Top

Kabinet angan-angan pembangkang

July 3, 2008 by dewiarjuna · 1 Comment 

Pilihanraya telah selesai lama, rakyat telah memberikan mandat kepada BN terus menjadi kerajaan dan rakyat telah memberikan mandat kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan di lima buah negeri. Ini hak dan keputusan rakyat, pilihanraya ini bersih.

Pembangkan tidak puas hati dan mahu rompak hak rakyat dan mahu mengotorkan pilihanraya dengan berkihtiar mahu menajadi kerajaan pula, tidak habis-habis mereka menunjukan kerakusan mereka dengan
mengumumkan mahu menubuhkan kerajaan pintu belakang. Siapa yang tidak bersih sekarang?

Setiap hari mereka canangkan mereka akan menubuhkan kerajaan dengan cara memujuk calon BN sertai mereka, kesian dengan mereka ini. Kepingin mahu jadi kerajaan, beri betis mahukan peha pula. Kerajaan
angan-angan telah pun ditubuhkan di mana  Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri, Timbalan nya pula ialah Lim Kit Siang dan juga Hj Hadi Awang.

Hari demi hari harapan diberikan kepada penyokong mereka untuk menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mendapat sokongan dari rakyat. Hari demi hari penyokong mereka tidak sabar untuk melihat parti mereka menjadi kerajaan, kerajaan pintu belakang. Namun hari-hari yang mereka tunggu tidak juga kunjung tiba, keghairahn mereka untuk melihat kerajaan baru tidak kunjung tiba.

Alasan demi alasan diberikan oleh pemimpin mereka, belum tiba masanya lagi, waktu belum sesuai. Penyeksaan penantian mereka kini kian kendur, kerajaan bayangan semakin jauh, kepercayaan kata-kata
pemimpin mereka kian disangsikan dan kini mereka menerima  kata-kata itu sebagai cakap-cakap kosong saja, Azmin Ali (budak Jambu) terus menegaskan dengan ghairah dan mengharapkan agar penyokongnya masih percaya akan kata-katanya.

Kesian ,biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

Ahmad Kamal Hassan
Perak

Kecelaruan pemikiran pembangkang perlu diperbetul

June 26, 2008 by Pendeta · Leave a Comment 

saya amat setuju ulasan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan beberapa penganalisis di Utusan Malaysia 25 Jun, bahawa cadangan pembangkang supaya kerajaan membuka tender cari gali minyak di negara ini kepada syarikat asing sebagai langkah ke belakang yang tidak menghargai kepakaran anak bangsa dan kebolehan syarikat nasional negara ini.

Walau pun royalti yang diterima mungkin lebih besar tetapi apa maknanya jika kepakaran tempatan dipinggirkan.

Apakah pembangkang mahu syarikat-syarikat asing meraih keuntungan besar dari negara ini dan membawa pulang untuk memajukan negara mereka.

Sudah beratus-ratus tahun negara kita dijajah. Sepanjang penjajahan itu pelbagai hasil bumi negara kita telah dibawa pulang. Bermula dengan rempah dan lada hitam, kemudian bijih timah.

Malah bukan hasil bumi sahaja dibawa pulang, ratusan manuskrip Melayu yang tersohor menggambarkan tamadun bangsa Melayu telah mereka himpunkan di perpustakaan besar mereka.

Yang mereka tinggalkan hanya sisa-sisa sejarah yang terpaksa kita kumpulkan bagi mengukuhkan bukti bahawa kita adalah bangsa yang bertamadun dan memiliki sejarah yang besar.

Ini berlaku mungkin ketika itu sebahagian besar datuk dan nenek kita kurang peka terhadap khazanah bangsa atau kurang mengerti nilai-nilai ekonomi sesuatu hasil bumi.

Tetapi di zaman generasi yang bijak pandai dan berilmu ini, masih ada pemikiran-pemikiran jumud pembangkang yang tidak memperakui kepakaran anak bangsa. Hasil bumi yang tidak seberapa lagi ini hendak diberi kepada syarikat asing menguruskannya.

Mujurlah pembangkang tidak memerintah negara ini.

Minyak adalah sumber strategik dan siapa yang menguasai minyak, dia menguasai dunia. Itulah yang sering diperkatakan oleh tokoh politik dan ekonomi antara bangsa.

Kenyataan ini perlu dimengerti. Janganlah kita begitu mudah mengundang orang asing hanya kerana royalti yang diterima lebih tinggi berbanding syarikat nasional kita. Kita kena ingat ketika kerajaan mengajak pelabur-pelabur asing melabur di Iskandar Malaysia, parti-parti pembangkang mempersoalkannya kerana dibimbangi negara asing akan menguasai wilayah-wilayah pembangunan tersebut.

Tetapi kini pembangkang mengusulkan kerajaan membuka kerja cari minyak kepada syarikat asing. Kecelaruan pemikiran pembangkang perlu diperbetulkan. Cadangan-cadangan ‘kartun’ ini memang tidak masuk akal.

Bertahun-tahun kita telah melatih kepakaran anak-anak bangsa. Kita membina universiti dan melahirkan jurusan yang berkaitan cari gali minyak. Ribuan anak-anak muda mendapat kepakaran dan kelayakan bekerja sebagai jurutera dan bidang-bidang yang berkaitan. Mereka bekerja di dalam dan di luar negara. Seluruh pelosok dunia mereka rentasi. Kepakaran mereka dikagumi. Tiba-tiba pembangkang mengusulkan supaya membuka persaingan cari gali minyak di negara sendiri dengan syarikat asing. Pemikiran apakah ini?

Di dalam Dewan Rakyat yang mulia, berilah cadangan yang munasabah agar kejayaan yang sudah dibina jangan sekali-kali diruntuhkan.

Kenangkanlah anak-anak bangsa yang berkorban nyawa, pemikiran dan keringat memajukan syarikat nasional negara. Mereka telah mengangkat nama negara di persada dunia. Janganlah kita kembali ke zaman penjajah di mana kita tiada keyakinan diri dan mengharap orang asing untuk terus hidup.

DR. GUNAWAN MAHMOOD

Kuala Lumpur

Teruskan projek pengangkutan

June 16, 2008 by Pendeta · 1 Comment 

BERIKUTAN kenaikan harga barang dan bahan api khasnya petrol dan diesel, saya percaya seluruh rakyat Malaysia sangat memahami keadaan tanggungan kewangan kerajaan terhadap subsidi harga bahan api tersebut. Dalam masa yang sama, saya juga percaya ramai penduduk Malaysia mengetahui harga seliter patrol atau diesel di Malaysia adalah antara yang termurah. Bagaimanapun berdasarkan perkapita penduduk dan juga pendapatan mereka, saya kira rakyat Malaysia juga tahu mereka adalah yang terendah, jadi ia amat tidak memadai dengan perbandingan harga bahan api tersebut dengan negara lain.

Saya percaya kerajaan bijak mengatur strategi pembangunan dengan beberapa langkah penjimatan yang diuar-uarkan menerusi empat langkah yang diumumkan Perdana Menteri pada 9 Jun lalu. Melalui empat langkah itu kerajaan akan membuat pengurangan perbelanjaan kerajaan, mempercepatkan bayaran tunai kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan, kuota kemudahan kad fleet yang lebih tinggi untuk pengusaha pengangkutan dan menambah baik jaringan jaminan sosial.

Saya ingin mengulas tentang langkah yang keempat iaitu usaha untuk menambah baik jaringan jaminan sosial terutamanya perkhidmatan pengangkutan awam dan juga saranan Perdana Menteri agar kita sama-sama memikirkan kesejahteraan rakyat untuk Bajet 2009 khasnya dalam peningkatan mutu pengangkutan awam.

Saya berharap kerajaan menyegerakan projek baru perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur ke Ipoh yang masih mahu ditangguhkan pelaksanaannya. Saya melihat usaha menangguhkannya hanya memburukkan kewangan kerajaan dan juga kos perjalanan serta hidup rakyat. Saya melihat jaringan kereta api laju antara Kuala Lumpur dan Ipoh boleh mengalih penduduk yang bekerja di Kuala Lumpur untuk tinggal di Ipoh yang saya kira kos hidup masih boleh dikategorikan sebagai munasabah. Saya melihat perkara yang sama di Jepun apabila seorang penyarah saya berulang-alik dari Chiba ke Kanagawa dengan perjalanan 2 jam menggunakan kereta api. Katanya, harga minyak yang mahal di Jepun membuatkan rakyat Jepun lebih selesa menggunakan kereta api. Saya juga bersetuju dengan kata-kata Pengurus Besar Bahagian Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah yang menyatakan bahawa penggunaan sistem LRT atau rel untuk ke pusat bandar boleh dianggap pilihan yang lebih murah dan berkesan berikutan kenaikan harga minyak.

Meningkatkan Kerajaan juga perlu meningkatkan jaringan rel dicadangkan seperti penyambungan jaringan LRT ke Puchong dan Cheras sebagimana diuar-uarkan semasa penjimatan 4.4 bilion subsidi minyak pada tahun 2006. Ia bukan sahaja berbaloi untuk kemudahan rakyat malah ia juga akan meningkatkan pembangunan setempat khasnya sekitar kawasan stesen kereta api. Sebagaimana di Jepun, kawasan sekitar stesen kereta api atau eki dijadikan kawasan pembangunan setempat.

Saya juga suka untuk meminta kerajaan meneruskan projek monorel di Putrajaya agar ia memberikan kemudahan kepada kakitangan awam untuk bergerak antara satu Kementerian ke satu Kementerian sekitar Putrajaya berbanding menggunakan kereta. Ia bukan sahaja melibatkan kos petrol malah ia juga menyusahkan kerana tidak banyak Kompleks Pejabat Kerajaan di Putrajaya menyediakan tempat meletak kenderaan seperti di Parcel D dan Parcel E malah ia juga merosakkan alam sekitar Putrajaya dengan gas monoksida.

Dalam usaha kerajaan meningkatkan mutu perkhidmatan awam, saya tidak nampak hanya penambahan bas semata-mata tetapi sudah masanya kita memberi penekanan terhadap perkhidmatan rel di negara kita. Transformasi ini bukan sahaja memberikan kebaikan terhadap penjimatan kewangan rakyat sebaliknya akan meningkaatkan peluang pekerjaan dan juga membudayakan masyarakat terus menggunakan perkhidmatan awam daripada kereta untuk ke pejabat yang selama ini kita melihat sebagai punca kesesakan di jalan raya sekitar ibu kota mahupun pada hari perayaan.

HE, Kanagawa, Jepun

Sumber www.utusan.com.my

Minyak: Rakyat perlu beruasaha lebih gigih

June 8, 2008 by admin · 17 Comments 

KENAIKAN harga minyak petrol sebanyak 78 sen dan untuk diesel RM1 adalah langkah terakhir kerajaan dalam menangani kenaikan melambung harga bahan api itu di pasaran dunia dan ia tidak dapat dielakkan lagi kerana krisis minyak sedang melanda dunia ketika ini. Read more

Mana Lebih Menyesatkan? Islam Hadhari Atau Amanat Hj Hadi

June 4, 2008 by admin · 26 Comments 

Sdr Editor!

Setelah menyokong penuh pembinaan projek mega kandang babi di Selangor, wakil rakyat Pas menerusi exconya, Datuk Dr Hassan Ali dengan tegas mengharamkan sebarang program Islam Hadhari di negeri itu. Read more

Menunggu realiti air percuma

June 1, 2008 by admin · 22 Comments 

SEMUA pengguna di Selangor menantikan tanggal 1 Jun ini bagi menikmati 20 meter padu air percuma yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Read more

Cara orang dulu pertahankan UMNO

May 25, 2008 by admin · 2 Comments 

Editor,

BAPA saya tinggal di Tanah Rancangan Felda. Walaupun hidupnya susah satu ketika dulu, dia sangat percaya bahawa kerajaan Barisan Nasional atau Perikatan yang berteraskan UMNO, sudah berusaha memajukan rakyat jelata.
Read more

Penghinaan Raja Melayu : Masih wujudkah Hang Tuah?

May 18, 2008 by admin · 1 Comment 

Melayu sememangnya terkenal dengan sikap panas baran dan rela mati kerana mempertahankan Sultan. Terkenal dengan slogan “takkan Melayu hilang didunia” laungan Laksamana Hang Tuah, Melayu terus mengungguli empayar kepualaun Melayu. Read more

DAP ‘abang besar’ Pas, PKR

May 14, 2008 by admin · 1 Comment 

takut.jpgApabila secara berterusan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyentuh dan mempertikaikan hak dan kuasa raja-raja Melayu, setiap hari kita lihat ramai orang Melayu bangkit membantah. Sama ada melalui penulisan di akhbar-akhbar, media-media massa dan juga membuat laporan polis.

Read more

Contohi Thailand hukum penghina raja

May 9, 2008 by admin · Leave a Comment 

Tuan Editor

Tthai.jpgATKALA mengikuti perkembangan isu ahli politik pembangkang yang bersikap 'kurang adab' dengan pihak istana, terlintas di fikiran saya, ke mana perginya prinsip Rukun Negara yang kita amalkan selama ini?

Read more

« Previous PageNext Page »

Bottom