysia ini dek Kekalutan Anwar Brahim dan Pemimpin Pakatan yang lain.

Karpal Singh dah kata lama dahulu pada Anwar Brahim ni,

Anwar Harus Bertaubat!!!

Tapi Anwar tak dengar dan masih lagi Buta Hati.

Nah sekarang giliran Karpal pula Bertepuk Tangan…

He he he

sumber : papagomo

Pas Dan Dap Bakal Terjerat Krisis PKR
Krisis yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini bakal memberi tempias kepada rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, Dap dan Pas satu hari nanti dan tidak mustahil menjadi ‘api dalam sekam’ kepada pakatan pembangkang berkenaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, berkata Konflik demi konflik, perbalahan demi perbalahan dan kontroversi demi kontroversi yang melanda parti itu bakal mengheret rakan pembangkang yang lain ke kancah berkenaan.

Menurut beliau, tindakan parti pembangkang yang masih lagi memberi kepercayaan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Ketua pembangkang walaupun kerusi parti itu di Parlimen berkurangan daripada sekutunya Dap akan dipersoalkan rakyat pada satu hari nanti.

“Rakyat akan tertanya-tanya. siapakah yang mempunyai kuasa dominan di kalangan pakatan pembangkang apabila timbul sesuatu isu. Ini kerana Dap mempunyai 28 kerusi, manakala PKR, 28 dan Pas 23, namun Anwar masih lagi Ketua Pembangkang.

“Sudah tentu bukan PKR lagi yang mempunyai kuasa dominan kerana mereka tidak lagi mempunyai majoriti di kalangan parti pembangkang setelah beberapa Ahli Parlimennya mengambil tindakan keluar parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas perkembangan yang berlaku di dalam PKR setelah beberapa Ahli Parlimennya mengambil keputusan keluar parti. Semalam, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada PKR

Pengumuman terbaru daripada Mohsin Fadzli, 65, itu menjadikan tiga Ahli Parlimen PKR telah keluar parti dalam tempoh kurang sebulan selepas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada 12 Februari dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng pada 1 Mac.

Turut berbuat demikian pada 28 Februari lalu ialah bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin yang turut mengumumkan menyertai UMNO.

Dengan tindakan terbaru itu, PKR kini mempunyai 28 Ahli Parlimen, DAP (28), Pas (23) dan Bebas (enam). Barisan Nasional (BN) pula menguasai 137 daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menegaskan, pembangkang sebenarnya tidak mempunyai pelan kepimpinan yang menyebabkan mereka terus memberi kepercayaan kepada Anwar sebagai peneraju kepimpinan pakatan pembangkang.

“Apa pun kita tunggu dan lihat perkembangan terkini di dalam krisis kepimpinan di dalam pakatan pembangkang yang semakin hari mengundang masalah,” katanya.

Terdahulu sebelum itu, Khairy menerima kunjungan Pemuda PPP Kebangsaan yang diketuai oleh Sdr Jamaludin Gulamhan bersama Ahli Jawatankuasa yang lain. Turut hadir, Setiausaha Pemuda BN, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Exco Pemuda BN yang lain.

Menurut khairy, pertemuan itu antara lain membincangkan strategi serta beberapa perancangan serta pelaksanaan dalam usaha mengukuhkan Pemuda BN berpaksikan semangat 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Pada kesempatan pertemuan hari ini, kita melihat bagaimana Pemuda parti-parti komponen BN khususnya Pemuda PPP dalam usaha memperkemaskan lagi Pemuda BN dalam pelbagai aspek terutama dari sudut program dan pelbagai yang lain.

“Alhamdulillah, hari ini kita melihat komitmen Pemuda PPP dalam membantu menjayakan program Pemuda BN terutama dari sudut penambahan keahlian dan sebagainya. Selepas ini, kita akan bincang bagaimana Pemuda PPP sebagai parti yang keahliannya terdiri daripada pelbagai kaum dapat memainkan peranan di kawasan bandar. Inilah harapan kita kepada semua Pemuda parti komponen yang lain,”katanya.

Pada masa yang sama, Khairy turut merakamkan penghargaan kepada sayap Pemuda parti komponen yang tetap berdiri dan bersatu padu di dalam Pemuda BN meskipun terdapat sesetengah parti induknya menghadapi beberapa masalah.

“Dalam pertemuan dengan Pemuda PPP sebentar tadi pun, kita telah mendapat persetujuan yang mana apa sahaja yang berlaku di dalam parti induk, ianya tidak akan melibatkan Pemuda PPP.

“Malah kita penuh yakin, berdasarkan prinsip ini, Pemuda BN tidak akan terjejas, sebaliknya akan terus kuat untuk membantu dalam membela nasib rakyat pelbagai kaum,” katanya.

Sumber Laman Web Pemuda

Kenapa dengan Anwar ?????
Apa  sebenarnya  terjadi kepada Anwar Ibrahim apabila ahli panel yang dilantik nya untuk mengendalikan kes Zulkifli mengenai kalimah Allah terdiri dari orang bukan Islam. Padanlah Zulkifli dihadapkan ke muka pengadilan kerana PKR sebenarnya adalah dalang kepada isu ini.

Ini adalah merupakan tamparan hebat kepada Parti Keadilan yang terpaksa memanggil 12 orang  wakil rakyat nya bersumpah setia kepada Parti. Anwar begitu terdesak dan PKR kini  nampaknya telah mula goyah dan akan tumbang pada bila bila masa saja. Anwar juga risau sekiranya dia hilang penyokong jika sekiranya beliau akan di jatuh hukum oleh Mahkamah atas isu liwat. Pasti tidak ada sesiapa yang akan membela.

Petikan dari  utusan :

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini menolak untuk berdepan dengan Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak mengiktiraf badan yang turut dianggotai individu bukan Islam itu.

Ini kerana, katanya, isu disiplin yang dibangkitkan ialah berkaitan penggunaan kalimah Allah yang boleh mengakibatkan lembaga itu membuat keputusan tidak adil terhadapnya.

Beliau yang keluar dari prosiding itu menegaskan, apa yang lebih menyedihkan ialah majoriti ahli lembaga tersebut terdiri daripada pemimpin Kristian yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut.

“Saya telah bersedia untuk jawab semua pertuduhan dan membela diri saya, tetapi saya tidak boleh tunduk dan mengiktiraf panel bukan Islam untuk membicarakan saya dalam hal agama saya. Oleh itu saya keluar,” katanya kepada pemberita selepas kira-kira 30 minit panel itu bersidang di sini hari ini.

Empat anggota panel disiplin yang membicarakan kes beliau itu dengan hanya seorang beragama Islam iaitu Syed Kamarulzaman Syed Kaber selaku ketua, manakala dua lagi ialah aktivis Kristian iaitu Goh Keat Peng dan Chew Swee Yoke, serta seorang beragama Hindu iaitu T. Kumar.

Beliau dihadapkan kepada lembaga disiplin parti bagi menjawab isu berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap rakan sekutu dari PAS iaitu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkaitan isu kalimah Allah.

Zulkifli menegaskan beliau tidak mempertikaikan kewibawaan kesemua anggota panel mahupun bersifat perkauman, namun sewajarnya parti menghormati permintaanya untuk dibicara oleh barisan jawatan kuasa beragama Islam menerusi tiga notis yang telah dihantar sebelum ini.

“Saya memberikan mereka masa untuk menimbangkan tuntutan saya dan mereka meminta masa hingga hari ini. Sementara itu, sekali lagi saya meminta pejabat setiausaha agung supaya mengkaji semula panel yang membicarakan saya supaya dilantik pada kalangan yang beragama Islam,” katanya.

Dalam pada itu beliau percaya insiden hari ini adalah rancangan jahat “firaun-firaun kecil” dalam PKR yang sengaja mahu memalukan dan mengaibkan beliau serta Islam dengan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan beliau dipecat.

“Sekurang-kurangnya kalau nak pecat saya pun, biarlah keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat dilaksanakan. Keadilan menuntut saya dibicarakan oleh mereka yang sekufu dengan saya, iaitu mestilah beragama Islam kerana ini membabitkan isu kalimah Allah.

“Saya bersedia bila-bila masa yang bersesuaian untuk berdepan dengan panel baru itu,” katanya yang mendesak panel itu dibubarkan dan dilantik dengan kesemuanya Islam.

Sementara itu, ditanya mengapa beliau masih kekal dalam PKR, beliau memberitahu belum berhasrat untuk keluar dari parti berkenaan atas alasan masih mampu bersabar.

“Saya masih bersabar. Saya masih mempunyai keyakinan terhadap pemimpin utama parti… masih boleh sabar lagi,” katanya.

Menjawab soalan beliau tidak bersama-sama dengan 12 anggota Parlimen PKR yang bersumpah setia kepada parti semalam, Zulkifli berkata beliau tidak diberitahu mengenainya apatah lagi untuk dijemput.