Kelab Penyokong Maya UMNO // KPMU.NET » Uncategorized

Hairan! Pas Ingat Peristiwa Tapi Buat-buat Lupa Tabung Memali
KOTA BHARU, 24 Nov – Pemimpin Pas terutama Presidennya, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang disaran “bertaubat” kerana telah menyalahguna ilmu  agamanya untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini  sepertimana peristiwa Memali yang berlaku pada November 1985.

Bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor  Deris berkata tindakan Hadi yang mengeluarkan “fatwa“ bahawa Malaysia  bukan sebuah negara Islam menyebabkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim  Libya  dan pengikutnya bangkit memberontak menentang kerajaan pada waktu  berkenaan.

Menurut beliau, ekoran itu maka tercetuslah peristiwa berdarah yang  menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika  operasi menahan guru agama  dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Saya sendiri pada waktu itu terpengaruh dengan “fatwa” Hadi itu dan  berjuang bersama-sama di dalam Pas menentang kerajaan. Malah saya dan  pengikut Pas yang lain turut menghulurkan sumbangan menerusi Tabung  Memali yang ditubuhkan oleh parti berkenaan.

“Namun apa yang menghairankan, saya tidak tahu ke mana menghilangnya  tabung berkenaan. Mungkin ada penyelewengan dalam soal ini atau  sebaliknya saya tidak pasti. Tetapi sehingga ke hari ini, kewujudan  tabung Memali terus menjadi misteri,“ katanya di  sini, hari ini.

Pas telah mengadakan Majlis memperingati 25 tahun Memali selama tiga  hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh  Mohd. Sabu.

Tabung Memali dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali  pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota  polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau  Ibrahim Libya.

Mohd Nor Deris seterusnya menambah, Pas perlu telus memberikan  penjelasan berhubung tabung berkenaan dan bukannya sekadar mengadakan  majlis memperingati peristiwa berkenaan.

“Takkan sekadar buat majlis memperingati pristiwa Memali sahaja.  Tabung Memali yang dilancarkan dahulu apa cerita dan berapakah jumlah  sumbangan yang telah diterima dan berapakah jumlah sumbangan yang telah  dihulur kepada keluarga mangsa.

“Itu adalah sumbangan rakyat khususnya penyokong Pas termasuk saya  sendiri. Saya pun nak tahu dengan jelas ke mana perginya wang sumbangan  berkenaan. Kalau betul dihulurkan Alhamdulillah…..tetapi masalahnya  sampai sekarang tidak ada sebarang penjelasan. Sunyi sepi,“ katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan pemimpin Pas khususnya Hadi dan  Mursydiul Amnya, Datuk nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pembalasan Allah  di hari akhirat kelak jika tidak jujur dan amanah.

“Bercakap dalam ceramah berapi-api. Kata itu haram, ini haram dan  sebagainya. Tetapi dalam soal ini tidak pula mereka bercakap sedemikian  rupa. Jadi saya mintalah penjelasan sebaik mungkin dan jangan hanya  sekadar buat majlis memperingati peristiwa Memali. Wang sumbangan Tabung  Memali pun kena ingat juga, “ katanya.

Anwar Terus Bersuara Sumbang Perlekeh Malaysia – Najib
PUTRAJAYA 18 Nov. – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan   Malaysia sebuah negara Islam moden merupakan suara sumbang yang tidak   mencerminkan pendapat arus perdana dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kata-kata kejian   daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanyalah suara   minoriti yang bercanggah sama sekali dengan pengiktirafan para pemimpin   dunia terhadap kejayaan Malaysia.

”Ia satu suara sumbang sebenarnya dan tidak mencerminkan pendapat   arus perdana dunia dan pandangan terhadap Malaysia, itu yang saya dapat   simpulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi   perbualan video dengan perwakilan pelajar Malaysia di luar negara di   kediaman Seri Perdana di sini pagi ini.

Perdana Menteri mengulas dakwaan Ketua Pembangkang itu bahawa   pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia   sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu   penghinaan.

Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan   usaha  terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard  supaya   memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional atas alasan  mengamal   rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk  menjayakan  usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia, Julia  Gillard supaya  memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional atas  alasan mengamal  rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia kelmarin dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan   terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan   liwat yang sedang dihadapinya gagal.

“Mereka (kerajaan Gillard) tidak boleh hanya pergi ke Malaysia dan   berkata, ‘ini adalah negara Islam moden yang bagus’. Saya menganggap ia   sebagai penghinaan,” katanya seperti dipetik daripada laman berita The Australian hari ini.

Penghinaan yang disifatkan oleh Anwar itu dipercayai merujuk kepada   pengiktirafan Gillard terhadap kemajuan negara semasa melakukan sesi   lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usahanya untuk   mengukuhkan hubungan dengan Malaysia.

Najib  juga  gembira dengan  momentum positif ekonomi negara sehari  dua ini yang akan membolehkan  Malaysia mencapai kadar pertumbuhan  sekurang-kurangnya tujuh peratus  tahun ini.

Perdana Menteri berkata, petunjuk-petunjuk positif terbaru dalam   Bursa Malaysia, kedudukan mata wang Ringgit serta kadar pertumbuhan   menggambarkan keyakinan semua pihak terhadap hala tuju kerajaan.

”Perkembangan di Malaysia pada sehari dua ini adalah sangat positif   berdasarkan segala petunjuk ekonomi negara, kita dijangka mencapai   sekurang-kurangnya tujuh peratus tahun ini.

”Bursa Malaysia telah mencapai tahap pencapaian tertinggi dalam   sejarah manakala nilai mata wang kita semakin kukuh dan merupakan antara   mata wang dengan prestasi terbaik.

”Begitu juga kemampuan kita dari segi indeks persaingan dan beberapa   indeks lain yang diukur oleh badan-badan antarabangsa, negara kita   memperlihatkan perkembangan yang semakin nyata,” katanya.

Najib berkata, perkembangan ekonomi yang positif  menunjukkan  keyakinan masyarakat domestik dan antarabangsa terhadap  segala  perancangan kerajaan.

”Petunjuk-petunjuk ekonomi yang positif tidak mungkin menjadi   kenyataan tanpa bersandarkan kepada keyakinan, keyakinan pula tidak   berlaku dengan sendirinya.

”Pasaran adalah sangat kritikal dan jika mereka tidak percaya kepada   hala tuju, agenda, dasar dan perancangan kerajaan, maka tidak mungkin   mereka berasa yakin terhadap Malaysia,” katanya.

Pergolakan PKR memuncak, Wan Azizah membisu
Pergolakan  dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan bekas calon timbalan  presiden Datuk Zaid Ibrahim mendesak Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim  dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali, yang juga calon timbalan presiden,  meletakkan jawatan masing-masing, belum menunjukkan tanda-tanda akan  reda.

Anggota  parti itu yang menghadapi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), yang  menurut Zaid tidak telus, menunggu bentuk tindakan Presiden PKR Datin  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam menyelesaikan kemelut yang melanda  parti itu.

Isnin  lepas, Zaid mengumumkan menarik diri daripada pertandingan dan  melepaskan jawatan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan serta semua jawatan  lain dalam parti.

Berikutan  itu, seorang lagi Naib Presiden parti yang juga pengerusi PKR Negeri  Perak Mustafffa Kamil Ayub turut mendesak supaya pemilihan parti yang  bermula 29 Okt lepas dibatalkan kerana dakwanya berlaku kepincangan dan  beliau berjanji akan mengambil “tindakan” sekiranya memorandumnya kepada  parti tidak dilaksanakan.

Tempoh  48 jam yang diberikan kepada parti oleh Mustaffa tamat petang ini.  Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Molly Cheah  memberitahu pemberita petang Khamis, pemilihan itu tetap akan  diteruskan.

“Pemilihan  itu tidak boleh dihentikan dengan begitu mudah semata-mata kerana ada  pihak mendakwa berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan. Orang kena  faham untuk membuat sesuatu keputusan perlu ambil masa, setiap aduan  kita perlu teliti dahulu,” katanya.

Bernama  melaporkan penganalisis politik berpendapat bahawa sikap Wan Azizah  dalam menangani permasalahan parti berkemungkinan dipengaruhi faktor  antara kesetiaan terhadap parti atau kepada suami.

“Sepatutnya  sebagai presiden yang sah dan memiliki kesahan, beliau (Wan Azizah)  perlu menyatakan pendiriannya supaya dilihat tidak tunduk kepada  bayangan suaminya.

“Tanpa  sebarang kenyataan daripada Wan Azizah, parti akan dilihat sekadar  bergantung kepada presiden boneka dan jika itu keadaannya, barangkali  Wan Azizah perlu melepaskan jawatan kepada Anwar daripada Anwar sekadar  menjadi pemimpin de facto parti,” kata Dr Sivamurugan Pandian kepada  Bernama di sini, hari ini.

Pensyarah  Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata:  “persoalannya sekarang ialah adakah Wan Azizah sanggup menyanggah Anwar  dan Mohamed Azmin serta mengutamakan kepentingan parti?.”

Zaid,  bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bekas anggota UMNO  mendakwa dirinya telah tersilap apabila menawarkan diri untuk bertanding  kerana menganggap PKR parti yang membawa politik progresif,  mengembangkan demokrasi dan meningkatkan ketelusan.

Sebaliknya,  beliau mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu  membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai  objektif tertentu.

Selasa  lepas, Zaid menyatakan Anwar dan Mohamed Azmin perlu berundur dari  parti kerana dakwanya mereka adalah punca segala masalah dalam parti.  Pada hari sama Mustaffa tampil membuat pendiriannya.

Sivamurugan  berkata tindakan mendiamkan diri, juga membuat orang bertanya adakah  Wan Azizah boleh diibaratkan seolah-olah menyokong gesaan Zaid supaya  Anwar dan Mohamed Azmin berundur dari PKR.

Persoalan  lain yang timbul ialah apakah pemilihan MPP parti itu mampu memberikan  nafas baru kepada PKR serta menjadikannya benar-benar menepati fungsinya  sebagai parti pembangkang yang berkesan.

Pemilihan  MPP yang berakhir 21 Nov ini menyaksikan 131 daripada keseluruhan 218  cabang bakal mengadakan pemilihan mereka bagi menentukan nasib  kepimpinan baru yang akan menerajui parti bagi tempoh 2010-2013.

Sehingga  Ahad lepas, sebanyak 87 cabang telah mengadakan pemilihan di mana  Mohamed Azmin mendahului saingan jawatan timbalan presiden dengan  memperoleh 6,467 undi, manakala Zaid (3,988) dan Mustaffa Kamil (1,215).

PAS Kaji Faktor Tewas Di Galas
KOTA BAHARU, 11 Nov – PAS Kelantan akan melihat kemungkinan  kesilapan strategi pimpinan parti termasuk oleh Menteri Besar yang juga  Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai penyebab kekalahan  parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4  Nov lepas.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata kajian  itu akan dilakukan oleh jawatankuasa khas post mortem pilihan raya kecil  itu yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

“Jawatankuasa itu akan dibentuk sebaik sahaja Menteri Besar Kelantan  kembali dari mengerjakan haji di tanah suci Mekah,” katanya kepada  Bernama pada hari Khamis.

Pada pilihan raya kecil itu calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz  Yusoff, 49, menang dengan majoriti 1,190 undi setelah memperolehi 5,324  undi menewaskan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad.

Nik Aziz berlepas ke Makkah bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, semalam.

Peneroka Marah ‘Ladang Rakyat’ Sandiwara Pas
GUA MUSANG 11 Okt – Pembukaan “Ladang Rakyat” di Hulu Kelantan  dijangka menjadi isu besar untuk ditangani oleh kerajaan PAS negeri  Kelantan menjelang pilihan raya kecil Galas 4 Nov ini kerana tanah yang  terlibat didakwa diambil daripada penerokanya oleh kerajaan negeri untuk  diusahakan oleh swasta.

Malahan isu berkenaan sudahpun menjadi topik utama perbualan di  kedai-kedai kopi di sini walaupun penamaan bagi pilihan raya kecil  kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan itu adalah pada 26 Okt ini.

Seorang peneroka, Harun Che Anal, 61, berkata tindakan kerajaan  negeri mengambil tanah itu dan diberi kepada syarikat  wasta luar  Kelantan bagimembangunkannya sebagai “Ladang Rakyat” telah menjejaskan  masa depan penduduk setempat yang telah mengusahakan pelbagai tanaman di  situ lebih dari dua dekad.

Beliau berkata tanah yang telah ditanam dengan getah dan kelapa sawit  itu sudah lama mengeluarkan hasil, tetapi tanah itu diambil oleh  kerajaan negeri, walaupun ada peneroka yang telah membayar deposit bagi  mendapatkan hak milik tanah itu.

“Ada pihak cuba melengah-lengahkan pemberian hak milik itu, mungkin  sebagai muslihat untuk merampas tanah ini. Kami akan cuba halang  daripada tanah kami dirampas,” katanya kepada Bernama.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Mat Yusof Abdul Ghani berkata  beliau yakin PAS akan dihukum oleh pengundi pada pilihan raya kecil itu  kerana tidak berlaku adil kepada rakyat.

Mat Yusof, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Nenggiri,  berkata kerajaan negeri telah mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan  tempat untuk mencari rezeki.

“Terdapat ketidakadilan dalam pembahagian semula keuntungan tanah  ini, sebahagian diberi (tanah) dan sebahagian tidak, walaupun rakyat  telah duduk dan bercucuk tanam di situ untuk mencari rezeki sejak  bertahun-tahun.

“Sudahlah hilang pendapatan, hilang pula tanah. Orang Gua Musang suka  membuka tanah dan menanam getah, kelapa sawit dan buah-buahan,  sepatutnya mereka diberikan geran,” katanya.

Mat Yusuf berkata kerajaan negeri telah mengambil tanah tersebut  dengan alasan untuk membangunkan Ladang Rakyat dan memulangkan semula  kepada rakyat dalam bentuk dividen serta pembangunan untuk menghapuskan  kemiskinan sedangkan

apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata  bahawa tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk projek  perladangan swasta boleh menjejaskan penduduk Orang Asli di Gua Musang.

( Seorang peneroka, Harun Che Anal, 61, berkata tindakan  kerajaan negeri  mengambil tanah itu dan diberi kepada syarikat  swasta  luar Kelantan  bagimembangunkannya sebagai “Ladang Rakyat” telah  menjejaskan masa  depan penduduk setempat yang telah mengusahakan  pelbagai tanaman di  situ lebih dari dua dekad. )

Pemuda UMNO akan serahkan wang Ehsan November ini
PULAU PINANG 7 Okt. – Semua wang ihsan yang dipulangkan semula oleh   warga emas kerana ragu-ragu dengan sumber dana itu akan diserahkan   semula kepada kerajaan negeri selewat-lewatnya awal bulan depan.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh   Fadzir berkata, proses pemulangan itu mengambil masa kerana sehingga   kini pihaknya dimaklumkan masih ada golongan warga emas yang mahu   berbuat demikian.

Menurutnya, sebagai contoh, difahamkan terdapat sekumpulan warga emas   di kawasan Balik Pulau akan bertindak memulangkan wang tersebut esok   sementara dari Tasek Gelugor pada minggu depan.

“Sehingga hari ini seramai 210 orang terdiri daripada fakir miskin,   warga emas dan waris yang menerima wang sumbangan kematian telah   memulangkan wang itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini   hari ini.

Pada 29 September lalu, 40 penerima bantuan kerajaan negeri terdiri   warga emas dan fakir miskin dari kawasan Kepala Batas memulangkan semula   bantuan berkenaan.

Ia diikuti 70 lagi penerima bantuan sekitar Bayan Baru pada 2 Oktober   lalu dan 47 dari Bukit Mertajam yang membuat tindakan sama pada   keesokan harinya dan di tempat-tempat lain juga.

Pada masa sama, Musa menegaskan, bukan UMNO yang mendalangi perkara   itu sebaliknya warga emas dan fakir miskin yang terlibat bertindak   menghubungi sendiri mereka untuk meminta bantuan.

“Kami prihatin dengan kegelisahan yang mereka alami dan saya ingin   menyatakan di sini bahawa kami hanya menghulurkan pertolongan yang   diminta,” ujarnya.

Forum Gaji Minimum
Pemuda Barisan Nasional (“Pemuda BN”) bersama-sama dengan Kongres  Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan Forum Gaji Minimum  pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 ini bertempat di Hotel Putra, Kuala  Lumpur bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang.

Forum ini  adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua  kesatuan sekerja terbesar negara iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia  (MTUC) serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam  (CEUPACS) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui  Makmal Pemuda BN.

Isu gaji minimum adalah suatu yang amat penting  bagi seluruh golongan pekerja di Malaysia terutama bagi membantu mereka  menangani kos sara hidup dan inflasi yang meningkat disamping  memastikan bahawa kebajikan pekerja di negara ini terbela dengan kadar  gaji yang setimpal. Keperluan ini dilihat semakin meruncing apabila 34  peratus daripada kumpulan pekerja di Malaysia berpendapatan kurang  daripada RM700 sebulan, iaitu lebih rendah daripada Pendapatan Garis  Kemiskinan Semenanjung (PGK) – RM720 sebulan. Malahan berdasarkan kajian  Bank Dunia, secara puratanya gaji para pekerja di Malaysia hanya  meningkat pada kadar 2.6 peratus dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu  yakni lebih rendah jika dibandingkan dengan purata kenaikan gaji dunia  iaitu pada tahap 3.2 peratus, sebagaimana laporan Pejabat Buruh  Antarabangsa.

Malahan isu ini menjadi semakin relevan unjuran  daripada usaha Kerajaan mentransformasi halatuju serta merancakkan  aktiviti ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan  sasaran pendapatan kapita rakyat di tahap USD15,000 atau RM49,500  setahun. Ini kerana adalah menjadi kebimbangan Pemuda BN dan MTUC akan  risiko pelebaran jurang pendapatan antara yang berpendapatan tinggi dan  rendah sekiranya kita masih lagi membiarkan kuasa pasaran menentukan  tahap gaji terendah pekerja.

Sebagaimana dijelaskan sebelum ini,  objektif forum ini adalah bagi membincang dan menghalusi segala  pandangan, cadangan serta permasalahan berkaitan dengan pelaksanaan gaji  minimum sebelum menghantar segala rumusan terbabit kepada Kerajaan.

Sehubungan  itu, pihak Pemuda BN dan juga MTUC dengan ini menjemput orang ramai  untuk menghadiri forum tersebut dan turut serta memberi pandangan serta  buah fikiran berhubung dengan topik gaji minimum di Malaysia.

www.rembau.net

Tunjuk Sokongan Kepimpinan Negara
KG. BEMBAN, 10 Okt – Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan menyeru kepada semua agar menunjukkan tanda sokongan kepada barisan kepimpinan negara dan sentiasa mempamerkan sikap bersatu padu khususnya bagi bangsa melayu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Jamuan Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Bemban, Mambau, di sini. Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg Senator Datuk Najib Abdullah, Ahli Dewan Negara merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagia Rasah.

Beliau yang juga ADUN Rantau turut menyeru kepada semua agar sentiasa membentuk perpaduan sesama penduduk tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

Pada majlis yang sama juga, beliau berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak kampung yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi di samping meraikan bakal-bakal haji yang akan menunaikan ibadah tersebut.

Secara tidak langsung, majlis yang santai itu juga turut memberi peluang kepada penduduk Kg. Bemban beramah mesra sekaligus mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dan rakyat.

mizie@n9kini.com / Foto: Ismail

www.n9kini.com

Kemelut Politik Parti Sukarkan Pilihan Pengundi
PERTIKAMAN lidah di kalangan beberapa orang pemuka baru Parti Keadilan Rakyat berkaitan kedudukan Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan atau luar biasa jika kita memahami “psyche” atau cara mereka berfikir. Begitu juga pergeseran perwatakan yang sedang berlaku dalam DAP.

Kedua-dua parti ini menampilkan ciri-ciri kepelbagaian watak, gaya dan agenda yang luar biasa. Persaingan dalaman ini ada kaitan dengan tanggapan bahawa patrti-parti ini kuat dan semakin relevan kerana parti-parti Barisan Nasional lemah sejak pilihan raya umum 2008.

Dengan Umno, MCA, Gerakan dan MIC masih mencari formula penyatuan dan penyemarakan semula, tanggapan umum adalah parti-parti Pakatan Rakyat kuat dan berkeyakinan.

Tetapi di sebalik penampilan yang positif itu, parti-parti PR pun sedang mengalami perentapan dalaman yang hebat akibat perebutan kuasa di peringkat parti dan kerajaan.

Misalnya, di Selangor percubaan mengganggu-gugat dan menjatuhkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar bukanlah olok-olok atau wayang kulit, tetapi sesuatu yang nyata.

Hatta di Kedah, di mana Pas menjadi peneraju kerajaan PR dan Menteri Besar Azizan Abdul Razak cukup popular di kalangan rakyat kerana kesederhanaan dan gaya santainya, namun di belakang tabir wujud kedinginan hubungan antara Pas dan PKR.

Bisik-bisik di kalangan kepemimpinan Pas adalah mereka kurang selesa dengan apa yang sedang berlaku dengan PKR, khasnya perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dan kemasukan bekas-bekas anasir BN ke dalam kepemimpinan parti itu.

Sementara perhubungan antara Pas dan DAP terus runcing mengenai isu pokok perjuangan kedua-dua parti iaitu Negara Islam bagi Pas dan negara sekular bagi DAP. Tanpa PKR sebagai broker, kelangsungan kerjasama Pas-DAP adalah dipertikaikan.

Sebaliknya jika kerjasama Pas-DAP berakhir, Pas akan menjadi ancaman lebih besar kepada Umno kerana lebih ramai orang Melayu dan orang Islam akan menyokong Pas atas dasar perjuangan Islamnya.

Justeru itu, apa yang sedang berlaku dalam pemilihan kepemimpinan PKR sekarang akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada parti itu, tetapi juga kepada PR dan BN.

Media massa memetik salah seorang naik presiden Umno, Hashammuddin Hussein, sebagai berkata masalah dalam PKR adalah baik bagi Umno.

Keputusan pemilihan PKR akan menentukan watak mana yang akan muncul mendominasi kepemimpinan parti itu yang sekali gus memberi kesan kepada PR.

Kemenangan atau kekalahan watak-watak yang kini menonjolkan diri dalam pemilihan parti itu seperti Mohd Azmin Ali, Mohd Zaid Ibrahim dan Abdul Khalid akan menentukan corak kepemimpinan, agenda dan ideologi PKR.

Anwar Lawan Wan Azizah

Azmin pasti cuba mengekalkan status quo dan memperkukuhkan pengaruh dan peranan Anwar manakala Zaid pula nampak mirip kepada merombak kepemimpinan PKR, termasuk mendefinisikan semula kedudukan dan peranan Anwar.

Zaid dilaporkan mempertikai kekaburan kedudukan Anwar yang disifatkannya sebagai tidak boleh mengatasi kuasa presiden (Dr Wan Azizah Wan Ismail) yang dipilih perwakilan.

Ini menarik respons bekas rakan seperjuangannya dari BN, Chua Jui Meng yang berkata kedudukan Anwar sebagai ketua de facto adalah lebih tinggi.

Bahas ini pastinya sensitif kerana Dr Wan Azizah adalah isteri Anwar dan peranan beliau tidak begitu menonjol dalam PKR, apatah lagilah dalam PR yang didominasi oleh Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh.

Di kalangan parti anggota PR pula, DAP nampaknya lebih selesa dengan Mohd Zaid kerana latar belakangnya sebagai peguam dan bekas menteri BN. Atas alasan itulah DAP memberi sepenuh sokongan kepadanya sebagai pengerusi penaja Pakatan Rakyat.

Dalam PKR, Azmin nampaknya lebih diterima luas oleh kepemimpinan bahagian. Ini terbukti kerana setakat ini dia mendahului Zaid dan calon-calon lain untuk jawatan Timbalan Presiden.

Azmin dilihat sebagai “loyalist” Anwar yang boleh bekerjasama dengan Wan Azizah dan tidak akan menggoyangkan bahtera, apatah lagi menderhaka kepada bosnya.

PKR Sedang Disusupi

Selepas beberapa orang pemuka kanan PKR keluar parti dan sebilangannya menyertai parti-parti BN, pasti wujud kebimbangan di kalangan kepemimpinan asal era reformasi bahawa PKR sedang disusupi oleh anasir-anasir luar yang tidak berjiwa reformasi dan tidak setia kepada Anwar.

Orang luar ini masuk PKR bukan sahaja kerana mereka terpelanting daripada parti-parti BN, tetapi kerana mereka berpendapat PKR adalah buah ranum yang menunggu untuk dipetik.

Oleh kerana itu, keputusan pemilihan yang sedang berjalan sekarang akan menentukan sama ada PKR kekal sebagai parti yang berpaksikan perjuangan reformasi dan ketaatan kepada Anwar atau sebuah parti liberal yang dasar serta komitmennya berubah-ubah mengikut siapa yang menerajuinya dan siapa yang lebih berkuasa.

Perentapan juga sedang berlaku dalam DAP yang menyaksikan perang terbuka antara pengerusi Perak Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming dengan timbalan pengerusi negeri, M. Kulasegaran.

Portal berita Malaysian Insider melaporkan yang Ngeh terpaksa menanggung malu dengan memohon maaf kepada orang ramai di atas cara beliau mentadbir DAP Perak dan meminta agar dia dan sepupunya tidak diadili.

Serentak itu, parti-parti BN juga sedang melalui masalah dalaman masing-masing. Proses pemulihan Umno terus dihantui oleh masalah kewibawaan kepemimpinan, dasar, program dan cogan kata yang dicurigai dan dipertikai oleh orang Melayu.

Di sesetengah negeri, khasnya di mana BN tewas dalam PRU lalu, Umno ketandusan kepemimpinan dan kemunculan bakat baru terus disabotaj oleh penyandang yang mabuk kuasa.

MCA sudah mula menampakkan kesepaduan suara manakala MIC akan memasuki fasa baru Januari ini apabila S Samy Vellu mengundurkan diri selepas 32 tahun menerajui parti itu.

Tetapi Gerakan nampaknya terus terumbang ambing dan mungkin wujud hanya pada nama setelah dinyahkan dari Pulau Pinang. Kepemimpinannya yang lemah menjadi lebih terancam apabila bekas presiden dan penasihatnya, Lim Keng Yaik meletakkan jawatan kerana kecewa dengan presiden sekarang, Dr Koh Tsu Koon.

Kekalutan dalam parti-parti politik nasional ini, sama ada di pihak BN atau PR, akan memberi kesan kepada pemerintahan dan seterusnya mempengaruhi cara pengundi membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang.

Jika antara sekarang dengan PRU akan datang, parti-parti politik utama tidak memantapkan dasar dan kepemimpinan mereka, pengundi akan mengalami dilema untuk memilih siapa yang akan memerintah di Putrajaya dan di negeri-negeri.

BN Batu Sapi Tingkat Persiapan Hadapi Pilihan Raya Kecil
SANDAKAN, 10 Okt — Barisan Nasional (BN) Batu Sapi akan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, yang akan diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam nahas jalan raya.

Pengerusinya Datuk Samsudin Yahya berkata semua parti komponen BN di kawasan Parlimen itu sudah mengenal pasti kempen yang sesuai untuk mendekati pengundi dan ia akan diperkemaskan lagi.

“Kami yakin tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi kerana ia merupakan kubu kuat BN,” katanya kepada Bernama di sini.

Dalam kejadian di Kota Kinabalu Sabtu, Edmund yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru.

Samsudin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong yakin pucuk pimpinan BN akan meletakkan calon yang berjiwa rakyat dan mampu menyambung tugas Edmund untuk berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Batu Sapi.

Mengenai kematian Edmund, Samsudin menyifatkan BN Batu Sapi kehilangan seorang pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Samsudin dari Umno dan DUN Karamunting diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar dari Parti Liberal Demokratik pada bulan lepas.