DAP kuasai Kerusi Pembangkang !! Anwar tiada suara lagi

March 5, 2010 by admin  
Filed under Berita Bergambar, Featured

PKR hanya tinggal 27 kerusi di Parlimen, Manakala DAP 28 kerusi. Namun Anwar Al Juburi masih lagi tidak mahu meletakkan jawatan dari Ketua Pembangkang bagi memberi laluan kepada Lim Kit Siang dari DAP bagi menggalas tugas berkenaan. Apa pasal Anwar Tak Letak jawatan???

Anwar Al Juburi bercita cita nak menjadi Perdana Menteri Malaysia, bermacam cara di lakukannya bagi meraih kejaayan menjadi PM Malaysia ini selepas keluar dari Penjara yang lalu. 16 Sept yang di war warkan pada tahun 2008 juga hanya tinggal kenangan bagi Anwar Al Juburi ini. Malah pengundian Bajet pada hujung tahun lepas juga tidak berjaya menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri. Pasal apa tak jadi???

Bukan sahaja Gagal menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat, malah Anwar Al Juburi ini juga turut GAGAL mengalas tugas sebagai ketua Pembangkang bagi Pakatan Rakyat. Apakah kita masih lagi mengharapkan Anwar Brahim untuk menjadi Perdana Menteri jika mengalas tugas selaku Ketua Pembangkang pun Anwar GAGAL?

Anwar Al Juburi sewajarnya meletakkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen kerana sudah kehilangan majoriti PKR dalam penguasaan Pakatan Pembangkang itu. Malah Anwar Al Juburi juga masih lagi dalam Pertuduhan kes Liwat yang di bicarakan di Mahkamah. Bagaimana seorang yang menghadapi Pertuduhan di Mahkamah dan Kurang majoriti dalam penguasaan parti nya dalam Parlimen masih lagi ENGGAN mengundurkan diri sebagai Ketua Pembangkang?

Kalau dulu Nizar Durjana Boneka DAP meroyan royan di Perak yang kerana Hilang kuasa sebagai Menteri Besar. Dan sekarang ini Anwar Al Juburi pula yang Masih MEROYAN enggan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. Apakah mereka di dalam Pakatan Pembangkang ini tidak ada KEMALUAN???

Lim Kit Siang sebagai Ketua DAP perlu mengambil alih tugas Ketua Pembangkang dari Anwar Brahim, Jika dalam hal sebegini pun DAP tidak mampu menguruskan peralihan kuasa apatah lagi andaikata mereka memerintah Malaysia ini. DAP takut dengan Anwar? Atau Anwar dah JOLOK DAP???

Rakyat harus sedar akan hal ini, Jika sebagai Ketua Pembangkang pun Anwar GAGAL, apatah lagi jika ingin di jadikan Anwar Al Juburi ini Perdana Menteri Malaysia. Kelak habis Jahanam Malaysia ini dek Kekalutan Anwar Brahim dan Pemimpin Pakatan yang lain.

Karpal Singh dah kata lama dahulu pada Anwar Brahim ni,
Anwar Harus Bertaubat!!!
Tapi Anwar tak dengar dan masih lagi Buta Hati.
Nah sekarang giliran Karpal pula Bertepuk Tangan…
He he he

sumber : papagomo

Comments

16 Responses to “DAP kuasai Kerusi Pembangkang !! Anwar tiada suara lagi”
  1. wansalman says:

    Zaid nasihat Najib cari keuntungan jangka panjang | Print | E-mail
    Nazri Abdullah

    PETALING JAYA, 5 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menghentikan segera usaha ‘mencuri’ wakil rakyat Pakatan dan menjaga kehormatan demokrasi negara.

    Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim pada sidang media di kediamannya siang tadi berkata, Najib seharusnya memikirkan masa depan demokrasi negara dan bukan bertindak untuk keuntungan jangkamasa pendek kuasa Umno dan BN di Parlimen semata-mata

    “Kenapa perlu kita curi sana curi sini, tak perlu lah…saya meyeru kepada perdana menteri hentikan semua ini, berikan ruang kepada demokrasi untuk hidup,” katanya.

    Tambahnya lagi, Najib seharusnya meneladani sikap perdana menteri terdahulu seperti Tun Abdul Razak dan Tun Abdullah Badawi yang didakwa pernah berpesan tidak menggunakan cara yang salah seperti membeli wakil rakyat.

    “Di bawah pemerintahan Pak Lah, waktu saya masih dalam kepimpinan Umno Kelantan. Kelantan pada masa itu Barisan hanya satu atau dua kerusi kurang, Pak Lah memberi pesan tidak boleh sesekali kita menggunakan apa-apa cara yang tidak bermoral untuk suruh orang lompat ini,” katanya lagi.

    Episod rampasan kuasa di Perak ekoran tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu lompat jelasnya, sudah cukup menghancurkan sistem demokrasi negara dan wajar dihentikan segera.

    Beliau turut mempersoal keghairahan BN yang didakwa ‘mencuri’ wakil rakyat bagi mengembalikan kuasa majoriti dua pertiga di parlimen sedangkan dalam keadaan sekarang BN sudah mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membuat apa-apa keputusan.

    “Apa yang gila sangat dengan dua pertiga ni untuk apa? Kenapa obses sangat?

    “Kalau kita dulu kaya sekarang kita miskin, kita kena lah sesuaikan diri dengan keadaan kita, kita tidak boleh merompak lagi untuk menjaga tahap hidup kita yang kaya,” katanya.

    Umno BN jelasnya perlu akur dengan keputusan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu yang telah menafikan majoriti dua pertiga parti itu di Parlimen.

    Untuk mengembalikan semula penguasaan mereka, Umno BN jelasnya perlu menunggu PRU ke-13 dan bukan bertindak ‘mencuri’ Ahli Parlimen Pakatan.

    “Pada pendapat anda, adakah England kukuh kerana mereka mempunyai dua pertiga (majoriti)? Tak! England tidak pernah dalam sejarah ada majoriti dua pertiga.”

    Selain England, beliau turut memberi contoh Amerika dan Jepun yang menjadi kuasa besar bukan kerana kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen.

    “Negara mereka kuat kerana pembangkang kuat, kerajaan terpaksa kreatif, tidak rasuah, kalau tidak (kerajaan) jatuh, bukan kerana dua pertiga,” katanya.

    Sebelum ini beberapa wakil rakyat PKR bertindak keluar parti dengan alasan hilang keyakinan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    VIDEO

  2. wansalman says:

    Kenapa Mufti Perak sanggup berbohong?
    Herman Samsudeen

    Membaca pengakuan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam Malaysian Insider berhubung usahanya memujuk PAS untuk bekerjasama dengan Umno bagi mewujudkan Kerajaan Campuran di Perak, pasti ramai yang sudah menduga, tapi tidak kurang juga yang kesal dan menganggapnya sebagai tindakan yang sia-sia.

    Malah ramai yang kesal kerana beliau sebagai seorang Mufti rela diperkudakan untuk menjadi ejen Umno bagi memujuk PAS.

    Paling menyedihkan kerana Umno, beliau sanggup mengkhianati jubah Muftinya dan berbohong kepada rakyat dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Ahli Majlis Syura Ulama PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu Ustaz Ahmad Awang menjelaskan;

    “Apa yang beliau (Harussani) cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul (bohong),”

    Ustaz Ahmad turut menjelaskan bahawa dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda. Malah perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu pun tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya.

    Memang jelaslah Harussani begitu taksub pada Umno, dan layaknya beliau berhenti jadi Mufti dan bertanding sebagai calon Umno kalau mahu tubuh Kerajaan dan jadi menteri Besar.

    Harussani sudah lupa bahawa sekarang dia masih lagi Mufti Perak. Dan amat tidak wajar beliau bercakap tentang isu ini sekarang kerana Umno sudah kembali merompak kuasa di Perak dan tubuh Kerajaan haram. Jadi apa jadahnya beliau bangkitkan hal ini dalam Forum di UKM.

    Mahu sindir PAS? nak bagitau bahawa PAS sekarang sudah rugi? Memang jelas beliau ada niat yang tidak baik bila mengungkitkan hal itu. Sejak dapat gelaran Tan Sri ni, makin galak beliau berjuang untuk Umno.

    Yang pasti beliau sudah bekerjasama dengan kezaliman yang tidak diredhai rakyat dan Islam.

    Kalau Khalifah Umar hidup lagi, pasti beliau dah kena tampar sebab bersekongkol dengan penzalim, perasuah dan pemimpin-pemimpin Umno yang begitu taat sembah tugu negara setiap tahun.

    Beliau sebelum ini begitu semangat bicara soal murtad, tapi apa pula hukum Pak Lah dan Najib sembah tugu negara?

    Adakah itu amalan yang dituntut oleh Islam.

    Bagaimana pun dengan cara Umno rompak kerajaan Perak. Halalkah?

    Ingatlah wahai Harussani…jangan hanya tahu harus sana sini. Gunakanlah ilmu yang ada untuk bercakap benar, bukannya berbohong. Bersamalah dengan kebenaran kalau tidak mahu lari sana-sini di Padang Mahsyar nanti.

  3. wansalman says:

    Mana gi pecacai & belaci Umno suma ni…?

  4. wansalman says:

    Harussani perlu perbetulkan Umno terlebih dahulu | Print | E-mail
    Harakahdaily

    IPOH, 6 Mac: Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa Umno yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini yang perlu dinasihati terlebih dahulu oleh Tan Sri Harussani Zakaria.

    “PAS tidak akan bersekongkol dengan Umno yang zalim terhadap rakyat. Apa yang harus Tan Sri Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan Umno terlebih dahulu yang bertindak di luar batasan dan hak rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Salman Saleh.

    Beliau juga melahirkan kekesalan dengan mufti berkenaan yang menggunakan kedudukannya sebagai pegawai agama kerajaan mengheret Seri Paduka Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda Umno terlaksana.

    Tegasnya, Pemuda PAS negeri tidak mahu mengheret Harussani berpolitik kepartian tetapi jika beliau sudah bersedia dan yakin akan Umno, maka dipersilakan berbuat demikian.

    Salman turut menasihatkan mufti itu agar tidak membuat sokongan terbuka berkaitan politik jika mahu dihormati oleh rakyat sepertimana yang telah didedahkannya di dalam laporan media baru-baru ini.

    “Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai pegawai agama kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik di dalam negara kita,” ujarnya.

    Tambahnya, dengan sikapnya berpihak itu akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti.

    “Persoalan yang perlu dijawab oleh Tan Sri Harussani di dalam isu kerajaan perpaduan yang cuba beliau burukkan PAS di dalam perkara ini, beliau perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran jika Umno yang begitu zalim membolehkan kita sebagai umat Islam bersama dengan golongan seperti ini,” ujarnya lagi.

  5. garunggang says:

    Macam mana nak layan bang semuanya lari dari tajuk lepas tu semua artikel di Paste dari parti Pro Pembangkang.Lepas tu lari pula dari tajuk.
    Hujah yang paling baik adalah menafikan artikel yang dikeluarkan bukannya mencari kesilapan dan keburukan orang lain kemudian membandingkan dengan parti sendiri yang melakukan keburukan yang kurang sedikit dari parti lawan.
    Kepada wansalman apakah standard anda untuk mempertikaikan Dato Harussani.Artikel yang dipaste diambil dari harakah memanglah mengutuk habis habisan kerana pendapat Harussani bertentangan dengan PAS.Korang memang zalim.

  6. wansalman says:

    NIK AZIZ: Harussani Mufti atau Mufta? | Print | E-mail
    Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

    Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

    Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

    “Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

    “Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    “Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

    “Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

    Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

    Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

    Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

    Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

    Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

    NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

    Pejabat Menteri Besar Kelantan.

    21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

  7. musa3 says:

    Saya petik antara lain “Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebagai cara hidup”

    Bukankah kenyatan ini juga satu Pembohongan Besar, nyata, terang lagi bersuluh?
    Cara hidup Islam yang mmacam manakah yang dikatakan diperjuangkan oleh Pas?

    Bukankah cara hidup Islam itu ialah cara hidup Rasulullah, sunnah dan hadis nya? Bukankah akhlak Rasulullah itu Al-Quran? Bila pulakah akhlak Nik Ajis itu menuruti akhlak Rasulullah? Terbalik kot !!

    Bila pula Pas melakukan kerja dakwah Islamiah melalui akhlak pemimpin mereka yang baik-baik sebagaimana Rasululah memenangi hampir sebahagian besar hati bukan Islam dengan akhlak baginda dan ajaran sebenar Islam yang dibawanya?

    Rasulullah mengajar supaya berkata benar. Adakah pemimpin Pas termasuk nik Ajis tidak pernah berbohong?

    Rasulullah mengajar supaya berlapang dada. Adakah nik Ajis jenis manusia yang sentiasa berlapang dada? Sabar separuh dari iman. Adakah Nik Ajis jenis manusia yang penyabar dan menyabarkan orang lain?

    Rasulullah ialah penyatu ummah, penyelesai pertikaian dan perbalahan. Adakah
    nik Ajis juga begitu?

    Rasululah sentiasa tetap dan istiqamah dalam menyatakan hukum. Adakah Nik Ajis juga begitu?

    Al-ulamakkkk warasatul Anbia. Ulama itu pewaris nabi-nabi yakni mewarisi akhlak mulia para nabi. Kalau dikatakan ulama, adakah nik ajis mewarisi akhlak dan perangai mulia para nabi?

  8. imuc says:

    fitnah akhir zaman
    ulamak akan terus dihina dan golongan yang jahil diangkat…

    harap2 kita x lah termasuk dlm golongan tu

  9. garunggang says:

    Harussani tu Mufti bertaraf Ulama tapi Nik Aziz kutuk dia.
    Siapa yang hina golongan ulamak ni?

  10. imuc says:

    kutuk apa… slh ker kenyataan tu, harussani tu mmg agen umno, slh ker?
    ttg al-mufti dan al-mufta tu istilah bahasa arab… slh ker kenyataan yg harussani disuruh umno memujuk org kuat PAS?

    biar aku jwb la soalan harussani tu
    bkn pas x nak join umno, pas prnah join umno tapi dikhianati oleh umno.. org yg khianat tu masuk dlm golongan apa?

  11. sediaTempur says:

    Abis yg kate UMNO murtad tu ape kes? masuk UMNO murtad coz xperjuangkan Islam, baru2 ni isu kalimah Allah, PAS lepas tgn jer…. nape xpertahankan hal itu, PKR dan DAP buat taik,PAS lap dan kutip taik dorang….. pastu timbus…. kenyataan Naib Presiden Pas, adalah tidak wajar menjemput Zulkifli Nordin ke dalam PAs, wahhal Saudara Zulkifli tu menegakkan Isu Kalimah Allah. PAS boneka dan tukun pada PKR dan DAP…..

  12. sediaTempur says:

    DAP dah kuasai PR… DSAI xda kuasa lg, klu jd ketua pun mcm tukun jer…. Ketua Pembangkang Ialah LIM KIT SIANG, kikikiki…… nnt suruhla die “Takbir”…..

  13. wansalman says:

    Takbir ala Umno,bertakbir juga tapi ikut Islam yang mereka suka,kalau tk suka tak ikut.Berarak Maulud Nabi tapi tak mahu ikut sunnah.Islam Umno camtulah,sesat lagi menyesatkan

  14. imuc says:

    dlm sesetengah situasi, lebih baik diam dari berkata2 yg blh burukkan lagi keadaan.. keluar pas masuk pkr, keluar pkr nak masuk pas, umno nak, tp dia plk x nak masuk umno hik hik kesian.. bagi jer la pada umno..

    asal cerita bermula isu kalimah Allah ni dari mana ek? naper mula2 tu x nak bendung, padahal masa tu kerajaan ada kuasa.. sbb nak jadikan isu ek.. ei meluat aku..

    aku try la skali bkk berita tv1, rs mcm nak muntah pon ada.. x cayer, try la tgk, patut la org2 yg pandai x tgk tv1

  15. garunggang says:

    PUTRAJAYA 8 Mac – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

    Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.

    Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak baru-baru ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.

    Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.

    “Mereka (Pas Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.

    “Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.

    “Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.

    Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menggelarkan beliau sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.

    Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za’ba – Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.

    Harussani mendakwa, Pas bersikap angkuh apabila menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan parti itu.

    Nik Abdul Aziz terkilan kerana Harussani menyebut namanya tanpa kehadiran beliau untuk mengesah atau menafikan perkara itu.

    Dalam kenyataan hari ini, Harussani menegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja.

    Malah, kata beliau, ia lebih dari itu, apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak.

    “Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya,” katanya.

  16. garunggang says:

    KUALA LUMPUR 8 Mac – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun untuk membolot semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

    Beliau memberitahu, individu-individu ini yang boleh dikatakan ‘firaun-firaun kecil’ menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan- rakan dalam PKR bagi membolehkan mereka mendapat jawatan yang amat diidam-idamkan.

    “Sepatutnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, rakyat telah menentukan wakil mereka, maka kita tumpukan kepada kerja untuk membela rakyat, malangnya apa yang berlaku dalam PKR ialah pemimpin-pemimpin ini mula menjalankan gerakan mengaibkan rakan di dalam parti.

    “Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bahawa terdapat ‘firaun-firaun kecil’ yang ingin menjatuhkan beliau, perkara ini telah berlaku kepada saya terlebih dahulu kerana mereka idamkan jawatan yang dipegang pada masa itu,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemu bual pada program Soal Jawab yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini.

    Fairus memberitahu, tindakan beliau melepaskan jawatan dalam PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti kerana diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menstabilkan parti kerana gerakan yang dilakukan oleh ‘firaun-firaun kecil’ itu.

    Tegasnya, sebagai seorang ahli yang taat kepada perjuangan parti, beliau telah bertindak melepaskan kedua-dua jawatan kerana tidak mahu parti bergolak.

    “Itu adalah prinsip yang saya pegang, taat setia kepada prinsip perjuangan parti, yang penting ialah parti bukan pemimpin seperti saya, selama setahun (saya) memerhatikan dari luar apa yang berlaku di dalam PKR,” katanya.

    Fairus yang terlibat dalam PKR sejak awal penubuhan parti itu pada tahun 1998 menegaskan bahawa beliau keluar dari parti dan memasuki UMNO kerana prinsip-prinsip perjuangan parti pembangkang itu telah berubah terutama dalam memperjuangkan bangsa dan agama.

    “Apa yang berlaku dalam PKR baru setahun jagung memerintah tetapi ketamakan politik amat luas sampai ke tahap bawahan sehinggakan perjuangan tersasar yang menyebabkan saya kecewa.

    “Perjuangan memartabatkan bangsa dan agama, raja-raja Melayu yang telah disepakati dulu kini hancur di PKR, sebab itulah saya memilih wadah baru untuk berjuang di dalam UMNO atas prinsip untuk memperjuangkan bangsa serta agama,” katanya.

    Beliau menafikan terdapat tawaran berjuta-juta ringgit atau pelbagai lagi imbuhan daripada UMNO kalau menyertai parti itu tetapi apa yang ditawarkan ialah untuk terus berjuang memartabatkan bangsa serta negara.

    Fairus juga merasa kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin PKR yang menyerang peribadi bekas pemimpin-pemimpin yang keluar dari parti tersebut.

    “Inilah PKR yang cukup rendah martabat moralnya, politik yang mencemarkan maruah dan merupakan amalan politik kasar yang begitu hina,” katanya.

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!

You must be logged in to post a comment. Or you can register now.