DS Zambry diisytihar MB Perak yang sah

February 9, 2010 by admin  
Filed under Eksklusif, Featured

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin. – Bernama

Comments

16 Responses to “DS Zambry diisytihar MB Perak yang sah”
  1. garunggang says:

    Adakah keputusan ini akan terjadi tanpa izin Allah? Jika ada yang mempertikaikannya mereka adalah terdiri dari golongan yang tidak boleh menerima Qada dan Qadar.
    Jangan pula ada yang menuduh kelima-lima Hakim tersebut telah disogok dengan bayaran 1 Bilion seorang untuk menentukan keputusan.
    Kepada penyokong Nizar sila terima kenyataan ini kerana kerana yang bawa kes ini ke Mahkamah adalah Nizar.
    Sekiranya keputusan memihak kepada Nizar takkan Dr Zambri nak tuduh pula Pakatan Rakyat dah beli hakim dengan bayaran 2 bilion seorang.
    Kalau macam ni lebih baik hapuskan saja mahkamah lepas tu penyokong NIzar dan Dr Zambri beradu tenaga, siapa menang dialah yang benar(kembali kezaman kuno)

  2. wansalman says:

    Orang sudah tahu bila mahkamah membicarakan sesuatu yang boleh memenangkan Umno atau orang-orang Umno yang di bicarakan,pasti mereka yang bukan Umno akan di dapati kalah.

    Tahniah Zambry mamak,moga-moga pimpinan Tok mamam di berkati oleh Umno & bukan nya Rakyat Perak.

    Apa lagi kalau dah ada kuasa yang di izinkan oleh mahkamah bubarkan lah Dun kalau mamam anak JANTAN.Lain kali tak payah mengundi lagi kalau mahkamah boleh menentukan parti apa yang akan memerintah.

    Hanya kaum-kaum yang makan KATAK seperi Garunggung sahaja yang akan terus menyokong tanpa menggunakan akal yang di beri oleh Allah.

    Pasti banyak rakyat Perak yang tak sabar nak mengundi semula,tengok lah keputusan nya nanti.Adab Melayu tak mencuri milik orang KECUALI UMNO YANG MENGAKU MELAYU.MELAYU CARA UMNO

  3. garunggang says:

    Sebenarnya yang paling bingak dalam kes ini adalah Nizar yang tak reti jaga orang-orangnya. Kes ini terjadi apabila 3 DUN PR yang keluar dari PR dan menyokong BN menjadikan majoriti 31 – 28.
    Kalau pemimpin itu adil dan saksama dah tentu anak buah tak lari punya.Politik kalau kena tunggang inilah jadinya.
    Aku pun percaya kalau kes ini Nizar yang menang aku gerenti DAP tak bagi bubar DUN.Kerana mereka tahu kes ini PR kalah, maka mereka mewar-warkan cerita sekiranya PR menang DUN Perak akan dibubarkan. Tapi bila menang mereka akan kata DUN tak perlu dibubar kerana jika pilihanraya diadakan ianya akan membazirkan wang rakyat.(politik PR orang dah boleh baca)saya syorkan wansalman mengikut jejak rakan yang lain untuk menyokong BN.

  4. garunggang says:

    Kalau majoriti EXCO PR kafir inilah jadinya.Cuba tengok Kedah elok sampai sekarang.

  5. imuc says:

    cewah garunggan… mcm ahli politik la… hehe
    semua org terima keputusan tu dgn hati terbuka..
    yang menang tu x pasti lagi dia benar, tp yang pasti yang benar tu akan menang..

    firaun pernah jadi raja, yahudi pon selalu menang dlm perang, tapi adakah diaorg tu betul, mengapa Allah takdirkan mcm tu? supaya kita berfikir..
    ok garunggan, jgn menggelabah beruk..

    malas la aku nak sokong BN yang selalu membenarkan maksiat, x nak aku… maksiat makin melampau skrg

  6. imuc says:

    Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

    “Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

    “Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

    Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

    “Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

    Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

  7. garunggang says:

    Fakta: Rumah urut di Selangor semakin meningkat semenjak PR memerintah tak caya tanya dengan ronnie liu.
    Boleh tak saya tanya KU Li tu hakim ke?

  8. garunggang says:

    Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin Isnin malam memecahkan tembelang DAP apabila menyatakan pelbagai masalah yang timbul di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang adalah berpunca daripada parti berkenaan.

    Paling menarik apabila beliau memberitahu kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak berpunca daripada sikap DAP yang merugikan orang Melayu dan Islam.

    Menurutnya, dua ADUN PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (DUN Behrang) dan Osman Jailu (DUN Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan PKR kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan DAP yang banyak membuat keputusan dan tindakan yang merugikan Melayu/Islam.

    “Jika hendak dikatakan mereka tidak membangkitkan perkara ini dalam pertemuan tertutup, mereka telah berbuat demikian. Malah saya sendiri pernah hadir dalam pertemuan di mana mereka telah melahirkan rasa tidak puashati terhadap cara DAP di Perak. Namun tiada tindakan. Akhirnya mereka buat keputusan sendiri,” katanya.

    Beliau mendedahkan perkara berkenaan pada temubual bersama Datuk Ahmad Talib dalam rancangan Soal Jawab yang disiarkan secara langsung oleh TV3.

    Pendedahan beliau itu sudah tentu menggemparkan kerana selama ini pihak pembangkang seolah-olah senada menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang yang menyebabkan tumbangnya kerajaan pakatan pembangkang di Perak.

    Tidak cukup dengan itu, UMNO/BN turut dilabelkan sebagai perampas kuasa.

    Namun berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin, baik Jamaluddin, Osman mahupun ADUN DAP kawasan Jelapang, Hee Yit Foong meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan DAP sendiri.

    Pendedahan terbaru Zulkifli itu sudah tentu akan mengundang reaksi dariapda pimpinan pakatan pembangkang khususnya DAP dan PKR apatah lagi Zulkifli sebelum ini diarahkan oleh partinya untuk menutup mulut ekoran kontroversi isu kalimah Allah.

    Malah beliau kini sedang dalam proses siasatan parti untuk dirujuk kepada Lembaga Disiplin PKR kerana dikatakan mengambil pendirian yang bercanggah dengan pendirian parti itu dalam isu kalimah Allah.

    Menariknya, dalam temubual tersebut, Zulkifli yang ditanya mengenai perkembangan di Pulau Pinang secara tegas menyatakan, pergolakan dalam pakatan pembangkang di negeri itu berpunca apabila DAP mula menunjukkan ‘belang’ mereka yang sebenarnya.

    Ketua Lim Guan Eng disifatkan oleh beliau hanya tahu mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri yang lalu tetapi pada masa yang sama tidak berbuat apa-apa.

    Beliau turut mendedahkan, ‘penyingkiran’ bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang lalu, Fairus Khairuddin daripada kerusi berkenaan adalah berpunca daripada Guan Eng melihat Fairus sebagai halangan kepada usahanya untuk menterjemahkan agenda DAP di negeri berkenaan.

    Memperkukuhkan lagi hujahnya, Zulkifli turut memberikan contoh bagaimana DAP menjadi punca kepada permasalahan yang melanda negeri-negeri pakatan pembangkang.

    Di Selangor katanya, seorang Exco dari DAP jelas mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan dengan merujuk isu rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    Contoh yang diberikannya itu jelas merujuk kepada Ronnie Liu.

    Sehubungan itu dalam berhadapan dengan karenah DAP itu, beliau yang turut diajukan persoalan mengenai kerjasama politik parti-parti Melayu/Islam berkata, berdasarkan perubahan sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, UMNO perlu bersangka baik untuk mula duduk semeja dengan parti itu.

    Malah beliau berkata, perubahan sikap Nik Aziz yang selama ini amat keras terhadap UMNO amat ketara apatah lagi setelah proses perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bermula dan UMNO perlu menyambut harat untuk berunding tersebut.

    Alasan beliau, hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak ialah kestabilan politik dalam negara ini hanya boleh dicapai jika asas politik yang majoritinya dikuasai Islam berbangsa Melayu tidak tergugat.

    Masalahnya sekarang menurut beliau, walaupun komposisi Ahli Parlimen Islam/Melayu adalah majoriti di Dewan Rakyat tetapi mereka tidak bersatu dan semua memberikan persepsi yang salah bahawa tanpa undi bukan Melayu, masing-masing tidak boleh menang.

    Untuk makluman Imuc dan wansalman artikel ini diambil dari temuramah yang dibuat oleh TV 3 terhadap Zulkifli Nordin. Siapa Zulkifli Nordin? Beliau adalah salah seorang pemimpin PKR yang berkaliber. Kenyataan yang dikeluarkan berdasarkan fakta kerana beliau juga adalah seorang peguam.

    Kalau kenyataan beliau palsu sudah tentu mereka yang berkenaan akan menyaman beliau.Rahsia kepincangan telah dibongkat sendiri oleh Ahli PR sendiri maka saya menyeru kepada Imuc dan Walsalman untuk kembali kepangkal jalan dan bertaubatlah.

    Ada lagi satu yang saya pinta janganlah Imuc dan Wansalman menuduh BN dan UMNO telah membayar wang berbillion ringgit kepada Nordin untuk membuat kenyataan tersebut.

  9. imuc says:

    x lah… ku li tu ahli parlimen gua musang… dia tau la sket ttg perlembagaan ni… x der la setahu garunggan…

  10. garunggang says:

    sikit tak main kita mahu yang betul-betul mahir

  11. imuc says:

    yer, tu aku kata dia tau sket2, garunggan seme tau, garunggan hebat (w’pon hanya menjadi kuli batak).. hebat, hebat.. (w’pon x tau, tapi rasa dia la terhebat, tu namanya bodoh sombong)hebat hebat…

    tapi kan kesian ek kat org sokong umno ni, slalu kena tipu hidup2.. (tapi diaorg rasa diri diorg tetap pandai hahahaha lawak lawak

  12. imuc says:

    aku ada la satu crita
    aku ada supply set PA system utk kenduri org umno ni, kenduri kawen
    pastu tetamu2nya ramai la org umno, aku x kesah, benda baik, jadi bergaul jer la.. x kan kenduri kawen pon nak ikut pahaman politik jgk kan..

    pastu sembang2 la.. ada la sorg mamat ni umo dlm 40an.. crita la pasal PRU itu hari.. mcm2 citer la.. aku pon tak tau yang dia ni buat lawak ker, cerita serius… dari segi isi cerita mcm lawak, tapi muka serius..

    tiba2 dtg la 3 org makcik, meja penuh, jd duduk kat kita org… mamat tu pon terus bercerita ngan makcik tu plk.. pastu tiba2 keluar ayat “tu x per lagi kak, ada kat bahagian mana ntah, kat kl ni jgk, kita kalah 1 undi jerk” pastu makcik2 tu meyambut “1 undi jerk, ish3 rugi betul, mcm mn tu?” mamat tu pon ckp “entah la kak org2 kita skrg ni” diteruskan cerita pasal perkauman..

    aku terus blah, aku ckp ada kerja sket, meluat plk aku dgr, tau nak kenciiiiiiiiiiiiing jer..

  13. garunggang says:

    Cuba kalau kakak tu jawab kat mamat UMNO tu “mak cik ni penyokong fanatik PR tak payah nak ayat makcik lebih baik ayat orang lain”kalau Imuc dengar macamtu dah tentu dia tak belah malahan dia pulak ayat makcik tu.

  14. wansalman says:

    Berarak maulud tapi rasuah, tolak sunnah Nabi | Print | E-mail
    Abdul Aziz Mustafa
    KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

    “Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?” soal beliau.

    Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

    “(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

    Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

    “Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.

    “Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka,” katanya.

    Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.

    “Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

    “Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak,” katanya.

    Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.

    “Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.

    “Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno,” katanya.

    Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara

  15. wansalman says:

    Tolong Kirim Salam pada Umno
    Al Brangi

    UMNO tidak boleh lari daripada Melayu. Melayu tidak boleh lari daripada UMNO. Dan UMNO tidak boleh lari daripada budaya Melayu. Kalau UMNO lari daripada budaya Melayu ibaratnya macam Si-Tanggang, dikategorikan men’derhaka’.

    Melayu tidak boleh lari daripada tarian. Melayu tidak boleh lari daripada kebaya. Melayu tidak boleh renggang dengan songkok, biarpun hendak pergi berlaga ayam. Melayu tidak boleh ‘miss’ dengan cendul, biar pun ‘miss’ duduk saf pertama semasa solat Jumaat, asalkan jangan ‘miss’ cendul.

    Melayu tidak boleh ‘miss’ berarak MaulidirRasul, Melayu tidak boleh keluar kampong kalau tidak boleh bermarhaban, jangan keluar kampong kalau tak hafal tahlil.

    Kalau tidak khatam Al-Quran? Oh itu tak mengapa, bila hendak bernikah ‘esok’ boleh buat majlis khatam Al-Quran (walaupun tak khatam).

    Melayu tidak boleh ‘miss’ bubur Asyura. Jangan tidak buat moreh, begitu juga biarpun solat Isyak di rumah jangan sesekali ‘miss’ solat terawih.

    Melayu akan layu jika tidak berhibur. Maka diadakan malam menyambut tahun baru. Melayu juga sibuk menyambut hari ibu, kononnya orang melayu sayangkan ibu. Melayu juga tidak ketinggalan menyambut hari kekasih dan banyaklah yang ter’korban’ kasih.

    Anihnya, UMNOlah yang pertama memperjuangkan ‘bayi terbuang’. Seluruh ahli Agama UMNO, penganalisa politik UMNO, juru-air-liur UMNO akan berhujah isu ‘bayi-terbuang’.

    Bapak-bapak Profesor al-Kankungki pun berhujah serta mengeluarkan berbagai-bagai ‘jargon’ seperti ‘stress, jahil agama, nipis iman,hedoisme etc…..naik loya mendengarnya.

    Melayu UMNO sentiasa dalam dilema, diantara ‘furu’ dan hukum dasar, di antara Syariat dengan budaya. Di antara adat dengan tuntutan Agama.

  16. garunggang says:

    KUALA LUMPUR 16 Feb. – Pakatan pembangkang kini dikatakan telah ditawan oleh sekumpulan ‘firaun kecil’ yang mempunyai agenda berbahaya untuk membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

    Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membuat dakwaan itu berkata, dalam menjayakan agenda tersebut, ‘firaun kecil’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya, Pas dan DAP turut bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu.

    Beliau mendedahkan, usaha terancang tersebut dimulakan sejurus pilihan raya umum lalu dan keadaan semasa amat membimbangkan kerana ia hampir berjaya sepenuhnya.

    Dakwanya, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

    “Agenda mereka ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang.

    “(Antara) kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.

    “Tetapi mereka cuba memisahkannya dengan slogan baru, pendekatan baru dan anda boleh melihat sendiri apa yang mereka sedang lakukan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Yakin, di sini hari ini.

    Justeru, Zulkifli mendesak kepimpinan partinya supaya menjelaskan adakah dasar pakatan pembangkang yang diumumkan pada 19 Disember lalu yang mengandungi komitmen untuk menghormati perlembagaan dan mempertahankan Islam diambil serius atau sekadar retorik politik.

    “Kalau daripada apa yang berlaku sekarang seperti isu kalimah Allah, isu di Pulau Pinang dan terbaru (membatalkan) perarakan Maulidur Rasul, saya nampak ini semua mainan politik sahaja yang mereka tidak bermaksud untuk laksanakan,” katanya.

    Zulkifli mendakwa, maklumat daripada penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan yang digelarnya ‘firaun kecil’ itu.

    Perkara itu, dakwanya, juga menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

    “Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’,” katanya.

    Mengenai tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara, Zulkifli menyarankan Menteri Besar Kelantan itu melihat sejarah perjalanan politiknya sendiri terlebih dahulu.

    Katanya, sewaktu Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, tiada seorang pun wakil rakyatnya termasuk Nik Abdul Aziz yang meletakkan jawatan berikutan penghijrahan tersebut.

    ”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya.

    Pandangan ini diberikan oleh orang yang berjuang dalam PKR tapi dinafikan sumbangannya. Beliau cuba disingkirkan hanya kerana mempertahankan perjuangan Islam.Kalau setakat wansalman dan imuc punya pandangan masukkan saja dalam bakul sampah kerana mereka sekadar memutar belitkan fakta.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.